VOKAL YANG MANTAP DITONJOLKAN OLEH PUTERI KHAREEZA MENERUSI ‘HELAH’.

This image has an empty alt attribute; its file name is Poster%20Helah.jpg Puteri Khareeza, penyanyi dengan vokal yang mantap, telah diberi peluang untuk menghasilkan single terbarunya, Helah. Setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di TV3 dan di platform Tonton, lagu ini akan menjadi runut bunyi untuk drama bersiri “Haloba.” Lagu ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya daripada komposer muda yang berbakat iaitu Iqie Hugh & Shazriz Azeman. Menurut Puteri Khareeza, “Saya berasa amat bertuah apabila diberi kepercayaan untuk membawakan lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik yang sangat berpengalaman. Saya harap single terbaharu ‘Helah’ ini mendapat sambutan daripada pendengar. Impian saya adalah untuk menjadi artis yang versatil. Saya bersyukur walaupun dalam kesibukan menerbitkan album, rezeki saya menerusi lakonan juga tidak putus. Saya perlu membahagikan masa antara lakonan dan nyanyian supaya ia seimbang. Mana tahu kalau ada rezeki boleh jadi pengacara pula,” tambahnya berseloroh. Terdahulu, Puteri Khareeza telah memperolehi 1.8 juta tontonan di YouTube dalam masa sebulan apabila membawakan lagu ‘Duka Sebalik Tawa’ yang menjadi runut bunyi Melur Untuk Firdaus dan berjaya menduduki tempat ketiga di Spotify Carta Pop Terkini dan ‘trending’ di YouTube di mana menduduki tangga ke 23 untuk muzik. Lagu Duka Sebalik Tawa juga telah mendapat jumlah streaming yang memberangsangkan (15.9 M) dan  tontonan Tik Tok (386 M). Adakah lagu ‘Helah ’ini juga bakal mendapat sambutan yang memberansangkan? Lirik lagu ‘Helah’ ini sememangnya sesuai dengan runut bunyi bagi drama bersiri ‘Haloba’ yang menceritakan tentang kisah seorang ahli perniagaan yang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bernama Raif bersama dua orang isterinya iaitu Aliya dan Misya. Kedua-dua isteri beliau telah dipermainkan oleh Erina, seorang pelatih wanita di syarikat tersebut yang ingin merampas suaminya. Berjayakah ‘Helah’ Erina memenangi hati Raif dan menyingkirkan Aliya dan Misya? Jangan lupa saksikan drama ‘Haloba’ lakonan mantap Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shikin kamal pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di TV3. Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Helah”  di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Puteri Khareeza  menerusi: Instagram: @puterikhareeza Tiktok: @puterikhareeza , Facebook: @Puteri Khareeza   Turut disertakan adalah lirik lagu  “Helah ”:  
Verse1:
Ku berpijak
Dalam hidup tanpa jarak
Antara gelap dan cahaya

Ku dibawa
Arus bayangan yang lama
Luka yang dalam jadi dendam

Pre Chorus:
Kan ku hembuskan bisikan halus bagaikan
Suara tangisan yang merana

Chorus:
Aku disentuh 
Helah sumpahan cintamu
Madahmu menyesatkanku
Hingga di hujung

Aku terjatuh
Tersungkur jauh dalam mu 
Terjerat jiwa belenggu
Kisah yang lalu
Verse2:
Ku terlepas
Dari jerat yang menewas
Antara cinta dan nestapa

Bridge:

Menjadikan ku, 
Diri yang baru
Dalam waktu

Tersudah yang lalu
Kini hidup baru
Tinggalkan kisah terseksa
Kisah duka dan lara
CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k