Malam Penganugerahan Kejayaan Usahawan Mikro Selangor 2024
Encik Azri, Ketua Yayasan MBI Selangor, menegaskan peranan penting MBI Selangor dalam mempromosikan serta menyokong pembangunan Kerajaan Negeri Selangor, sambil melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan penuh dedikasi.
Platform Selangor (PLATS) merupakan inisiatif terkini Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk mengubah peniaga mikro, seperti penjaja dan peruncit kecil, ke era digital. Ia tidak hanya menyediakan platform promosi, tetapi juga menjadi direktori digital yang memudahkan mereka mengatasi cabaran ekonomi semasa yang dipengaruhi oleh pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, YBrs. Ts. Saipolyazan M Yusop berkata majlis ini amat bermakna untuk peserta PLATS kerana hal ini menunjukkan komitmen MBI Selangor dalam membangunkan serta memupuk bakat keusahawanan dalam kalangan rakyat Selangor.
“Beberapa inisiatif diteruskan dengan mewujudkan direktori digital dengan pembentukan Rakan Digital Selangor bagi membantu peniaga mikro dalam aktiviti promosi melalui saluran media digital dan sosial pada tahun 2021”, ujarnya ktika di temui media dalam majlis Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024 yang telah berlangsung di Sunway Hotel & Resorts di Subang Jaya pada 12 Julai lalu.
Lebih dari 20,000 peniaga mikro di Selangor kini telah memperoleh manfaat daripada PLATS, dengan lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan dicipta untuk kumpulan B40 melalui inisiatif PLATS Rakan Digital Selangor (RDS)
Seramai 37,018 orang peniaga telah berdaftar dengan PLATS setakat 31 Jun 2024. Inimerupakan satu pencapaian yang memberangsangkan hasil daripada program dan kempen yang dianjurkan oleh PLATS dengan kerjasama 12 PBT di Selangor dan Selangor Youth Community (SAY) seperti PLATS Masuk Pasar (PMP), PLATS Masuk Bazar pada bulan Ramadan dan Program U-PLATS Digital.
“MAPS 2024 yang di anjurkan adalah untuk meraikan 12 peserta telah dipilih untuk menjadi peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS Digital) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)”, jelasnya.
MBI Selangor yakin inisiatif PLATS ini merupakan usaha progresif dan pemangkin kepada ekonomi digital di Selangor sekali gus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.