Wings Semakin Padu! Tiket Habis Dijual dalam 15 minit

Tanah mana lagi yang belum Wings terokai dengan muzik dan jiwa mereka. Sudah sepelosok tempat, daerah dan perjalanan Wings dalam membawa lagu-lagu serta kecintaan mereka terhadap dunia seni. Sudah banyak tanah dan udara ikut mendengar sekali lagu-lagu hits mereka yang tidak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

Sebuah konsert lagi bakal bertanda dalam senarai lokasi konser-konsert Wings dan ini bakal menyaksikan sebuah persembahan yang berbeza dari Wings.

Vokal bertenaga Dato’ Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Fhilharmonik Petronas (DFP).  Dibawakan dalam rangkaian senarai Fabulous Friday yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd, Wings bakal bertemu para peminat pada 15 Julai 2022, Jumaat pada jam 8.30 malam.

Fabulous Friday merupakan sebuah acara muzik yang dianjurkan oleh pihak Shiraz di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur dan Wings merupakan artis buka panggung acara ini yang dijadualkan bakal berlangsung setiap bulan dengan pemilihan selebriti tempatan dan luar negara.

Faktor pemilihan lagu-lagu akan menjadi sebuah momen yang mencabar untuk menjadikan senarai dalam persembahan DFP dan pastinya Wings akan tampil dengan sebuah persembahan yang bakal menjadi kenangan bersejarah lagi buat para peminat Wings khususnya.

Fabulous Friday, Wings diadakan pada 15 Julai 2022. Tiket-tiket berharga RM650 (Meet and Greet), RM375 (Diamond) dan RM250 (platinum) boleh diperolehi mulai 16 Jun 2022 di www.mpo.com.my

untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Contact : 03 23317510
Info Hotline : 012 2560082
Laman Web : www.shirazprojects.com
Facebook : fabulousfriday
Instagram : fabulousfriday_shw

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k