
Single terbaru ‘SAYAP’ Elly Mazlein diterbitkan oleh label muzik terkenal iaitu Rocketfuel Entertainment. Selepas hampir 17 tahun, Artis Malaysia yang serba boleh itu telah tampil dan terbang tinggi dengan lagu hit terbarunya, ‘SAYAP’. Bermula pada 25 Januari 2024, jam 12 tengah hari, peminat dan pendengar muzik boleh mula mendengar lagu dan menonton video muzik tempatan dan menerusi Elly Mazlein (Saluran 111), merupakan saluran sementara (pop-up) yang disajikan secara eksklusif kepada para pelanggan Astro.
Dicipta oleh komposer dan penulis lirik popular tempatan Naim Daniel, Omar K, dan Iqie Hugh, lagu ‘SAYAP’ nyanyian Elly Mazlein ini mempunyai maksud yang tersendiri, dengan mengetengahkan elemen kasih sayang serta cinta kepada Maha Pencipta dan sesama manusia. Lirik yang ditonjolkan pula berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej mendalam tentang keperibadian manusia yang sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menuju ke arah kebaikan.
Kemunculan semula Elly Mazlein bukan sekadar mewarnai industri muzik, namun ia menyaksikan saat yang signifikan dalam kerjaya Elly Mazlein yang semakin meningkat naik. Bersempena dengan pelancaran lagu ‘SAYAP’ ini, pihak Rocketfuel Entertainment dan Astro teruja untuk mencipta sejarah baharu dengan memberikan satu pengalaman unik kepada rakyat Malaysia untuk bersama- sama meraikan karya terbaharu Elly Mazlein menerusi saluran sementara (pop-up), Elly Mazlein (Saluran 111) di Astro.

Elly Mazlein (Saluran 111) bakal bersiaran bermula 12 tengah malam, 25 Januari sehingga 11.59 malam, 26 Januari 2024, selama 48 jam di Astro. Selama tempoh bersiaran, peminat bakal meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik ‘SAYAP’, temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikiran muzik video. Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan. Sebagai tambahan, Elly Mazlein (Saluran 111), bakal mencipta sejarah dan meraih anugerah sebagai penerima Malaysia Book of Records yang akan dimaklumkan kelak.
Elly Mazlein turut menyatakan keterujaannya mengenai pelancaran saluran istimewa ini. “Saya sangat gembira berkongsi ‘SAYAP’ dengan para peminat setelah sekian lama berada di dalan industry muzik tempatan. Elly Mazlein (Saluran 111) ini adalah salah satu cara untuk saya mencipta kenangan dan memberikan buah tangan terbaharu kepada peminat. Saya berharap agar semua peminat turut serta menyaksikannya dan menyertai saya dalam mencipta sejarah buat pertama kalinya di Malaysia!”

Lagu ‘SAYAP’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala video muzik juga boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Majlis pelancaran lagu dan video muzik ‘SAYAP’ bersama Elly Mazlein telah diadakan pada 24 Januari 2024, bertempat di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre.

Datuk Seri Fariz Hazurin diperlukan dalam kerjaya seorang ahli politik, Beliau yang memahami pelbagai lapisan masyarakat daripada golongan muda hinggalah yang sudah berusia. Beliau memilih platform muzik hip-hop untuk memudahkan proses yang diperlukan bagi membolehkan ahli politik meningkatkan pendekatan yang diambil dan khusus untuk golongan muda,
Pada 13 Januari ini, video muzik rasminya pula akan dilancarkan di saluran Universal Music Malaysia.


Antara lagu terbaik dalam semua aspek, dan sesuai untuk memulakan tahun baru 2024 dengan berjaya. Untuk lagu terbaru Tiara Andini, “Ngeduwihi,” mungkin perkataan yang sesuai untuknya. Tiara Andini benar-benar mengagumkan!
“Aku ingin membawa budaya di mana aku lahir, iaitu budaya Jawa, dan ternyata setelah dicuba hasilnya sangat memuaskan, tidak hanya lagunya, tetapi semua hasil produksinya juga melebihi jangkaan aku sebelumnya,” ujar Tiara.
Pakaian tradisional Jawa menjadi salah satu tumpuan yang mencuri perhatian di video muzik ini. Ditambah lagi ia menampilkan “Gunungan” atau “Kayon” yang ada di dalam wayang kulit sebagai latar belakang video muziknya. Untuk pengetahuan semua “Gunungan” atau “Kayon” pada wayang itu berbentuk kon dan tipis ke atas yang melambangkan kehidupan manusia.



Dengan kerjasama strategik antara Northbound Events dan Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis, kami dengan gembira mengumumkan konsert yang mengagumkan, ‘Nidji: Pelangi Di Miri’, yang akan memukau hati penonton pada 3 Februari 2024. Acara ini akan menampilkan penyanyi terbaru, Ubay, yang baru saja bergabung dengan keluarga Nidji, dan diharapkan memberikan pengalaman baru kepada peminat setia di Miri dengan memimpin dalam kebolehan vokal yang luar biasa dan aura energik yang khas Nidji.


















Aman Aziz dan Nisha Haque, dua penyanyi tempatan yang kini meningkat naik, berkolaborasi dalam satu lagu berjudul Marry Me Hari Ini’. Justeru, ini adalah kali pertama kedua-dua penyanyi ini bekerjasama namun gabungan ini berjaya membawa penggemar muzik ke dalam pengalaman muzikal yang unik dan menarik.
Lagu ‘Marry Me Hari Ini’ telah dilancarkan secara rasmi pada 3 November 2023 dan kini boleh didapati di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music dan Youtube Music. Muzik video juga telah dilancarkan pada 13 Disember 2023 di salauran Youtube NSR Malay.




























