Tag: Rock

  • Cromok Tampil Luar Biasa di SoulFest 2024 dengan Persembahan Unplugged Pertama!

    Cromok Tampil Luar Biasa di SoulFest 2024 dengan Persembahan Unplugged Pertama!

    Festival muzik yang diberi nama SoulFest telah mengumumkan bahawa kumpulan legenda, Cromok, akan turut serta dalam konsert yang diadakan secara fizikal serta disiarkan secara Live Streaming. Acara ini bertujuan untuk mengangkat bakat dan hasil seni tempatan ke peringkat antarabangsa. Dianjurkan oleh Stagemaker Sdn Bhd, festival ini membawa tema “Inspirasi artistik. Kreativiti tanpa batas,” dengan fokus pada rock alternatif dan metal untuk edisi pertamanya. Acara ini dijadualkan berlangsung di pentas Metal Dreamscape, Studio Mantin, Negeri Sembilan pada 8 September.

    Menurut Penerbit dan Pengarah Teknikal, Nazrul Embia Nazarudin, SoulFest dirancang sebagai acara tahunan yang bertujuan untuk membuka perspektif baru dalam mengembangkan seni dan budaya tempatan. Acara ini dibahagikan kepada lima segmen utama, iaitu Arts Meet Tech, Rising Stars, Icon Lounge, Arts Bazaar, dan Music Haven, yang akan menyajikan konsert di pentas canggih dengan teknologi gabungan animasi dan teknologi terkini. Festival ini akan berlangsung selama tiga jam, bermula pada jam 8.30 malam.

    Sorotan utama festival ini adalah konsert unplugged pertama dari Cromok yang termasuk dalam segmen Music Haven. Konsert ini juga akan menampilkan kumpulan Nrocinu dan Tebabo!. SoulFest 2024 boleh dihadiri secara fizikal oleh 300 peminat terpilih di Metal Dreamscape, Studio Mantin atau disaksikan melalui Live Streaming.

    Nazrul Embia menambah bahawa SoulFest akan menjadi platform yang menampilkan bakat-bakat muda dalam pelbagai bidang seni seperti muzik, teater, dan ukiran. Tiket untuk menyaksikan festival ini boleh didapatkan pada harga RM159 untuk kehadiran fizikal dan RM69 untuk tontonan dalam talian. Tiket boleh dibeli melalui laman web www.soulfest.my.

    Selain itu, segmen Rising Stars akan menampilkan dua pemain gitar muda yang sedang mencipta nama, iaitu Nur Irfana Mohd Ibrahim dan Harris Ikmal Mohd Saifulnazim, sebagai sumber inspirasi kepada generasi muda yang ingin berkecimpung dalam dunia seni. SoulFest juga menyediakan platform e-dagang melalui Arts Bazaar untuk produk kreatif, dan penonton akan diperkenalkan kepada ZFX Industries yang terkenal dengan penghasilan pedal gitar berkelas dunia melalui segmen Arts Meet Tech.

    Sementara itu, pemain gitar Cromok, Karl, menyatakan bahawa Live Streaming merupakan alternatif terbaik untuk peminat mereka yang berada di luar Kuala Lumpur, termasuk dari luar negara, bagi menyaksikan persembahan unplugged mereka. Beliau juga menyokong penyertaan pemuzik muda seperti Nur Irfana dan Harris Ikmal, yang mempunyai kemahiran bermain gitar yang luar biasa.

    Jangan lupa untuk menandakan tarikh 8 September ini di kalendar anda untuk merasai pengalaman unik di SoulFest 2024. Ikuti perkembangan lanjut di semua platform media sosial SoulFest.

  • Konsert Malayneum 23: Butterfingers Kembali Mencipta Keajaiban di Stadium Malawati Untuk Meraikan 20 Tahun Album Malayneum

    Setelah mencatatkan kejayaan luar biasa dengan Konsert Transcendence 20 Tahun di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November 2019, sebelum gelombang pandemik Covid-19 melanda, Butterfingers telah mengambil inisiatif untuk mengundang para peminat setia mereka dalam satu perjalanan nostalgia. Mereka akan merenung kembali ke puncak gemilang muzik mereka semasa zaman album ke-4, Malayneum, melalui Konsert Malayneum 23. Acara ini bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 Oktober tahun ini.

    Salah seorang teras utama kumpulan Butterfingers, LoQue atau Khairil Ridzwan Annuar, berkongsi bahawa idea ini telah lama berlegar dalam fikirannya sejak selepas Konsert Transcendence yang berjaya. Namun, pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh munculnya pandemik yang melanda dunia selama beberapa tahun. Oleh itu, pada tahun 2023 ini, kami melihat suasana yang lebih baik untuk mewujudkan idea tersebut.

    Kata LoQue “Butterfingers percaya semua pendengar dan pengikut kultus kami sentiasa dahagaka persembahan kami secara ‘live’. Kami juga percaya, tindak balas kimia yang kami salurkan apabile kami berempat berentap bersama di atas pentas sejak pasca Transcendence 20 bakal menggami nostalgia serta mengukir memori baru baik kepada penonton juga kepada kami ahli kumpulan.”

    Apabila ditanya mengapa tujuan utama Konsert Malayneum 23 ini diadakan adalah kerana Butterfingers pada tahun 2001 ketika itu sedang ligat menghasilkan album demi album sejak album pertama iaitu 1.2 Milligrams. Ketika album ke-3 Butterfingers Transcendence belum selesai mendapat menempa nama di arus perdana, tanpa melengahkan masa Butterfingers terus telah mengeluarkan album ke-4 mereka Malayneum dengan bunyi-bunyian yang lain dari album-album sebelumnya.

    Menurut LoQue, “Dari perspektif syarikat rakaman, album in telah dikira sebagai ‘bunuh diri secara komersial’ kerana kami (Butterfingers) telah using 180 darjah bunyi-bunyian kami untuk lari dari bunyi-bunyian album Transcendence sebelum itu. Oleh kerana album Malayneum ini dilihat sebagai janggal dan aneh dari album-album sebelumnya, juga atas beberapa faktor lain yang tak dapat dielakkan, maka kami tidak sempat untuk meraikan album ini secara sepenuhnya ketika itu. ‘Tour’ (kembara) Malayneum tidak dapat diraikan sepenuhnya maka telah dipendekkan..”.

    “Oleh itu, album ini dianggap ‘setengah masak’ kerana kami tidak dapat bermain ‘live’ lagu-lagu dari album Malayneum secara menyeluruh. Jadi, Konsert Malayneum 23 in bakal menyaksikan lagu-lagu dari album Malayneum antaranya, akan dimainkan dalam perspektif yang berbeza di era yang berbeza untuk semua yang hadir nanti.” tambah LoQue.Emmett yang bakal tampil bermain gitar semula atas permintaan ramai, dia berkata, “Saya begitu teruja dan hanya berharap untuk ‘menghidangkan’ satu persembahan yang boleh dingati dan luar biasa. Tidak lebih dari itu. Yang paling penting adalah untuk saya sendiri merasa puas yang betul-betul puas, ini kerana jika diri saya dapat rasai kepuasan tersebut, maka sudah pasti anda semua yang hadir tentu akan lebih puas, sepuas-puasnya.”

    Emmett yang bakal tampil bermain gitar semula atas permintaan ramai, dia berkata, “Saya begitu teruja dan hanya berharap untuk ‘menghidangkan’ satu persembahan yang boleh diingati dan luar biasa. Tidak lebih dari itu. Yang paling penting adalah untuk saya sendiri merasa puas yang betul-betul puas, ini kerana jika diri saya dapat rasai kepuasan tersebut, maka sudah pasti anda semua yang hadir tentu akan lebih puas, sepuas-puasnya.”

    Tambah Emmett lagi, “Malayneum adalah satu album ‘underrated’ yang lahir sebelum kami memasuki “Era hibernasi peti ais” (hiatus) dan seluruh ahli kumpulan tidak dapat berpeluang meraikannya dengan secukupnya. Kebanyakan lagu-lagu dalam album in juga kesemuanya jarang dimainkan di atas pentas dan ada yang langsung tidak pernah dipersembahkan. Album ini datang dengan bunyi-bunyian yang tidak ‘grunge’ seperti kebanyakan album yang kami ada.”

    LoQue pula menambah, “Trek-trek dalam album Malayneum sangat berbeza berbanding album kami yang lain. Ketika merakamkan album ini, kami agak bosan dengan ‘power chords’, otak kami juga telah pecah kepada pelbagai saluran kreativiti. Ini kerana ketika itu Emmett dan saya dipengaruhi oleh muzik-muzik yang di luar aliran ‘rock’ mahupun ‘grunge’. Album Malayneum ini juga secara kiasannya ibarat ‘senjakala’ kerana ia perantara antara siang dan malam.”

    “Oleh kerana itu, kami menyuntik elemen-elemen akustik dan elektronik seperti penggunaan ensemble biola ‘string quartet’, ‘horn section’ (trumpet dan trombol) dan juga permainan runut sampel-sampel (antaranya suara Cikgu, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee) dan synthesizer.”

    Bercerita perihal Malayneum, Loque berkongsi lagi, “Apabila memikirkan kembali sekarang, 2 dekad selepas dikeluarkan, saya boleh katakan Malayneum sangat menonjol sebagai satu album kami yang paling unik. Album ini berada di antara grunge, alternatif dan indie rock. Album in juga berada dalam kategori sendiri dalam “satu ruang” yang menarik, sukar untuk kami letakkan dalam mana-mana kategori. Kami yang ketika itu, sedang giat menyiapkan beberapa lagu dan album, namun boleh beralih daripada era grunge kepada sesuatu yang “lain”. la seperti album yang terperangkap dalam transit antara 2 era, tidak berada dalam mana-mana acuan tertentu. Selepas 20 tahun, kami bersyukur kerana kami membawa haluan tersebut yang belum pernah lagi dibawa Butterfingers tetapi Malayneum cukup siap dan berada dalam liganya sendiri”.

    Kadak pula berkata “Malayneum ini adalah satu karya yang ‘diperam’ dan ‘masak ranum’. Pendengar album ini diharap dapat alami semua lagu dan menikmatinya dengan baik terutamanya pada persembahan malam nanti. Mari sama-sama runtuhkan tembok yang membatasi pilihan musikaliti Butterfingers yang susah lagi bersama sekarang kerana kekangan masa masing-masing dari kami. Ini juga masanya kita berkumpul, alami dan hargai usaha keseluruhan bunyi-bunyian lagu dari album Malayneum. Kalau bukan masa anniversary (ulang tahun ke 20) ini, bila lagi?.”

    Mengakhiri perbualan bersama Kadak, dia member tafsiran bahawa “Lagu-lagu dari album Malayneum ini sebagai ‘gelap’ atau ‘abyss’, bermaksud kebanyakan lagu adalah bermain dengan satu kitaran percikan emosi dan liriknya dititipkan transisi perasaan yang mahu dizahirkan. Pada malam konsert nanti kami akan cuba menjanjikan kelainan. Untuk yang mahu tahu apa kelainan yang akan kami bawa, maka ‘wajib’ membeli tiket sebelum terlambat dan rugi.”

    “Konsert Malayneum ini akan menjadi pentas besar dan kami meletakkan sepenuh harapan untuk penonton datang. In juga sebagai hadiah kepada penggemar bunyi Butterfingers yang sentiasa menunggu kehadiran Butterfingers walaupun setelah beberapa tahun tidak bersama dalam satu pentas besar. Untuk yang ingin tahu kelainan konsert kali ini, perlu lah hadir…” Loko berharap semua yang membesar dengan muzik Butterfingers dapat hadir bersama meriahkan konsert ini selain berharap dapat menarik minat generasi baharu terhadap muzik yang dibawakan oleh mereka.

    “Walaupun konsert ini untuk meraikan 2 dekad album Malayneum, namun demi tidak mengecewakan pengikut kultus kami, kami akan menyajikan lagu-lagu ‘kek lapis’ dari era awal Butterfingers iaitu lagu-lagu kegemaran ramai dalam repertoire kami.” kata LoQue sebelum perbualan berakhir.

    Konsert Malayneum 23 Butterfingers bakal diadakan pada tanggal 7 Oktober dean di Stadium Malawati, Shah Alam. Lokasi ini sekali lagi dipilih kerana kapasiti penonton yang boleh memuatkan sehingga lebih 8000 penonton dalam satu-satu masa.

    Tiket konsert sudah mula dijual! Zon tempat duduk mula dijual dengan harga bermula RM99 (Ginseng), RM135 (Suddenly), RM199 (Pacific) dan RM249 (Mating Season). Manakala untuk zon berdiri, harga tiket bole didapati pada harga RM169 (Malayneum) sahaja.

    Serta tambahan tempat duduk utama dengan harga bermula RM499 (Malayneum Deluxe) untuk pembeli bergambar bersama (meet & greet) dan memiliki barangan rasmi (official merchandise).

    Segala urusan pembelian tiket adalah menerusi www.ticket2u.com.

    Sebarang info lanjut mengenai penganjuran Konsert Malayneum 23, terus hantarkan emel anda ke penerbitanpancasona@gmail.com atau hubungi 012-2032585 (Penerbitan Pancasona).

  • PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM BERAKHIR

    Dengan keluaran lagu terbaru mereka, “Kurniaku Terindah,” yang berada di bawah Luncai Emas Sdn Bhd, Jinbara terus berjuang untuk mendapatkan pengiktirafan dalam industri muzik rock. Untuk terus membina reputasi dalam industri muzik rock, Jinbara dan Luncai Emas telah mengeluarkan single ini sebagai projek rakaman yang unik.

    Seperti yang diungkapkan oleh komposer single ini, “Perjuangan dan perjalanan rock mereka masih belum tamat lagi’’- Ujar M.Nasir . Single “Kurniaku Terindah,” yang dicipta oleh Dato’ M.Nasir, membuktikan bahawa perjalanan muzik Jinbara masih jauh dari pengakhirannya.

    Sebagai Kumpulan rock yang telah menghasilkan lagu-lagu popular seperti “Kasihnya Laila,” “Farhana, “Cinta Pandai Merdeka,” dan “Patri,” Jinbara merasakan bahawa “Kurniaku Terindah” adalah pencapaian baru buat mereka. ‘’Ini suatu kehormatan besar dan rasa bersyukur kerana kami diberikan kepercayaan untuk membawakan lagu hasil ciptaan Dato’ M.Nasir. Single baru ini memberikan satu erti apabila kita masih lagi bernafas hingga hari ini , diberikan kesihatan yang baik , maka itulah kurnia terindah dari Maha Esa’’ – Kata Jinbara

    Jinbara adalah : Dari kiri Cepot (Gitar), Ahtan (Drum), Along (Vokalis) & Lan (Gitar)

    Bagi proses rakaman single ini, semuanya telah berjalan dengan lancar sebelum menerima berita duka pemergian Allahyarham Tony Iskandar pada 30 Jun 2021 (bekas pemain bass kumpulan Spider). Allahyarham merupakan pencetus utama dalam penerbitan single ‘Kurniaku Terindah’ ini dan tugas sebagai Produser lagu diambil alih oleh Hanafi Spider.

    ‘’Sewaktu rakaman awal, Allahyarham Tony Iskandar sememangnya berhasrat untuk menyiapkan projek lagu baru ini hingga siap. Arwah pernah juga berkata ‘’Kita Bikin Kasi Jadi’’. Namun, Allah S.W.T lebih menyayanginya. Arwah adalah Sahabat Dunia Akhirat ‘’ – Jelas Jinbara

    Dalam usaha untuk terus berinteraksi dengan peminat setia, Jinbara juga akan mengadakan Showcase “Rock Untuk Rakyat” pada 30 Ogos 2023 jam 9 malam di Grand Sabak @ Leypark Station. Tiket boleh didapati dengan menghubungi talian 019-933 4021.

    Sebuah video lirik “Kurniaku Terindah” telah dilancarkan pada 18 Ogos 2023 melalui saluran YouTube Luncai Emas. Anda juga boleh menikmati audio rasmi di semua platform digital yang tersedia seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan muat turun di Itunes Store.

    Selaku label rakaman, Luncai Emas berharap agar single terbaru ini akan meraih perhatian peminat muzik dan media. Kami mengundang anda semua untuk menikmati karya ini dengan sepenuh jiwa.

  • Double Trouble di Malawati dengan penonton seramai 7000 orang

    Konsert Double Trouble pertama yang berlangsung pada November 1993 di Stadium Negara, pasti akan diingati oleh peminat setia Search dan Wings. Selepas 30 tahun, edisi kedua akhirnya akan berlangsung pada 5 Ogos 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa barisan untuk konsert ini diiktiraf secara meluas sebagai sangat berbeza.

    Dalam edisi kali ini, Kumpulan Search dan Barbarik memikat hati penonton di Stadium Malawati dengan persembahan bergaya mereka, dimulakan dengan lagu pembukaan “Street Music Ballad.” 7,000 penonton benar-benar terhibur menyaksikan Joe Branko, Kid, Din, Mus, Denden, dan ahli lain beraksi.

    Barbarik mengekalkan “kekejaman” dalam bunyi dan persembahan mereka dengan mempamerkan koleksi lagu-lagu jarang zaman Mus seperti Idaman, Hati Sulam Lain, Keris Tak Ada Sarung, Sakit Bantal Empuk, dan Biru Mata Hitamku. Kedua-dua penulis dan ramai lagi percaya bahawa tenaga dan aura yang mereka pancarkan kali ini mengatasi konsert mereka sebelum ini, Barbarik: Loud Stage.

    Ramai orang menjangkakan bahawa Joe akan memberikan usaha terbaiknya, tetapi dia tanpa rasa takut melebihi jangkaan dengan memberikan usaha dua kali ganda, menyebabkan telinga penonton berdesing dan air mata mengalir. Ia adalah selamat untuk mengatakan bahawa solo dan improvisasi lanjutannya dipenuhi dengan tenaga yang menggembirakan.

    Tidak lupa juga kepada lagenda kita Mus, yang bukan sahaja mengekalkan gelaran ‘raja guruh’ dengan kualiti vokal yang mengancam, malah mempamerkan kawalan pentas yang hebat dan menawan hati penonton. Perlu diingat, walaupun sudah berusia 55 tahun, hanya sedikit yang mampu menandingi kehadirannya yang berkarisma di atas pentas. Tambahan pula, Adi Yamin pada papan kekunci turut mendapat pujian ketika mempersembahkan lagu Hati Sulam Lain, manakala Rozaimi dan Ainul mempamerkan profesionalisme mereka dalam mengawal bahagian irama.

    Persembahan diteruskan dengan lagu Asli & Tulus, Metropolitan, Rock n Roll Pie, dan Pelesit Kota. Ramai yang menghargai keputusan Search untuk memasukkan Asli & Tulus, kerana ia adalah kali pertama lagu itu dipersembahkan secara langsung. Ketika peminat sebelum ini menyanyikan lagu Teguh di konsert Rockin’ on Rooftop, kali ini Asli & Tulus menjadi lagu paling menghantui dalam setlist Search. Separuh masa kedua konsert bermula dengan Search mempersembahkan Di Pintu Sepi, Emmanuelle, dan Pembakar Reasanas. Denden kelihatan tidak selesa, menunjukkan pergerakan kaku, manakala Kid, Din, Yan, Minn, dan Firdaus semuanya bertenaga dan terlibat. Ketika bercakap kepada penonton, ternyata Denden gementar, dan kualiti vokalnya sedikit lemah berbanding konsert Rockin’ on Rooftop.

    Search dan Barbarik bersatu semula sekali lagi, kali ini diiringi Padamkan Lampu Tidur, Gadisku, Inspirasi Syakilla, dan Gadis Misteri, sebelum beralih kepada set akustik yang menampilkan Kejora dan Ular Sawa Blues. Ia agak unik untuk mendengar Ular Sawa Blues dimainkan secara akustik, kerana ia dikenali sebagai salah satu lagu pembunuh Wings dari era Mus. Namun, persembahan mereka pada malam itu tetap menghiburkan apatah lagi Joe menyumbangkan vokalnya. Penulis sangat tertarik dengan versi instrumental Mencari, yang turut menampilkan Joe Branko. Lagu ini, yang berasal dari album Phenomena (1989), telah disempurnakan dengan sempurna oleh tiga pemain gitar – Din, Kid, dan Joe. Search dan Barbarik mengakhiri persembahan mereka dengan lagu Gemuruh dan Pasti bersama.

    Secara keseluruhannya, konsert Double Trouble 2 berlangsung selama lebih tiga jam. Pada pendapat peribadi penulis, Joe Branko adalah pemain yang menyerlah pada malam itu, memperoleh gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP). Persembahan Barbarik juga merupakan peningkatan berbanding persembahan Loud Stage mereka sebelum ini, manakala Search cemerlang di konsert Rockin’ on Rooftop. Penulis berasa amat bersyukur kerana berpeluang menyaksikan malam yang bersejarah ini, dan imej Joe Branko dan Kid membuat persembahan bersama semasa lagu Gemuruh akan terus terpahat dalam ingatan mereka. Penulis mengucapkan terima kasih kepada Alpha Nation, Search, dan Barbarik.