Universal Music Malaysia, Begood Music dan Masyhur raikan 30 Anak-Anak Yatim Dalam Acara #KongsiRezeki

Sedar ataupun tidak bulan, bulan ramadan yang mulia hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.  Oleh itu, umat islam sudah berpusu-pusu membuat persiapan yang rapi untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri tetapi ianya tidak mudah untuk dilakukan oleh golongan yang kurang bernasib seperti anak yatim dan gelandangan.

Acara #KongsiRezeki yang mula diadakan sejak tahun lalu anjuran Universal Music Malaysia, Beegood Music dan Masyhur masih lagi diteruskan demi menyantuni anak-anak kurang bernasib baik pada tahun ini.  Seramai kira-kira 30 tetamu istimewa daripada dua buah rumah yang terdiri daripada pelajar tahfiz sebuah maahad tahfiz serta anak dari Rumah Jagaan Al-Hidayah, Jalan Gurney diraikan dalam acara istimewa ini.

Selain itu, SACC Mall, Kompleks PKNS, Sumbangan.com, Infaq Rezeki, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan DJ Protective Consultancy Sdn Bhd turut memberikan sokongan jitu kepada acara #KongsiRezeki melalui penyerahan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.

Dataran Barat SACC Mall Shah Alam merupakan lokasi acara #KongsiRezeki berlangsung pada 26 April 2022.  Pengurus Pemasaran dan Promosi Domestik Universal Music Malaysia iaitu Anne Mukhtar berkata “Biarpun tahun ini mereka hanya sempat mengadakan satu acara sahaja, tetapi ia diadakan secara besar-besaran”.

“Kita memang merancang untuk mengadakan acara ini dengan meriah pada tahun ini tetapi disebabkan pandemik dan bimbang sekiranya berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi, begitu juga ketidakpastian mengenai Prosedur Operasi Standard dan sebagainya maka tahun ini kami memilih mengadakan satu acara sahaja.  Walau bagaimanapun, ia tetap diadakan secara meriah.  Insya Allah, kami merancang menjadikan aktiviti ini sebagai tahunan.  Kami bermula dengan kecil tetapi harapan kami agar ia menjadi lebih meriah pada tahun yang akan datang” ujar Anne Mukhtar.

Suasana majlis turut dimeriahkan lagi oleh persembahan daripada barisan artis tanah air popular seperti Rief Danial, Juki, Naufal Azrin, Nuha Bahrin, Siqma, Yonnyboii, Luca Sickta, Asyhraf Nasir dan Mestica.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k