Tag: Naim Daniel

  • KEMANA NAIM DANIEL PERGI? Mahu berhenti sebagai penyiasat?

    Jom siasat sambil seronok bersama I Can See Your Voice Malaysia musim ke-7 (ICSYVMY 7), di mana episod terbaru ini bakal disajikan dengan lebih kejutan! Kali ini, kami menghadirkan tidak dua, tetapi tiga penyiasat jemputan yang pastinya menarik perhatian anda: penyanyi terkenal dan pelakon hebat tanah air seperti Sufian Suhaimi, Azhan Rani, dan Noorkhiriah. Kehadiran mereka bersama penyiasat tetap akan memeriahkan lagi hujung minggu anda.

    Walau bagaimanapun, tanpa kehadiran Naim Daniel, adakah pilihan artis jemputan kali ini memadai? Mengapa Naim Daniel tampaknya menarik diri dari tanggungjawabnya?

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton ICSYVMY7, setiap Ahad jam 9.00 malam hanya di TV3. Anda juga boleh menonton secara langsung dalam HD di Tonton melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton dari Google Play atau App Store. Sertai misi baru anda dan siasat bersama keluarga dalam ICSYVMY7!

    ICSYVMY7 yang diterajui oleh Jamil Bin Hassan sebagai Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit, terus memikat peminat dengan konsep dan format asal dari Korea Selatan yang menggabungkan hiburan, lawak berkelas, drama, dan teka-teki mencabar.

    Episod terbaru, yang mengusung tema Seram sempena filem seram komedi terkini arahan Dr Ahmad Idham ‘Saka Perawan’, telah menggegarkan penonton dengan suasana riuh-rendah yang meriah. Namun, dalam kehebohan tersebut, episod ini turut menyaksikan kegagalan Afieq Shazwan dalam memilih penyanyi sebenar, dipengaruhi oleh pandangan yang bertumbuk dari panel penyiasat tetap dan jemputan seperti Nadia Brian dan Afifah Nasir.

    Episod ketiga ICSYVMY7 menampilkan Amy Mastura, seorang pelakon dan penyanyi terkenal Malaysia, sebagai artis jemputan. Tugasnya adalah menilai bakat-bakat di hadapan panel penyiasat untuk mengenal pasti penyamar bersuara sumbang. Dengan ketiadaan Naim Daniel, satu-satunya penyanyi dalam panel penyiasat tetap, mampukah Amy Mastura menggantikan peranan ini dengan pengalaman serta pengetahuan dalam dunia seni suara?

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ICSYVMY7 setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3, atau menonton secara langsung dalam HD melalui Tonton di www.tonton.com.my. Untuk kemaslahatan program, sertai perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #ICSYVMY7. Untuk berita terkini, layari laman sosial TV3 seperti Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram di @TV3Malaysia, serta Instagram Drama Sangat di @dramasangat.

  • HAZAMI DICABAR!!! JURI MAHU HAZAMI BERIKAN PERSEMBAHAN TERPALING WOW

    Petaling Jaya, 1 September 2022 Tekad, Sonata Musim Salju, Kata, Mungkir Bahagia, dan Kiblatku hanyalah sebahagian daripada single terkenal penyanyi R&B Hazami. Dua minggu selepas TERPALING JUARA, Hazami meletakkan Seribu Impian dan Mungkir Bahagia di atas pentas, yang menghasilkan persembahan yang sangat menghiburkan.

    Pada minggu lepas, juri tetap Fauziah Latiff yang mesra disapa sebagai Kak Gee telah memberikan pandangan beliau terhadap persembahan Hazami. “Saya suka stail Hazami, cuma masih ada sesuatu yang anda tak dapat menggapai dalam lagu Seribu Impian ini. Anda kelihatan seperti mengelakkan sesuatu di atas pentas. Anda ialah seorang penyanyi yang hebat, mempunyai vokal bagus dan sedap didengar. Sebagai seorang artis yang sudah lama berkecimpung di industri, kita mahu lihat sisi berbeza Hazami di atas pentas ini,” ulas Kak Gee.

    Hazami berasa selesa bekerja dengan Akim Ahmad, yang dipercayai membaca Hazami seperti buku. Akim menekankan irama dalam persembahan nyanyiannya; apakah rancangan mereka kali ini untuk lagu pilihan episod 3, Mas Mona (SFMM7, nyanyian asal Jeffrydin)?

    “Ketika dilamar untuk menyertai TERPALING JUARA, saya terus bersetuju kerana saya suka dengan konsep program dan saya juga sudah lama tidak bertanding di Anugerah Juara Lagu. Terima kasih kepada Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff yang memberikan teguran. Segala komen, pandangan dan kritikan itu diterima secara terbuka. Saya tak rasa terkilan kerana sudah bersedia untuk keluar dari zon selesa dan mencuba benda-benda baharu untuk melangkah lebih jauh dalam kerjaya nyanyian. Saya akan buktikan bahawa keupayaan Hazami bukan hanya bersandarkan vokal tetapi juga boleh menjayakan pelbagai corak persembahan, memberikan hanya yang terbaik di pentas Terpaling Juara,” tambah Hazami.

    “Saya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Hazami seorang penyanyi dan penghibur yang versatil dan berbakat besar. Kami berdua juga akur dengan tekanan yang dihadapi sekarang apabila Hazami dicabar dan diletakkan harapan yang sangat besar pada setiap persembahan di pentas TERPALING JUARA. Saya juga tahu yang peminat-peminat Hazami mahukan persembahan yang paling WOW daripada idola mereka pada setiap minggu. InsyaAllah, kami akan menyahut cabaran ini dan memberikan impak yang besar buat Hazami dalam program ini,” kata Akim Ahmad yang merupakan kapten kepada penyanyi legenda ini.

    Program hiburan terbaharu TV3, TERPALING JUARA mempertaruhkan 3 kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior untuk menjayakan persembahan mingguan daripada #playlistAJL iaitu lagu – lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara pada setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

  • Terpaling Juara Program Baharu TV3

     

     

    Barisan kapten yang terpilih dalam Program Terpaling Juara

    Stesen televisyen tekenal, TV3 tampil dengan Program Terpaling Juara yang akan membuka gelanggang menerusi siaran langsung dari jam 9 malam, setiap Ahad bermula 21 Ogos ini di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

    Terpaling Juara mempertaruhkan tiga kapten berkualiti yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij.

    Mereka terdiri daripada Akim Ahmad (Juara Lagu 30 – Potret); Hael Husaini (Juara Lagu 32 – Jampi & Juara Lagu 33 – Haram); dan Naim Daniel (Juara Lagu 34 – Sumpah) yang akan membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan acara mingguan yang bertemakan #playlistAJL.

    Selain itu, tiga peserta yang terpilih pula terdiri daripada Shaz (Shazreen Shaharum, 26), Aqmal (Aqmal Ramdan, 26) dan Aqeesh (Aqeesh Aleeya, 18). Mereka terpilih daripada 380 orang calon menerusi uji bakat yang berlangsung pada 2 dan 3 Julai lalu.

    Persembahan terbaik mingguan akan diumumkan dalam segmen Terpaling Padu Minggu Ini. Pemenang ditentukan dengan 70% markah daripada juri tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff serta 30% daripada undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara.

    Program ini juga bertujuan mengangkat kembali lagu – lagu popular AJL yang sudah pasti akan menggamit nostalgia penonton Terpaling Juara.

    Disamping itu, Nurhul Huda Haji Khalid, penerbit eksekutif kanan, Ikha Arnisya Mohd Anuar, penerbit eksekutif, dan Azrul Effendi Abdullah, penerbit, mengetuai sesi produksi Terpaling Juara sepanjang program ini ditayangkan.

    Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.

    Program Terpaling Juara ditaja oleh vivo Malaysia, Nivea, Hot FM sebagai rakan penyiaran rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media utama, dan Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan kongsi digital.

    Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.