TV3 Mengumumkan 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 37

Rancangan Muzik Muzik musim ke-37 menampilkan ranking mingguan lagu-lagu teratas di Malaysia. Keseronokan mempelajari 30 lagu mara ke separuh akhir membuatkan pencinta muzik dan penghibur di seluruh negara terkejut.

Hari ini, sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 telah berlangsung untuk mengumumkan senarai penuh 30 buah lagu menerusi persembahan istimewa oleh naib juara Terpaling Juara, Aqmal dan juga finalis Terpaling Juara iaitu Shaz dan Aqeesh di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre.

Separuh Akhir Muzik Muzik 37 akan dikendalikan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022  (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my

Episod pertama separuh akhir Muzik Muzik akan membawakan tema genre muzik Rock & Roll dan episod kedua akan bertemakan genre Pop dan Pop Ethnic menerusi persembahan daripada artis-artis hebat Malaysia seperti Kristal X, Elyana, Ezlynn, Farahdhiya, Ramlah Ram dan Syura!

Sidang produksi Separuh Akhir Muzik Muzik 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #SFMM37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k