Tag: #YonnyBoii

  • Lil J Ungkapkan Emosinya Bersama YonnyBoii dalam Lagu ‘Jual Jiwa’

    Lil J Ungkapkan Emosinya Bersama YonnyBoii dalam Lagu ‘Jual Jiwa’

    Membina nama dalam industri hip-hop tempatan bukanlah satu tugas yang mudah. Dengan banyaknya persaingan di pentas yang sama, penyanyi rap tempatan, Lil J, bertekad untuk memberikan impak yang lebih besar. Untuk membuktikan kesungguhannya, bintang yang sedang meningkat naik ini kembali dengan single terbarunya berjudul ‘Jual Jiwa’, yang dihasilkan bersama rakan hip-hop senior dan pemenang anugerah, Yonnyboii.

    Lil J menyatakan bahawa lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman hidupnya dalam industri muzik. “Saya mula menulis korus dan sebenarnya, saya telah menulisnya dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu. Namun, setelah saya menukarnya ke Bahasa Malaysia, ia terasa lebih sesuai dengan situasi hidup saya dan perjalanan yang telah saya lalui sepanjang karier muzik saya.

    Lagu ini menjadi lebih sempurna setelah ditulis dalam Bahasa Malaysia. Ia mencerminkan diri saya yang sebenar dan dipenuhi dengan elemen muzik jalanan yang sentiasa saya banggakan sejak kecil,” jelas Lil J tentang lagu tersebut. “Dalam dunia yang begitu pantas ini, semua orang berjuang, dan setiap individu perlu mengorbankan sebahagian daripada diri mereka untuk bertahan. Namun, saya tidak pernah menjadi orang yang menyerah kepada kebiasaan; saya sentiasa berjuang. Kadang-kadang, lebih baik untuk menonjol daripada hanya menjadi sama,” tambah Lil J mengenai inspirasi di sebalik lagu ini.

    Lagu ini juga dilengkapi dengan video muzik yang mengagumkan, diarahkan oleh Andrew dan dihasilkan oleh Dick Wai. “Untuk video muzik ini, kami memilih tema ‘Seni Moden’ untuk menyampaikan mesej lagu dengan cara yang unik. Visualnya menarik dan sederhana, tetapi mempunyai makna yang mendalam tanpa kesan yang terlalu berat,” kata Dick Wai, penerbit video muzik tersebut.

  • Jobranko dan Yonnyboii menjalin hubungan istimewa dengan para penggemar bertuah dalam acara ‘Sentuhan Nadi’.

    Jobranko dan Yonnyboii menjalin hubungan istimewa dengan para penggemar bertuah dalam acara ‘Sentuhan Nadi’.

    Selepas kerjasama menerusi lagu Nadi, pemain gitar legenda, Jobranko, dan penyanyi serba boleh, Yonnyboii, mengambil langkah seterusnya untuk menghargai peminat mereka. Mereka mengadakan sesi pertemuan eksklusif yang diberi nama ‘Sentuhan Nadi’ di lokasi ikonik, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, hari ini.

    Seramai 20 peminat bertuah berpeluang meluangkan masa bersama idola mereka dari jam 3 petang hingga 6 petang. Momen intim ini pastinya akan menjadi kenangan manis yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

    Sentuhan Nadi dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat serta penyokong setia Jobranko dan Yonnyboii. 20 peminat bertuah ini dipilih daripada peraduan ‘cover’ lagu Nadi yang diadakan dari 6 Ogos hingga 28 Ogos lalu.

    jobranko

    Peraduan tersebut dilakukan menerusi media sosial di mana peserta perlu memuat naik cover terbaik Nadi dengan versi mereka sendiri. Mereka juga perlu meletakkan #SentuhanNadi dan #NadiSongCover dalam hantaran video masing-masing.

    Kemuncak acara ini adalah untuk menobatkan salah seorang daripada 20 peminat tersebut yang akan membawa pulang sebuah gitar istimewa yang siap ditandatangani Jobranko dan Yonnyboii. Gitar tersebut ditaja oleh Music Bliss Malaysia bersama ERA.

    Selepas masing-masing mempamerkan bakat mereka, dapat membawa pulang gitar keramat itu menjadi satu hadiah yang sangat berharga, lebih-lebih lagi apabila hadiah itu disampaikan sendiri oleh idola mereka.

    jobranko

    Sentuhan Nadi juga menjadi detik manis buat Jobranko atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 55, dan Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 26, untuk mendekati peminat setia mereka.

    Jika selama ini mereka hanya mampu melihat peminat dari atas pentas, pertemuan sebegini sememangnya satu peluang keemasan yang sangat bermakna. Sentuhan Nadi menjadi ruang intim untuk mereka berkongsi rasa dengan peminat.

    Begitu juga bagi peminat yang benar-benar ingin bersemuka dan mengenali mereka lebih mendalam. Pertemuan ini membuka ruang untuk mereka merungkai persoalan yang sekian lama ingin ditanyakan selain menimba ilmu daripada Jobranko dan Yonnyboii.

    Acara ini juga dimeriahkan dengan persembahan eksklusif buat semua yang hadir. Bukan sekadar Jobranko dan Yonnyboii, mereka juga ditemani penyanyi berbakat, Asyraf Nasir untuk ‘memanaskan’ pentas dengan beberapa lagu.

    Yonnyboii mempersembahkan lagu solonya Salahku, berduet dengan Asyraf menerusi lagu Tak Sangka serta berpadu tenaga bersama Jobranko dan kugirannya untuk lagu Nadi. Kombinasi orang lama dan artis muda ini sememangnya luar biasa.

    jobranko

    Terdahulu, Yonnyboii menampilkan Jobranko menerusi lagunya Nadi yang dilancarkan pada sekitar hujung Jun lalu. Kombinasi dua generasi berbeza ini menarik, mengambil kira latar belakang perbezaan usia dan genre muzik mereka.

    Selepas lebih dua bulan dilancarkan, muzik video (MV) rasmi Nadi di YouTube berjaya meraih lebih 211,000 tontonan. Manakala di platform-platform penstriman muzik, jumlah pendengarnya meningkat hari demi hari.

    Cetusan ilham daripada perasaan peribadi, Yonnyboii percaya lagu yang dicipta bersama komposer Amy Bong itu mampu menyentuh hati ramai. Dapat menyalurkan pengalaman peribadi dalam single itu juga memberinya satu kelegaan.

    Sentuhan Nadi bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara Jobranko, Yonnyboii dan peminat mereka, tetapi juga membuktikan bahawa muzik mampu merentasi generasi dan menyatukan semua orang.

  • ‘Nadi’ Yonnyboii dan Jobranko Sampaikan Mesej Kebebasan dan Kekuatan Diri

    Yonnyboii kembali dengan lagu yang menyampaikan mesej yang mendalam, berjudul Nadi, yang merupakan hasil kolaborasi dengan pemain gitar terkenal Jobranko.

    Lagu ini sangat istimewa bagi Yonnyboii kerana terinspirasi dari pengalaman peribadinya sendiri. Dicipta bersama komposer Amy Bong, Yonnyboii yakin lagu ini dapat menyentuh hati banyak orang.

    Baginya, mengekspresikan pengalaman peribadi melalui Nadi memberikan kelegaan. Dia percaya ramai yang mungkin mengalami perasaan serupa. “Saya ingin lagu ‘Nadi‘ ini dirasai secara mendalam oleh pendengar. Saya menulis tentang keresahan dan ketakutan saya ketika berinteraksi dengan orang baru. Saya merasa ragu untuk meminta bantuan. Saya berharap lagu ini dapat memberi kekuatan kepada mereka yang menghadapi situasi serupa,” katanya.

    Yonnyboii menekankan bahawa mesej utama Nadi adalah untuk memberi semangat kepada pendengar. Dia yakin semua orang menginginkan kebebasan dari perasaan gelap. “Lagu ini mencerminkan bagaimana saya berjuang dengan perasaan tertentu dan ingin membebaskan diri dari itu. Pada akhirnya, saya mengejar kebebasan,” tambahnya.

    Bagi Yonnyboii, satu lagi hal yang istimewa adalah berkolaborasi dengan Jobranko, yang merupakan legenda dari kumpulan Wings. Baginya, ini merupakan penghormatan besar karena dapat bekerja dengan seseorang dari generasi sebelumnya. “Jobranko benar-benar memberikan kekuatan kepada ‘Nadi‘. Permainan gitarnya menghidupkan lagu ini dan membawa dimensi baru. Saya bangga dapat berkolaborasi dengan beliau dari dua generasi yang berbeza,” ujarnya dengan bangga.

    Jobranko juga memberi pendapatnya bagi kolaborasi ini. “Sebenarnya kolaborasi ini memang sesuatu yang tidak dijangkakan. Secara jujurnya, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk beraksi dalam lagu Nadi dengan Yonnyboii. Saya sangat menghargai kerana artis muda and masih meningkat masih lagi mengenali Jobranko untuk membuat satu kolaborasi bersama- sama”.

    “Saya mahu berterima kasih kepada producer Amy Bong, semua warga Universal Music Malaysia  termasuk team Yonnyboii untuk kolaborasi ini” kata Jobranko, bekas anggota kumpulan WINGS.

    Sudah melancarkan muzik video (MV) baru-baru ini, Yonnyboii sangat gembira dengan hasil sentuhan pengarah kreatifnya, Andrew Lim. Hakikatnya, MV itu disifatkannya cukup memuaskan.

    Menurutnya, dia cuma memberikan panduan kepada Andrew bagaimana konsep diinginkan dalam kepala secara asas saja. Kepercayaan itu jelas digalas begitu cemerlang oleh pengarah terbabit.

    “MV pun dilunaskan dengan begitu baik oleh Andrew dan sejujurnya saya serahkan kepercayaan itu kepadanya. Dia berjaya beri hasil yang sangat baik untuk menggambarkan isi hati saya. “Hakikatnya, Andrew yang mencipta keseluruhan jalan ceritanya. Misalnya adegan saya melarikan diri dari kontena, kenapa saya berbuat demikian, dan sebagainya. “Disebabkan lagu ini adalah sebuah karya bergenre rock jiwang, cuma beritahu mereka konsep diinginkan iaitu sesuatu yang ‘grunge’ dan rock,” katanya.

    Yonnyboii turut berharap Nadi mampu mengulang kejayaan lagu-lagu terdahulunya. Dia inginkan mesej dalam lagu ini akan berjaya membekas di hati sesiapa juga. “Saya memang meletakkan harapan yang cukup besar terhadap Nadi. Semoga lagu ini akan digemari ramai dan mesej yang cuba saya sampaikan dapat menusuk hati ramai pendengar,” katanya.

    Nadi boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music pada 21st Jun 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Yonnyboii pada 21st Jun 2024.

  • PENGEMBARAAN MELALUI ‘PERSONA’ BERSAMA YONNYBOII EKSPLORASI KARAKTER YANG MENAWAN

    KUALA LUMPUR, 27 September 2023 – Yonnyboii, penyanyi hip hop yang semakin meniti puncak populariti dalam seni muzik tempatan, terus menghasilkan karya-karya yang memukau peminat genre ini sejak mula menginjakkan kaki dalam industri.

    Tahun 2022 membawa kejayaan membanggakan apabila Yonnyboii dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik. Kemenangan gemilang ini memungkinkan bintang muda ini membawa pulang piala pemenang serta dianugerahkan geran Dana Kandungan Digital bernilai RM 200,000 dari MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi Digital.

    Berkat bantuan geran tersebut, Yonnyboi telah berjaya berkarya dengan lebih meluas dan melahirkan album yang lebih berkualiti.

    Dana tersebut telah digunakan untuk setiap aspek pembikinan album termasuk penerbitan lagu, video muzik serta perbelanjaan pemasaran dan promosi.

    Salah satu rancangan pemasaran yang bakal diadakan adalah sebuah majlis pelancaran album yang istimewa. Ia bakal diadakan pada tanggal 7 Oktober 2023 di Putrajaya Challenge Park – Skatepark secara besar-besaran dari jam 4 petang hingga malam.

    Semestinya, ini bakal menjadi satu sejarah kerana belum ada penyanyi yang mengadakan pelancaran album di lokasi seperti ini dengan skala gergasi. Ramai dijangka bakal meluangkan waktu di acara tersebut.

    Di samping itu bintang ini juga pernah tercalon untuk anugerah muzik paling berprestij di Malaysia iaitu Anugerah Juara Lagu.

    Kini, bintang ini muncul lagi dengan sesuatu yang lebih istimewa iaitu sebuah lagi album penuh berjudul Persona. Album ini menceritakan perjalanan beliau dalam mencari jatidirinya yang sebenar, khasnya melalui muzik.

    Yonnyboii berkata, album ini menceritakan bagaimana dia mencari bunyi yang juga identitinya sendiri. Yonnyboii melalui beberapa persona untuk mencari identiti ini. Jadi album ini menggambarkan personanya dalam setiap lagu. Kesemua lagu dalam album ini berbeza-beza mengikut personanya yang bervariasi.

    Album ini turut menampilkan ramai nama-nama terkenal dalam arena hip hop serantau termasuk kawan-kawan baik Yonnyboii sendiri seperti SonaOne, MeerFly, Killa Driz, Guccimith, Alyph, Tommy King serta Adam E.

    “Kesemua mereka memberikan masukan yang berbeza dan mereka memang gila-gila. Saya senang sekali bekerjasama dengan mereka yang memang berbakat,” ulasnya mengenai kolaborasi bersama rakan-rakan seperjuangannya.

    Bila ditanya tentang cabaran dalam menghasilkan album ini, Yonny menjelaskan hanya satu cabaran yang nyata iatu dirinya terpaksa bijak membahagikan masa.

    Yonnyboii berkata, pada waktu album ini disempurnakan, waktu agak suntuk dan isterinya sedang hamil dan kemudian melahirkan anak mereka. Jadi Yonnyboii terpaksa menyelitkan masa untuk memberi perhatian pada isteri dan anak selain memastikan album siap dengan baik. Jadi itu cabaran tersebar untuk album ini.

    Yonnyboii turut berharap album ini bakal disukai oleh kesemua peminatnya sepertimana beliau menyukai album ini.

    Persona telah berada di semua platform digital bermula 22nd September 2023 ini.