Tag: #MuzikTempatan

  • Sony Music Malaysia dan Kumpulan KRU: Era Baru dalam Muzik

    Sony Music Malaysia dan Kumpulan KRU: Era Baru dalam Muzik

    Setiap rakyat Malaysia pasti mengenali kumpulan muzik terkenal, KRU. Dikenali sebagai salah satu kumpulan muzik tempatan yang telah mengubah lanskap industri muzik serantau, kumpulan yang terdiri daripada tiga adik-beradik ini telah mencipta pelbagai fenomena sepanjang karier mereka, di dalam dan luar negara.

    Ditubuhkan pada tahun 1992, KRU telah menjadi salah satu nama terkemuka dalam industri muzik tempatan. Dengan keanggotaan tiga beradik, Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim, KRU telah menghasilkan banyak lagu hit yang menjadi kegemaran ramai.

    Menggabungkan pelbagai genre seperti pop, hip-hop, dan R&B, KRU tidak hanya berjaya dalam bidang muzik, tetapi juga dalam produksi filem dan perniagaan media. Mereka dikenali dengan album-album berjaya seperti “Generasi” dan “KRU,” serta lagu-lagu popular seperti “Awas 1994” dan “Ooh! La! La! 1996.”

    Kumpulan ini juga telah memberi peluang kepada banyak bakat baru di bawah syarikat mereka dan menghasilkan pelbagai lagu untuk penyanyi tempatan.

    KRU telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, menjadikannya salah satu kumpulan yang paling berpengaruh dalam sejarah muzik Malaysia.

    Kini, setelah lebih 30 tahun beroperasi dalam industri muzik tempatan, mereka sekali lagi mengejutkan peminat dengan pengumuman kerjasama bersama Sony Music Entertainment Malaysia, sebuah syarikat rakaman terkemuka di peringkat global.

    Kerjasama ini merupakan inisiatif daripada Sony Music Malaysia, yang percaya pada kehebatan, komitmen, dan kualiti kerja KRU yang telah bertahan lebih 30 tahun.

    Pengumuman ini juga menandakan kepada peminat muzik Melayu serantau bahawa KRU akan mempersembahkan beberapa kejutan baru dengan sokongan daripada Sony Music Malaysia.

    Kedua-dua pihak percaya bahawa kerjasama ini akan menghasilkan pelbagai produk hiburan yang hebat dan menarik.

    Dengan penekanan terhadap inovasi dan kualiti, KRU bertekad untuk terus mencipta karya yang relevan dan menghiburkan.

    Nantikan pelbagai perkembangan menarik yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

  • Masing Masing Raih Platinum: Ernie Zakri Terus Unggul!

    Masing Masing Raih Platinum: Ernie Zakri Terus Unggul!

    Lagu hit Ernie Zakri, “Masing Masing”, telah dianugerahkan 1X Platinum Award atau Anugerah Platinum, mengiktiraf kejayaan besar lagu ciptaan Ade Govinda ini dalam mencapai jualan dan penstriman tinggi, serta sambutan hangat daripada peminat muzik di dalam dan luar negara. Anugerah ini juga mengiktiraf Pencapaian Jualan Digital Seluruh Dunia Ernie Zakri.

    Sejak dilancarkan, “Masing Masing” telah menduduki carta muzik tempatan dan kini berada di tangga teratas Carta RIM selama 17 minggu. Lirik yang mendalam dan melodi yang menyentuh hati, menyampaikan mesej mengenai kejujuran dan penerimaan diri dalam hubungan, telah menyentuh hati pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat.

    Ernie Zakri, yang terkenal dengan vokalnya yang mantap, telah menyampaikan lagu ini dengan penuh penghayatan, menjadikannya sebuah karya yang tidak dapat dilupakan. Anugerah ini merupakan pencapaian penting dalam kerjayanya, menunjukkan penerimaan luar biasa daripada peminat muzik, terutamanya dengan penstriman dan jualan digital yang tinggi.

    Ernie melahirkan rasa syukur dan gembira atas kejayaan lagu ini, yang memberikan impak positif dan memori indah dalam kerjayanya. Beliau juga berterima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menjadikan lagu ini sebahagian daripada kehidupan mereka, serta mendedikasikan anugerah ini kepada peminatnya.

    Kesungguhan Ernie dalam membawa muziknya ke peringkat global semakin terbukti melalui pencapaian ini, yang mencerminkan komitmen dan dedikasinya terhadap industri muzik negara. Dengan pengiktirafan ini, beliau semakin termotivasi untuk terus mencipta karya-karya unik dan membawa industri muzik tanah air ke tahap yang lebih tinggi.

    Dalam perkembangan lain, Ernie berkongsi rancangannya untuk mengadakan konsert solo dan akan membuat pengumuman tidak lama lagi. Selain itu, lagu “Masing Masing” juga tercalon dalam Top 20 bagi kategori Lagu Paling Boom Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 36).

  • Dato’ Aishah Meneruskan Tradisi, Mentafsir Semula “Di Pinggir Kayangan”

    Penyanyi veteran Malaysia, Dato’ Aishah, mencuba nafas baharu pada lagu klasik “Di Pinggir Kayangan”, dendangan asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Beliau memilih lagu ini atas kekagumannya terhadap suara mendiang dan keindahan melodi lagu tersebut.

    Lagu-lagu lama sering dirakam semula oleh penyanyi masa kini, memelihara khazanah muzik dan memperkenalkannya kepada generasi baharu. Namun, tidak semua percubaan ini berjaya. Dato’ Aishah, dengan vokalnya yang luar biasa, dilihat sebagai penyanyi yang mampu menghidupkan kembali lagu-lagu lama ini.

    “Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Saya sangat meminati suara beliau dan pernah berpeluang berkongsi pentas yang sama dengan arwah.

    “Di Pinggir Kayangan” membawa semangat cinta yang positif dan gembira, diadun dengan elemen kemelayuan yang merdu. Dato’ Aishah berharap rakaman semulanya ini dapat diterima baik oleh semua, membuka ruang kepada pendengar muda untuk mengenali lagu-lagu indah ini.

    Usaha Dato’ Aishah ini adalah contoh bagaimana muzik warisan dapat diteruskan dan dihargai, memastikan melodi kekal bergema di sepanjang zaman.

    “Lagu seperti ‘Di Pinggir Kayangan’ perlu diperkenalkan semula kepada generasi baharu,” ujar Dato’ Aishah. Lagu ini memiliki makna mendalam baginya, mengingatkannya kepada idola tercinta, Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

    Versi Dato’ Aishah membawakan nafas baharu dengan beberapa perbezaan ketara. Susunan muzik diubah, suaranya yang unik tentunya berbeda dengan penyanyi asal, dan lagu dirakamkan dengan nada yang sedikit lebih tinggi.

    “Saya berharap lagu ini diterima baik oleh semua, dari generasi muda hingga senior,” kata Dato’ Aishah. Beliau percaya dengan menghayati lagu-lagu lama, kita dapat menghasilkan karya muzik baharu yang lebih bermakna.

    Pihak Sony Music Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada Dato’ Aishah atas pencapaian 17x Platinum dari penjualan album fizikal dan digital lagu-lagunya di bawah naungan mereka.

    “Di Pinggir Kayangan” versi Dato’ Aishah boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati di semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music mulai 19 Julai 2024.

    Usaha Dato’ Aishah ini merupakan penghormatan kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan usaha untuk melestarikan muzik warisan. Dengan melodi yang indah dan pesan yang positif, “Di Pinggir Kayangan” versi Dato’ Aishah pasti akan menyentuh hati pendengar dari semua generasi.

  • The Gadys Ungkapkan Emosi yang Dalam Melalui ‘Gagal Cinta’

    The Gadys, girl band yang memukau hati penonton sejak kemunculannya pada tahun 2021, kembali mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik Malaysia. Single raya pertama mereka, “Gadys Raya,” memberi nafas baru dalam dunia hiburan tempatan. Dengan ahli baharu bergabung, The Gadys bersiap untuk menghadirkan lebih banyak kejutan dan kegembiraan kepada peminat setia mereka.

    Menurut Airrol Azman, Pengarah Urusan Valient Music, The Gadys yang dibarisi dua anggota asal Aznie Azmi dan Ayunie Rizal kini dimantapkan lagi dengan muka baharu Thamiera Chan, merupakan hasil ‘perkahwinan’ Universal Music Malaysia dan Valient Music.  Beliau optimis kumpulan ini mampu pergi lebih jauh dengan karya yang dihasilkan. Buktinya, mereka yang mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mendapat lebih 3.3 juta tanda suka dalam TikTok cukup untuk memperkenalkan lagi nama The Gadys.

    Selepas muncul dengan single Gelek Jambu yang menggabungkan elemen reggaeton, rock dan tradisional, The Gadys kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Gagal Cinta.

    Ayunie berkata, lagu Gagal Cinta adalah single yang cukup istimewa buat mereka. Ayunie menceritakan bahwa lirik lagu Gagal Cinta ini kalau difahamkan, maksud dia agak mendalam dan ada mesej yang nak disampaikan. Walaupun melodinya rancak dan ‘catchy’ tetapi hakikatnya lirik lagu Gagal Cinta ni sedih sebenarnya.

    Ayunie juga berkata, begitu juga ketika proses rakaman lagu, sangat seronok dan berjalan lancar. Semasa rakaman, kami meletakkan emosi pada setiap nyanyian untuk Gadys merasai atau menjiwai lirik lagu gagal cinta ini. “Seperti yang saya cakap, walaupun lagu Gagal Cinta ni ‘catchy’, tetapi liriknya akan membuat seseorang pendengar itu memahami lirik dari awal sampai habis,” katanya.

    Berkongsi mengenai proses rakaman video muzik (MV) pula, Aznie berkata mereka menjalani latihan menari bagi memberikan hasil yang terbaik. Aznie menceritakan bahawa proses rakaman MV dimulakan dengan pra produksi iaitu menjalani latihan menari dan koreografi bersama Aisya Marissa. Sewaktu sesi latihan pula, kami memang seronok mempelajari setiap ‘step’.

    Aznie turut berkata, semasa rakaman MV, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Semua pasukan produksi memberikan kerjasama yang baik. MV ini membabitkan rakaman lokasi dalam dan luas. Bila ‘outdoor’ hanya cuaca sahaja cabaran kami, sebab sangat panas. Tapi, ‘glam team’ akan memastikan kami kekal menarik dan selesa. Menurut Aznie, konsep MV Gagal Cinta adalah ‘storytelling, partner dance and emotion’.

    “Lagu Gagal cinta ini sangat ‘catchy’ untuk dinyanyikan bersama, tetapi lirik yang sangat ‘straightforward’ mengenai hubungan cinta yang gagal. Jadi, konsep MV Gagal Cinta ini menunjukkan kisah percintaan tiga gadis yang gagal percintaan dengan lelaki yang sama cuma berbeza karakter,” katanya.

    Thamiera yang merupakan ahli baharu pula berkongsi cabaran dilalui sepanjang proses menyiapkan lagu dan MV Gagal Cinta. Thamiera berkata sepanjang proses menyiapkan lagu Gagal Cinta ini adalah sangat senang bersama komposer Adib. Adib banyak memberikan cadangan dan pendapat buat kami untuk mencapai hasil yang memuaskan.

    Thamiera berkata, lirik lagu ini sangat sedih sebenarnya, jadi kami dan Adib bersama-sama menghasilkan karakter di dalam lagu ini supaya sesuai dengan konsep ‘sing along’ yang kami cuba hasilkan.

    “Terdapat beberapa cabaran sewaktu merakam MV, tapi hasil yang kami dapat dengan cabaran yang kami hadapi tidak sia sia. Memandangkan ini debut pertama saya, saya tidak merasa diri saya sangat tercabar lagi. Semua berjalan dengan lancar. Akhir sekali, saya teruja untuk single baru yang akan datang,” katanya.

    The Gadys juga berharap lagu Gagal Cinta ini mendapat tempat di hati pendengar dan pencinta muzik tanah air. Menerusi lagu ini anda mungkin mengimbau masa percintaan lama. Semoga lagu ini juga dapat dijadikan lagu yang menyentuh, memberi semangat dan menghibur. Semoga ia tidak hanya dinikmati di masa ini, tetapi juga di masa yang akan datang, insya-Allah.