Tag: #TERENGGANU

  • KEMUNCULAN ‘GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE’ MEWARNAI SURIA KLCC

    Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Suria KLCC memberikan sambutan yang penuh meriah dengan kilauan cahaya Hari Krismas bertemakan ‘Gingerbread Christmas Village’. Ini inspirasi dari tradisi membuat biskut “Gingerbread” dan rumah “Gingerbread” sepanjang perayaan krismas. Tema sambutan krismas tahun ini bakal mewarnai Suria KLCC dari 24 November 2023 sehingga 1 January 2024. Acara ini agar dapat memeriahkan lagi sambutan krismas tahun 2023 dan menarik ramai pengunjung pusat beli belah KLCC untuk hadir melihat sendiri sambutan krismas yang menarik dan unik.

     

    Para pengunjung dijemput untuk melangkah ke dunia magis ‘Gingerbread Christmas Village’ di perkarangan Centre Court yang membawakan pelbagai binaan yang mempesonakan inspirasi dari ‘icing’ dan gula-gula yang berwarna-warni. Sebuah air terjun cokelat ‘Gingerbread’ ditampilkan untuk menyerikan lagi suasana sambutan perayaan Krismas.

     

    Dekorasi utama dilihat membawakan sebuah menara jam ‘Gingerbread Clock Tower’ interaktif dimana ‘Gingerbread Man’ akan menari apabila musik perayaan Krismas dimainkan pada setiap jam. Pengembaraan kampung Gingerbread diteruskan dengan ‘Gingerbread Toyshop’ yang dilengkapi ‘photobooth’ selain daripada pelbagai hadiah yang menarik buat para pengunjung untuk mencipta kenangan yang indah.

     

    Pengalaman tidak terhenti disitu apabila para pengunjung berpeluang untuk menyampaikan mesej bermakna buat yang tersayang melalui pengeposan poskad. Poskad Krismas ini akan dilengkapi dengan setem istimewa Suria KLCC yang boleh didapati melalui pembelian Pin Suria KLCC. Sumbangan para pelanggan juga akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu-isu kesihatan mental.

     

    Selaras dengan sambutan Krismas kali ini, Suria KLCC juga telah menderma RM3,000 kepada Yayasan ‘Dignity for Children’ yang dilihat sebagai salah satu inisiatif murni untuk tanggungjawab sosial dan korporat.

     

    Sepanjang sambutan perayaan kali ini, para pengunjung berpeluang untuk menyertai Kuiz ‘Gingerbread Man Personality’ bagi merungkai persona mereka selain menerima pin edisi terhad ‘Gingerbread Man’.

    Sambutan di Suria KLCC disasarkan akan lebih meriah pada hujung minggu dan juga pada Hari Krismas dengan kemunculan ‘Santa Claus’ dan ‘Ms. Claus’. Sementara itu, ‘Gingerbread Bakery & Candy Shop’ juga menjemput para pengunjung untuk mendekorasi biskut Krismas yang menarik untuk dibawa pulang.

     

    Di Esplanade KLCC, para pengunjung sekali lagi akan dipukau dengan kehadiran Pokok Krismas ikonik yang tertinggi di Malaysia yang dilengkapi dengan perhiasan yang bertemakan ‘Gingerbread’.

     

    Untuk keriangan berganda, para pengunjung yang berbelanja RM 1,500 ke atas melalui 2 resit akan menerima sekeping e-baucar Suria KLCC yang bernilai RM100.

     

    “Di Suria KLCC, semangat perayaan bukan lah hanya dengan membeli-belah; tetapi ianya adalah sambutan yang melambangkan kegembiraan serta semangat kekeluaragaan pada setiap saat. Berdiri megah setinggi 100 kaki, Pokok Krimas ini melambangkan komitmen kami untuk memupuk keceriaan di seluruh bandar Kuala Lumpur,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

     

    Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya

    Tema “Gingerbread Christmas Village’ juga membuat penampilan buat sambutan hujung tahun di Alamanda Putrajaya. Perkarangan ‘Centre Court’ ditransformasikan dengan hiasan dan dekorasi perayaan yang memukau bermula dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024. Tidak kurang dari itu, para pengunjung berpeluang untuk menonton persembahan dan juga menyertai aktiviti hiburan yang dilihat bakal menggamit lagi kemeriahan sambutan cuti akhir tahun.

     

    Dalam tempoh keberlangsungan perayaan ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak pada hujung minggu dan Hari Krismas. Persembahan tarian, persembahan silap mata, persembahan kawad pancaragam adalah antara pelbagai aktiviti menarik selain daripada persembahan joget dan berbasikal oleh Santa. Sesi beramah mesra bersama Santa Claus akan diadakan pada ambang malam Hari Krismas selain dari Hari Krismas tersebut. Bagi menyerlahkan bakat pengunjung kanak-kanak yang terdiri daripada ahli VIKids, mereka berpeluang untuk menyertai aktiviti istimewa dekorasi rumah ‘Gingerbread’ menggunakan ‘popsicle’.

     

    Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’. Sementara itu, pembeli yang mencatat rekod tinggi dengan jumlah pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima baucar bernilai RM80.

    Mesra Mall, Terengganu

    Keindahan sambutan Krismas bakal dirasai dan dilihat di Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman, Terenggan bermula dari 1 sehingga 31 Disember 2023. Dalam tempoh ini, para pembeli yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menebus ‘Mesra Mall 2024 Planner’ yang terhad untuk 500 tebusan sahaja.

     

    Berikutan sambutan cuti akhir tahun, Pusat Beli-Belah Mesra juga akan mengadakan Bengkel Sains VIKids bermula dari 21 sehingga 25 Disember. Bengkel yang berkonsepkan makmal mini ini akan menampilkan enam aktiviti interaktif. Peserta yang berjaya menyertai keseluruh aktiviti akan menerima Kit Eksperimen Sains yang dilihat akan memberikan sentuhan pendidikan untuk sambutan cuti akhir tahun mereka.

     

    Untuk ahli VIKids dan juga ibu-bapa mereka, bengkel tanah liat ‘Gingerbread’ yang akan diadakan pada 16 dan 17 Disember ini akan menghalusi sudut kreativiti mereka bersama. Pada Hari Krismas, Santa Claus akan membuat penampilan istimewa dengan memberikan gula-gula secara percuma untuk mengimarahkan semarak sambutan cuti akhir tahun di Pusat Beli-Belah Mesra.

     

    Untuk info lanjut, layari:

    1. Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
    2. Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
    3. iii. Mesra Mall – www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

  • Kejayaan Tayangan “magiK”: Merentasi Tujuh Lokasi Semenanjung Malaysia

    KUALA LUMPUR – Tayangan khas filem “magiK,” yang dianjurkan oleh syarikat produksi 42nd Pictures Sdn Bhd di bawah pimpinan pasangan suami isteri Yasu dan Bea Tanaka, telah mencapai kejayaan dalam mendekati penonton sasarannya.

    Menurut Bea, penerbit filem ini, tayangan istimewa “magiK” di tujuh lokasi berbeza di Semenanjung Malaysia melibatkan lapan sesi tayangan.

    “Setakat ini, pihak kami sudah berjaya mengadakan empat tayangan khas filem magiK bersama penduduk setempat termasuk komuniti bermasalah pendengaran membabitkan        lokasi di Kuantan,Terengganu,Kedah dan YMCA, Kuala Lumpur.

    “Tayangan khas filem ini juga ialah versi ‘closed caption’ untuk memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran,”katanya.

    Filem magiK yang bakal menemui penonton dipawagam seluruh Malaysia pada 30 November depan memaparkan gadis pekak berusia tujuh tahun, Kit yang ini tinggal di perkampungan terkenal dengan kelip-kelip.

    1. Kuantan

    Lokasi pertama untuk tayangan khas filem magiK adalah di Kuantan, Pahang. Menurut pengarah filem ini, Tanaka, lokasi ini dipilih kerana penggambaran filem magiK berlangsung diKampung Kuantan, Kuala Selangor yang terkenal dengan kelip-kelip.

    “Ramai penonton yang bertanya mengenai maksud huruf besar K yang juga judul filem magiK pada tayangan khas itu.

    “Saya menjelaskan kepada mereka huruf besar K itu melambangkan banyak perkara.“K adakah Kit (nama watak utama), K juga bermaksud kelip-kelip dan komunikasi serta K juga bermaksud Kuantan,”katanya.

    Tanaka berkata, selalunya dia akan mendapat idea baru dan inspirasi untuk menghasilkan skrip bila mengunjungi lokasi yang unik dan menarik di Malaysia. Katanya, dia juga boleh menyelami adat dan budaya masyarakat tempatan di setiap lokasi yang dikunjungi.

    “Terima kasih kepada pihak yang membantu menjayakan tayangan khas filem magiK di sana iaitu Addy Haikal, Warung Adri dan Pameran Seni Haram yang menjadi tuan rumah di Kuantan.

    “Mereka juga tidak sabar untuk mengembangkan komuniti seni di Kuantan melalui pelbagai bentuk seni seperti muzik dan filem,” katanya.

    Tidak ketinggalan, kata Tanaka, dia dan Bea turut berpeluang mempromosikan buku terbaru terbitan mereka berjudul “Visual Story Telling 2: How to Meet 42nd Sheep” dengan Pameran Seni Haram.

    “Syarikat produksi, 42nd Pictures lazim mengadakan kelas “Visual Storytelling” dan menggunakan buku karya mereka sebagai buku teks,” katanya.

     

    1. Terengganu

    Tayangan khas kedua filem magiK membabitkan lokasi di tepi pantai yang indah dan terkenal dengan tempat penyu bertelur untuk konservasi penyu iaitu Pantai Telaga Papan di Setiu, Kuala Terengganu.

    Menurut Tanaka, lokasi itu dipilih kerana ia bersesuaian dengan filem magiK yang juga menyentuh konservasi kelip-kelip.

    “Namun, lokasi itu paling sukar untuk kami meletakkan peralatan seperti projektor, pembesar suara dan skrin layer untuk tayangan wayang pacak diluar, katanya.

    Kata Tanaka lagi, magiK juga menyentuh isu alam sekitar dan karya dihasilkan juga sentiasa menekankan kepentingan komunikasi yang harmoni antara alam semula jadi dan manusia.

    “Seperti filem kami sebelum ini, Nota, kisah berlaku di tepi sungai dan seterusnya dilaut.

    “Seperti perubahan alam semula jadi mengajar kita bagaimana untuk hidup dengan aliran kitaran dan bukan melawannya seperti cuaca dan alam.

    “Malangnya, pihak kami tidak dapat menyampaikan filem magiK kepada masyarakat tempatan kerana hujan turun dengan lebatnya ketika tayangan filem itu di sana dan kami perlu meneruskan perjalanan lokasi seterusnya pada keesokan paginya,” katanya.

    1. Kedah

    Perjalanan paling jauh sempena tayangan khas filem magiK ialah dari Setiu,Kuala Terengganu ke Sungai Petani, Kedah. Tayangan khas di sana berlangsung di SPace08000.

    Menurut Tanaka,di Sungai Petani, SPace08000, telah menjadikan jalan belakang dan bangunan lama sebagai landasan untuk komuniti seni dan belia.

    Mereka saling membantu untuk berkembang dan terus bertahan. “Tayangan khas filem magiK disana juga dapat menarik pelbagai golongan masyarakat seperti pasangan guru yang mengajar golongan pekak sama seperti Bea.

    “Selain itu, ada lelaki Jepun yang menetap di Malaysia dan memberi sokongan kepada golongan OKU serta nama keluarganya juga Tanaka. Pada masa yang sama, ada juga pasangan pelancong dari Indonesia,” katanya.

    “Kita dapat kenalan baru dikalangan menonton tayangan khas filem magiK di lokasi terpilih dan setiap pertemuan adalah tidak ternilai,” katanya.

    1. YMCA, Kuala Lumpur

    Minggu Orang Pekak Antarabangsa sedunia di sambut pada hari ahad terakhir, September. Pelbagai acara dianjurkan untuk meraikan hari terbabit, dan Tanaka dan Bea memilih untuk mengadakan tayangan filem magiK di YMCA, Kuala Lumpur.

    Pasangan suami isteri ini berharap filem magiK akan menyumbang pengiktirafan kepada golongan bermasalah pendengaran.

    Bea yang juga bekas guru pendidikan khas masalah pendengaran selama 15 tahun berkata, mereka juga mahu berkongsi filem itu dengan komuniti bermasalah pendengaran sebanyak yang boleh.

    “Pihak kami bersyukur kerana YMCA, Kuala Lumpur menganjurkan tayangan khas sempena Minggu Orang Pekak Antarabangsa pada tahun ini dan ia sangat sesuai dengan filem magiK,filem mengenai seorang gadis pekak.

    “Barisan pelakon filem magiK yang turut hadir untuk tayangan khas ini ialah Qisya Hairulzain (watak utama Kit), Tengku Carmeela (Kit dewasa), Chacko Vadaketh (Zack). Carmeela juga pekak    dan ia juga penampilan pertamanya di layar filem,” katanya.

    Sementara itu,Tanaka dan Bea berkata, melihat reaksi penonton secara langsung pada tayangan khas dilokasi terpilih itu adalah kepuasan sebenar mereka setelah menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan filem itu.

    “magiK adalah mengenai komunikasi. Ia adalah kisah mengenai sebuah keluarga di perkampungan yang terkenal dengan kelip-kelip.

    “Pihak kami bertemu dengan ramai orang sepanjang tayangan khas ini dimana mereka juga mempunyai kehidupan dan masalah mereka sendiri,” katanya.

    Kata Tanaka lagi, ada yang cuba bertahan dan ada yang meneruskan minat mereka dalam pelbagai bentuk seni.

    “Setiap bandar mempunyai komuniti seni mereka sendiri dan mereka juga berjuang untuk terus berkembang maju.

    “Kami juga merasakan sangat dekat dengan mereka sebagai pembikin filem Indie,” katanya.

    Menyusul selepas ini, ada lagi empat tayangan khas filem magiK akan berlangsung dibeberapa lokasi selepas ini. Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya nanti.

    Sosial Media :

    TikTok : https://tinyurl.com/yshuze9c

    Facebook : https://tinyurl.com/2r43wdjm

    Instagram : https://tinyurl.com/mvb6952d

  • Jelajah Busking GEGAR bakal temui peminat di Pantai Timur

    Setiap Jumaat di seluruh tiga negeri termasuk Terengganu, Kelantan dan Pahang bermula 15 September hingga 29 September 2023, semua peminat GEGAR digalakkan untuk memeriahkan lagi GEGAR Busking Tour untuk menikmati persembahan busking dan menyertai acara yang menyeronokkan.

    Sila rujuk jadual Jelajah Busking GEGAR di bawah:

    Tarikh & Masa Lokasi Jelajah Busking GEGAR
    15 Sept, 9 malam Terengganu

    • Tapak Foodtruck Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu 
    22 Sept, 9 malam Kelantan

    • Uptown Dataran MARA, Kota Bharu
    29 Sept, 9 malam Pahang

    • Dataran Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

     

    Jelajah Busking GEGAR bakal menampilkan persembahan busking daripada selebriti-selebriti tempatan termasuk Naqiu, Amir Masdi, Floor 88, Ikhwan Fatanna, Naufal, Isma Sane, Syafiq Abdullah, Rief Daniel, Killa Driz, Nadia Rosli, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Peminat GEGAR juga berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama personaliti-personaliti GEGAR termasuk Issey, Yucha dan Shah (GEGAR Pagi), Scha Musa (GEGAR 10-3), Ewan dan Rea (GEGAR Petang), dan Aswad Jalil (GEGAR Malam)

    Selain persembahan busking, peminat GEGAR juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Teka Kacang GEGAR’ yang akan dijalankan di tiga lokasi secara berasingan. Penyertaan dibuka kepada 50 peserta terawal untuk mendaftarkan diri dan lima peserta yang melepasi pusingan cabutan nama akan berpeluang untuk membuat tekaan bilangan kacang di lokasi busking. Peserta yang berjaya membuat tekaan tepat atau paling hampir akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 di setiap lokasi jelajah.

    Untuk maklumat lanjut tentang Jelajah Busking GEGAR, layari gegar.syok.my atau ikuti platform media sosial GEGAR.