TINTA SYURGA, DOKUMENTARI ISTIMEWA NUZUL QURAN

Nuzul Al-Quran adalah peristiwa paling istimewa dan bersejarah buat umat Islam seluruh dunia dimana Allah S.W.T telah menurunkan mukjizat teragungNya iaitu Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.  Al-Quran itu untuk dibaca! Teknologi dan perkembangan sihat dalam penerbitan dan percetakan Al-Quran di Malaysia pada abad ke 21 ini memudahkan naskhahnya diperolehi. Namun, tahukah penghasilannya cukup rumit dan mempunyai cerita perjuangan yang cukup besar.

Tinta Syurga, Dokumentari Istimewa Nuzul Quran akan membawa penonton melihat misi menghasilkan mushaf (naskhah Al-quran bertulis tangan) untuk percetakan Al-Quran di Malaysia pada hari Selasa, 19 April 2022, pukul 9.00 malam di TV3.

Belakang Tabir Tinta Syurga

Sebelum Al-Quran dicetak, kerja-kerja penyalinan ayat-ayat suci Al-Quran sebenarnya dilakukan secara manual menggunakan tangan diatas kertas manuskrip bersaiz A1. Begitu juga dengan hiasan pada setiap halamannya yang dikenali sebagai seni zukhruf. Inilah antara cabaran misi mereka.

Belakang Tabir Tinta Syurga (2)

Keselamatan Dalam Negeri (KDN) juga turut memainkan peranan besar dalam memartabatkan kesucian Al-Quran di Malaysia. Setiap penerbitan dan percetakan Al-Quran di Malaysia wajib memperolehi cop kelulusan dari KDN bagi memastikan tiada kalam suci Allah yang cacat dan silap. Justeru sebuah entiti digelar Lajnah Tashih Al-Quran KDN membawa peranan cukup besar sebagai usaha kerajaan untuk memelihara kesucian ayat-ayat Al-Quran di Malaysia.

Dokumentari istimewa satu jam ini merungkai bagaimana sejarah awal pengumpulan serta penyalinan wahyu Allah kepada sebuah mushaf sehingga membina tamadun ilmu yang tinggi di dalam dunia Islam. Penggambaran mengambil masa selama 14 hari bermula pada 25 Feb hingga 14 Mac 2022 yang membabitkan beberapa lokasi seperti di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Yayasan Restu, Shah Alam, Nasyrul Quran, Putrajaya, Masjid Al-Badr 1000 Selawat di Pulau Pangkor, Perak, dan Kota Bharu Kelantan.

Luangkan masa anda bersama keluarga dengan menyaksikan Tinta Syurga, Dokumentari Istimewa Nuzul Quran  pada hari Selasa, 19 April 2022, pukul 9.00  malam hanya di TV3

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k