Tag: NewSingle

  • ‘CINTA KAYANGAN’, SINGLE TERBARU RAZZUAN ROSLI.

    Perjalanan karier seni Razzuan Rosli di pentas lakonan berjaya membuktikan bakat dimiliki sehingga mampu mengumpul  mengumpul peminat tersendiri. Malah, dia yang muncul dengan single Akur terbitan Universal Music Malaysia pada 2022 menjadi pertaruhan baharu buat dirinya dalam bidang nyanyian.

    Pengalaman merakamkan single sulung itu adalah detik yang cukup berharga dalam hidupnya. Menyedari kerjaya nyanyian sudah cukup sebati dalam diri, Razzuan kini muncul dengan single Cinta Kayangan yang membawakan tema cinta itu buta. Dalam lagu ini, Razzuan dengan penuh kebijaksanaan menggambarkan bagaimana cinta itu pada hakikatnya adalah sesuatu yang subjektif. “Cinta adalah sesuatu yang subjektif, tapi cinta itu buta sebenarnya. Sebab dalam hidup ini kadang kala kita jumpa dengan orang yang kita rasa dengan kita, tapi sebenarnya tidak. Jadi, kita tidak boleh nak bersama atau meneruskan perhubungan itu.

    “Terkadang apa yang kita rasakan tidak selaras dengan kenyataan dan hubungan itu mungkin hanya angin lalu. Perkara ini menjadi peringatan bagi semua orang bahawa tidak semua pertemuan adalah takdir dan bukan semuanya harus dilanjutkan atau dipertahankan,” katanya.

    Dengan suara emasnya dan lirik lagu yang memukau hati, Razzuan membawa pendengarnyadalam perjalanan mendalam mengenal erti cinta sebenar dalam lagu Cinta Kayangan. “Kenapa tajuk lagu ini Cinta Kayangan sebab cinta itu sesuatu yang mahal. Untuk Kita memahami sebuah perkataan cinta itu bukan semudah kita nak faham ABC. ” Disebabkan itu juga, saya cuba nak sampaikan lagu yang bermesej cinta”.

    “Kita lahir atas muka bumi ini juga daripada benih cinta. Bumi ini pun disebabkan cinta, perasaan cinta yang terjalin antara dua insan. Jadi, itu antara sebab kenapa saya memilih lagu Cinta Kayangan ini,” katanya. Berkongi mengenai video muzik lagu Cinta Kayangan ini, Razzuan berkata ia berkonsepkan pengorbanan dalam mencari kebahagian.

    “Dalam video muzik ini, ia menggambarkan betapa seseorang harus bersedia untuk melepaskan apa sahaja yang menjadi penghalang antara dirinya dan kebahagiaan yang diimpikan. Pengorbanan bukanlah perkara mudah tetapi ia adalah langkah penting dalam perjalanan mencapai kebahagiaan hakiki. Jadi, menerusi video muzik ini saya mahu mengajak penonton untuk merenung dan melihat betapa berani dan gigihnya seseorang sanggup melakukan pengorbanan demi mencapai impian mereka.

    Apa yang pasti, Razzuan berharap lagu Cinta Kayangan dapat diterima baik oleh peminat sekali gus menghayati mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini. “Saya berharap dengan tulus agar pendengar dapat menyambut lagu Cinta Kayangan ini dengan penuh kehangatan dan kesukaan. Lagu ini tidak hanya memberikan hiburan semata, tetapi juga mengandungi mesej yang mendalam dan cerita yang ingin disampaikan.

    Cinta Kayangan kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26th Januari 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

  • HARSONBEE MEMPERTARUHKAN SINGLE TERBARUNYA YANG BERJUDUL PEMILIK HATIKU.

    HarsonBee atau nama sebenarnya Harrison Bryan, bukan sahaja berbakat dalam menyanyi tetapi juga mencipta lagu. Penyanyi HarsonBee yang masih asing di industri muzik tempatan ini tidak boleh dipadang sepi bakat yang ada pada dirinya,

    HarsonBee yang berasal dari Sandakan, Sabah juga menjadi antara bakat yang dicungkil menerusi projek Sabah Next Top Composer (SNTC) untuk mencipta lagu dalam bahasa Malaysia. Menerusi pertandingan yang diadakan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan platform YouTube itu, HarsonBee berjaya mendapat tempat ketiga dengan mempertaruhkan karya citaan sepenuhnya
    berjudul Cerita Cinta Kita. Tuah buat HarsonBee apabila dia dilamar komposer ternama LY Baiduri untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya, Kelarai Sakti Sdn Bhd.

    Melangkah ke tahun baharu 2024, HarsonBee muncul dengan single berjudul Pemilik Hatiku yang juga hasil ciptaan sepenuhnya oleh dirinya dan mendapat sentuhan LY sebagai penerbit. HarsonBee berkata lagu ini dicita dan digubah sepenuhnya oleh saya. Manakal penerbit lagu ini ialah Abang L.Y. Ini adalah single pertama saya untuk dipertaruhkan bagi memperkenalkan lagi nama saya dalam dunia seni”.

    “Lagu ini menceritakan mengenai seorang lelaki yang sedang memujuk teman wanitanya dan pada masa yang sama cuba untuk membuatnya tersenyum kerana teman wanitanya berasa tidak disayangi dalam hubungan mereka. “Tajuk Pemilik Hatiku itu membawa makna bahawa dia (kekasih) satu- satunya yang berada di dalam hati,” katanya.

    HarsonBee berkata proses menghasilkan lagu Pemilik Hatiku bermula dengan mencari melodi. “Mencari melodi ini mengambil masa kerana pada masa yang sama saya mendengar lagu-lagu daripada pelbagai genre. Kemudian saya memilih konsep ‘bubblegum pop’. la adalah satu cabang daripada genre pop, yang mana ia mempunyai elemen ‘catchy’, ‘cute’ dan juga ‘upbeat’.

    “Selepas proses itu, saya meneruskan dengan menulis lirik lagu dan penulisan lirik untuk lagu ini mengambil masa satu hari.

    “Pada mulanya saya hanya bermain-main dalam pembikinan lagu ini, tetapi akhirnya menjadi satu lagu yang saya boleh katakan ‘bulih pigi jauh ni’ (boleh pergi jauh). Dari situ, saya mendapat pendapat daripada pensyarah muzik saya, Chonnel George dan belia menhantar lagu Pemilik Hatiku ini kepada LY,” katanya.

    Menurutnya, susunan muzik adalah sentuhannya sendiri selain semua proses rakaman dipantau oleh LY. “Saya amat beruntung kerana lagu saya mendapat sentuhan dan dijaga oleh LY selaku penerbit.

    Video muzik (MV) lagu ini fokus kepada memperkenalkan dirinya sebagai pendatang baru dan menterjemahkan liriknya dalam bentuk visual. Konsep yang dipilih adalah ‘story telling’ dan ringkas saja. MV ini dibuat secara ‘straight forward’, ada yang memaparkan HarsonBee sebagai penyanyi dan juga sebahagiannya adalah drama yang berkisarkan lirik atau maksud lagunya.

    HarsonBee berharap lagu ini diterima oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya remaja di zaman sekarang ini.

    Pemilik Hatiku kini boleh didengari di sema digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26 January 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.