‘WIRA PERONDA’ menjadi OST drama aksi kepolisan terbaharu

Penyanyi muda berbakat, Ahmad Alif Afif Tirmizie atau lebih dikenali sebagai Afif, meluahkan rasa gembira dengan pelancaran lagu terbaharunya “Wira Peronda”. Lagu ini merupakan single pertamanya bersama Alternate Records dan menjadi lagu runut bunyi (OST) drama aksi kepolisan terbaru TV3, “Polis Peronda”.

Afif menganggap tawaran ini sebagai peluang besar untuk mengembangkan bakat nyanyiannya dan melebarkan sayapnya dalam industri muzik. Drama “Polis Peronda” yang sedang hangat ditayangkan ini telah menarik perhatian ramai penonton dengan jalan ceritanya yang penuh aksi dan mendebarkan. Drama ini disiarkan setiap Jumaat jam 10.00 malam di TV3 dan episod baharu boleh distrim 24 jam lebih awal di Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Penyanyi Afif berasa teruja dan bangga dapat menyumbangkan suaranya untuk lagu runut bunyi (OST) drama “Polis Peronda”. Beliau mengakui lagu ini merupakan cabaran baharu kerana genre Pop Rock yang berbeza dari kebiasaannya.

Walaupun begitu, Afif gembira dengan peluang ini dan menganggapnya sebagai peluang untuk menonjolkan kelainan vokalnya. Beliau berharap pendengar akan menyukai lagu ini dan terus menyokong kariernya.

 “Saya amat terharu kerana diberi peluang untuk menyumbangkan suara saya dalam drama hebat ini. Saya berharap lagu ini dapat menyentuh hati penonton dan memberikan kesan mendalam,”

Afif mengakui gementar menyanyikan lagu “Wira Peronda” kerana genre Pop Rock yang berbeza dari kebiasaannya. Beliau berasa bertuah dapat bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh buat kali pertama. Afif menyifatkan pengalaman ini sebagai menyeronokkan dan berharap dapat bekerjasama lagi dengan mereka pada masa hadapan.

“Agak gementar juga kerana saya tidak pernah menyanyikan lagu berentak seperti ini,” kata Afif.

Komposer Ikhwan Fatana berkongsi pengalamannya mencipta lagu “Wira Peronda” bersama Wan Salleh atas permintaan Alternate Records untuk drama “Polis Peronda”. Proses penciptaan lagu ini hanya mengambil masa dua minggu dan Ikhwan memuji vokal Afif yang memudahkan kerjasama.

“Afif sentiasa ada idea menarik dan vokalnya yang tersendiri menjadikan lagu ini unik,” tambah Ikhwan.

Ikhwan berharap lagu ini dapat menghibur semua pihak dan memperkenalkan unit peronda Polis Diraja Malaysia. Beliau juga bergurau agar pendengar tidak terlepas peluang mendengar lagu ini kerana “wajib dengar kalau tak kena saman”.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Wira Peronda nyanyian Afif Tirmizie yang telah mula bergema di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian. Ayuh saksikan ‘Polis Peronda’ yang sedang hangat ditayangkan di TV3.

Afif Tirmizi – Wira Peronda

Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Lirik: Ikhwan Fatanna

 

Susunan Muzik: Wan Saleh

Studio: Rekaman Studio

Mixing & Mastering: Wan Saleh

Produser: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Terbitan: Alternate Record

 

Chorus

Ronda-ronda peronda jiwa wira membara

Rela berkorban demi keamanan negara

Ronda-ronda peronda teguh wira gerila

Dari segala ancaman jenayah bahaya

 

Verse

Dari jalanan hingga ke sempadan

Galas tugas tanpa penyesalan

Penggerak nadi masa depan

 

Semangat juang mengorak langkah

Menempis resah menolak padah

Menggempur musuh yang diburu

 

Prechorus

Bertemu ruas di depan buku

nggenggam bara menjadi abu

Junjung amanah taat setia

Di mana- mana akan ku buktikannya

 

Chorus

Ronda-ronda peronda jiwa wira membara

Rela berkorban demi keamanan negara

Ronda-ronda peronda teguh wira gerila

Dari segala ancaman jenayah bahaya

CATEGORIES
TAGS
Share This