Bakat Muda NEO Muncul Dengan Single Oh Ibu
Tidak hanya dalam penciptaan lagu, L.Y. menerusi syarikat rakamannya L.Y. Music Factory semakin aktif dalam mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian. Terbaharu, LY mempertaruhkan bakat penyanyi cilik berusia 12 tahun yang dikenali sebagai NEO menerusi lagu Oh Ibu.
Menurut NEO, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Cinderella itu digubah khas untuk dirinya. “Lagu Oh Ibu ini adalah hasil karya penulis lagu dan lirik baharu Cinderella. Lagu ini digubah khas untuknya. Susunan muzik dan rakaman muzik lagu ini dibuat di Indonesia bagi mencipta kelainan. Manakala rakaman vokal di L.Y. Music Factory, Shah Alam. Lagu ini berkonsepkan rap dan berkisarkan mengenai pergorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tanpa batas.
Lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar kisah hidup dirinya. “Penulis mengambil masa untuk mengenali saya dan ibu. Setiap bait lirik lagu ini ditulis agar dapat menyampaikan rasa yang sebenar mengenai perjuangan seorang ibu dan anak dalam kehidupan seharian. Melodi lagu ini disesuaikan dengan luahan lirik agar dapat melontar perasaan dan menterjemahkannya melalui persembahan vokal rap yang beremosi.
Selepas siap lagu dan lirik, susunan muzik dihasilkan tetapi tidak dapat memenuhi kehendak penerbit iaitu L.Y. Jadi, Bapak Jusak Irwan Sutiono mencadangkan susunan muzik digubah oleh muzik ‘arranger’ Indonesia. Di Indonesia susunan muzik ini dua kali diubah oleh LY supaya sesuai dengan saya dan bentuk muziknya kontemporari mengikut pasaran masa kini. “Vokal dirakam sebanyak tiga kali di Studio L.Y. Music Factory untuk mendapatkan yang terbaik daripada saya,” katanya.
Berkongsi lanjut, lagu Oh Ibu tetap memerlukan penghayatan biarpun ia bergenre rap. “Saya suka berjenaka, tapi tiba-tiba perlu fokus dan serius menyampaikan lagu ini. Sebagai penyanyi baharusaya cuba memberikan nyanyian yang terbaik tetapi masih gementar kerana ini kali pertama kami bekerjasama”, katanya. NEO berkata, walaupun lagu ini genre rap tetapi ia mempunyai melodi yang memerlukan penghayatan dan mempunyai nada rendah dan tinggi selain mencipta gaya nyanyian yang boleh membezakan karektor NEO dengan penyanyi lain.
Berkongsi mengenai video muzik (MV) dan konsep yang diketengahkan, NEO berkata MV memaparkan kedua ibu bapanya. “MV ini sengaja diperlihatkan begitu kerana lagu ini sebenarnya untuk mereka. Konsep yang dipaparkan pula adalah kekeluargaan dan emosi. Lirik lagu ini penuh dengan perasaan, samada dari hati saya dan juga dari hati ibu saya. Ada beberapa klip yang memaparkan saya dan keluarga dan ada juga yang memaparkan saya seorang diri. “MV ini dirakam di luar dan juga dalam studio. Proses penggambaran selama tiga hari. Kru yang terbabit semuanya baik dan saya sempat disapa oleh pengikut media sosial saya sewaktu penggambaran MV ini.
NEO berharap agar lagu pertamanya berjaya menarik minat masyarakat dan mendapat tempat di hati pendengar di samping menghayati maksud lagu Oh Ibu. NEO juga berharap agar mendapat sokongan dan diterima baik oleh peminat muzik tempatan.
Oh Ibu kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 2nd February 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.