Tag: Nidji

  • Peminat ‘Kacau Bilau’ di Showcase Jiwa Kacau 2024

    Para peminat kugiran Hujan, Masdo, Bunkface, dan Insomniacks sekali lagi mengucapkan ‘JIWA KACAU’ kepada pemuzik-pemuzik ternama tanah air ini dalam siri Showcase Jiwa Kacau 2024.

    Setelah berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja. Kali ini, Jiwa Kacau berkolaborasi bersama Kopi Saigon sebagai penaja utama.

    Justeru, selaku penganjur, MND Sport & Event Sdn Bhd dengan berbesar hati membawa kembali barisan kugiran yang sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface, dan Insomniacks, yang telah mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023 untuk Showcase Jiwa Kacau 2024.

    Berlangsung pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihangatkan dan meninggalkan momen tersendiri apabila turut disertai oleh kugiran dari Indonesia iaitu Nidji serta penampilan khas solois tempatan, Luqman Podolski.

    Menariknya tahun ini, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihadiri oleh 15,000 penonton dari pelbagai usia dan negeri/negara yang memeriahkan showcase dengan penjenamaan JIWA KACAU buat kali kedua.

    Ini juga kali pertama konsert diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan telah menerima sijil dari Puan Siti Hajar binti Johor dari Malaysia Book of Record dan Encik Iliyas Bin Jamil yang disampaikan kepada Encik Harith Daniel, CEO MND Sports & Events atas pencapaian tersebut.

    “Showcase Jiwa Kacau 2024 memperlihatkan pertambahan dua lagi pemuzik yang akan menghangatkan malam pesta ini.”

    Enam penampilan penuh energatik telah menghiburkan pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 Jun 2024. TERIMA KASIH buat semua yang hadir serta pihak penaja kami, Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big boss HSP, Thread Division, Sanggul Event! Dan juga penaja utama SHOWCASE JIWA KACAU 2024 iaitu Kopi Saigon!

    “Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria atau pesta semata-mata tetapi penganjuran ini menjadi medan berkembang, semarak sekali gus melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi kini dan akan datang,” ujar Daniel Harith dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

    INFORMASI

    ACARA: SHOWCASE JIWA KACAU 2024

    ARTIS: HUJAN, MASDO, NIDJI, BUNKFACE, INSOMNIACKS, LUQMAN PODOLSKI

    TARIKH: 22 JUN 2024

    LOKASI: STADIUM HOKI BUKIT JALIL

    PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD PENAJA UTAMA: KOPI SAIGON

    PENAJA: “ Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big boss HSP, Thread Division, Sanggul Event! Dan juga Penaja Utama kita…Kopi Saigon!!

    PENGARAH KONSERT: Azmi Zainal dari Mie Bird Project

    JUMLAH PENONTON: 15,000

    RADIO RASMI: ERA FM

    DIGITAL RASMI: ASTRO GEMPAK

     

    SENARAI LAGU JIWA KACAU 2024

    1. LuqmanPodolski

    • Bahaya
    • Kembar
    • MYVI
    • MungkinAku Tak Penting
    • KalauKau Rindu
    • RingRing

    2. MASDO

    • MedleyLa Obe + Janji Manis
    • MissFlower Learn To Twist
    • InilanJalannya
    • BerdukaLara
    • PerihJerih
    • Dinda
    • MalamPesta Rock N Roll
    • Berchanda

    3. INSOMNIACKS

    • IGAUANMALAM
    • REMINISENSI
    • TEMAN
    • KEPALABATU
    • SEMPURNA
    • PULANG

    4. NIDJI

    • LalaSong
    • DiscoLazy Time
    • ArtiSahabat
    • SumpahC Matiku
    • Wadow
    • LaskarPelangi
    • Biarlah
    • HapusAku

    5. Hujan

    • KotakHati
    • Obsesi
    • AhmoiChantek
    • LonelySolder Boy
    • Empayarmu
    • BilaAku Sudah Tiada
    • PagiYang Gelap
    • AkuSkandal

    6. BUNKFACE

    • Hilang
    • MalamIni Kita Yang Punya
    • MedleyHigh School Rockers/ Silly Lily
    • RentakLaguku
    • Panik
    • Situasi
    • Revolusi
  • Konsert Nidji kali ini akan menampilkan penyanyi terbaru, Ubay, yang baru saja bergabung dengan keluarga Nidji.

    Dengan kerjasama strategik antara Northbound Events dan Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis, kami dengan gembira mengumumkan konsert yang mengagumkan, ‘Nidji: Pelangi Di Miri’, yang akan memukau hati penonton pada 3 Februari 2024. Acara ini akan menampilkan penyanyi terbaru, Ubay, yang baru saja bergabung dengan keluarga Nidji, dan diharapkan memberikan pengalaman baru kepada peminat setia di Miri dengan memimpin dalam kebolehan vokal yang luar biasa dan aura energik yang khas Nidji.

    Konsert yang bakal berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club ini dijangka dihadiri oleh 2500 peminat yang bukan sahaja dari sekitar Miri dan Brunei malah mendapat perhatian dari Nidjiholics dari Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

    Konsert ini turut dimeriahkan dengan penampilan 2 kugiran tersohor tempatan, D_Va dan MonoSterio yang bertindak sebagai artis pembuka konsert ini. D_Va yang kini dianggotai oleh Kesha, Zarul, Don Guerzo dan Amar Hamka, sedang giat dalam proses rakaman EP terbaru mereka yang bakal terbit pada tahun ini. Penampilan mereka kali ini turut menjadi langkah pemasaran dalam usaha mempromosi single terbaru mereka ‘insta famous’ yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

    Monosterio juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan kemunculan muzik video terbaru ‘Jerangkung’ pada 4 Januari lalu yang turut menjadi OST filem ‘ Banglo Seksyen 12’. Mereka yang kini giat beraksi dalam sirkit muzik indie tempatan turut meluahkan kegembiraan mereka sebagai artis pembuka konsert ini yang juga mencoret permulaan perjalanan mereka pada tahun 2024.

    Tidak kurang juga, Nidji bakal melancarkan album baru mereka pada tahun ini yang bakal menyajikan Ubay buat pertama kali dalam album mereka selain repertoar yang mencakup hits terbaik Nidji, bersama dengan kejutan-kejutan khas untuk para peminat setia. Konsert ini akan menyaksikan pecahan yang dinamik, harmoni yang memukau dan performa panggung yang luar biasa seterusnya bakal menjadi pengalaman yang tak terlupakan bagi peminat muzik di sekitar Miri.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan band yang telah merevolusikan dunia muzik Indonesia ini, secara langsung di Miri dan sertai kami untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.