Terpaling Juara Separuh Akhir

 

Untuk mengetuai penghibur yang berpengalaman dan bintang baru dalam program mingguan dengan hashtag #playlistAJL, tiga kapten yang cemerlang sebagai penyanyi, penulis lagu dan penulis lirik serta yang telah memenangi trofi Juara Lagu pada anugerah paling berprestij bersaing dalam “Terpaling Juara”.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Lagu – lagu popular AJL akan diberikan nafas baharu dan pasti menggamit nostalgia penonton Terpaling Juara!

Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.

Sidang produksi Terpaling Juara diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif kanan, Ikha Arnisya Mohd Anuar sebagai penerbit eksekutif, dan Azrul Effendi Abdullah sebagai penerbit.

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Pada setiap minggu, persembahan terbaik mingguan akan diumumkan dalam segmen Terpaling Padu Minggu Ini dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. Pemenang ditentukan dengan 70% markah dari juri tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff serta 30% daripada undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara.

 

Senarai pemenang mingguan:

    • Episod 1: Rahmad Mega (Merisik Khabar, Juara Lagu 1987, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman)
    • Episod 2: Shaz (Selamat Jalan Romeo – AJL 19, nyanyian asal Ramlah Ram)
    • Episod 3: Shaz (Purnama Merindu – AJL14 – nyanyian asal oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza)
    • Episod 4: Hazami (Potret – AJL30, nyanyian asal oleh Akim & The Majistret)
    • Episod 5: Hazami (Terlalu Istimewa – AJL21, nyanyian asal oleh Allahyarhamah Adibah Noor)
    • Episod 6: Shaz (Ku Bersuara – AJL34, nyanyian asal oleh Ernie Zakri)

Hos Program

Haziq Hussni dan Shiha Zikir

Kapten & peserta

Kapten Akim Ahmad

Hazami

Aqeesh (Aqeesh Aleeya) – Tersingkir pada episod 6

Kapten Hael Husaini

Rahmad Mega

Shaz (Shazreen Shaharum)

Kapten Naim Daniel

Ifa Raziah – tersingkir pada episod 4

Aqmal (Aqmal Ramdan)

 

Hadiah

Terpaling Juara – Hadiah Wang Tunai RM100,000

Tempat kedua – Hadiah Wang Tunai RM 50,000

Tempat ketiga – Hadiah Wang Tunai RM 30,000

 

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k