TV9 RAIH LEBIH 2.5 JUTA PENONTON SIARAN LANGSUNG  KELAYAKAN PIALA ASIA 2023

TV9 RAIH LEBIH 2.5 JUTA PENONTON SIARAN LANGSUNG KELAYAKAN PIALA ASIA 2023

Harimau Malaya menewaskan Bangladesh 4-1, membawa Malaysia ke Piala Asia 2023 secara merit buat pertama kali dalam tempoh 42 tahun. Gol datang daripada Safawi Rasid, Dion Cools, Syafiq Ahmad, dan Darren Lok. Kemenangan pasukan Malaysia turut ditayangkan di TV9 yang menarik lebih 2.5 juta penonton menyaksikan saingan yang mencengkam itu. Sementara itu, kira-kira 335,000 orang menggunakan tapak penstriman digital untuk menonton strim langsung HD definisi tinggi. (sumber Nielsen TV Audience Measurement).

Tahniah kepada seluruh pasukan Malaysia, termasuk barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Kim Pan-Gon, pemain dari penjaga gol hingga penyerang, penyokong yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, dan rakyat Malaysia yang hadir setiap Kelayakan Piala Asia 2023. Siaran lawan Bangladesh malam tadi di TV9 menampilkan Asrul Nizam Kadir sebagai penyampai, Hanif Miswan sebagai pengulas, dan tetamu jemputan, Syed Adney Syed Hussein Nizam Kadir, bekas pemain bola sepak Malaysia.

Di TV9, anda boleh menyaksikan perlawanan bola sepak tempatan dan antarabangsa terbaru dari semasa ke semasa. Layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut tentang rancangan TV9, dan ikuti @TV9Malaysia di Facebook, Instagram, dan Twitter, serta @TV9MalaysiaOfficial di TikTok.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k