PENUTUPAN JALAN SUNGAI BESI (ARAH SELATAN) BERHADAPAN FRASER BUSINESS PARK, BULATAN LOKE YEW DAN JALAN SUSUR DI BULATAN PUDU UNTUK KERJA-KERJA PENGUBAHSUIAN DAN PEMBINAAN JAMBATAN
Bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan, Jalan Sungai Besi menghala ke Sg. Besi/ Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew akan ditutup mulai 5 Ogos 2023 sehingga 4 Ogos 2024.
Sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya boleh menggunakan lencongan trafik seperti berikut:
- Trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sg Besi/ Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra di Lorong bersebelahan.
- Trafik dari Sg Besi/ Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kg. Pandan akan dilencongkan ke susur kiri melalui Bulatan Loke Yew.
- Bulatan Loke Yew akan ditutup. Trafik Cheras menghala ke Jalan Loke Yew hanya dibenarkan untuk membuat pusingan U sahaja menghala arah Cheras semula. Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal. Laluan alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sg. Besi adalah melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga. Untuk trafik yang datang dari Cheras dan menghala ke Jalan Yew pula hendaklah melakukan pusingan U di persimpangan ’fly-over’ di Jalan Maharajalela dan ini juga sama untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew (Sila rujuk Lampiran 3A, 3B dan 3C)
- Bulatan Loke Yew akan ditutup. Trafik Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala ke Bulatan Pudu sahaja. Sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya hendaklah melalui pusingan U di SMK (P) Pudu. Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal. (Rujuk Lampiran 4A, 4B, 4C dan 4D)
- Bulatan Loke Yew akan ditutup. Laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kg. Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan. Laluan alternatif adalah melalui Jalan Kg. Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah.
Bagi membolehkan kerja-kerja merobohkan jambatan susur & pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu) dijalankan, jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh yang sama. Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sg Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan.