Tag: #SeniMuzik

  • Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024: Menampilkan Pemuzik Terbaik SeMalaysia

    Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024: Menampilkan Pemuzik Terbaik SeMalaysia

    Festival of Drum and Percussion Malaysia adalah sebuah festival muzik yang meriah, menyatukan pelbagai alat muzik seperti drum, gendang, dan perkusi untuk mencipta irama dan bunyi yang mencerminkan pelbagai budaya dan harmoni.

    Festival yang berlangsung selama sehari ini akan menyajikan acara Drums & Percussion Showcase dengan sesi interaktif dalam pelbagai genre, persembahan drumline, serta Gala Konsert “All-Star Show” yang pasti mengagumkan.

    Antara artis dan pemuzik yang akan mengambil bahagian termasuk Arthur Kam, Batteryheadz Percussion, Dato Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa’ang Zaman, Rie Tsuji, Sān Percussion, Steve Thornton, The Gong, Ujang Exists, Pancaragam Polis DiRaja Malaysia, serta pelbagai jemputan khas lainnya.

    “Objektif utama penganjuran Festival of Drum and Percussion Malaysia adalah untuk mempromosikan seni drum dan perkusi, menyumbang kepada industri kreatif Malaysia, serta meningkatkan kesedaran tentang pelbagai alat perkusi dan teknik melalui ceramah, bengkel, dan persembahan.

    “Sehubungan itu, kami sebagai penganjur juga akan mengadakan Gala Konsert “All-Star Show,” yang merupakan gabungan persembahan moden, drum Latin, world & etnik perkusi, serta perkusi tradisional Malaysia, diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama artis dan pemuzik jemputan untuk menunjukkan bahawa bakat pelaku seni tempatan kita mempunyai kredibiliti yang perlu disokong dan dibanggakan,” jelas Jin dari JS Music.

     

  • HAZAMA DAN NORANIZA IDRIS MERAWAT HATI LAGU PENAWAR KITA

    Kuala Lumpur, Malaysia — Dua penyanyi terkenal di  Malaysia iaitu  Ratu Pop Etnik Negara  Noraniza Idris dan  penyanyi lelaki popular Malaysia, Hazama. Mereka akan bersatu dalam karya muzik terbaru mereka yang bertajuk Penawar Kita. Lagu baru mereka ini dapat menyembuhkan hati mereka setelah lama tidak berkarya.

     

    Dari segi konsep muzik kali ini, Luca Sickta telah menghasilkan muzik yang menggabungkan elemen tradisional dan moden yang sinonim dengan perwatakan nyanyian dari Noraniza Idris & Hazama. Penggabungan ini mencipta dinamika musik yang membawa perpaduan elemen tradisional dan moden.

     

    Menurut Hazama ‘’ Saya rasa sangat bertuah kerana dapat berpeluang berkolaborasi bersama dengan lagenda Irama Malaysia , Noraniza Idris . Kali pertama dapat panggilan projek ini saya terus setuju dengan tawaran dari Kak Ani. Kebetulan pula saya memang peminat Kak Ani dari kecil lagi. Projek ini merupakan kali pertama saya merakamkan lagu yang bergenre Irama Malaysia. Tanpa tawaran ini , tidak mungkin berpeluang untuk merakamkan lagu yang berunsurkan Irama Malaysia kerana saya sememangnya membawakan genre Rock . ‘’Terima Kasih juga tak terhingga kepada semua yang terlibat dan juga pihak Luncai Emas yang banyak membantu dalam sepanjang proses projek ini dijalankan’’. Tambah Hazama .

     

    “PENAWAR KITA ” adalah terbitan bersama Luncai Emas Sdn Bhd dan NIPV Management Sdn Bhd. Lirik ditulis oleh penerbit muzik , penyanyi & rapper Kmy Kmo, dan dilengkapkan dengan konsep muzik yang mendalam oleh Luca Sickta, bertujuan untuk memikat penonton dengan lirik yang bermakna dan melodi yang meremajakan jiwa. Lagu ini menggabungkan elemen muzik tradisional yang terpilih dengan hikmah pantun nasihat, mencipta perpaduan menawan antara tradisi dan moden.

     

    Walaupun lirik dan lagunya oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta, Noraniza Idris tetap membawa pesanan mendalam melalui persembahan suara yang menggugah hati. Lirik yang ditulis membawa pendengar dalam perjalanan yang menyentuh hati, di mana ujian dan cabaran kehidupan berfungsi sebagai pengajaran praktikal dalam memahami hakikat hubungan manusia.

     

    Kmy Kmo menambah, "Apabila zaman berganti zaman kita semua memerlukan udara-udara baik dan harmoni, menekankan keperluan berkekalan untuk bersatu dan harmoni dalam kehidupan kita’’.     ‘’ Setelah siap rangka susunan muzik , saya cadangkan agar lagu ini diduetkan dengan artis baru atau sedang aktif dan sesuai dengan vocal saya . Ambil masa lama juga meninjau, satu hari saya buat satu program melibatkan Hazama dan saya terus terfikir untuk calonkan Hazama sebagai rakan duet. Usulan itu disambut baik oleh pengurusan Hazama. Bermulalah rakaman single ini’’. Kata Noraniza Idris.

     

    ‘’Penerbitan single ini dipantau sepenuhnya oleh Datuk M.Nasir selaku penasihat single ini. Saya sangat berbesar hati dapat khidmat nasihat dari Datuk sebuah nama besar yang dihormati dalam industri muzik hingga kini’’. Tambah Noraniza Idris lagi.

     

    Sejajar dengan evolusi muzik dalam peredaran masa kini, Noraniza Idris & Hazama berharap semoga lagu duet ini di terima peminat muzik di Malaysia dan mendapat tempat di dalam hati masing – masing .

     

    Penawar Kita diharapkan agar dapat juga merentasi peringkat umur dan memberikan pengalaman bermakna kepada semua pendengar. Dengan semangat kolaboratif, mempersembahkan Penawar Kita sebagai nyanyian bersama yang berkuasa. Single ini meresap secara mendalam dalam hati mereka yang mencari keselesaan dan hubungan dalam bahasa muzik yang universal.

     

    Penawar Kita kini boleh didapati di semua platform muzik utama, seperti Spotify , Apple Music, Itunes dan juga Muzik Video akan mula ditayangkan di saluran Luncai Emas mulai 10 November 2023. Diharap semua dapat mendengar untuk mengalami perpaduan menawan melodi tradisional dan moden yang membawa kedamaian.

     

    Sekian, Terima Kasih

  • SATWO KEMBALI MEMIKAT PENGGEMAR DENGAN SINGLE ‘CAHAYA MALAM’.

    Kehadiran single ‘Cahaya Malam’ menandakan terus berkembangnya warisan kreatif Satwo, memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai pemain utama dalam seni muzik Malaysia dengan gaya folk-pop dan neo-romantika yang memukau.

    Cahaya Malam merupakan single ketiga dalam kerjaya mereka setelah Untok Kita dan Gelap, menggabung unsur-unsur seperti indie-folk dan pop melankolia dengan cara yang unik, menangkap kalbu pendengar dari awal hingga akhir. Single ini adalah bukti bahawa artis-artis tanah air mampu menciptakan sesuatu karya yang bukan sahaja mudah ditangkap pendengar malah unik, istimewa dan kreatif.

    “Bagi kami, Cahaya Malam ialah kesinambungan dari single kami yang sebelum ini, Gelap. Lagu Cahaya Malam bermula dengan intro yang seperti ‘chanting’ atau mantera, bagi menenangkan perasaan kusut dan membuat pendengar memberi perhatian pada melodi yang akan dinyanyikan seterusnya. Berbanding dengan ‘mood’ dua single sebelum ini yang gelap, lagu ini lebih santai dan tenang.” kata Maz, separuh daripada suara Satwo dan pemain keyboard mereka. “Inspirasi Cahaya Malam datang dari perasaan selepas dendam itu terbalas dan menceritakan kesan daripada dendam, sama ada baik atau buruk.” kata Rafiz pula, satu lagi suara Satwo. “Walau bagaimanapun kami tak sabar untuk para peminat dan orang ramai mendengarnya dan menafsirkan lagu ini dengan cara mereka sendiri yang berhubung dengan jiwa peribadi mereka.”

     

    Maklumat mengenai produksi Cahaya Malam:

    Lagu & Lirik : Satwo 

    Nyanyian : Satwo

    Susunan : Ilham / Satwo 

    Produser : Ilham 

    Piano & Synth : Maz

    Synth Pads : Ilham 

    Gitar : Rafiz 

    Drum : Acin Pukul

    Bass : Masrin

    Penyelaras Projek : Rahman Saharddin

    Jururakam : Mohd Akmar Soffian 

    Juruadun : Husyairi Hamzah 

    Mastering : Steve Carrao

     

    Cahaya Malam akan tersedia di semua platform streaming utama, termasuk Spotify, Apple Music, dan Joox, bermula pada hari Jumaat, 22 September 2023.

    Satwo telah memperoleh pengikut yang setia melalui single-single mereka yang terdahulu dan persembahan ‘live’ mereka yang mengagumkan, dan Cahaya Malam berjanji untuk lebih mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu pemain utama dalam arena indie-pop Malaysia.

    Untuk sebarang pertanyaan, permintaan temu duga, atau maklumat lebih lanjut mengenai Satwo dan Cahaya Malam, sila hubungi kami melalui emel atau telefon yang tertera di atas.

    Ikuti Satwo:

    – Facebook: SATWO

    • Twitter: @SatwoMusic
    • Instagram: @satwomusic
    • Tiktok: @satwomusic

    This image has an empty alt attribute; its file name is CA%20cahaya%20malam.png