Tag: #Syamel

  • PENYANYI JEMPUTAN ISTIMEWA UNTUK FINALIS MINGGU INI SYAMEL & ERNIE ZAKRI

    This image has an empty alt attribute; its file name is rsz_1poster_artis_jemputan_fd-810x1024.jpg

    Petaling Jaya, 2 Disember 2023 – Penyanyi jemputan minggu ini pasangan suami isteri Syamel dan Ernie Zakri bakal menghangatkan lagi pentas akhir Famili Duo. Bersama kita saksikan pentas akhir Famili Duo 2023 yang akan bersiaran pada 3 Disember 2023 (Ahad) jam 9 malam dari Studio 1., Glenmarie. Stream pula langsung secara HD di laman web www.tonton.com.my. Nantikan gandingan pasangan ini dan peserta Famili Dua akhir 2023.

     

    Pentas Akhir Famili Duo 2023 menampilkan tiga pasangan duo sebagai finalis iaitu duo adik-beradik Sharif & Syaiful ZERO, duo sepupu Haqiem Rusli & Ariff Bahran dan duo adik beradik Adira & Emma Suhaimi. Kesemua finalis perlu melakukan dua persembahan yang bertema ‘bebas’ dan ‘vokal berkumpulan / duet popular.’ Bagaimanakah dengan persiapan akhir mereka? Duo manakah bakal bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000? 

     

    Bermula dari episod pertama, duo adik-beradik Sharif & Syaiful ZERO sering melemparkan idea-idea yang kreatif dalam persembahan mereka. Apakah strategi mereka kali ini? Menurut Sharif: “Kami sudah bersiap sedia untuk malam final. InsyaAllah, kami janji akan buat lain daripada yang lain. Saya berharap persembahan kami di final dilihat layak untuk menang jika ada rezeki untuk menang. Kejutan itu pasti ada di pentas akhir. Dari segi pemilihan lagu, saya dan abang saya kena bersepakat dan selesa dengan lagu-lagu itu. Untuk susunan lagu, terima kasih kepada pengarah muzik abang Rio dan Achoi (Zai Hamzah) daripada Floor 88 yang banyak membantu.”

     

    Haqiem Rusli & Ariff Bahran, duo sepupu yang memberikan saingan hebat dan selalu buat yang sehabis baik di pentas Famili Duo 2023. Menurut Haqiem: “Kami akan bagi the best yang kita boleh bagi kerana program ini sudah sampai ke penghujung. Untuk persembahan dua lagu ini, kami akan menggunakan elemen meriah dan juga elemen yang boleh menyentuh hati penonton.Terima kasih kepada TV3 kerana sudi mempelawa kami ke Famili Duo. Selain dapat menyatukan pasukan saya dengan pasukan yang lain, kami juga dapat berkenalan dengan pasukan produksi baharu, musician dan peserta Famili Duo yang lain. Ia adalah satu pengalaman yang manis. InsyaAllah, saya akan masuk lagi pada tahun depan jika ada peluang.” 

    Bahran pula berkata, “Bagi  saya, persediaan agak stress sebab dah sampai final. Kita bagi yang sehabis baik untuk dua persembahan pada malam Ahad ini. Kami akan ada cameo yang dapat mencuit hati penonton, jadi kena tunggu kejutan itu. Terima kasih kepada semua yang menyokong Famili Duo. Terima kasih kepada TV3, juri-juri dan semua yang terlibat dalam Famili Duo dan doakan yang terbaik untuk kami.”

     

    Duo adik-beradik, Emma & Adira Suhaimi pula berkongsi,  “Persediaan final memang kami akan all out dan buat sebaik mungkin. Pemilihan lagu pun sangat teliti untuk final nanti. Kami mengambil berat segala komen juri. Jadi, nantikan persembahan kami di final nanti.”

     

    Jangan terlepas juga peluang untuk gandakan sokongan buat duo kegemaran anda sebanyak 50 kali undian apabila anda menggunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ ketika melanggan pakej TontonUP dengan harga serendah RM20 bagi 3 bulan pertama. 

     

    Nantikan Pentas Akhir Famili Duo 2023 pada 3 Disember 2023, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. 

     

  • BELAKANG TABIR: SYAMEL KONGSIKAN KARYA TERKINI BUAT PEMINAT.

    This image has an empty alt attribute; its file name is Poster%20Belakang%20Tabir.jpg Syamel Aqmal Mohd Fodzly, atau lebih dikenali sebagai Syamel, yang telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32), kini menggegarkan industri muzik dengan single terbarunya, ‘Belakang Tabir’. Lagu ini kini boleh didapati di pelbagai platform termasuk iTunes, Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal, dan Deezer. Single terbaharu ini merupakan hasil sentuhan sepenuhnya oleh Syamel sendiri, dimana beliau juga merupakan penulis lirik dan komposer. Lirik lagu ini mempunyai maksud yang sangat mendalam sehingga dipilih sebagai lagu runut bunyi bagi drama Luruhnya Bunga Cinta. Drama Luruhnya Bunga Cinta merupakan sebuah drama bersiri di TV3, slot Akasia yang telah pun mula bersiaran pada 19 September 2023 yang lalu. Anda boleh menonton drama yang dibintangi oleh Tracie Sinidol, Redza Rosli dan Aniq Anuar ini secara HD hanya di Tonton. Syamel yang juga merupakan bapa kepada cahaya mata comel bernama Nur Khawla Soleha sangat bertuah kerana kerjayanya dalam bidang muzik sentiasa mendapat sokongan tanpa berbelah bahagi daripada isteri tercinta, Ernie Zakri. Gabungan kedua-dua mereka inilah yang membuatkan Syamel semakin bersemangat untuk menghasilkan lagu-lagu yang menusuk kalbu. Menurut Syamel “Lagu ini saya tujukan khas buat pendengar terutamanya peminat saya yang sentiasa memberi sokongan kepada perjalanan muzik saya dari dahulu hingga kini. Inilah hadiah saya kepada mereka dan moga lagu ini menjadi sumber inspirasi kepada mereka. Perkongsian saya adalah menerusi muzik dan lirik lagu ini menceritakan mengenai pentingnya mempunyai sahabat atau pasangan yang sentiasa berada disisi kita dan memberi sokongan kepada kita tidak kira di mana sahaja mereka berada, walaupun sekadar di belakang tabir.” Muzik untuk lagu Belakang Tabir di susun oleh Aubrey Suwito dan ianya menampilkan melodi yang indah dan susunan muzik yang memukau, mencipta suasana yang membuatkan seseorang boleh berfikir secara optimis. Sudah tentu lagu ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar setianya. Apatah lagi lagu ini akan mewarnai drama bersiri ‘Luruhnya Bunga Cinta’ di TV3 dan Tonton. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Belakang Tabir’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Syamel menerusi Instagram: @syamel_official  Tiktok: @syamel_official , Facebook: @Syameel Aqmal (syem). Turut disertakan ialah lirik lagu ‘Belakang Tabir’.
    Tenang tenang saja Hidup tidak pernah sulit Aku ada, bersamamu Di setiap waktu Tersusun takdirmu Hanya tinggal tuk dirasa Aku akan ,memastikan Kau bahagia Terbanglah kasih Menggapai awan di langit yang beribu Aku pastikan Tiada badai yang akan menghalangmu Namun Jangan pernah  Kau lupa untuk menoleh kepadaku Biarpun kuhanya Sekadar belakang tabir