SUNWAY PYRAMID, 24 Februari 2025 – Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, GV Ride Malaysia melancarkan kempen istimewa “Free Ride Subang * PJ * Kajang” untuk memberikan perjalanan percuma kepada pengguna dari 1 Mac hingga 31 Mac 2025. Inisiatif ini diadakan untuk meringankan beban masyarakat sambil memperkenalkan perkhidmatan e-hailing GV Ride kepada lebih ramai pengguna.
Kempen ini membolehkan pengguna menikmati satu perjalanan percuma setiap hari dengan had tambang maksimum RM30 termasuk tol. Sekiranya kos perjalanan melebihi had tersebut, pengguna hanya perlu membayar baki tambahan. Peruntukan kempen ini berjumlah RM500,000 dan akan ditamatkan apabila kuota habis digunakan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GV Car Ventures Sdn Bhd (GVV), Kabeer Maand, “Kami percaya inisiatif ini bukan sahaja membantu komuniti tetapi juga memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman menggunakan GV Ride yang selesa dan berpatutan.” Majlis pelancaran ini turut disempurnakan oleh Exco Mobiliti Selangor, Ng Zhe Han, di Sunway Pyramid.

GV Ride menawarkan ciri-ciri seperti penjejakan masa nyata, pembayaran tanpa tunai dan sistem bidaan harga mesra pengguna. Ia memberikan pengalaman yang lebih efisien serta telus, seiring dengan komitmen syarikat dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi.
Selain itu, GV Ride turut membuka peluang kepada individu yang ingin menjadi rakan pemandu. Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Playstore. Langkah ini bertujuan untuk memperluaskan jaringan pemandu serta memberikan peluang pendapatan tambahan.
Khidmat pelanggan GV Ride beroperasi 24 jam sehari dengan sokongan Autobot untuk memastikan pengguna mendapat bantuan segera. Pengguna boleh menghubungi talian bantuan bagi sebarang pertanyaan berkaitan kempen ini.
Kempen “Free Ride Subang * PJ * Kajang” membuktikan dedikasi GV Ride dalam menyediakan perkhidmatan e-hailing yang lebih inklusif, mudah diakses dan berpatutan untuk semua lapisan masyarakat sepanjang Ramadan. Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati perjalanan tanpa kos!

























Kolaborasi unik antara Wanna Ali, seorang pelakon yang terkenal dengan bakat lakonannya, dan Aiman Ismail, seorang penyanyi yang diiktiraf, mencipta lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ sebagai sebuah karya seni yang memukau. Dengan genre pop Balada, lagu ini mempersembahkan perpaduan emosi dan melodi yang memukau hati pendengar. Kini, lagu ini boleh dinikmati di pelbagai platform digital sejak 3 Oktober 2023.
Menurut beliau, “Sekian lama tidak menghasilkan lagu, jadi saya amat teruja apabila dipanggil untuk menghasilkan runut bunyi (OST) lagu rasmi bagi drama bagi Bukan Sekadar Lafaz yang bakal disiarkan di TV3. Lagu ini cukup bermakna kepada saya kerana ia mencerminkan diri saya sendiri dan situasi yang saya sendiri pernah alami. Pemilihan Aiman selaku rakan duet turut menyuntik keunikan tersendiri sementelah melihat hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai anak dan bapa tiri.Liriknya juga memberi makna yang sangat mendalam dan berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih kepada Wanna dan Aiman kerana membawakan lagu ini dengan penuh emosi. Penggubahan lagu ini sudah tentunya menjadi pengalaman istimewa buat saya, jadi saya harap pendengar dapat menerimanya dengan baik kerana saya sudah mencurahkan hati saya ke dalam lirik dan irama.”
Sementara itu, Wanna turut berkongsikan pengalamannya. “Wanna mengambil masa lebih 2 minggu untuk menjiwai lagu ini. Memang menarik hasil nukilan Dato’ Normashayu Puteh ni. Bila baca liriknya bersama melodi, saya rasa saya adalah Ashikin, watak yang saya pegang dalam drama tersebut. Rakaman single ini di dalam studio bersama Aiman Ismail, Alhamdulillah mengambil masa hanya 5 jam sahaja, kerana Aiman juga memberi kerjasama yang sangat baik” jelas Wanna yang turut membintangi judul terbaharu TV3 itu.
Lirik lagu ini mempunyai jalan cerita yang tersendiri iaitu mengenai pasangan kekasih yang saling mencintai antara satu sama lain namun berasa sangsi dengan hubungan mereka kerana kehidupan mereka yang tidak sama taraf! Gabungan suara Wanna Ali dan Aiman Ismail berjaya membawakan lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ ini sebagai runut bunyi bagi drama bersiri Akasia yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.
Untuk mendengar lagu istimewa nyanyi Wanna Ali dan Aiman Ismail , jangan lupa untuk muat turun lagu ‘BUKAN SEKADAR LAFAZ” di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer.
Untuk maklumat terkini berkaitan lagu-lagu daripada Alternate Records, layari media sosial rasmi di YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang ARSB, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my.
Berikut adlah lirik kepada lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’.
Puteri Khareeza, penyanyi dengan vokal yang mantap, telah diberi peluang untuk menghasilkan single terbarunya, Helah. Setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di TV3 dan di platform Tonton, lagu ini akan menjadi runut bunyi untuk drama bersiri “Haloba.”
Lagu ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya daripada komposer muda yang berbakat iaitu Iqie Hugh & Shazriz Azeman. Menurut Puteri Khareeza, “Saya berasa amat bertuah apabila diberi kepercayaan untuk membawakan lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik yang sangat berpengalaman. Saya harap single terbaharu ‘Helah’ ini mendapat sambutan daripada pendengar. Impian saya adalah untuk menjadi artis yang versatil. Saya bersyukur walaupun dalam kesibukan menerbitkan album, rezeki saya menerusi lakonan juga tidak putus. Saya perlu membahagikan masa antara lakonan dan nyanyian supaya ia seimbang. Mana tahu kalau ada rezeki boleh jadi pengacara pula,” tambahnya berseloroh.
Terdahulu, Puteri Khareeza telah memperolehi 1.8 juta tontonan di YouTube dalam masa sebulan apabila membawakan lagu ‘Duka Sebalik Tawa’ yang menjadi runut bunyi Melur Untuk Firdaus dan berjaya menduduki tempat ketiga di Spotify Carta Pop Terkini dan ‘trending’ di YouTube di mana menduduki tangga ke 23 untuk muzik. Lagu Duka Sebalik Tawa juga telah mendapat jumlah streaming yang memberangsangkan (15.9 M) dan tontonan Tik Tok (386 M). Adakah lagu ‘Helah ’ini juga bakal mendapat sambutan yang memberansangkan?
Lirik lagu ‘Helah’ ini sememangnya sesuai dengan runut bunyi bagi drama bersiri ‘Haloba’ yang menceritakan tentang kisah seorang ahli perniagaan yang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bernama Raif bersama dua orang isterinya iaitu Aliya dan Misya. Kedua-dua isteri beliau telah dipermainkan oleh Erina, seorang pelatih wanita di syarikat tersebut yang ingin merampas suaminya. Berjayakah ‘Helah’ Erina memenangi hati Raif dan menyingkirkan Aliya dan Misya? Jangan lupa saksikan drama ‘Haloba’ lakonan mantap Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shikin kamal pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di TV3.
Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Helah” di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Puteri Khareeza menerusi: Instagram: @puterikhareeza Tiktok: @puterikhareeza , Facebook: @Puteri Khareeza
Turut disertakan adalah lirik lagu “Helah ”:
Pasangan duo ke enam ni memang meletop! Mereka sememangnya dikenali sebagai penghibur serba boleh. Berlakon boleh… menyanyi… pandai masak… melawak… bersukan… pempengaruh… berlakon… menari pun boleh. Hebat bukan! Siapakah duo misteri ini?.jpg)











