Tag: VisitMalaysia2026

  • Ekspedisi 4 Dekad UUM ke Everest Base Camp: Menjenamakan Universiti ke Peringkat Global

    Ekspedisi 4 Dekad UUM ke Everest Base Camp: Menjenamakan Universiti ke Peringkat Global

    Universiti Utara Malaysia (UUM) akan melakar sejarah baharu melalui Ekspedisi 4 Dekad UUM di Everest Base Camp (EBC) yang akan berlangsung pada 14 hingga 28 Disember 2024. Program ekspedisi ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan (SCIMPA) dengan kerjasama Inasis Petronas, UUM, dan beberapa penaja utama. Ekspedisi ini juga merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-40 UUM dan dijangka memberi impak besar terhadap industri pelancongan dan pengurusan industri kreatif negara.

    Misi Antarabangsa UUM: Memperkenalkan Nama Universiti di Peringkat Global

    Ekspedisi ini diilhamkan oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Naib Canselor UUM, sebagai usaha untuk menjenamakan Universiti Utara Malaysia ke peringkat antarabangsa. Program ini juga bertujuan untuk mengetengahkan bidang pengurusan industri kreatif UUM di persada dunia. Dengan melibatkan empat orang pelajar dan empat pegawai pengiring, ekspedisi ini dijangka mencatatkan pencapaian besar dalam menyemarakkan industri pelancongan negara, terutamanya dalam segmen industri kreatif.

    Ekspedisi ini turut menyokong kempen Tahun Melawat UUM 2024, Tahun Melawat Kedah 2025, dan Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan menghubungkan dunia pelancongan dan industri kreatif dalam satu platform yang menyeluruh. Sebagai rakan strategik, ARISPROP HOLDING SDN. BHD dan EIGER TROPICAL ADVENTURE berperanan sebagai penyedia sokongan utama, termasuk penajaan peralatan pendakian rasmi bagi ekspedisi ini.

    Penaja dan Rakan Strategik

    Program ekspedisi ini disokong oleh beberapa penaja ternama yang memastikan kelancaran misi pendakian ke Everest Base Camp. Penaja Platinum seperti Malpro dan Tourism Pahang, serta Penaja Gold seperti YUGO Education dan Yanimas Jaya, memainkan peranan penting dalam merealisasikan ekspedisi ini. Selain itu, terdapat juga penaja lain seperti EBOQ, Peak Journey, Joe Photography, serta SRS Utama Ent. yang turut memberi sokongan dalam menyediakan peralatan dan keperluan untuk para peserta.

    Fokus Program: Penghasilan Kandungan Kreatif dan Virtual Reality

    Ekspedisi ini bukan sahaja bertujuan untuk menakluk puncak tertinggi dunia, tetapi juga untuk mengumpulkan data serta footage yang akan digunakan dalam penghasilan karya-karya kreatif. Antara projek yang bakal dihasilkan termasuk Virtual Reality (VR), dokumentari pendek, dan Coffee Table Book yang menceritakan pengalaman luar biasa para peserta di sepanjang perjalanan mereka. Kandungan-kandungan kreatif ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada pendaki-pendaki gunung pada masa hadapan serta memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi dunia pendakian dan sukan ekstrem.

    Program Unik yang Melibatkan Pelajar dan Industri Kreatif

    SCIMPA memilih Everest Base Camp sebagai lokasi utama untuk ekspedisi ini kerana tempat tersebut dianggap simbol pengiktirafan dunia. Para peserta, terdiri daripada empat orang pelajar UUM, akan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh melalui lima modul pilihan yang ditawarkan dalam bidang pengajian mereka: Filem, Muzik, Animasi, Extended Reality, dan Design Innovation. Ilmu yang diperoleh sepanjang ekspedisi ini akan memberi pengalaman yang berguna kepada mereka dalam industri kreatif selepas mereka pulang.

    Senarai Peserta Ekspedisi

    Ekspedisi ini melibatkan empat orang pelajar UUM yang akan menyertai misi pendakian ini, mereka adalah:

    1. Ihsan Sabri Bin Kamaruddin
    2. Murfiqah Nurina Binti Mohd Razali
    3. Muhammad Syamim Bin Mohd Hamdan
    4. Muhammad Aidil Bin Muhammad

    Selain itu, terdapat tiga orang pegawai pengiring yang akan memastikan perjalanan ekspedisi ini berjalan lancar:

    1. Amirudin Hashim – Ketua Jurulatih
    2. Muhamad Fahmi Muhamad Zulkiflee – Penolong Jurulatih
    3. Prof Madya Ts. Dr. Jastini Mohd Jamil – Ketua Sekretariat Pendakian

    Perjalanan mengembara ini adalah antara ekspedisi yang paling mencabar dan menakjubkan, membolehkan para peserta menikmati pemandangan alam semula jadi yang luar biasa serta meningkatkan tahap kecergasan dan ketahanan mental mereka. Everest Base Camp adalah destinasi impian bagi pendaki seluruh dunia dan merupakan laluan yang menghubungkan ke Gunung Everest, puncak tertinggi dunia. Sepanjang perjalanan ini, peserta akan menikmati pengalaman yang luar biasa dan mengumpul memori yang tak terlupakan.

    Ekspedisi Everest Base Camp (EBC) dikenali juga sebagai Everest Sanctuary Trek, satu perjalanan yang bukan sahaja mencabar secara fizikal, tetapi juga memberi peluang untuk berhubung dengan budaya dan komuniti di kawasan Himalaya.

    Matlamat Program

    Di akhir ekspedisi, harapan besar agar program ini dapat meningkatkan kesedaran global tentang UUM serta mencetuskan inspirasi di kalangan pelajar dan peminat industri kreatif. Selain itu, program ini juga membuka ruang bagi industri pelancongan dan pengurusan kreatif di Malaysia, terutama dalam mempromosikan destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan pengembaraan. UUM berharap agar program ini akan terus memberi impak positif dan menyemarakkan minat dalam bidang pengurusan industri kreatif di peringkat antarabangsa.

    Dengan sokongan kuat dari penaja dan rakan strategik, ekspedisi ini bukan sahaja melibatkan pencapaian peribadi yang besar bagi para peserta, tetapi juga sebagai simbol bagi pencapaian akademik dan industri UUM di peringkat dunia.

  • World Gourmet’s Vision: Transforming Local Culinary Scene for Visit Malaysia 2026

    The Sunway Resort Hotel was the venue for the launch of the World Top Gourmet Awards (WTGA) 2023, graced by the presence of Khairul Firdaus Akbar Khan, Deputy Minister of Tourism, Arts & Culture. World Gourmet’s remarkable mission is dedicated to uplifting the skills of chefs and local eateries across Malaysia in preparation for the Visit Malaysia 2026 campaign, recently unveiled during the Budget 2024.

    Since its inception in 2017, WTGA has been a valuable resource for locals and tourists, guiding them to a diverse array of dining experiences, from restaurants and cafes to neighborhood eateries. The awards aim to play a pivotal role in shaping culinary exploration by providing essential insights, recommendations, and a platform for discovering the region’s rich and diverse food scene.

    Khairul emphasized, “As we all know, Malaysia is often celebrated as a culinary paradise, where dining is a cherished tradition deeply embedded in our diverse cultural heritage. This rich tapestry of flavors makes Malaysia the ideal stage for showcasing our culinary diversity. Our food & beverage providers do more than serve food; they narrate stories, traditions, and our cultural heritage through cuisine, propelling the growth of our tourism and culture sector.”

     

    As 2024 approaches, World Gourmet has lined up several key initiatives to enhance the skills of local chefs and eateries. These initiatives include providing workshops, training programs led by renowned chefs, culinary exchanges with the participation of local chefs and eateries, cooking competitions, and festivals celebrating global cuisines. World Gourmet will be collaborating with local tourism boards to design vacation packages that feature eateries in particular states, aiming to highlight the unique local specialties as well as engage with their local communities through initiatives such as charity dinners, fundraisers, and mentorship programs to shed light on the communities that do not have access to culinary education.

    World Gourmet President, Peggy Chong said, “World Gourmet believes that food is a reflection of culture, heritage, and history. Through our culinary arts, we merge cultures and create opportunities for understanding and appreciation with one another. This year, we received an overwhelming response in nominations, allowing us to carefully evaluate and award 102 recipients – a record in World Gourmet’s history. These recipients represent the very best of our industry, and their dedication and passion are truly commendable.”

     

    In addition to this, World Gourmet has appointed World Chefs’ Association President, Master Chef Thomas A. Gugler as its World Gourmet Chef of Honor and Master Chef Chin Chee Sing (Chef Sun) as the World Gourmet Ambassador 2023, who will participate in the initiatives in 2024.

    Furthermore, esteemed chefs like Tourism Malaysia’s Ambassador Dato’ Chef Ismail Ahmad, Cooking For Charity’s Founder, Master Chef Jeffrey Tan; 3-Michelin Star Forum Restaurant’s Executive Chef, Master Chef Adam Wong, among others, attended to support the event. World Gourmet has been instrumental in promoting and supporting over 300 local eateries and plans to extend this support to 500 establishments in the upcoming year.

    For more information, kindly visit: https://www.worldgourmet.biz/