Tag: muzikmuzik

  • ERNIE ZAKRI TARIK DIRI?

    This image has an empty alt attribute; its file name is ernie14_HMfield_image_socialmedia-1024x538.webp

    Kuala Lumpur: Lagu Astana berasal dari penyanyi Ernie Zakri. Lagu ini kayak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 38. Namun, persoalan terjadi kerana ketiadaan Ernie Zakri dalam acara tersebut.

     

    Susulan itu, nama penyanyi Ernie terheret apabila didakwa menarik diri daripada menyanyikan lagu Astana yang juga ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman.

     

     Malah, untuk rekod lagu itu dicalonkan selepas Ernie menyertai syarikat rakaman Universal Music Malaysia pada Julai lalu.

     

    Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.

     

    Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejak Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan.

     

    “Banyak ahli kami yang terdiri dari syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa tidak mencalonkan rakaman lagu artis mereka dalam program Muzik Muzik tahun ini kerana tidak bersetuju dengan klausa tertentu dalam borang pencalonan lagu program itu.

     

    “Kami sudah mengadakan sesi dialog bersama pihak pengurusan tertinggi Media Prima mengenai perkara ini pada awal Ogos tahun ini dan sudah mengetengahkan klausa bermasalah dalam borang pencalonan tersebut buat perhatian mereka.

     

    “Walaubagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum dapat penyelesaian yang memuaskan sepenuhnya berhubung perkara ini dan berharap dapat mencapainya dengan segera untuk klausa dan isu berkenaan”, katanya.

     

    Sementara itu, Universal Music Malaysia berkata, Ernie selaku artis yang kini di bawah naungan Universal Music Malaysia, cakna mengenai kenyataan RIM dan MPA mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam Muzik-Muzik yang masih dalam perundingan.

     

    “Ernie Zakri menyatakan bahawa beliau sentiasa mematuhi prosedur label antarabangsa Universal Music Malaysia serta menghormati pendirian kedua-dua persatuan iaitu RIM dan MPA yang mewakili syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa serta pemegang hak rakaman bunyi/video dan karya di Malaysia,” katanya.

     

    Universal Music Malaysia juga menjelaskan Ernie tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pencalonan dan penyertaan lagu Astana sepertimana yang dilaporkan dalam beberapa media.

     

    Dalam pada itu, Ernie menafikan dakwaan dia sengaja tidak mahu menyanyikan lagu Astana.

     

    “Saya adalah penyanyi asal dan komposer lagu ini. Sudah tentu saya nak menyanyikan lagu ini. Malah, tidak pernah cakap saya tak nak nyanyi atau tarik diri.”

     

    “Namun, disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak RIM dan MPB, ia menjadi penghalang untuk saya mempersembahkan lagu ini pada Separuh Akhir Muzik Muzik 38,” katanya.

     

    Ernie adalah penyanyi asal serta penulis lagu Astana bersama dengan Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman yang tercalon ke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.

  • PENCALONAN LAGU ‘MUZIK MUZIK’ RIM DAN MPA MASIH DALAM RUNDINGAN DENGAN MEDIA PRIMA

    Kuala Lumpur, 13 Disember 2023 –Muzik Muzik program carta mingguan yang akan di siarkan di Tv3 tidak lama lagi masih dalam rundingan. Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan penerbit malaysia (MAP) berunding tentang terma dan syarat pencalonan lagu. Muzik Muzik akan di siarkan tidak lama lagi.

     

    “Banyak ahli kami yang terdiri dari syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa tidak mencalonkan rakaman lagu artis-artis mereka dalam program Muzik Muzik tahun ini kerana tidak bersetuju dengan klausa tertentu dalam borang pencalonan lagu program tersebut. Kami telah mengadakan sesi dialog bersama pihak pengurusan tertinggi Media Prima mengenai perkara ini pada awal Ogos tahun ini dan telah mengetengahkan klausa bermasalah dalam borang pencalonan tersebut buat perhatian mereka. Walaubagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum dapat penyelesaian yang memuaskan sepenuhnya berhubung perkara ini dan berharap kami dapat mencapainya dengan segera untuk klausa dan isu berkenaan”, kata Rosmin bin Hashim, Pengerusi RIM.

     

    “Banyak ahli kami dari kalangan syarikat penerbit juga tidak mencalonkan lagu-lagu baharu yang mereka tadbir bagi pihak penulis lagu masing-masing dalam program Muzik Muzik tahun ini. Pihak kami juga telah membangkitkan klausa yang berkaitan dalam borang pencalonan lagu Muzik Muzik yang menjadi isu buat ahli-ahli kami ke perhatian Media Prima. Kami berharap dapat mencapai kata sepakat dengan pihak Media Prima dalam isu ini agar ahli-ahli kami dapat meneruskan pencalonan lagu-lagu baharu mereka dalam program tersebut. ” tambah Ng Ay Na, Pengerusi MPA.

     

    Sebagai persatuan yang mewakili pemegang hak rakaman bunyi/video dan karya muzik masing-masing, RIM dan MPA mahu isu tertunggak berhubung borang pencalonan lagu Muzik Muzik diselesaikan segera dengan Media Prima demi kebaikan kedua-dua pihak.

    Untuk maklumat lanjut, layari www.rim.org.my atau ikuti kami di facebook.com/RecordingIndustryMalaysia, @recordingindustrymalaysia di Instagram dan @rim_malaysia di X.

    Untuk maklumat lanjut mengenai MPA, layari www.mpamusic.my atau ikuti kami di @mpa.my di Instagram.