
Ulang Tahun ke-3 Lotus’s: Beli-Belah Sambil Membantu Anak-Anak Berkeperluan
Sempena menyambut ulang tahun ketiga penubuhannya, Lotus’s Malaysia mempersembahkan kempen “Kongsi Ceria” yang berlangsung dari 8 Mei hingga 4 Jun 2025, membawa pelbagai tawaran istimewa dan inisiatif amal kepada para pelanggan di seluruh negara. Sepanjang tempoh ini, Lotus’s bukan sahaja memperkenalkan diskaun sehingga 50% bagi lebih 840 barangan, malah turut menggabungkan elemen komuniti dan kesedaran sosial melalui Dana Kongsi Ceria.
Kempen ini turut memberi fokus kepada pelanggan setia yang berdaftar sebagai ahli My Lotus’s, di mana mereka berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai lebih RM120,000 dengan hanya berbelanja minimum RM80. Antara ganjaran menarik termasuk motosikal Yamaha, telefon pintar, set rumah pintar, dan e-baucar Lotus’s. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan baucar RM6 untuk setiap perbelanjaan RM80 serta menikmati tiga kali ganda mata ganjaran dalam tempoh tertentu.
Aktiviti promosi dan interaksi pelanggan turut disemarakkan di stor fizikal dan pusat beli-belah Lotus’s. Sebanyak 23 stor terpilih akan menganjurkan pelbagai aktiviti serta peraduan dengan kerjasama lebih 20 jenama terkenal seperti Milo, Maggi, KitKat dan P&G melalui platform acara khas dikenali sebagai Ceria-Yah. Di samping itu, tujuh Lotus’s Mall terpilih akan menjadi lokasi untuk jelajah jenama popular termasuk Mamee, Lactogrow dan Kyo yang bakal menawarkan aktiviti interaktif, tebusan hadiah, serta sampel produk.
Menariknya, kempen ini juga mencerminkan komitmen Lotus’s terhadap tanggungjawab sosial korporat melalui pelancaran Dana Kongsi Ceria. Sebanyak 0.5% daripada hasil jualan barangan jenama Lotus’s akan disalurkan kepada pusat rehabilitasi dan sekolah khas seperti Tender Touch Paediatric Rehabilitation Center dan GAPS Malaysia. Usaha ini bertujuan membantu sekitar 700 kanak-kanak yang memerlukan intervensi awal dan terapi jangka panjang.
Sebagai tambahan kepada penjimatan dan ganjaran, pelanggan turut disajikan dengan pelbagai kejutan menarik sepanjang minggu bekerja termasuk “Tawaran Gila”, promosi “Beli 1 Percuma 1”, serta potongan harga besar-besaran untuk pelbagai kategori barangan dari produk bayi, barangan dapur, makanan sejuk beku hingga ke barangan kesihatan dan kecantikan.
Dengan semangat #KitakanJiran, kempen ini bukan sekadar sambutan ulang tahun biasa, tetapi turut menyatukan elemen komersial dan kebajikan. Pelanggan dijemput untuk bersama-sama menyertai usaha murni ini dengan menyokong jenama Lotus’s – di mana setiap pembelian bukan sahaja memberi penjimatan, tetapi juga membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.