Yayasan MBI Memperkasa PMKS Menuju Era Digital

MAPS 2024 yang di anjurkan adalah untuk meraikan 12 peserta telah dipilih untuk menjadi peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (UPLATS Digital) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Tentang pengurusan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) tidak hanya berperanan sebagai badan korporat, tetapi juga sebagai wakil kerajaan dalam melaksanakan aktiviti perniagaan di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Ketua Yayasan MBI Selangor, Encik Azri menekankan peranan penting organisasi ini dalam memajukan dan menyokong pembangunan Kerajaan Negeri Selangor. Beliau juga menegaskan komitmen Yayasan MBI dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dengan penuh dedikasi kepada masyarakat.

PLATS telah memberi manfaat kepada lebih daripada 20,000 peniaga mikro di Selangor, sementara inisiatif PLATS Rakan Digital Selangor (RDS) mencipta lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan untuk golongan B40.

“Platform Selangor (PLATS) merupakan inisiatif terkini Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk mengubah peniaga mikro, seperti penjaja dan peruncit kecil, ke era digital. Ia tidak hanya menyediakan platform promosi, tetapi juga menjadi direktori digital yang memudahkan mereka mengatasi cabaran ekonomi semasa yang dipengaruhi oleh pandemik COVID-19.

“Meskipun pinjaman yang kita berikan tidak begitu besar, iaitu hanya RM3000. Kita percaya dengan modal permulaan itu, mereka mampu membuat inovasi terhadap diri sendiri sekaligus menganjak jati diri untuk terus berusaha dan berdaya saing agar terus maju”.

“Beberapa inisiatif diteruskan dengan mewujudkan direktori digital dengan pembentukan Rakan Digital Selangor bagi membantu peniaga mikro dalam aktiviti promosi melalui saluran media digital dan sosial pada tahun 2021”, ujarnya ktika di temui media dalam majlis Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024 yang telah berlangsung di Sunway Hotel & Resorts di Subang Jaya pada 12 Julai lalu.

Sebanyak 37,018 peniaga telah mendaftar dengan PLATS hingga 31 Jun 2024, mencerminkan keberhasilan program yang digerakkan oleh PLATS dengan kerjasama 12 PBT di Selangor dan Selangor Youth Community (SAY). Inisiatif seperti PLATS Masuk Pasar (PMP), PLATS Masuk Bazar semasa bulan Ramadan, dan Program U-PLATS Digital telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada pencapaian ini.

“MAPS 2024 yang di anjurkan adalah untuk meraikan 12 peserta telah dipilih untuk menjadi peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS Digital) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)”

Inisiatif PLATS oleh MBI Selangor dipandang sebagai tonggak progresif dalam memacu ekonomi digital Selangor, diharapkan dapat memperkasa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

CATEGORIES
TAGS
Share This