TikTok Malaysia Memeriahkan Sambutan Aidilfitri dengan Rumah Terbuka #KongsiBersama

TikTok Malaysia telah mengadakan Rumah Terbuka Raya untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, mempersembahkan #KongsiBersama, sebuah inisiatif yang menghimpunkan para pencipta kandungan untuk meraikan kreativiti dan ekspresi diri yang autentik.

Pada permulaan Ramadan, TikTok Malaysia memulakan kempen #KongsiBersama Ramadan & Raya Moments, mengajak komuniti pencipta kandungannya untuk menunjukkan bakat mereka dalam merakam momen-momen berharga Ramadan dan Raya. Kempen itu berlangsung dari 5 hingga 24 Mac, memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi perspektif unik mereka melalui enam kategori yang berbeza.

Pemenang utama dipilih berdasarkan kualiti video mereka yang memancarkan semangat Ramadan dan Raya yang menggerakkan. Penilaian dilakukan oleh panel hakim yang terdiri daripada individu-individu terkemuka, termasuk pengarah terkenal Kabir Bhatia dan penyanyi-pelakon Nabila Razali, yang turut menyertai majlis sambutan tersebut. Setiap pemenang diberikan hadiah wang tunai, telefon pintar realme 12+ 5G, serta peluang untuk terlibat dalam program-program pencipta kandungan TikTok pada masa hadapan.

Pemenang-pemenang bagi setiap kategori #KongsiBersama adalah seperti berikut:

Salah seorang pemenang kempen #KongsiBersama, @dyamohamad90, yang mengungguli kategori #KongsiCerita, telah dipilih oleh pengarah Kabir Bhatia, untuk bersama-sama mencipta dan membintangi satu filem pendek yang boleh anda saksikan di akaun TikTok Malaysia dan akaun Dya.

TikTok adalah satu ruang untuk ekspresi kreatif yang menjana kandungan yang asli dan menghiburkan. Kepelbagaian pengalaman, komuniti dan kandungan pada platform itu mampu mengeratkan tali silaturahim, yang tertonjol melalui video-video yang disiarkan semasa musim perayaan, seperti Resipi Raya Ikonik 30 Hari Khairul Aming, dan Tip Mekap 30 Hari Nyna Bukater yang mengujakan.

“Orang ramai tertarik dengan TikTok kerana ia bukan sahaja platform yang menghiburkan dan menyuntik semangat positif, tetapi juga membolehkan pencipta kandungan dan artis membina mata pencarian mereka,” kata Ketua Operasi dan Pemasaran TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi.

“Melalui #KongsiBersama, TikTok memberi nafas baharu kepada hiburan melalui komuniti Malaysia yang pelbagai, berbakat dan asli, yang menyemarakkan budaya tempatan dengan kreativiti mereka. Kami berharap untuk terus meneroka dan memperkasakan bakat Malaysia, serta mentakrif semula apa itu pencipta kandungan,” tambah beliau.

Semasa acara itu, para tetamu berpeluang terlibat dalam pelbagai aktiviti dan bengkel yang direka khas untuk mempamerkan kekayaan dan keriangan tradisi Aidilfitri. Mereka juga dihiburkan dengan pantun dan tarian tradisional, sekaligus membolehkan mereka menyelami pengalaman budaya yang menarik. Selain menikmati juadah Raya tradisional, para pencipta kandungan juga dihiburkan oleh The Sibling Band dan video-video terbaik daripada kempen #KongsiBersama.

Sambutan Aidilfitri yang unik itu berlangsung di The Lemuni, Janda Baik, di sebuah rumah tradisional Melayu yang indah bagi memberi pengiktirafan kepada semangat kreatif pencipta kandungan. Acara itu berlangsung di tengah-tengah keindahan seni bina ‘vila orchard’ yang klasik, dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah tradisional, kraftangan dan muzik yang menakjubkan.

Muat turun atau buka aplikasi TikTok hari ini untuk melihat sorotan-sorotan daripada majlis Rumah Terbuka #KongsiBersama TikTok, dan ikuti barisan pencipta kandungan tempatan yang hebat-hebat belaka seperti Kionz ChanChe Sayang KitchenWfsufina, and Abang Shah!

CATEGORIES
TAGS
Share This