Category: Music

  • Search Mengeluarkan Lagu Raya ‘Sujud Aidilfitri’ Berunsur Muhasabah Diri

    Meskipun kugiran gergasi dan legenda tanah air, Search tidak pernah mengeluarkan karya khas sempena hari kebesaran seperti perayaan Aidilfitri, bukan bererti mereka enggan ikut serta meramaikan pasaran dengan lagu-lagu sedemikian.

    Ironi, usia lebih tiga dekad Search meski tanpa kelahiran lagu Raya juga sudah cukup bermakna buat peminat.

    Namun, 2024 menjadi tahun bersejarah buat Search dan peminat apabila kugiran yang dianggotai Datuk Amy, Nasir, Man Kidal dan Hillary ini terbit dengan karya perdana sempena meraikan hari kemenangan umat Islam.

    Sujud Aidilfitri menjadi karya Aidilfitri ulung yang akhirnya diterbitkan Search sempena merayakan bulan penuh berbahagia ini.

    Tidak meninggalkan kentalnya genre rock dan balada serta ciri khas vokal Amy yang sudah sebati dengan Search menerusi lagu-lagu yang telah dihasilkan sejak lebih 30 tahun lalu, Sujud Aidilfitri juga dibalut dengan nuansa serupa.

    Tidak ada yang extravaganza mengenai Sujud Aidilfitri namun mesej yang ingin disampaikan Search kepada seluruh pendengar sampai menerusi bait lirik yang dihasilkan.

    “Sujud Aidilfitri memiliki lirik yang lebih menyentuh dan beremosi sesuai dengan suasana Hari Kemenangan itu sendiri.

    “Lirik dalam Sujud Aidilfitri lebih bersifat kepada muhasabah diri, merenung kekhilafan yang telah dilakukan seterusnya dengan rendah hati memohon kemaafan.

    “Ini Aidilfitri, hari kemenangan dan 1 Syawal secara tradisi dimulakan dengan bermaafan sebelum umat Islam menyambutnya dengan penuh bahagia.

    “Inilah yang disampaikan dalam Sujud Aidilfitri. Sebuah sengketa dapat terhapus dengan satu kemaafan yang sejati,” ujar vokalis Search, Amy.

    Menurut Search lagi, keputusan merakamkan Sujud Aidilfitri adalah sebagai sebuah usaha menghidupkan budaya memiliki lagu raya yang semakin jarang dirakamkan kerana pendengar lebih memilih mendengar lagu raya lama yang bersifat malar segar.

    “Tidak dinafikan saban tahun akan ada lagu raya baharu dirakamkan tetapi dengan genre atau suasana lagu yang lebih cenderung meriah atau bersifat keraian.

    “Jadi Search memilih nuansa yang lebih kental dari melodi dan liriknya sesuai dengan kematangan kami,” ujar pemain bass, Nasir pula.

    Sujud Aildilfitri diilhamkan sepenuhnya oleh Jun dan Search dengan Rie Tsuji menghulurkan kepakaran sebagai arranger, Rozhan (mixing & mastering). Dipasarkan oleh Universal Music, Sujud Aidilfitri yang kini sudah mula boleh didengari di corong radio turut memiliki klip video yang dijalankan di Terengganu.

    “Search amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu kerana kolaborasi yang terjadi untuk melancarkan klip video Sujud Aidilfitri.

    “Kami sengaja memilih Terengganu kerana mahu memiliki suasana desa, damai dan bersesuaian dengan keseluruhan konsep lagu Sujud Aidilfitri,” ujar Search mengenai klip video yang diarahkan oleh Datuk M. Razlan Ismail.

    Jangan terlepas untuk mendengarkan Sujud Aidilfitri di semua corong radio atau platform digital dan klip video juga boleh ditonton di laman YouTube Universal Music.

    INFOMASI MENGENAI LAGU SUJUD AIDILFITRI DAN MUZIK VIDEO

    MUSIC VIDEO ~ SUJUD AIDILFITRI
    Lagu : Jun & Search
    Lirik : Jun
    Artis : SEARCH – Amy, Nasir, Man Kidal & Hillary
    Arranger : Rie Tsuji
    Mixing : Rozhan
    Mastering : Rozhan
    Executive Producer : Nourish Hassan
    Penerbit : Search
    Pengarah : Datuk M. Razlan Ismail
    Pen. Pengarah : Jeep Rahim
    Pengarah Fotografi :  Takeem
    Pen. Fotografi/Teknikal : Amir
    Pengurus Produksi (PM) : Tasha Sivan
    Pen. Pengurus Produksi (Asst) : Syed Mohd Ridzuan Syed Kamil
    Penyunting : Takeem
    Terbitan : GoSearch Record
    Distributor: Universal Music

    Dengan kerjasama :
    Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu
    AirAsia Berhad
    DreamAtWork Sdn Bhd

    LIRIK SUJUD AIDILFITRI  –  SEARCH

    DI AIDILFITRI YANG MULIA INI
    HAPUSKAN DUKA LARA
    INSAFKAN SENGKETA ANTARA KITA

    SYAWAL MENJELMA
    SUJUD KU PINTA
    KEAMPUNAN RAHMAT DARI NYA

    SETAHUN SENJA
    MENITI ARUS
    LESAP MENGALIR AIRMATA

    HALAMAN KISAH KITA
    MUNGKIN TERCORET PRASANGKA
    YANG DUKA
    KU SUSUN SEPULUH JARI
    TANDA KEMAAFAN

    ( pre chorus )
    DI AIDILFITRI YANG MULIA INI
    HAPUSKAN DUKA LARA
    INSAFKAN SENGKETA ANTARA KITA

    SALAM KEDAMAIAN
    BAGI SETIAP INSAN
    MAAF ZAHIR DAN BATIN
    IKHLAS DARI HATI YANG TERDALAM

    ( chorus )
    SELAMAT OH… SELAMAT HARI RAYA
    SELAMAT… SELAMAT HARI RAYA

  • Ernie Zakri Memeriahkan Suasana Aidilfitri Dengan ‘HAHAHAHAHari Raya’

    Seperti ramai penyanyi lain di Malaysia, bakat vokal yang menonjol Ernie Zakri turut menyertai dalam memeriahkan semangat Aidilfitri yang semakin hampir. Ernie telah menghasilkan sebuah lagu raya baru yang diberi judul ‘HAHAHAHAHari Raya’.

    Lagu ini merupakan ciptaan serta tulisan Ernie Zakri sendiri bersama beberapa orang komposer dan penulis lirik lain iaitu Mage, Glowrush, dan Ajay Amai. Disusun dan diterbitkan oleh Adib Hussin serta Glowrush, lagu ini mempunyai gaya yang tersendiri.

    “Seperti lagu-lagu seniwati Saloma, ia ada nuansa era tahun 1950-an. Unsur ini ditampilkan supaya ada sedikit kelainan dari segi bunyi jika dibandingkan dengan lagu-lagu Raya saya sebelum ini,” ujar Ernie membuka bicara.

    Ernie juga memberitahu bahawa proses rakaman lagu ini sangat mudah. “Pada awalnya sudah ada versi yang pendek sekitar dua minit. Kemudian kami mengambil keputusan untuk memanjangkan sedikit lagu ini. Di situ saya tambahkan melodi, khasnya di rangkap bridge kerana ingin menyerlahkan sedikit gaya baharu pada karya ini. Jadi, ada unsur moden juga dan tidaklah seperti lagu Saloma dari era 50-an sepenuhnya.

    Malah, semasa bekerja dengan rakan-rakan penulis di Faithful Music, saya selalu dapat pengalaman baharu selain mempelajari teknik-teknik lain dalam mencipta lagu baharu. Saya gembira dapat bekerjasama dengan mereka sambil merungkai bunyian baru dalam muzik,” tambah Ernie lagi.

    Lagu ini turut ditampilkan dengan sebuah video muzik yang dirakam semasa bulan puasa. “Jalan cerita video muzik lagu ini sangat mudah. Ia berkisar tiga orang adik-beradik menjelang hari raya dan saya memainkan watak kakak sulung atau Kak Long yang cuba menyatu-padukan dua orang adik saya yang suka bergaduh. Konsepnya seronok, ceria dan sangat santai,” jelasnya lagi.

    Video Muzik HAHAHAHAHari Raya turut menampilkan jenama tudung Ernie sendiri iaitu Ayuwan. Sepanjang bulan Ramadhan ini, tudung Ayuwan miliknya sudah muncul di aneka acara termasuk di Star Vendor, KL Convention Centre pada 30 Mac lalu. Ernie juga sempat mempromosikan tudung Ayuwan pada 31 Mac 2024 di Sogo KL semasa mempersembahkan lagu HAHAHAHAHari Raya di lokasi tersebut. Ini telah diikuti dengan sesi ramah mesra bersama peminat dan media di penghujung acara.

    Saat ditanya tentang harapan, Ernie hanya mahukan yang terbaik untuk lagu raya ini. “Kalau boleh semua orang mahu lagu raya mereka menjadi malar segar dan berkekalan, namun yang paling penting, saya ingin lagu ini membuat pendengar tertawa dan gembira. Saya mahu mereka menikmatinya, sesuai dengan konsep lagu ini sebagai sebuah lagu musim perayaan Aidilfitri. Semoga para pendengar akan mendapat kebahagiaan dan kegembiraan berhari raya saat mendengar lagu ini,” ulas Ernie lagi.

    HAHAHAHAHari Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 22 Mac 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri pada 27 Mac 2024.

  • DISATUKAN DALAM RASA, FARISHA IRIS & CHERPEN

    Lagu duet antara penyanyi Farisha Iris dan kumpulan Cherpen bertajuk Rasa telah dilancarkan secara rasmi sebagai lagu tema drama Hati Tercarik Luka yang bersiaran di Slot Samarinda TV3, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

    Lagu Rasa adalah hasil ciptaan Syahir Cherpen, Nemo Cherpen dan Kimie Cherpen, manakala liriknya ditulis oleh Syahir Cherpen dan Nemo Cherpen. Lagu ini mengisahkan mengenai perasaan cinta yang sukar diluahkan dan dilepaskan, sejajar dengan jalan cerita drama Hati Tercarik Luka yang mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berbeza latar belakang dan nasib.

    Farisha Iris, yang juga peserta Big Stage 2020 berkata, dia teruja untuk bekerjasama dengan Cherpen dalam lagu ini yang bergenre Balada ini.

    “Agak susah merakamkan lagu ini kerana sudah lama tak menyanyikan lagu yang mencabar Vokal. Kadang kita sebagai penyanyi ini bukan sekadar nak menyanyi asal sedap didengar. Orang biasa dengar mungkin sedap tapi sebagai penyanyi saya sangat menitik beratkan perkara ini.

    “Teknikal dalam vokal  mengambil masa untuk saya berlatih yang mana kena serasikan dengan lagu ini. Lama juga dalam sebulan hingga dua bulan. Memang kalau masuk kereta akan dengar demo lagu ini sepanjang perjalanan sejam ke KL.

    “Saya sangat gembira dan bersyukur dapat berkolaborasi dengan Cherpen, yang juga kumpulan yang saya kagumi sejak dulu. Lagu Rasa sangat menyentuh hati dan sesuai dengan drama Hati Tercarik Luka, yang juga merupakan drama yang saya ikuti setiap minggu.

    “Kelebihan lagu Rasa ini sudah tentu buat pertama kali kami berkolaborasi dengan penyanyi lain iaitu Farisha Iris. Semua orang tahu vokal Farisha macam mana. Dia antara penyanyi wanita yang memiliki vokal mantap. Jadi, keistimewaan dia banyak dari segala sudut, seperti gubahan muzik dan melodi,” katanya.

    Cherpen pula berkata mereka gembira dapat menyumbangkan lagu untuk drama Hati Tercarik Luka, yang juga antara drama yang popular di Malaysia. 

    “Kami sangat berterima kasih kepada pihak TV3 dan Seventeen Eleven Music yang memberi kami peluang untuk menyertai projek ini. Kami juga berterima kasih kepada Farisha Iris yang telah menyanyikan lagu ini dengan begitu indah dan berjiwa. Kami berharap lagu Rasa dapat diterima oleh peminat-peminat drama dan muzik di Malaysia,” katanya.

    Lagu Rasa ini boleh didengar di semua platform muzik digital dan YouTube Seventeen Eleven Music.

  • The Gadys Mengharapkan Semua Pendengar Dapat Menerima ‘Cuti Raya’ Seadanya

    Peristiwa yang begitu dinanti-nantikan oleh semua umat Islam selepas menunaikan ibadah puasa selama sebulan adalah Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

    Kemeriahan dan kegembiraan hari raya ini sungguhlah memikat hati dan menggamit
    kenangan indah dalam ingatan semua orang yang menyambutnya dengan penuh rasa syukur.

    Mengiringi sambutan hari kemenangan itu tentu saja dendangan lagu raya yang
    berkumandang di corong-corong radio. Selain menggamit memori dengan rangkaian lagu raya lama, tidak dilupakan karya baharu lagu raya yang turut mencuit hati pendengar.

    Kumpulan The Gadys misalnya muncul dengan lagu raya berjudul Cuti Raya yang dianggap sangat dekat dengan kehidupan harian semua orang yang bekerja pada musim perayaan ini.

    The Gadys dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan mahu lagu Cuti Raya ini menjadi antara lagu raya paling diminati tahun ini seterusnya kekal evergreen.

    “Lagu Cuti Raya adalah sebuah lagu yang boleh dikatakan sangat rapat dengan kehidupan harian semua orang yang bekerja. Lagu Cuti Raya lebih kepada gambaran emosi dalam lirik lagu dan lirik yang ‘straightforward’ untuk menyatakan hasrat dan harapan untuk cuti beraya dan tidak mahu bekerja supaya dapat bergembira di hari raya dengan orang yang tersayang,” kata Aznie.

    Berkongsi lanjut, Aznie berkata, proses rakaman lagu Cuti Raya sangat menyeronokkan. “Proses rakaman lagu raya adalah antara proses yang sangat ‘fun’ sebabnya ini kan lagu raya, pelbagai emosi yang boleh kita letak dalam setiap melodi dan nyanyian yang kita nyanyikan.

    “Pada mulanya banyak juga lirik yang dicuba dan diubahsuai agar lirik itu lebih kena dengan situasi dan keadaan semasa ramai orang di luar sana apabila mendengar lagu ini,” katanya.

    Bagi Ayunie, bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam penghasilan lagu Cuti Raya ini satu lagi pengalaman berharga buat mereka. “Pengalaman yang kami lalui sangat seronok dan semuanya dipermudah dengan lancar. Setiap pihak memberi kerjasama yang baik. Semasa rakaman kami bersama-sama berkongsi idea untuk menjayakan lagu Cuti Raya ini. Kami sangat selesa semasa bekerja dengan setiap pihak semasa proses Cuti Raya ini dijalankan,” katanya.

    Menurutnya, dia berharap lagu Cuti Raya ini dapat diterima baik oleh semua peminat dan pendengar. “Kami berharap Cuti Raya ini akan sentiasa didengari oleh setiap orang setiap kali raya dan kami juga mengharapkan setiap pendengar Cuti Raya gembira dan menerima Cuti Raya dengan seadanya,” katanya.

    Sementara itu, Thamiera berkata, lagu Cuti Raya ni sangat kena untuk orang yang bekerja dan tidak mendapat cuti pada sambutan hari raya ini. Thamiera berkata, penggambaran video muzik lagu Cuti Raya ini dijayakan dengan baik hasil daripada kerjasama semua pihak.

    “Alhamdullilah, penggambaran MV semua berjalan dengan lancar. ‘Calltime’ saya yang paling awal iaitu jam 6.30 pagi saya dah sampai ke lokasi yang diberi. Lepas habis bahagian saya, saya sempat tidur di bilik artis sementara menunggu gadys yang lain habis juga. “Selepas mereka pun habis, kami bersama-sama berbuka puasa dan selepas itu juga kami terus ke lokasi yang terakhir. Pasukan produksi sangat mudah untuk bekerjasama dan kami sangat selesa, seronok sepanjang proses rakaman,” katanya.

    Lagu Cuti Raya adalah ciptaan Ja’a, Mage dan Glowrush dan menampilkan Adib Hussin dan Glowrush selaku penerbit.

    Lagu Cuti Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music,
    KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 22 Mac 2024, muzik video juga akan ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi The Gadys pada 29 Mac 2024.

  • Joe Flizzow Telah Mengeluarkan Single Terbaru Berjudul ‘Berlian’ Bersama Gard

    Kejayaan Joe Flizzow, presiden hiphop tersohor Malaysia, adalah contoh yang menginspirasi tentang bagaimana kegigihan dan bakat yang berterusan dapat membawa seseorang kepada puncak kecemerlangan dalam industri muzik. Selepas pencapaian gemilang dengan dokumentari epik “This is Johan” dan pengumuman konsertnya di Singapura, beliau terus menunjukkan ketokohan dalam mencipta karya-karya yang memukau. Lagu terbarunya yang berjudul ‘Berlian’ merupakan bukti kesinambungan kebolehan dan kreativiti Joe Flizzow dalam mencipta muzik yang relevan dan bermakna.

    Dikenali dengan kerjasama yang berjaya tanpa tandingan, kali ini Joe mengundang bintang muda tempatan Gard, yang dihormati dalam arena bawah tanah dan dikenali dengan gaya pengait yang luar biasa dan gaya penyampaian vokal yang tidak lazim. Ia merupakan bukti kepada keyakinan Joe terhadap masa depan. Gard telah tampil di 16 Baris dan kini di sebuah lagu bersama-sama dengan Joe sendiri. 16 Baris terus membuktikan relevansinya dalam komuniti hip hop.

    Berlian, dicipta dan ditulis oleh Din Tiger dan rakan kerja hiphop kegemaran Joe, SonaOne, karya ini juga diterbitkan oleh Din dan SonaOne serta disusun oleh SonaOne sendiri.

    Berlian berfungsi sebagai pengingat metafora tentang sifat sekejap kehidupan, mendorong kita untuk merangkul setiap saat sepenuhnya. Sama seperti puisi yang dihidupkan, “Berlian” berusaha untuk merangkumi momen-momen yang terlepas dan mengubahnya menjadi lagu yang abadi.

    Dengan lagu “Berlian”, Joe Flizzow terus memprovokasi pendengar dan memicu perdebatan sengit mengenai apa masa hadapan hip-hop di Malaysia.

    Proses rakaman juga tidak memakan waktu yang lama. “Kami lakukan semuanya dalam sehari. Saya menulis rangkap pertama tidak sampai sejam. Terus ke mikrofon dan mencipta dua baris pertama saya dan menyiapkan rangkap pertama bawah 30 minit,” ujar Joe.

    Lagu yang menarik ini turut disertakan dengan sebuah video muzik hebat yang menampilkan pelakon tersohor Malaysia Sazzy Falak, yang berjaya memberikan kelebihan kepada jalan cerita lagu dan video tersebut.

    Seperti karya-karyanya terdahulu, Joe berharap lagu Berlian akan diterima baik oleh para peminatnya dan pencinta muzik secara umum. “Perasaannya seperti kami telah mencipta berlian. Ada orang akan menghargai berlian dan ada yang tidak. Namun berlian kekal abadi,” akhiri Joe.

    Single Berlian boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan Youtube Music pada 8 Mac 2024, muzik video juga sudah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Joe Flizzow pada 9 Mac 2024

  • INTEAM DIGITAL TELAH MENGHASILKAN PELBAGAI JENIS ALBUM BAGI MEMERIAHKAN RAMADAN DAN SYAWAL INI

    Inteam Digital yang merupakan salah satu label Islamik terbesar di Malaysia memeriahkan ketibaan bulan Ramadan dengan penghasilan pelbagai jenis album termasuk Bacaan Al-Quran 30 Juzuk, Zikir, Nasyid dan tidak dilupakan juga lagu Raya.

    Ketika ditemui dalam majlis Ramah Mesra Bersama Media baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Inteam Digital saudara Hazmain Inteam menyatakan “Menjelang Ramadan tahun ini kami menerbitkan beberapa single utama iaitu bermula dengan Asma’ binti Abu Bakar nyanyian Mateen, dikuti Rabiatul Adawiyah 2024 yang menampilkan kolaborasi Inteam dan Khai Bahar dikuti album Zikir Munajat alunan Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz dan inshaAllah akan terbit album nyanyian semula lagu-lagu raya malar segar yang disampaikan oleh artis-artis Inteam Digital, kami turut mengedarkan secara digital single baru Amer bin Yusoff (Ex-Ruffedge) berjudul Lebih 1000 Bulan”

    Syam pula menambah “Jika tahun-tahun yang lalu kami telah melancarkan album bacaan Al-Quran 30 Juzuk oleh Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz dan Sheikh Abdelrahman Monis Al-Laithy dari Mesir, tahun ini pula kami akan melancarkan album 30 juzuk penuh bacaan Sheikh Asfandyar Dilawar yang merupakan Qari dan Imam dari Pakistan serta Syeikh Moutassem Billah, Imam dari Syria laitu bacaan Al-Quran 30 juzuk. Bahkan inshaAllah beberapa Qari tempatan lain juga sedang giat merakam Bacaan Al-Quran 30 juzuk untuk dilancarkan pula pada tahun-tahun akan datang.”

    “Untuk makluman, Inteam Digital telah mengeluarkan lebih 1300 video Istamik di rangkaian Youtube kami dan menyasarkan jumlah 1,000,000 (sejuta) langganan akan dicapai pada tahun 2024 ini. Tidak dilupakan juga audio dan video terbitan kami terdapat di seluruh platform digital utama seperti Spotify, Deezer, Apple Music dan lain-lain.” Tambah Rahim pula.

    Ditanya mengenai tujuan Majlis Ramah Mesra Media ini diadakan, Hazamin Inteam menjawab “Tujuan kami selain meraikan semua berbuka puasa, kami ingin menyatakan penghargaan kami kepada pihak media yang terus menerus menyokong kami dan karya-karya terbitan kami. Selain itu juga kami ingin meraikan artis-artis edaran dan terbitan kami seperti Mateen, Qari Husaini, Qari Zakiy Hanafi, Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz, Ustazah Sofizah dan ramai lagi”.

    Majlis Ramah Mesra Bersama Media anjuran Inteam Digital pada 20 Mac 2024 telah berjalan dengan meriah di D’Intan Crystal Grand Hall, Bandar Sri Damansara yang turut dihadiri para wartawan, media, artis dan kakitangan Inteam Digital dan keluarga.

  • Gabungan Mantap Dato’ Jamal Abdillah dan Dato’ Hattan Di Konsert Kepadamu Kekasih Simfoni Ramadan

    Ramadan adalah sebuah bulan istimewa dalam kehidupan umat Islam dan ia memberi kenangan yang berkesan dan menghidupkan kembali pelbagai aspek kehidupan individu yang menjalaninya.

    Kedatangan Ramadan bukan hanya sekadar ritual yang berulang, tetapi satu peluang untuk setiap orang yang beriman memeriksa tahap dan kualiti takwa yang ada dalam diri. 

    Mengambil keberkatan bulan suci itu, Berkat Budi dengan kerjasama HS Shazlicious Trading menjayakan Konsert Kepadamu Kekasih Simfoni Ramadan di Royale Chulan, Seremban pada 29 Mac ini.

    Menariknya, persembahan ini menampilkan dua penyanyi legenda tanah air iaitu Dato’ Jamal Abdillah dan Dato’ Hattan.

    Pembabitan Hattan pada persembahan kali ini pastinya menjadi tumpuan apatah lagi selepas dia mengumumkan mahu bersara daripada nyanyian pada Jun depan.

    Seperkara yang menarik perhatian juga adalah sejak kebelakangan ini Hattan dilihat memilih untuk menjayakan persembahan bersama barisan penyanyi otai seperti sebelumnya menerusi Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang diadakan pada 23 Mac lalu.

    Hattan berkata, dia mahu berkongsi pentas dengan legenda dalam industri muzik tempatan yang dianggap sesuatu yang mengujakan.

    “Saya memang mahu berkongsi pentas bersama legenda dalam industri muzik tempatan. Ia adalah satu peristiwa yang tidak hanya menarik, tetapi juga dinantikan dengan penuh keterujaan oleh peminat setia muzik tempatan. 

    “Sesuatu yang cukup istimewa untuk dapat berkongsi pentas dengan seorang legenda dalam industri muzik tempatan. Ia pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semoga persembahan ini akan memberikan inspirasi dan kegembiraan kepada semua yang hadir menonton,” katanya.

    Berkongsi mengenai persembahan pada Konsert Kepadamu Kekasih Simfoni Ramadan, Hattan berharap penonton yang hadir bukan sahaja dapat berhibur, tetapi juga memberi suntikan rohani dalam diri mereka sesuai dengan bulan suci Ramadan ini.

    “Saya berharap agar penonton dapat merasai kegembiraan yang luar biasa dan juga mendapat inspirasi rohani yang membangkitkan semangat mereka dalam bulan mulia Ramadan ini. 

    “Insya-Allah, saya bersama Dato’ Jamal bakal mempersembahkan kesinambungan muzik dengan begitu indah dalam suasana yang penuh dengan keberkatan ini,” katanya.

    Sementara itu, Jamal berharap pengisian daripada persembahannya dengan Hattan tidak hanya diterima dari sudut nyanyian semata-mata, tetapi apa yang lebih penting adalah makna Ramadan dalam diri.

    “Saya berharap agar pengisian daripada persembahan kami tidak hanya diterima dari segi kebolehan nyanyiannya semata-mata, tetapi lebih jauh lagi, agar makna Ramadan yang mendalam dapat terserap dan dihayati oleh setiap individu yang mendengarnya. 

    “Agar kita semua tahu, pentingnya untuk menyampaikan pesan keagamaan bukan saja menerusi dakwah dan ceramah, tapi juga melalui seni dan hiburan,” katanya.

    Konsert Kepadamu Kekasih Simfoni Ramadan turut mendapat kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan selaku rakan strategik. Sumbangan juga bakal diberikan kepada bekas atau balu anggota polis dan artis kelahiran Negeri Sembilan yang kurang berkemampuan.

    Tiket menerusi penjualan meja dijual pada harga RM15,000 (Table VVIP); RM12,000 (Table VIP); RM8,000 (Table Platinum); RM6,000 (Table Gold) dan RM4,000 (Table Silver). Untuk tempahan boleh menghubungi Hatta 018 223 9934 dan Shasha 019 769 5588.

  • Kejayaan Duet ‘Jarak’: Aisha Retno dan Aziz Harun Kembali dengan Lagu Istimewa ‘Ketipak Ketipung Raya’

    Setelah kejayaan lagu duet mereka ‘Jarak’ tahun lepas, Aisha Retno dan bintang dari Brunei, Aziz Harun, kini bergabung sekali lagi untuk menyajikan sebuah karya istimewa bertajuk ‘Ketipak Ketipung Raya’ sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

    Lagu yang dicipta dan ditulis oleh Aziz Harun, Aisha Retno bersama dengan bantuan Romeo serta Glowrush selaku penerbit ini sebenarnya merupakan sebuah projek spontan yang tidak dijangka.

    “Ia sebuah lagu yang lahir secara spontan pada tahun lalu. Pada saat itu saya teringin mempunyai sebuah lagu raya saya sendiri kerana tidak mahu ketinggalan. Dan saya ingin menjadikannya kandungan di platform media sosial TikTok. Kebetulan pada waktu itu saya sedang bekerjasama dengan Aisha Retno untuk lagu Jarak, jadi saya bertanya pada Aisha jika dia sudi bantu menulis lagu ini bersama. Aisha bersetuju dan kami pun menyiapkan apa yang sempat dan memperkenalkannya di media sosial.

    Kami tak menyangka lagu itu mendapat sambutan yang baik dari para pengikut kami di media sosial, khasnya di laman TikTok. Lantas kami mengambil keputusan untuk merakamkan dan menyiapkannya dengan betul supaya dapat dilancarkan tahun ini sebelum Aidilfitri,” jelas Aziz Harun.

    Saat ditanya apakah maksud di sebalik lagu ini, kedua-dua artis ini memberitahu bahawa pesanan yang disampaikan sebenarnya sangat mudah, iaitu tentang persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    “Ia memaparkan tema-tema umum yang sering ditampilkan dalam banyak lagu raya yang lain. Ia menggambarkan kekecohan persiapan di pagi raya sambil bertanyakan hal-hal biasa seperti sudahkah baju raya dibeli, sama ada juadah hari raya sudah siap dan sebagainya. Ia juga mencerminkan keseronokan suasana berhari raya tanpa mengira status dan generasi. Dari situ jugalah saya memasukkan unsur tradisional lagu ini, iaitu rentak Joget untuk menjadikannya lebih rancak dan menarik,” ujar Aisha Retno pula.

    Malah, kedua mereka bersetuju menyatakan bahawa proses rakaman lagu ini tidak banyak halangan dan berjalan dengan sangat lancar.

    “Proses rakaman sebenarnya sangat cepat. Pihak pengurusan saya menguruskan pertemuan dengan Aisha serta Glowrush penerbit kami, dan kami menyiapkannya dalam masa beberapa jam sahaja. Kami masing-masing hanya memerlukan tiga jam setiap seorang untuk proses rakaman vokal di dalam studio.”

    “Saya masih ingat ia terjadi pada hari Ahad dan lagu itupun sudah hampir siap kerana kami hanya perlu memasukkan bahagian ‘bridge’ dan rangkap kedua kerana bahagian pertama lagu sudah pun dikeluarkan di media sosial pada tahun sebelumnya,” tambah Aziz lagi.

    Mereka berdua juga senang bekerjasama kerana keserasian sudah wujud sejak berduet lewat lagu Jarak lagi. Bezanya hanyalah tema lagu duet kali ini adalah lagu Hari Raya.

    “Aziz seorang yang sangat berbakat dan kami berkongsi minat yang sama dalam muzik. Dengan hasil kerjanya yang terbukti hebat dan komitmennya yang berterusan, saya tidak ragu-ragu untuk berkolaborasi lagi dengannya. Lagipun saya memang dah lama inginkan lagu raya sendiri dan sekarang terhasillah duet ini dan saya rasa ia mampu pergi jauh sebagai salah satu koleksi duet kami bersama,” ungkap Aisha penuh gembira.

    Lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik yang dirakam dalam sekali harung sahaja.

    “Ia dirakam sekali harung dan menampilkan warga kerja Faithful Music, iaitu syarikat rakaman naungan Aziz Harun. Suasana yang ditampilkan juga sangat santai dan berjalan dengan lancar. Ini kali pertama Aziz dan saya merakam video muzik secara sekali harung dan hanya perlukan beberapa tangkapan semula sahaja. Tapi saya memang tak sabar melihat reaksi penonton yang bakal menyaksikan keakraban yang kami tampilkan dalam video muzik ini,” tambah Aisha lagi.

    “Kami berharap semua yang sudah menantikan lagu ini sejak tahun lalu berpuas hati dengan hasil yang kami usahakan. Kami juga berharap ia akan menjadi lagu malar segar yang akan sentiasa diingati untuk masa-masa akan datang. Kami seronok menghasilkannya dan harap pendengar juga akan berasa seronok mendengarnya,”bingkas Aziz.

    “Saya pula harap anda semua akan menyukai lagu Raya pertama kami ini yang juga memberi penghormatan kepada rentak joget. Saya sengaja menampilkan unsur joget dalam lagu ini dan memberi sedikit nafas baharu supaya ia bakal lebih diminati dan dihargai, khasnya di laman media sosial seperti TikTok,” kata Aisha menutup bicara.

    Bakal dikeluarkan pada tarikh 22 Mac 2024 jam 12 pagi waktu Malaysia, ‘Ketipak Ketipung Raya’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

    Kredit:

    Artis: Aisha Retno & Aziz Harun

    Tajuk: Ketipak Ketipung Raya

    Produser: Glowrush

    Komposer:  Aisha Retno, Aziz Harun, Glowrush

    Penulis Lirik: Aisha Retno, Aziz Harun, Glowrush

    TENTANG FAITHFUL MUSIC

    Diasaskan oleh Faizal Tahir pada 2015, Faithful Music Sdn. Bhd. (FAITHFUL) merupakan syarikat rekod, penerbit muzik, dan rumah produksi terkemuka. Berkomitmen membina bintang dan mencipta hit, FAITHFUL menekankan kuasa muzik menyatukan. Melalui inovasi dan kepelbagaian, ia merangsang kolaborasi unik dan memberi perhatian teliti kepada artis, penulis dan kliennya. FAITHFUL percaya muzik sebagai bahasa universal kedamaian, bertujuan menghubungkan budaya dan memupuk komuniti berdasarkan etosnya.

    TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT

    Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai pencipta dan label rekod kami sini.

     

  • SEMARAKKAN AIDILFITRI DENGAN ‘BALIK RAYA’ DARI TRIO ARTIS ROCKETFUEL ENTERTAINMENT

    Artis-artis wanita popular tanah air naungan Rocketfuel EntertainmentNadeera, Wani Kayrie dan Indah Ruhaila bakal menyemarakkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini dengan sebuah single Raya yang akan menghiburkan berjudul ‘BALIK RAYA’ hasil ciptaan komposer muda berbakat, Rushdan.

    Lagu Raya dalam nuansa pop moden dengan elemen klasik ini telah mengambil masa selama 2 bulan untuk dihasilkan secara berperingkat melalui proses rakaman secara berasingan bagi setiap artis yang terlibat, dan kemudiannya digabungkan menjadi sebuah karya yang lengkap.

    Sempena sambutan Hari Raya dan pelancaran muzik video (MV) BALIK RAYA yang diadakan di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil, Rocketfuel Entertainment & Pavilion Bukit Jalil selaku tuan rumah mengadakan  tontonan istimewa dan iftar khas bersama rakan-rakan dari media.

    Bagi pendatang baharu, Nadeera, pengalaman merakamkan lagu Raya pertamanya merupakan momen yang tidak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila dan bakal menjadi kenangan manis, “Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dan gembira kerana dapat menghasilkan lagu Raya ini bersama penyanyi-penyanyi hebat seperti Wani Kayrie dan juga Indah Ruhaila.

    “Sebagai artis baharu, Raya kali ini lebih istimewa kerana mendapat ucapan Raya daripada peminat-peminat saya dan sambutan Aidilfitri kali ini mungkin tidak banyak bezanya kerana setiap tahun saya akan bersama keluarga dan memilih untuk bersederhana sahaja.

    Menurut Wani Kayrie, sesibuk mana pun kita dalam menjalani kehidupan sehari-hari, apabila menjelang hari perayaan pastinya kita akan pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga, “Sebagai anak seni yang bekerjaya dalam mencari rezeki, bila tibanya Hari Raya pasti saya akan meluangkan masa untuk pulang ke kampung halaman di Sandakan, Sabah bertemu dengan keluarga tercinta.

    “Pengertian BALIK RAYA itu bukan sahaja semata-semata pulang ke kampung, namun lebih lagi, sebagai umat Islam kita hanya merayakan Lebaran setahun sekali, rebutlah peluang ini untuk mengeratkan silaturahim sesama keluarga, manfaatkanlah masa bersama dengan sebaiknya, pengertian bahagia itu hanya dengan bersederhana, bukannya serba-serbi baharu tetapi lebih mensyukuri dengan adanya orang-orang tersayang kerana pasca bencana COVID-19 yang lalu, ramai yang kehilangan ahli keluarga.

    Namun buat pelantun lagu ‘Indah’, Indah Ruhaila, sebagai ahli terbaharu keluarga besar Rocketfuel Entertainment, pengalaman merakamkan muzik video (MV) BALIK RAYA pastinya tidak akan dilupakan, “Bayangkan kami melakukakan proses penggambaran MV selama 24 jam! Kesemuanya wrap sekitar jam 5 pagi dan dilakukan sebelum bulan puasa lagi di Sekinchan. Paling seronoknya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan artis lain di bawah satu bumbung. 

    “Dan lebih menarik lagi, Wani dan saya sempat mencipta koreografi sendiri sewaktu penggambaran dan semoga menjadi dance challenge di media sosial nanti.

    Indah juga turut berkongsi pengalaman berniaga di Bazaar Ramadhan ketika berumur 15 tahun, “Waktu itu, best gila, walaupun kadang-kadang hujan dan paras air naik, saya tetap meneruskan perniagaan bersama keluarga dan pengalaman itulah yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, selain dapat berjumpa sanak-saudara dan berkumpul beramai-ramai di hari bahagia.

    Ulas En. Prem Anand, selaku Ketua Rocketfuel Entertainment, “Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, Rocketfuel pasti ada buah tangan terbaharu setiap kali bulan Ramadhan menjelma, dan demi menyemarakkan bulan puasa pada tahun ini, kami gandingkan 3 artis sekaligus untuk hiburan anda semua.

    “Semoga lagu ini terus terpahat di ingatan pendengar semua setiap kali Hari Raya dan terus trending di media sosial.

    Nadeera, Wani dan Indah masing-masing sepakat berharap agar lagu ini akan berkumandang setiap kali Hari Raya menjelma serta menjadi siulan ramai orang dan terus menjadi evergreen, kata Wani, “Semoga lagu BALIK RAYA dari trio wanita-wanita hebat Rocketfuel ini dapat diterima baik oleh semua pendengar kerana melodinya yang easy-listening dan malar segar.

    Lagu ‘BALIK RAYA’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

  • Konsert Rock Legend Berzaman Mengembalikan Nostalgia Muzik Rock Tanah Air

    Untuk pertama kalinya dalam sejarah, penggemar tegar rock era 1990-an dapat menikmati persembahan sembilan penyanyi legenda rock tanah air dalam Konsert Rock Lagend Berzaman.

    Bertempat di Megastar Arena gabungan 9 lagenda rock tanah air telah beraksi di atas satu pentas yang cukup luar biasa dan berjaya mengumpukan seramai 3,000 peminat untuk hadir menyaksikan persembahan yang pasti mengembalikan nostalgia pada setiap penonton yang hadir.

    Pihak penganjur RAR Sky Entertainment, telah berjaya membawa barisan penyanyi yang hebat dan mempunyai Aura yang tersendiri, setiap persembahan mendapat sorakan yang begitu gemuruh sehingga gamat seluruh Arena Megastar. Sembilan penyanyi ini telah mempersembahkan sebanyak 30 set lagu yang hebat yang pernah mencipta nostalgia dan telah meriahkan industri muzik tanah air berzaman.

    Ketika ditanya mengenai kriteria pemilihan barisan penyanyi, Pengurus RAR Sky Entertainment iaitu Muhammad Iskandar Ali memaklumkan bahawa pemilihan penyanyi dibuat mengikut permintaan usahawan popular, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli yang bertindak sebagai penaja bagi konsert tersebut.

    Menurut Kak KM, minat mendalam terhadap lagu rock kapak serta band rock yang popular era 1980-an dan 1990-an mencetuskan idea penglibatan dan pemilihan penyanyi konsert berkenaan.

    “Saya sememangnya peminat tegar bagi lagu-lagu bergenre rock jiwang dan ‘tangkap leleh’ malah sering mendengar lagu-lagu tersebut sewaktu memasak di dapur setiap pagi” katanya.

    Sembilan barisan penyanyi legenda yang telah membuat persembahan pada hari itu adalah Azan Scan, Poey Sting, Hazama, Shidi Data, Ameng Spring, Amir UK’s, Ezad Lazim, Zamani Slam dan Mus May.

    Persembahan dibuka oleh Azan yang membuka dengan lagu ‘Disana Mawar dan Di Sini Penawar’ sekaligus membuat seluruh dewan berosoran dan turut menyanyi bersama. Seterusnya lagu ‘Yang kalut Difikirkan’ dan ‘Kau Dipaksa Aku Terpaksa’.

    Penyanyi kedua Poey mengambil alih pentas dengan tiga buah lagu iaitu, ‘Adakah kau setia’, ‘Dalam dian aku mencintaimu’, ‘Kau tetap kuhajati’. seterusnya Hazama mempersembahkan 3 buah lagu ‘Bukan ku tak sudi’, ‘Aduhai seribu kali sayang’ dan ‘Relakan jiwa’ yang membuatkan setiap penonton yang hadir menyanyi bersama.

    Giliran Shidi pula membuat persembahan dengan tiga buah lagu iaitu ‘Nyanyian rindu buat kekasih’, ‘Mengulit kenangan’ dan ‘Permaisuri’. Menyerahkan ‘baton’ kepada Ameng dengan lagunya ‘Cempaka di rembulan’, ‘Sejiwa’, ‘Butakah cinta dan ‘Romantis’.

    Amir dan Ezad telah mempersembahkan tiga buah lagu masing-masing iaitu ‘Seksa’, ‘Pahit akan manis akhirnya’, ‘Disana menanti disini menunggu’, ‘Seperti dulu’, ‘Masih teserlah ayumu, dan ‘Mengintai dari tirai kamar’ nyanyian mereka menyusuk terus ke jiwa pononton yang bangun dan bernyanyi bersama.

    Zamani mempersembahkan lagu ‘Kembali merindu’, ‘Tak mungkin berpaling’, ‘Nur kasih’ dan Gerimis Mengundang dan ahir sekali Mus dengan lagu ‘Sinar’, ‘Cintamu mekar dihati’ dan ‘Sendiri’. Buat penutup persembahan kesemua 9 penyanyi telah keluar dan mendendangkan lagu Srikandi Cintaku.

    Pastinya setiap barisan penyanyi mendapat sorakan yang gemuruh dan berjaya mengambalikan nostalgia mana tidaknya setiap penonton yang hadir pulang dengan senyuman pada setiap riak wajah mereka.

    Bagi pihak penganjur, mereka terharu akhirnya konsert ini berjaya dan telah mencatat sejarahnya yang tersendiri.

    “Saya amat gembira dengan kejayaan konsert malam ini dan ini merupakan permulaan saya mencuba dalam perniagaan baru.

    “Kami cukup teruja malah diharapkan konsert ini mengubat kerinduan semua peminat muzik rock tanah air.

    “Walaupun agak sukar untuk menghimpan sembilan legenda rock terkenal tanah air di atas satu pentas, kami berjaya melakukan dengan cemerlang dan berharap agar konsert ini akan menjadi kenangan indah buat penonton,” ujar Nona.

  • Ernie Zakri Dan Ade Govinda Mendapat 3 Pencalonan Berbeza Dalam Lagu ‘Masing-Masing’

    Keberkesanan penyanyi Ernie Zakri semakin berkembang di Indonesia ketika beliau menjadi penyanyi tempatan pertama yang disenarai pendek untuk anugerah berprestij dari stesen televisyen terkenal di sana, iaitu SCTV Music Awards. Dalam acara tersebut, Ernie Zakri juga mendapat tiga pencalonan dalam tiga kategori berbeza, bersama dengan rakan duetnya yang terkenal, Ade Govinda, dalam lagu Masing-Masing.

    Kategori itu terdiri daripada Kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop. Lebih membanggakan juga apabila lagu Masing Masing, lagu kolaborasi antara Universal Music Malaysia dan MyMusic Records yang digubah dan ditulis oleh Ade bersama Nabila V menduduki tangga teratas carta stesen radio di kedua-dua negara, iaitu GEN98.7 FM Jakarta di Indonesia serta Best FM dan Era FM di Malaysia. Terima kasih besar kepada stesen radio ini yang berjaya menangkap esensi menarik lagu Masing Masing ini.

    Ernie yang juga pemenang Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2022 berkata, dia bersyukur dan bangga kerana lagu Masing Masing diterima baik peminat di Indonesia. “Saya sangat gembira kerana lagu saya sampai ke Indonesia. Sungguh menggembirakan melihatnya bergema dengan pendengar di sana. Terima kasih Indonesia, kerana menerima Masing-Masing dan menjadikannya melonjak di carta radio anda,” katanya.

    Bagi Ade Govinda, kolaborasi bersama Ernie satu pengalaman yang cukup manis dan hebat. “Saya juga mewakili MyMusic Records sangat gembira mendengar khabar lagu karya saya berjudul Masing Masing yang dinyanyikan indah oleh Ernie Zakri berjaya menduduki tempat pertama di kebanyakan carta radio Indonesia dan Malaysia.

    “Semoga kolaborasi ini boleh membawa penyanyi lain juga untuk bekerjasama antara dua negara dengan hasil yang membanggakan juga. Terima kasih pendengar Indonesia dan Malaysia yang sudah menikmati lagu Masing Masing,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, pihaknya sentiasa memberikan sokongan padu kepada Ernie Zakri. “Universal Music Malaysia turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian dan pengiktirafan yang diperoleh melalui kerjasama ini dengan komposer terkenal Ade Govinda.

    “Saya berasa gembira dan bangga kerana sekali lagi kolaborasi antara kemantapan vokal Ernie Zakri dengan sentuhan emas pencipta lagu terkenal Indonesia Ade Govinda membuahkan hasil yang memberangsangkan bukan sahaja di Malaysia tetapi merentasi sempadan dan sesuai dengan cita rasa pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

    “Karya muzik ini mendaki carta dengan pantas di kedua-dua negara dan berjaya menawan hati pendengar. Kejayaan ini membuka peluang baharu untuk artis Malaysia dalam pasaran nusantara dan membuktikan kepentingan kerjasama rentas negara dalam industri muzik yang sentiasa berkembang,” katanya.

    Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Encik Rosmin Hashim berkata, pihaknya bangga atas pencapaian cemerlang Ernie di sana. “Kami amat berbangga kerana salah seorang artis Malaysia mencapai kejayaan cemerlang di Indonesia. Pencapaian terbaru ini membuktikan sekali lagi bahawa bakat Malaysia mempunyai apa yang diperlukan untuk menembusi pasaran muzik serantau dan global. “RIM akan meneruskan usahanya untuk memupuk kerjasama yang saling
    menguntungkan antara bakat Malaysia dan Indonesia. Tahniah diucapkan kepada Ernie, Ade Govinda dan Universal Music Malaysia atas kejayaan manis ini,” katanya.

    Lagu Masing Masing juga dipilih sebagai pembuka cerita kepada album perdana miliknya, yang juga single pertama memperkenalkan Aura.

  • Pengucapan yang Beremosi ‘Perjalanan Menuju Madinah’ Sebagai Pengormatan Terhadap Warisan Nabi Muhammad

    Baru saja meraih gelar Vokal Terbaik dan meraih tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-38, penyanyi berbakat Aina Abdul kini mempersembahkan sebuah karya spiritual yang berjudul ‘Eksplorasi Ke Nabawi’.

    Menariknya kali ini, lagu ini bukan ciptaan atau tulisan Aina sendiri tetapi ia dicipta oleh Anep Otwo, Alan Otwo dan FJ Muzik dengan lirik sentuhan FJ Muzik juga.

    Seperti judulnya, lagu serta penulisan karya ini mengangkat kisah perjuangan serta kehidupan tokoh junjungan besar umat Islam iaitu Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam. 

    “Untuk lagu ini saya Anep Monosterio dan Alan Monosterio merasakan sesuatu yang luar biasa dari segi penyampaian serta vokal Aina , ini kerana Aina mempunyai kebolehan menyampaikan lagu ini dengan penuh ikhlas sambil mampu menceritakan kisah di sebalik lirik tersebut. Aina seorang penyanyi yang sangat luar biasa dan semestinya kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi yang sememangnya sangat dikenali di Malaysia,” ujar Anep Otwo selaku salah seorang pencipta lagu ini.

    Malah, untuk menghasilkan karya ini, terdapat beberapa rujukan yang perlu dilakukan terlebih dahulu. 

    “Dari segi penulisan lagu ini, ia ditulis oleh saudara FJ Muzik dan semua ini datangnya dari hasil membaca kisah Rasulullah SAW, tapi dalam masa yang sama agak susah untuk kami singkatkan dan menjadikannya sebuah lirik yang lengkap dan mahu setiap patah kata dalam lirik ini menjadi padat serta pendengar dapat merasai kisah di dalam lirik ini. Moga lagu serta penulisan ini akan membuatkan kami serba sedikit tahu secara ringkas tentang perjalanan dan kehidupan Nabi Muhammad SAW,” tambah Anep lagi.

    Lagu ini juga ditampilkan dengan sebuah video muzik dan telah dilancarkan bersama pada 8 Mac 2024 jam 12 pagi waktu Malaysia.

    Kembara Nabawi’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

     

    Kredit:

    Artis: Aina Abdul

    Tajuk: Kembara Nabawi

    Produser: Anep Otwo (Asia Empire Records)

    Komposer: Anep Otwo, Alam Otwo & FJ Muzik

    Lirik: FJ Muzik

     

    TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT 

    Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai pencipta dan label rekod kami di sini.

  • RADi Collaborates with Producers Zain and Kenny Macartney for “Falling For You”

    RADi, a new talented artist, is making waves with his latest single “Falling For You,” which he describes as a continuation of his previous hit “Maybe.” This time, the focus is on technical aspects and the addition of more instruments compared to his previous release.

    “This song actually is a continuation of Maybe, almost everything is similar, just elevated in terms of composition and production process. Maybe focuses more on the vocals, while this song has more instruments and we spend more time on producing it. We include more instruments, drums and backing vocals as well”

    Falling For You, as the name suggested is a direct continuation of RADi’s previous song Maybe. The story goes from doubting whether she’s the one to she is the one. RADi started recording the demo on February and completed the song at the end of December. Working together with his previous producer Zain, He stated that this song should have the same mood as the previous one. This time around, Kenny Macartney, another producer also joined on board in completing the song which only took around one week.

    “I would describe Falling For You as a continuation of Maybe, the following episode of what happens after the song. It progresses from “maybe its you” to “falling for you.” This song is an affirmation of earlier feelings. This song began three days after I submitted Maybe; I held on to the demo and the feelings from February to December of last year before informing my producer and friend, Zain, that the vibe should be similar. This time, we have Kenny Macartney, a producer for other artists such as Yuna and Aizat Amdan. We finished the tune within about a week.

    According to the young singer, the only problem in finishing the song was to capture the same spirit as Maybe. Zain and Kenny, who are involved in the song production, have also helped them complete the project in one week. They readily discussed ideas and inputs during the session, allowing the song to be completed quickly.

    “For me, I would say no challenges in finishing the song. Zain and Kenny were so supportive and open to new ideas making it easier for me. If i were to name one, it would be in getting the same mood as Maybe because the final session was done months after recording the demo. On that week, we started off on Monday, took a two days break, and finished up straight to Sunday”

    RADi, an artist under Sony Music Entertainment, hope that the listeners will keep on to support him with his current release, which he thoroughly enjoyed and worked hard on. He opted to pursue the same way as the previous release because they expressed great interest in the prior song.

    “For now, the song that the listener placed most interest in is on Maybe, hence why i decided to continue with the same direction. The listeners seemed to enjoy my previous song so much, i wish they will carry on similar support for my latest release as i am doing this for them”

    “I sincerely hope that everyone will love this song especially when I created it based on my listeners’ interest. This song may feel close to everyone that is in love. Please cherish the feelings and stay in love.” he sincerely concluded.

    Falling for You can be downloaded on iTunes and enjoyed through all music streaming platforms such as Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube and YouTube Music.

    RADi Social media’s:

    Instagram: https://www.instagram.com/radityo02_/

    TikTok: https://www.tiktok.com/@radi02_

    YouTube: https://www.youtube.com/@radivevo2528

    Credits:

    Artist: RADi

    Title: Falling For You

    Producer: Zain, Kenny Macartney

    Composer: RADi

    Lyricist: RADi, Kenny Macartney

    For further inquiries, promotions and interviews, please contact the Domestic Department of Sony Music Entertainment Malaysia

  • ‘Undur Diri’ Wawa Shazwa Top 20 Untuk Muzik di Youtube Selama Lebih 3 Minggu

    Keberuntungan seseorang mungkin terlihat jelas, tetapi nasib manusia tidak dapat diramalkan kerana semuanya adalah kehendak Allah. Siapa yang akan menyangka bahawa walaupun pelbagai cabaran, termasuk kehilangan ayahanda tersayang, lagu solonya ‘Undur Diri’ akhirnya diterbitkan dan rezeki mengalir kepada Wawa Shazwa.

    Lagu “Undur Diri” ciptaan komposer, Ayu Rizki Yani dan penulis lirik, Hakim Hakimi & Te Ha yang baru dikeluarkan pada 16hb. Februari ’24 sudah pun mencapai lebih daripada 500,000 tontonan di YouTube! Sejak mula Trending untuk muzik di YouTube pada 20hb. Februari yang lalu, lagu tersebut  terus berada dalam kedudukan Top 20 Trending untuk muzik selama lebih 3 minggu! 

    Wawa Shazwa atau nama penuhnya, Nor Shazwa Atiqah Shamshul, 24, melahirkan rasa syukur kerana rezeki tetap berpihak kepadanya walaupun agak lama tertangguh proses rakamannya. 

    “Lagu Undur Diri lambat siap proses rakamannya kerana Wawa ambil masa agak lama juga untuk naik balik semangat untuk meneruskan kerja-kerja rakaman selepas ayah tercinta meninggal dunia tahun lalu. 

    “Itu yang menyebabkan Wawa lambat untuk masuk studio dan rakam lagu Undur Diri. Sebenarnya, Abang Eddie Hamid mewakili pihak Nova Music melamar Wawa untuk buat rakaman lagu ini pada tahun 2022 selepas viral video Wawa nyanyi lagu Rembulan Malam dengan Darul Aman Buskers. 

    “Lagu Undur Diri adalah lagu kedua Wawa selepas Buat Insan Tersayang, duet bersama Ahmad Syafiq pada 2022. Buat Insan Tersayang adalah lagu yang pernah dipopularkan oleh Ashira dan Abang Eddie Hamid dulu.

    “Sebenarnya, berdebar juga bila dapat lagu Undur Diri sebab ini kali pertama Wawa nyanyi secara solo. Rasa teruja dan agak berdebar juga tapi Wawa sudah cuba buat yang terbaik,” katanya. 

    Berkongsi pengalaman di dalam studio sewaktu proses rakaman, Wawa yang menetap di Gurun, Kedah berkata, ketika itu beliau ditemani oleh kedua ibu bapanya. 

    “Mula rakaman pukul 9 malam, dan habis lebih kurang pukul 1 pagi di Studio Nar Kuala Lumpur. Waktu itu, mama dan abah memang struggle tunggu Wawa sampai selesai rakaman. Wawa nampak mereka punya effort sanggup korban masa mereka untuk tunggu Wawa. 

    “Masa pergi studio untuk buat rakaman, Wawa masih lagi bekerja sebagai pembantu farmasi. Wawa ambil cuti untuk buat rakaman single solo pertama, memang excited. 

    “Pekerjaan Wawa sekarang selain menyanyi adalah sebagai pembantu klinik yang terletak di Gurun, Kedah dekat tempat Wawa tinggal,” katanya yang selesa mendendangkan lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza setiap kali membuat persembahan. 

    Wawa yang gemar genre pop balada itu berkata, sebelum menjalani rakaman di studio, beliau tidak mengikuti mana-mana kelas vokal selain mendapat tunjuk ajar daripada anggota Darul Aman Buskers saja. 

    Peserta program ‘Mentor Milenia’ 2019 ini juga menjelaskan yang lagu “Undur Diri” tidak ada kena mengena dengan kehidupan peribadinya. 

    “Lirik lagu ini umum, bila orang dengar lagu ini, mereka yang ada perasaan kecewa dan duka itu akan dapat rasakan lagu itu ada kena mengena dengan hidup mereka,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu. 

    Wawa berharap lagu “Undur Diri” ini dapat melonjak namanya dalam bidang seni walaupun tahu impiannya tidak semudah yang dijangka. 

    “Nak melonjak naik tidak semudah itu tapi kadang-kadang ada juga anak seni yang menggapai kejayaan sekelip mata dah boleh popular. Tapi bagi Wawa tak apa ambil masa juga tapi Wawa percaya pada rezeki. Andai lagu Undur Diri ini boleh menaikkan nama Wawa, alhamdulillah,” katanya penuh harapan. 

    Lagu “Undur Diri” kini boleh distrim di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music. Video lirik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=_nm3kRSdqYk

  • Album pertama penyanyi korea, VIN yang berjudul “Nail”

    Album sulung penyanyi baru Korea, VIN yang bertajuk “Nail” telah dirilis di pelbagai laman muzik dalam talian pada tanggal 17 Februari 2024. Single sulung VIN yang bertajuk “Nail” merupakan lagu yang mengandungi perasaan seorang wanita yang biasa menggigit kuku sambil mengenangkan kekasih yang telah berpisah, Single ini dikuatkan dengan skor Lo-Fi serta melodi yang mudah dan beralunan, juga dengan rentaknya yang menarik.

    Lagu ini dipersembahkan dengan penyampaian suara Vin yang unik, jelas, dan memikat. Vokal Vin juga  dibantu oleh penulis lagu dan penerbit Yoon Sang-jo dan Kang Yeon-wook, yang telah bekerja dengan artis K-pop terkenal seperti IZ*ONE dan Ryu Soo-jung. Semasa rakaman, mereka turut membantu VIN untuk meningkatkan daya tarikannya dalam lagu itu.

    VIN merupakan artis solo wanita baharu yang telah mengembangkan kemahiran menyanyi dan persembahannya selepas lapan tahun latihan, dan berkata melalui agensinya “Saya gembira akhirnya dapat mengeluarkan album di bawah namaku selepas latihan yang lama,” tambahnya, “Saya ingin berjumpa dengan peminat-peminat saya melalui pelbagai aktiviti.”

    “Sementara itu, agensinya ‘KOONGWORLD’ merupakan platform muzik baharu yang berdasarkan ‘Transaksi Langsung’, yang membolehkan pengguna memuat naik muzik mereka sendiri dan mendapatkan pendapatan jualan, menawarkan perkhidmatan kepada pemuzik di seluruh dunia, di mana segala-galanya dari pembuatan hingga penjualan muzik K-pop boleh diadakan. Selain itu, pelbagai acara akan diadakan di laman web rasmi  (https://koong.world) bermula dari bulan Mac 2024.”

    Pengurusan hakcikpta lagu ini di Malaysia adalah di bawah Luncai Emas Sdn Bhd, syarikat milik Dato M.Nasir.

  • Lagu Jauh Untuk Runut Bunyi Rasmi Drama, Malang Si Puteri dibawa oleh Adrianna Cinta

    Seorang penyanyi dan penulis lagu tanah air yang kini berusia 21 tahun, Adrianna Cinta  telah melebarkan sayapnya lebih jauh dalam dunia muzik dengan mencipta nama melalui keluaran lagu runut bunyi rasmi (OST) pertamanya yang bertajuk ‘Jauh’ untuk drama Malang Si Puteri yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

    Setelah kerjayaannya mencetus fenomena di saluran TikTok dan melancarkan single ‘Cinta Berlalu.’ pada tahun lalu. Pada tahun ini buat julung kalinya Adrianna Cinta mengambil peluang dalam menghasilkan lirik untuk runut bunyi rasmi (OST) untuk dirinya dan dua lagu lain bersama artis nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dan Meiska Adinda, penyanyi dari Indonesia di bawah Sony Music Entertaiment Indonesia. Pencapaian ini sangat membanggakan bagi kerjaya Adrianna selama berada dalam industri.

    “Saya sangat teruja apabila mendapat tawaran ini dengan waktu yang tepat. Kepercayaan daripada Syarikat Rakaman Sony Music Entertaiment Malaysia dan komposer terkenal, Farouk Roman, memberi peluang untuk saya memperluaskan bakat saya dalam bidang ini, teruatamanya dalam menghasilkan runut bunyi rasmi drama Malang Si Puteri.” Adrianna Cinta mengungkapka kegembiraannya,

    Farouk Roman, yang merupakan komposer lagu ‘Jauh’ dan memberi kepercayaan kepada Adrianna Cinta dalam menghasilkan runut bunyi rasmi (OST) untuk drama Malang Si Puteri, berkongsi pandangan pertamanya terhadap Adrianna Cinta.

    “Saya suka menerokai bakat baru dalam penulisan lirik dan saya nampak perkara ini ada pada Adrianna Cinta. Saya juga percaya dia berpotensi besar dalam industri muzik. Selain itu saya suka akan tone suaranya yang unik. Hal ini memudahkan proses dalam penghasilkan lagu dengan menepati masa dan citarasa pendengar sekarang.” Kata Farouk Roman yang merupakan komposor yang terkenal untuk lagu-lagu Original Soundtrack (OST) di Malaysia.

    Selain itu, drama Malang Si Puteri mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang menerima malang bertimpa-timpa hingga mengalami tekanan perasaan dan emosi, dia di sabit kesalahan membunuh sehingga membawa hukuman gantung sampai mati. Drama yang bergenre meruntun jiwa ini telah dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Wan Raja dan ramai lagi. Drama ini terbitan Radius One Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Uchee Fukada.

    Adrianna Cinta merupakan seorang pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam pengajian bidang perniagaan dengan memperolehi Anugerah Dekan untuk kelima-lima sesi pengajiannya dan tahun ini merupakan tahun akhir untuk Adrianna Cinta. Harapan Adrianna untuk para pendengar boleh menjiwai lagu ini kerana ia mengisahkan tentang keperitan dalam hubungan percintaan yang ditimpa perlbagai dugaan. 

    “Adrianna harap peminat boleh terima lagu ini dan menjiwai kerana lagu ini mempunyai maksud yang sangat mendalam dan memberi gambaran bahawa berapa peritnya cinta yang dilalui apabila diselami pelbagai dugaan. Meskipun perit untuk berpisah, hakikatnya hal ini dilalui oleh setiap manusia” Kata Adrianna apabila ditanya tentang prepektif lagu ini. 

    Lagu ‘Jauh’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

  • “Malang Si Puteri” Menghadirkan Lagu “Dursila” yang Dinyanyikan oleh Meiska Adinda Sebagai Tema Musik Dalam Soundtrack Dramanya

    Penyanyi muda dan penulis lagu Meiska Adinda, yang berasal dari Bali, Indonesia, telah mencapai pengakuan yang luar biasa di Malaysia. Single debutnya, “Hilang Tanpa Bilang”, berhasil meraih Anugerah Platinum pada tahun sebelumnya. Prestasi gemilang ini tidak hanya menandakan kejayaan Meiska Adinda, tetapi juga memperkuat kedudukan cemerlang Sony Music Entertainment Indonesia, dengan lagu tersebut mencapai kejayaan besar dalam penjualan melalui platform streaming digital di Malaysia pada tahun 2023.

    Pada tahun ini pula Meiska kembali menyediakan satu sajian karyanya kepada pendengar di Malaysia dengan keluaran lagu “Dursila” dan juga merupakan original soundtrack (OST) untuk drama tempatan yang bertajuk “Malang Si Puteri” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Selain itu, lagu ini telah ditulis oleh Adrianna Cinta yang juga merupakan penyanyi dan penulis lirik di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia, serta komposor berbakat dari Malaysia iaitu, Farouk Roman. 

    “Meiska sangat teruja apabila menerima tawaran untuk menyanyikan lagu tema drama “Malang Si Puteri” di Malaysia. Kerjasama bersama rakan syarikat  Sony Music Malaysia adalah permulaan yang baik untuk perjalanan seni saya pada tahun baru ini,” kata Meiska Adinda dengan meluahkan rasa terujanya ketika ditanya perasaannya tentang tawaran lagu ini.

    Meiska juga kongsikan pengalaman dalam menghasilkan lagu “Dursila”, dia mengalami beberapa cabaran. Meiska merasakan lagu ini berat dengan emosi dan sarat dengan makna yang mendalam serta memerlukan penghayatan yang mendalam. Walau bagaimanapun hasil daripada sokongan dan tunjuk ajar daripada guru vokal dan juga dikenali sebagai penyanyi yang berbakat dari Indonesia iaitu Barsena Bestandhi.

    “Awalnya, saya menghadapi cabaran untuk menyampaikan perasaan lagu ini, tetapi semasa proses rakaman, semuanya berjalan dengan lancar dan saya merasa begitu selesa pada waktu itu. Aku juga berterima kasih kepada Barsena Bestandhi yang bersama saya dalam menjayakan lagu indah ini.” Katanya

    Tambahan pula, Meiska menjelaskan maksud lagu “Dursila” juga mempunyai makna yang kuat dan mampu membawa pendengar dalam cerita lagu ini. Menurut Meiska lagu ini  menceritakan tentang seseorang yang sudah letih dalam menjalani hubungan yang tidak berjalan seperti yang dirancang.

    “Walaupun kisah ini tidak berkaitan langsung dengan diri saya, tetapi saya juga merasakan seksa perasaan dan  emosi seseorang yang derita dalam sebuah perhubungan ini. Saya juga berharap lagu ini dapat menjadi penghibur kalian dan mampu memberi pengajaran dan jalan penyelesaian kepada mereka yang mengalami kesukaran dalam hubungan,” jelas Meiska.

    Selain itu, drama Malang Si Puteri mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang menerima malang bertimpa-timpa hingga mengalami tekanan perasaan dan emosi, dia di sabit kesalahan membunuh sehingga membawa hukuman gantung sampai mati. Drama yang bergenre meruntun jiwa ini telah dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Wan Raja dan ramai lagi. Drama ini terbitan Radius One Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Uchee Fukada. 

    Meiska turut berkongsi bahawa antara kegemarannya dalam lagu ini adalah pada korus terakhir, di mana Meiska memberi sepenuh tumpuan bagi menekankan emosi yang lebih mendalam. Selain itu, Meiska Adinda berhasrat untuk melebarkan sayapnya sebagai penyanyi di Malaysia dan Indonesia. Meiska mengambil peluang ini sebagai langkah penting untuk lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pendengar yang sentiasa menyokongnya, dan berharap lagu ‘Dursila’ dapat memberi inspirasi dan kebahagiaan kepada semua peminat muzik tanah air.

    Lagu ‘Dursila’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.  

    Kredit: 

    Artis: Meiska Adinda  

    Tajuk: Dursila

    Produser: Farouk Roman

    Komposer: Farouk Roman

    Penulis Lirik: Adrianna Cinta

    Akaun Media Sosial Meiska Adinda

    Instagram: https://instagram.com/meiskaadindap/  

    TikTok: https://www.tiktok.com/@meiskaadindap 

    YouTube: https://www.youtube.com/@meiskaadindap 

     

    Tentang Meiska Adinda: 

    Meiska Adinda, lahir pada 20 Mei 2003 dan gadis yang baru berumur 20 tahun ini mempunyai bakat dalam nyanyian dan menulis lagu dan dibesarkan di Bali, Indonesia. Meiska membina minat mendalam terhadap muzik sejak usia muda dan merupakan peserta The Voice Kids Indonesia musin ketiga. Meiska Adinda, juga dikenali sebagai Meiska, mencipta nama dalam arena muzik Malaysia dengan single sulungnya, “Hilang Tanpa Bilang,” dengan pencapaian Anugerah Platinum hasil jualan strim di saluran digital.

    Tentang Syarikat Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd: 

    Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd adalah anak syarikat Sony Music, kumpulan hiburan muzik terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Syarikat ini memiliki lebih daripada 200 label muzik dan mempunyai kehadiran di lebih daripada 50 negara dan kawasan di seluruh dunia, menjadikannya pemain utama dalam industri muzik global. Selama bertahun-tahun, Sony Music telah menghasilkan muzik dan produk berkaitan dengan muzik yang meliputi sembilan genre utama di dunia, termasuk muzik pop, rock, tarian, alternatif, hip hop, jazz, klasik, country, dan muzik baru. Kumpulan Sony Music sentiasa menggalakkan pertukaran seni muzik melintasi sempadan negara, dengan membawa muzik pop dunia yang terbaik ke pasaran Malaysia, sambil secara aktif mencari, membangunkan, dan mempromosikan bakat-bakat muzik dari kalangan rakyat Malaysia ke pentas dunia. 

  • Salma Salsabil Dengan Lagu Terbarunya ‘Rumah’

    Nampaknya Salma Salsabil terus menunjukkan potensinya dalam industri muzik Indonesia. Dengan karya terbaharu berjudul “Rumah” di bawah label Universal Music Indonesia, diharap beliau dapat terus melebarkan pengaruh dan mendapat sambutan positif daripada pendengar muzik di Indonesia dan mungkin juga di luar negara.

    Menerusi lagu “Rumah” Salma Salsabil bukan sahaja sebagai penyanyi, malah dia juga seorang pencipta lagu. Malah, gitar akustik lagu ini yang bernuansa sayu turut dimainkan oleh Salma sendiri.

    Lagu “Rumah” mengisahkan tentang rumah versi Salma iaitu ibu bapa dan keluarganya. Dalam lagu ini, dia menceritakan betapa dia merindui rumahnya kerana dia tinggal berjauhan dengan mereka demi mencapai impiannya untuk menjadi penyanyi. Sebelum ini, lagu ciptaannya ini pernah dipersembahkan di pentas Indonesian Idol dan mendapat sambutan banyak pihak kerana maknanya yang mendalam dan boleh dirasai oleh ramai orang terutama mereka yang merindui rumah mereka.

    “Melalui lagu ini, saya ingin sampaikan bahawa rumah bukan selalunya tentang tempat. Rumah boleh menjadi mereka yang menerima dan mencintai kita apa adanya supaya apabila kita bersama mereka, kita boleh menjadi diri kita sendiri. Jadi, walaupun dalam lagu ini versi rumah saya adalah ibu bapa dan keluarga saya, saya pasti semua pendengar di luar sana mempunyai rumah versi mereka sendiri. Boleh jadi kawan atau pasangan,” kata Salma menjelaskan maksud lagu ini.

    Biarpun tidak termasuk dalam kategori lagu keagamaan, “Rumah” merupakan lagu yang sesuai dengan suasana menjelang Ramadan dan pulang kerana tema lagu itu berkait rapat dengan keluarga dan betapa seseorang itu merindui rumahnya.

    Berbeza dengan single sebelum ini yang sangat rancak, gubahan lagu “Rumah” sangat mudah dengan mempersembahkan bunyi dominan gitar akustik yang dimainkan oleh Salma Salsabil sendiri.

    Susunan yang minimalis ini sengaja disampaikan oleh Salma Salsabil kerana ingin memberikan perasaan yang mendalam terhadap mesej dalam setiap bait lirik lagu “Rumah”. Liriknya juga dipermudahkan dengan memilih perkataan yang mudah difahami.

    Akibatnya, anda boleh mendengar nuansa yang sangat menenangkan apabila mendengarnya. Lagu yang sangat menyeronokkan untuk didengari berulang kali!

    “Saya harap lagu ini dapat menjadi soundtrack buat anda yang merindui rumah masing-masing. Dan, jangan lupa dengar selalu,” harap Salma.

    Single “Rumah” boleh didengari di semua platform muzik digital kegemaran anda. Jangan lupa dijadikan playlist harian anda, okay?

  • Afif Tirmizie & Nikki Palikat bekerjasama dalam mencipta lagu tema “Dugaan Takdir Cinta” untuk drama “Takdir Itu Milik Aku”

    Afif Tirmizie dan Nikki Palikat berganding bahu dalam pelancaran lagu “Dugaan Takdir Cinta”. Afif Tirmizie, seorang penyanyi lelaki yang sebelum ini merupakan ahli kumpulan popular seperti The Fabulous Cats dan Nukilan, terus menunjukkan kecemerlangan dalam industri muzik. Sementara itu, penyanyi wanita, Nikki Palikat, dikenali melalui penampilan menariknya dalam pelbagai program termasuk All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada tahun sebelumnya.

    “Apabila saya dapat tahu akan menyanyikan lagu “Dugaan Takdir Cinta” bersama Nikki Palikat, saya sangat berasa teruja akan kolaborasi ini kerana kepakarannya dan kemahiran vokalnya menjadikan proses rakaman ini berjalan dengan lancar” Menurut Afif Tirmizie merupakan producer vokal dan penyanyi lelaki terhadap Nikki Palikat apabila mendapat tahu tentang pasangan duetnya.

    Buat pertama kalinya Afif Tirmizie dan Nikki Palikat bergabung menghasilkan Lagu “Dugaan Takdir Cinta” sebagai lagu tema untuk drama “Takdir Itu Milik Aku” yang dijangka memberi impak besar dalam drama tersebut. Bukan itu sahaja, ini juga merupakan gabungan pertama untuk Afif Tirmizie dan Nikki Palikat di dalam sebuah lagu yang merupakan pertanda permulaan yang bersejarah dalam perjalanan muzik mereka.

    Nikki mengungkapkan rasa syukurnya kerana diberi peluang untuk berkolaborasi dalam projek yang bermakna ini. “Semestinya Nikki gembira dan berbesar hati dengan tawaran ini. Sudah lama Nikki tidak merakamkan sebuah lagu duet. Di sini Nikki ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih pada pihak produksi drama dan Sony Music Entertainment Malaysia atas kepercayaan ini. Dan Nikki juga berharap peminat-peminat akan suka dengan lagu terbaru ini.” katanya.

    Lagu “Dugaan Takdir Cinta” ini dilancarkan di bawah naungan terkemuka syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia. Selain itu lagu  “Dugaan Takdir Cinta” menerima perhatian khusus dan sentuhan istimewa daripada komposer berbakat, Ejai Aziz dan Kelana. Penerbit lagu ini juga tidak kurang hebatnya iaitu Rudy Nastia. Manakala liriknya yang mendalam, diilhamkan oleh penulis novel terkenal, Siti Rosmizah, yang juga berperanan sebagai penulis skrip dan penerbit untuk “Takdir Itu Milik Aku,” semestinya memberikan sentuhan emosi yang mendalam kepada lirik lagu ini.

    Selain itu, menurut Nikki Palikat lagu “Dugaan Takdir Cinta” memiliki makna yang tersendiri “Bagi Nikki, lagu ni unik kerana ia berbeza dengan lagu-lagu yang berunsur cinta yang lain. Lirik lagu ni menunjukkan ada prasangka yang wujud di antara pasangan yang bercinta. Meskipun mereka ditakdirkan bersama, namun dugaan tetap melanda.”

    “Nikki sendiri pernah mengalami keadaan seperti ini, jadi lagu ini penuh makna. Apa yang menarik, Nikki juga sangat suka vokal Afif Tarmizi. Dalam peringkat demo pun, penghayatan dia tu luarbiasa, dan menjadikan proses rakaman begitu seronok bagi Nikki. Berkaryalah kami dalam studio tu hahaha.” Sambungnya lagi.

    Walau bagaimanapun, proses menghasilkan lagu ini telah menghadapi beberapa cabaran semasa penghasilannya dari segi masa, pemilihan penyanyi dan sebagainya. Namun ia berjaya terhasil dengan meneparti pemintaan pelbagai pihak yang terlibat. 

    Menurut Afif, “Apabila mendapat lagu ini, saya telah diberikan tugasan untuk menyesuaikan melodi mengikut citarasa pendengar pada masa kini. hal ini mengambil masa beberapa kali sehingga mencapai kata putus daripada semua pihak. Selain itu antara cabarannya adalah, Afif merupakan penyanyi lelaki yang telah dipilih untuk Siti Rosmizah dan mereka menghadapi cabaran atau misi dalam mencari pemilik suara wanita pada ketika itu dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk membuat lagu ini bersama Nikki Palikat yang merupakan naib juara Gegar Vaganza (musim 8) pada 2021.”

    Drama “Takdir Itu Milik Aku” mengisahkan tentang Dian Zara, seorang gadis lurus dan bersih hatinya menumpang kasih dengan neneknya. Manakala emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Dian disuruh menjadi orang gaji sebelum dipaksa kahwin. Episod duka bermula hanya kerana dia hamil anak cacat.

    Drama ini juga dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Emna Maembong, Aiman Hakim, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadun, Datuk Fauziah Nawi, Mak Engku Farida, Naszsally, Riz Amin, dan ramai lagi.

    Lagu ‘Dugaan Takdir Cinta’’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.   

    Kredit:  

    Artis: Afif Tirmizie & Nikki Palikat

    Tajuk: Dugaan Takdir Cinta

    Produser: Rudy Nastia

    Komposer: Ejai Aziz dan Kelana

    Penulis Lirik: Siti Rosmizah 

    Produser Vokal: Afif Tirmizie 

     

    Akaun Media Sosial Afif Tirmizie 

    Instagram: https://www.instagram.com/afif.tz/

    TikTok: https://www.tiktok.com/@afif.tz

    Akaun Media Sosial Nikki Palikat

    Instagram: https://www.instagram.com/nikkipalikat/

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nikkipalikat

       

    Tentang Syarikat Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd:  

    Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd adalah anak syarikat Sony Music, kumpulan hiburan muzik terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Syarikat ini memiliki lebih daripada 200 label muzik dan mempunyai kehadiran di lebih daripada 50 negara dan kawasan di seluruh dunia, menjadikannya pemain utama dalam industri muzik global. Selama bertahun-tahun, Sony Music telah menghasilkan muzik dan produk berkaitan dengan muzik yang meliputi sembilan genre utama di dunia, termasuk muzik pop, rock, tarian, alternatif, hip hop, jazz, klasik, country, dan muzik baru. Kumpulan Sony Music sentiasa menggalakkan pertukaran seni muzik melintasi sempadan negara, dengan membawa muzik pop dunia yang terbaik ke pasaran Malaysia, sambil secara aktif mencari, membangunkan, dan mempromosikan bakat-bakat muzik dari kalangan rakyat Malaysia ke pentas dunia.  

  • Aini Mazalan kembali dengan single terbaru ‘Outta My Mind’ sebagai Pesanan Terhadap Sebuah Perhubungan Yang Tidak Pasti

    Aini Mazalan yang merupakan penyanyi dan penulis lagu ini telah menerokai satu konsep yang baru dalam lagu Outta My Mind. Lagu ini telah memberi kesan mendalam tentang sebuah perjalanan hubungan istimewa yang masih belum memberi jaminan masa hadapan.

    Dicipta sendiri oleh Aini dan mendapat inspirasi secara spontan ketika menghasilkan lagu ini. Dengan bakatnya yang luar biasa, Aini dan syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia berjaya menyiapkan karya ini dalam masa yang singkat.

    “Lagu Outta My Mind ini mengisahkan tentang, mengambil langkah kehadapan dalam perhubungan yang belum pasti ada masa depan yang jelas. Saya menulis lagu ini dalam satu malam sahaja dan ia tidak berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Saya hanya mencipta lirik secara rawak agar ia bersesuaian dengan melodi.” Katanya

    Dalam trek baru ini, dia menggunakan teknik falsetto’ dan whispers’, yang memberi aura yang unik. Aini juga mendedahkan bahawa proses ini tidak semudah yang disangka dan dia perlu merakam beberapa kali untuk mendapat kesempurnaan. Dan jika pendengar mendengarkan dengan teliti, terdapat banyak lapisan vokal yang berlaku sebagai penambah rasa pada bunyi lagu ini.

    “Kali ini, lagu saya menggunakan banyak ‘falsetto’ dan whispers’, saya dapati agak sukar untuk mengawal suara saya dan saya perlu merekod lagu beberapa kali. Mengenai bahagian vokal juga mempunyai banyak lapisan jika anda mendengarnya dengan teliti menjadikannya lebih menarik,” tambahnya dalam menjelaskan cabarannya.

    Walaupun lagu ini bertemakan patah hati, namum cara penyampainya agak berbeza dengan mempunyai unsur melodi genra pop, tetapi masih mengekalkan maksud dan objektif asal. Lagu Outta My Mind ini merupakan langkah yang berani dalam menerokai konsep yang baru berbanding lagu sebelum ini, Not Your Fault.

    “Pendengar bakal merasai pengalaman istimewa dengan lagu ini seperti perasaan sedih tapi dalam masa yang sama membawa pendengar menari kerana ia mempunyai elemen yang positif yang memberi motivasi. Lagu ini adalah lagu yang ceria dan mudah diingat. Ia agak berbeza dari projek terdahulu saya, Not Your Fault” Katanya.

    Aini mengambil serius dalam menghasilkan lagu Outta My Mind dan merasa teruja mendapat peluang dalam berkolaborasi dengan produser berbakat, Thodappakuchi pada bahagian bass dan dram sebagai gabungan tenaga kreatif yang sempurna.

    “Saya sangat berharap lagu ini akan sampai kepada pendengar yang tepat terutama di pasaran Asia Tenggara. Selain itu, pendengar akan mengambil nilai-nilai yang positif dalam lagu ini,” Katanya tentang harapan lagu “Outta My Mind” ini. 

    “Outta My Mind” boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

  • Artis Baharu Dari UK ‘Farhana Ali’ Melancarkan Lagu Terbaru

    Universal Music Malaysia dengan bangga mengumumkan peluncuran lagu berjudul “Alhamdulillah, it’s Ramadan” oleh bintang naik Farhana Ali dari UK, melalui label dakwah Masyhur. Ini menandai langkah penting Farhana Ali ke panggung global, memuji keindahan Ramadan.

    Alhamdulillah, it’s Ramadan” mewakili esensi rasa syukur dan dedikasi, menangkap jangkaan dan berkat masa suci ini, dan apa yang bermakna untuk memberi kembali kepada komuniti.

    Diilhamkan daripada bakat vokal Farhana yang kaya dan dedikasinya yang tulus, lagu itu pasti dapat bergema dengan pendengar di seluruh dunia, menawarkan jemputan menawan untuk mengharungi perjalanan rohani Ramadan. Dengan lirik yang positif dan melodi yang menggembirakan, lagu ini berfungsi sebagai peringatan yang menyentuh tentang nilai belas kasihan, perpaduan dan renungan.

    Alhamdullilah, it’s Ramadan ini ditulis oleh saya untuk mengungkap intipati dan semangat bulan Ramadan. Rakaman lagu tersebut sangat mudah kerana saya dapat bekerjasama dengan beberapa penerbit hebat yang membuatkan saya berasa selesa ketika proses rakaman,” kata Farhana mengenai lagu tersebut.

    Saya mahu lagu ini membawa kebahagiaan dan harapan dalam menantikan ketibaan bulan Ramadan!” tambah Farhana. “Pesanan dalam video tersebut adalah mengenai hidup bermasyarakat dalam satu komuniti, perpaduan, memberi kembali dan mengalu-alukan semua orang tanpa mengira kepercayaan masing-masing. Ia melambangkan harapan, kebersamaan dan kegembiraan bersama satu sama lain. ‘Miracles can happen, it’s the holiest month’ yang bermaksud keajaiban boleh berlaku, ini adalah bulan paling suci’ – merupakan petikan coretan lirik yang diambil daripada lagu itu dan saya rasa keseluruhan pesanan daripada video saya mempamerkan perkara ini dengan cara yang indah.

    “Seingat saya, ada empat hari untuk saya membuat persediaan buat video ini, dari konsep hingga, dekorasi, penyediaan makanan, pakaian dan lain-lain. Tetapi Alhamdullilah saya mempunyai sokongan team dan komuniti yang hebat sehingga semuanya dapat dijalankan dengan begitu mudah. Kami memulakan penggambaran pada pukul 10 pagi di sebuah pusat pemberian makanan di London. Kami menampilkan aktiviti harian para peniaga yang akan mengatur barangan makanan sebelum diserahkan kepada masyarakat yang memerlukan. Adegan yang paling saya sukai adalah scene kami menjamu selera beramai-ramai, seperti kami sedang berbuka puasa bersama, berkongsi makanan, dan saling berkomunikasi dengan penuh kegembiraan. ”

    Farhana mendoakan agar lagu ini berjaya dengan cemerlang, dan orang ramai akan merasai keindahan lagu itu.

    Farhana Ali memulakan lembaran baharu yang menarik ini bersama Universal Music Malaysia melalui lagu “Alhamdulillah, it’s Ramadan”; sebuah lagu yang menjanjikan keindahan mesej yang mendalam dan melodi yang menyentuh jiwa.

    Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di @masyhur.official @universalmusic_my dan @farhanaalimusic

    Mengenai Universal Music Malaysia

    Universal Music Malaysia ialah syarikat muzik terkemuka yang memperjuangkan artis dari pelbagai latar belakang, genre dan budaya. Dengan komitmen terhadap kecemerlangan dan inovasi, Universal Music Malaysia terus memberi inspirasi kepada penonton dan membentuk landskap muzik di seluruh dunia.

    Tentang Farhana Ali

    Farhana Ali ialah vokalis berbakat yang berasal dari UK, terkenal dengan suaranya yang merdu, lagu-lagu yang diilhamkan iman, dan wanita Muslim solo pertama di UK yang mengeluarkan album. Dengan keghairahan terhadap muzik yang merentasi sempadan, Farhana Ali menyampaikan gabungan unik melodi yang penuh perasaan dan lirik yang menyentuh hati yang dapat dirasai pendengar di seluruh dunia. Nantikan keluaran terbaharunya, “Alhamdulillah, it’s Ramadan,” dan sertai dia dalam perjalanan muziknya menuju keimanan.

     

  • FIRDAUS RAHMAT MEMBERI KELAINAN VOKAL DALAM ‘SELAMA BERDUA’

    Firdaus merupakan penyanyi, komposer dan penulis lirik sepenuh masa yang memulakan kariernya sebagai ahli kumpulan vokal selama setahun dan menghasilkan karya solo pertama pada 2019. ‘Selama Berdua’ kini telah bergema sebagai lagu runut bunyi bagi drama slot Lestary ‘Iskandar Chempaka’ yang telah mula ditayangkan di TV3 sejak 7 Mac lalu. Firdaus dipilih untuk membawakan lagu ini kerana bakatnya dalam menghasilkan karya lagu tidak dapat dinafikan apabila lagu karya ciptaannya, Kalam dan Waktu mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu edisi ke 38.

    Lagu ’Selama Berdua’ dilihat bergandingan dan sesuai dengan drama ‘Iskandar Chempaka’ kerana kandungan yang seakan sama dengan liriknya. Lirik lagu ‘Selama Berdua’ menceritakan tentang luahan kasih sayang seseorang kepada kekasihnya yang mengharapkan keabadian cinta mereka untuk selama-lamanya walaupun ada ketika perlu menempuhi kesukaran hidup, akan tetapi dia sedar bahawa kehadiran kekasihnya membuatkan hidupnya sempurna.

    Menurut Firdaus, “‘Selama Berdua’ bukanlah genre yang saya biasa nyanyikan kerana ia merupakan sebuah lagu genre balada. Sebenarnya, saya terkejut semasa diberikan kepercayaan untuk menyanyikan lagu runut bunyi bagi drama TV3 kerana saya tak pernah terfikir akan meneruskan karya ke arah genre R&B Balada yang sebenarnya agak lari dari arus muzik yang asalnya saya bawakan. Itulah cabaran utama saya. ”

    “Saya rasa bersyukur dan teruja untuk membawakan lagu ini kerana lagu ini sendiri merupakan hasil cipta Omar K dan saya sendiri. Saya sudah bekerja dengan Omar K dan ini membuatkan perjalanan dalam menghasilkan lagu ini sehingga rakaman, berjalan dengan teratur. Sudah beberapa kali juga kami bekerjasama tetapi kali ini kami ingin mencipta kelainan dari segi pembawakan lagu ini kerana ia perlu dinyanyikan dengan tona suara yang lain daripada kebiasaan. Harapan saya semoga ;lagu ini mendapat tempat di hati penonton drama Lestary ‘Iskandar Chempaka’ dan juga pendengar,” jelas Firdaus lagi.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ’Selama Berdua’ nyanyian Firdaus Rahmat yang telah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak 1 Mac lalu. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok. 

  • Marsha Milan lancar single penuh emosi melalui ‘Dulu, Kini, dan Akhirnya’

    Marsha Milan Londoh telah muncul dengan single terbaru beliau yang berjudul ‘Dulu, Kini, dan Akhirnya’. Lagu yang dipenuhi dengan emosi ini juga telah dipilih sebagai runut lagu untuk drama Samarinda ‘Lelaki Itu’, yang akan ditayangkan di TV3 sepanjang bulan Ramadan ini.

    ‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ merupakan hasil ciptaan dan penulis lirik Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K. Walaupun ini kali pertama Marsha bekerjasama dengan Hanis Rafi, namun, ini bukan penghalang buat Marsha yang hanya mengambil masa 2 jam ketika rakaman di dalam studio.

    Menurut Omar K, lagu ini mengisahkan tentang semangat seseorang dalam meneruskan kehidupan walaupun telah dilukai berkali-kali oleh orang tersayang dan dilihat amat seusai untuk dijadikan runut lagu bagi drama ‘Lelaki Itu’. “Marsha memang seorang penyanyi yang bijak untuk kawal emosi dan menjiwai lagu. Tambahan dengan lontaran suara yang jelas dan juga vokal yang mantap, saya pasti lagu ini akan menjadi hit di kalangan pendengar.”

    Menurut Marsha, sewaktu lagu ini pertama kali dimainkan kepadanya, beliau terus berminat untuk menyanyikan lagu ini kerana olahan melodi dan liriknya yang unik dan menusuk kalbu. “Apabila saya baca lirik yang diberi dan dengar melodi lagu ini, saya terus jatuh cinta. Lirik lagu ini bagi saya sangat unik dan membawa makna yang sangat mendalam. Mencabar juga menyanyikan lagu ini kerana apabila saya bawakan lagu ini, emosi menyelubungi diri dan membuatkan saya perlu melawan emosi ini dan membawakan lagu ‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ dengan baik.”

    “Saya lebih teruja apabila mendapat tahu lagu ini dijadikan runut lagu bagi drama Samarinda ‘Lelaki Itu’ yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Nadia Brian, Hannah Delisha dan Sophia Al-Barakbah,” tambah Marsha lagi.

    ‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ telah mula berkumandang di pelbagai platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak dan boleh dilayari di pelbagai platform musik bermula 6 Mac 2024 lalu. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.  

    Turut disertakan lirik lagu ‘Dulu, Kini dan Akhirnya’.

    Lagu  : Dulu, Kini Dan Akhirnya

    Penyanyi  : Marsha Milan

    Komposer & Penulis Lirik  : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Omar K

    Verse 1

    Kau meragut bayang-bayang harapan

    Kau menutup pintu-pintu peluang

    Tiada yang lebih pilu yang ku rasa dari kamu

     

    Chorus 1

    Walau berjurai air mata

    Walau terurai benang cinta

    Takkan biar hatiku diusik

    Takkan pernah

    Dahulu, kini

    Dan sehingga ke akhirnya

     

    Verse 2

    Selembut sutera alunan kasih

    Tak semudah hati dicarik-carik

    Akan ku terus berjalan pergi

    Jauh dari kamu

    Chorus 2

    Walau berjurai air mata

    Walau terurai benang cinta

    Takkan biar hatiku diusik

    Takkan mampu kau menghancurkan

    Ikatan jiwaku

     

    Jatuh berderai kasih kita

    Putus terlerai kisah cinta

    Takkan biar diriku diherdik

    Takkan pernah

    Dahulu, kini

    Dan sehingga ke akhirnya

     

    Bridge

    Akhir, akhirnya

     

    Repeat Chorus 2

     

    Mengenai Alternate Records & Talents

    Alternate Records & Talents merupakan sebuah agensi mencungkil bakat muzik dan lakonan bakat yang mantap dan serba boleh. Ditubuhkan pada tahun 2006, Alternate Records and Talents (dahulunya dikenali sebagai Monkeybone) telah meningkatkan industri hiburan dan artis berasaskan muzik di Malaysia dengan mempamerkan portfolio luar biasa dengan bakat bakat memenangi anugerah, muzik yang menduduki carta teratas, Pemilikan IP dan banyak pengedaran. Artis mereka berjaya secara komersial telah menjadi trend di YouTube, Twitter dan Tiktok dan sebagainya.

    Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records Sdn Bhd, lawati YouTube rasmi kami dan Instagram @alternate.my_

  • ENAM PEMUZIK “HUJAN, MASDO, BUNKFACE, INSOMNIACKS, NIDJI & LUQMAN PODOLSKI, SHOWCASE JIWA KACAU 2024 ‘LEVEL UP’ BAKAL MENGEMPARKAN PENTAS

    Kopi Saigon memeriahkan Jiwa Kacau 2.0 sebagai penaja utama

    Pencinta muzik yang menggembirakan menantikan sensasi yang akan menjadikan hidup mereka lebih “kacau bilau”!

    Ya, anda, para peminat kugiran Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks ucapkan selamat kembali kepada pemuzik-pemuzik handalan tanah air ini dalam siri Showcase Jiwa Kacau 2024.

    Setelah berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja. Kali ini Jiwa Kacau berkolaborasi bersama Kopi Saigon sebagai penaja utama.

    Justeru dengan berbesar hati selaku penganjur MND Sport & Event Sdn Bhd membawa kembali barisan kugiran sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks yang telah mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023 pada Showcase Jiwa Kacau 2024.

    Dijadual berlangsung pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihangatkan dan bakal meninggalkan momen tersendiri apabila turut disertai oleh sebuah kugiran dari Indonesia iaitu Nidji selain penampilan khas daripada solois tempatan, Luqman Podolski.

    “Sesuai dengan penganjuran kali kedua, Showcase Jiwa Kacau 2024 akan memperlihatkan pertambahan dua lagi pemuzik yang akan menghangatkan malam pesta ini.

    “Ini bermaksud akan ada enam penampilan penuh energatik yang akan menghiburkan pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 Jun 2024.

    “Kami dengan bangga mengumumkan kehadiran Nidji untuk menjadi satu-satunya kugiran terkenal Indonesia yang akan membuat Showcase Jiwa Kacau 2024 lebih ‘kacau bilau’.

    “Dan untuk pertama kali juga di Showcase Jiwa Kacau 2024 kami menampilkan solois iaitu Luqman Podolski sebagai penampilan khas.

    “Harapan kami Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria atau pesta semata-mata tetapi penganjuran ini bakal menjadi medan berkembang, semarak sekali gus melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi kini dan akan datang,” ujar Daniel Harith dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

    Mewakili rakan seperjuangan yang terlibat dalam Showcase Jiwa Kacau 2024, Masdo menyifatkan penganjuran kali kedua acara muzik ini didorong banyak oleh sambutan dan apresiasi peminat terhadap pemuzik tanah air.

    “Tanpa sokongan dan kehadiran peminat yang di luar jangka pada penganjuran Showcase Jiwa Kacau 2023, kami fikir tidak mungkin ada Showcase Jiwa Kacau 2024.

    “Jadi sebenarnya kami patut mengucapkan terima kasih buat peminat yang berkumpul dan meraikan perbezaan muzik yang ditonjolkan oleh setiap kugiran,” ujar Masdo.

    Showcase Jiwa Kacau 2024 dijadual berlangsung selama tiga jam setengah dengan pembelian tiket boleh dilakukan menerusi www.klticketing.com.

    Jangan sampai terlepas tawaran harga tiket yang menarik untuk menyaksikan enam persembahan yang bakal membuat jiwa anda kacau teruk!

  • Dalam Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023, lagu “Pembunuh Malam” dinobatkan sebagai Juara dalam kategori Lagu Terbaik

    Pada 8 Mac 2024 di Spacerubix, dalam acara puncak Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023), 15 finalis mengagumkan penonton dengan persembahan mereka dalam tiga kategori yang berbeza – Pop, Rock, dan HipHop – semalam.

    Lunar yang membawakan lagu berjudul “Pembunuh Malam”, sebuah lagu ciptaan Hazeeq Hilman dan Muhd Haziq dalam kategori Pop telah tampil sebagai Juara Lagu Terbaik Anugerah Lagu Indie 2023 serta berjaya merangkul hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 (RM5,000 daripada Anugerah Pop Terbaik dan RM15,000 daripada AnugerahLagu Terbaik).

    Selain daripada Anugerah Lagu Terbaik, anugerah lain yang dipersembahkan adalah persembahan terbaik, dan juga anugerah bagi ketiga-tiga kategori. Dalam Top 5 kategori Pop, “Pembunuh Malam” telah menewaskan empat lagu lain iaitu “Pura”, “Stargazing”,“Luka” dan “Derana” serta merangkul gelaran Anugerah Pop Terbaik.

    Dalam Top 5 kategori Rock pula, “Souled Out” tampil sebagai Juara Anugerah Rock Terbaik menewaskan “Jiwa (Takhta Milik Kita)”, “In The Haze”, “Inti Sari” dan “Terra Luna”.

    Manakala dalam Top 5 kategori HipHop, “LXF” merangkul Juara Anugerah HipHop Terbaik menewaskan “Ice Cold Castle”, “Candy Mind”, “Gard O Gard” dan “Mimpi Untuk Semalam”.

    Senarai penuh Juara Anugerah Lagu Indie 2023 adalah seperti berikut:

    Kategori & Hadiah ALI2023                                                                             Juara

    Anugerah Lagu Terbaik                                                           Pembunuh Malam
    RM15,000 + Trofi                                                                            Komposer: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
    Lirik: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
    Artis: Lunar

    Anugerah Persembahan Terbaik                                      Stargazing
    RM5,000 + Trofi                                                                              Komposer: Odelia Tirza                                                                                                                                                                          Lirik: Odelia Tirza
    Artis: Odelia Tirza

    Anugerah Rock Terbaik                                                        Souled out
    RM5,000 + Trofi                                                                              Komposer: Vota
    Lirik: Vota
    Artis: Vota

    Anugerah Pop Terbaik                                                               Pembunuh Malam
    RM5,000 + Trofi                                                                               Komposer: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
    Lirik: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
    Artis: Lunar

    Anugerah HipHop Terbaik                                                   LXF                                                   
    RM5,000 + Trofi                                                                              Komposer: Sabbala, Rahhh5kaki,
    Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K.,
    Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel
    Asia & Dj Ruckes
    Lirik: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa
    Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K.,
    Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel
    Asia & Dj Ruckes
    Artis: LXF

    Anugerah Yoodo Presents: Lagu Terpaling                  Armpunk Sindicate
    Platinum ‘Carta Indie Kita’
    RM1,000 + Trofi

    Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Tahniah saya ucapkan kepada semua finalis yang telah memberikan persembahan terbaik mereka di Pentas Akhir sebentar tadi. Kesemua 15 persembahan yang dipertontonkan telah berjaya membuktikan bahawa penggiat muzik indie juga lebih daripada mampu untuk menghasilkan lagu yang berkualiti. Sebagai sebuah platform yang dicipta khusus untuk meraikan bakat-bakat indie tempatan yang kreatif, saya berharap agar Anugerah Lagu Indie dapat diteruskan lagi bagi memberi inspirasi kepada penggiat muzik indie untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti serta kompetitif dalam arena muzik.”

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyokong dan menjayakan Anugerah Lagu Indie musim keempat ini, terutamanya seluruh tenaga produksi #ALI2023, Kementerian Belia dan Sukan menerusi Rakan Muda (Rakan Muzik), Rakita 107.9, Honda Motorcycle Malaysia, 1901 Hot Dog dan rakan-rakan media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie iaitu Music Addicts, Relevan, Media Variasi, Selebriti Online, Medialah!, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo,” tambah beliau lagi.

    Selain daripada persembahan finalis, penonton juga telah disajikan dengan persembahan ‘Tribute Butterfingers’ oleh Leaism dengan lagunya “Epitome”, “Chemistry”, “Ngilu”, “1000 tahun”, “Mati Hidup Kembali”, dan persembahan penutup oleh Bunkface dengan lagu mereka “Silly Lilly”, “Situasi” dan “Malam Ini Kita Punya”.

    Anugerah Lagu Indie musim kali ini juga membariskan juri-juri professional yang terdiri daripada AG Coco, Wing Meng, Juwita Suwito, Roshan Jamrock, Edwin Raj, Ariana Adnan, dan Diandra Arjunaidi.

    Untuk maklumat penuh mengenai keputusan Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie, sila layari laman media sosial @anugerahindie atau tonton di Youtube Anugerah Lagu Indie.

    Tentang Anugerah Lagu Indie

    Anugerah Lagu Indie (ALI) adalah Rancangan Anugerah Indie Malaysia sendiri untuk mengiktiraf sumbangan bakat-bakat muda dalam komuniti tempatan dan industri muzik indie. “Muzik Indie” merujuk kepada muzik yang diterbitkan secara bebas (karya sendiri) tanpa sebarang ikatan dengan label rakaman komersial dari proses penulisan, rakaman hingga penerbitan lagu. ALI terbukti menjadi batu loncatan untuk artis indie ke peringkat yang lebih tinggi. Salah seorang pemenang ALI, “Pelukan Angkasa” oleh SOG dan Shila Amzah memenangi AJL 2022; dan Late Night Frequency yang memenangi ALI 2022 memenangi satu kategori dalam AIM 2022.

  • Khai Bahar Muncul Dengan Lagu ‘Lemas’

    Khai Bahar kini muncul dengan single terkini bertajuk “Lemas”. Selama tujuh tahun terlibat dalam industri seni, beliau telah menghasilkan lebih dari 20 single, dengan kebanyakan diterima dengan baik oleh peminat-peminatnya.

    Ketika ditanya mengapa dia menerima lagu Lemas ini, Khai Bahar berkata lagu ini sangat istimewa buat dirinya kerana liriknya berkait rapat dengan pengalaman peribadinya, keluarga malahan orang sekeliling. Sikapnya yang sering mendahulukan orang lain demi kebahagiaan jelas terpancar apabila dia menerima lagu ini. 

    “Apabila saya amati lirik Lemas, saya seolah-olah dapat hubungkan dengan keadaan yang pernah saya lalui. Saya seorang yang akan mengetepikan perasaan sendiri dan memberi peluang kepada orang lain. Secara ringkasnya, saya ni jenis pasrah, tidak hiraukan perasaan sendiri asalkan orang tersayang bahagia. Kadang-kadang bila kita buat orang lain bahagia, secara tidak langsung, hati kita tenang walaupun pedih untuk menerimanya. Lama-lama nanti perasaan sedih itu dengan sendirinya akan hilang. Sebab itulah  bila saya lihat lirik lagu ini, saya terus setuju untuk jadikan single terbaharu saya.”

    Khai Bahar telah menunjukkan komitmen yang tinggi ketika rakaman tanpa mengira kesihatannya. “Ketika rakaman untuk lagu ini dilakukan, saya dalam keadaan yang kurang sihat. Saya tidak mahu melengah-lengahkan rakaman ini kerana saya menghargai serta menghormati kerja keras sahabat saya di dalam studio terutamanya komposer Hykal Kadir dan penulis lirik Hamizan Azli. Saya amat menghormati kedua-dua mereka mereka mereka masih muda dan bakat mereka sangat berkualiti.”

    Ketika ditanya tentang pemilihan lagu, Khai Bahar menghormati kreativiti setiap karyawan. “Saya boleh dikatakan masih lagi baharu dalam bidang ini. Namun saya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja komposer asalkan melodi, lirik dan lagu sedap didengar dan melekat di hati saya. Alhamdulillah berkat kerja sama semua, rakaman selesai dalam masa dua jam setengah,” jelas King of Smule ini.

    Kepada yang masih belum mendengar lagu ini, boleh muat turun lagu Lemas di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

  • Insomniacks Ingin Menemani Pendengar Dengan ‘Teman’

    Kumpulan tempatan Insomniacks sudah menjadi kenamaan dalam seni muzik Malaysia sekarang. Sejak mula terlibat dalam industri ini, lagu-lagu mereka sering menjadi kegemaran dikalangan belia tempatan dan viral di pelbagai platform media sosial. Kini, mereka kembali dengan lagu terbaru bertajuk ‘Teman’.

    Melodi muzik dan lirik ditulis oleh ahli kumpulan ini sendiri iaitu Iqie, digubah dan dibantu oleh Bajai, penerbit yang tidak asing lagi bersama Insomniacks.

    “Lagu ini tentang sentiasa berada di sisi orang yang kita sayang. Ia ditulis dengan niat untuk menemani mereka yang sukar tidur di waktu malam,” ujar Iqie

    “Kami mendapat ilham untuk menulis lagu ini selepas ramai pendengar kami memberitahu bahawa muzik kami sering menemani mereka dalam pelbagai aktiviti, seperti dalam perjalanan ke tempat kerja atau belajar, selain waktu mengulang kaji pelajaran dan juga saat masih terjaga di waktu malam. Kami mahu diskografi kami mengandungi lagu-lagu yang boleh menjadi lagu pengantar tidur juga.

    Selain itu, proses rakamannya juga menyenangkan. Ia merupakan satu penghormatan buat diri saya kerana dapat bekerja dengan dua orang ayah saudara saya yang juga pemuzik berbakat dengan banyak pengalaman dalam industri muzik,” jelas Iqie lagi tentang karya ini.

    Seiring dengan terbitan lagu ini oleh Universal Music Malaysia, lagu ini juga ditampilkan dengan visual dan jalan cerita yang menarik dari segi cinematography dan visual grafik yang menarik untuk pendengar menghayati bait bait lagu ini melalui visual pesanan, untuk mementingkan persahabatan dan sentiasa berada disisi di saat diperlukan. Ada yang merasa menemani seseorang itu membuang masa dan tiada pulangan, Ia mungkin kedengaran benar namun hidup perlu bermasyarakat, membantu satu sama lain dan berada di samping orang yang kita sayang adalah penting kerana kita tidak tahu bila kita mungkin perlukan teman sendiri.

    Berkenaan proses rakaman video, Pengarah, Dick Wai dan pasukannya daripda Unfold Production banyak membantu kami dari segi lakonan dan permintaan kami untuk mewujudkan jalan cerita yang kukuh dan baik’, ujar Iskandar tentang pembikinan video muzik Teman.

    “Saya berharap pendengar dapat memahami maksud di balik lagu yang penuh bermakna buat kami ini. Semoga lagu ini menjadi ikutan dan siulan di konsert-konsert dalam kalangan peminat kami. Saya juga harap mereka dapat merasai nilai persahabatan yang cuba kami paparkan di dalam video ini,” bingkas Dan menutup bicara.

    Single Teman boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dah Youtube Music pada 1 Mac 2024, muzik video juga ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Insomniacks.

  • Lagu “Rindu Hatiku Rindu” Yang Melodinya Seakan Zaman 90-an Menarik Minat Orang Ramai

    Lagu “Rindu Hatiku Rindu” yang dinyanyikan oleh penyanyi cilik Tantari nampaknya telah mencuri perhatian banyak orang dengan mencapai kedudukan #1 dalam trend muzik di YouTube selama 17 hari berturut-turut dengan jumlah tontonan sebanyak 1.6 juta dalam hanya 3 minggu setelah dimuat naik ke Youtube.

    Nama Tantari atau nama sebenarnya Naufal Azahel Mohd Alfian yang baru berusia 6 tahun mula mendapat perhatian ramai apabila video persembahan dia menyanyikan  lagu popular 90’an, “Cinta Melankolia” dendangan asal Allahyarham Aan dimuat naik ke akaun TikTok LoyyGoji pada 6 Januari lalu menarik lebih 300,000 tanda suka (likes).

    Siapa sangka berdasarkan lagu rock kapak itu, Tantari dilamar oleh Molek fm dengan kerjasama Nova Music untuk merakam lagu sulung, “Rindu Hatiku Rindu” ciptaan komposer ternama, Eddie Hamid manakala liriknya dihasilkan oleh Jaju dan Hakim Hakimi.

    Dilancarkan pada 15 Februari ’24, lagu “Rindu Hatiku Rindu” yang melodinya seakan lagu era 90-an itu bukan sahaja trending di YouTube tetapi juga di TikTok dengan pencapaian tontonan video muzik lagu ini sebanyak 4 juta di akaun TikTok HafizFeisal.  

    Di waktu yang sama, lagu berentak pop rock itu juga sering diputar di corong radio Molek FM dan Hot FM. 

    Menurut Eddie, pertama kali menonton video tular Tantari menyanyi, beliau terus tertarik dan tahu lenggok lagu yang macam mana penyanyi cilik itu sesuai bawakan sebelum lagu itu ditawarkan kepada Tantari oleh Abang Sham selaku orang kuat radio Molek FM.

    “Rindu Hatiku Rindu” juga merupakan karya pertama Eddie yang dibuat khas untuk penyanyi kanak-kanak seperti Tantari yang lahir pada 23 April 2017.

    “Saya lihat kelebihan Tantari terletak pada suaranya yang unik yang sesuai membawa lenggok lagu era 90-an. Kita juga perlu ketengahkan kanak-kanak yang berbakat sebagai pelapis penyanyi sedia ada. 

    “Walaupun dia masih kanak-kanak tapi saya tak ada masalah sewaktu membuat kerja-kerja rakaman di Studio NAR. Di studio, kami hanya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk siapkan rakaman,” kata Eddie tentang Tantari.

    Tambah Eddie, beliau tak menyangka lagu “Rindu Hatiku Rindu” nyanyian Tantari itu akan menjadi tular dan mendapat sambutan luarbiasa pendengar. Katanya, ini membuktikan bahawa walaupun zaman sudah berubah masih ramai yang meminati irama rock kapak. 

    Tantari akan memulakan alam persekolahannya dalam Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih, Selangor tahun ini. Memandangkan Tantari masih di bawah umur, jadi lirik lagu yang ditampilkan tidak bolehlah keterlaluan sebaliknya perlu sesuai dengan usianya. 

    Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Tantari sebenarnya mula menyanyi lagu-lagu kegemaran penggemar muzik dewasa  sejak berusia dua tahun. 

    Menurut bapanya, Mohd Alfian Bin Othman, bakat nyanyian Tantari dikesan sejak dia berusia dua tahun lagi dan lagu pertama yang dia nyanyikan di hadapan keluarga ialah lagu 60-an iaitu “Oh Fatimah”. 

    “Tantari mula berani menyanyi di hadapan orang ramai sewaktu berumur enam tahun apabila dia menyertai pertandingan nyanyian ‘Idola Kecil’ mula-mulanya di peringkat pra-sekolah, kemudian ke peringkat daerah dan seterusnya mewakili negeri Selangor. Untuk ketiga-tiga peringkat ini, dia mendapat tempat pertama. 

    “Sebagai bapa, saya bersyukur sebab ramai yang suka dengan nyanyian Tantari. Kalau ikutkan, saya ni tak adalah suka menyanyi lagu rock kapak, ada lagu-lagu tertentu saja. Tantari suka menyanyi lagu berjiwa rock disebabkan saya ada bekalkan sound system di rumah orang kahwin. 

    “Jadi bila buat sound check dan latihan menyanyi di rumah, saya selalu aturkan lagu 80-an dan 90-an. Mungkin sebab saya selalu buka lagu-lagu sebegini membuatkan ia masuk ke dalam dirinya,” cerita Mohd Alfian Othman tentang minat anak sulungnya itu. 

    Sejujurnya, kata Mohd Alfian Otman yang juga guru silat itu, beliau tidak fikir panjang apabila mendapat tawaran daripada Eddie Hamid untuk merakan lagu buat anaknya. 

    “Saya terus terima sebab saya berani katakan yang anak saya mampu buat dan alhamdulillah diizin Allah dan sekarang inilah hasilnya. Dari sentuhan terbaik komposer terkenal Eddie Hamid, Alhamdulillah. 

    “Sewaktu dalam studio, Tantari tak mengambil masa lama untuk rakaman kerana pihak Nova Music mahu terbitkan lagu itu dalam had waktu yang diberikan. 

    “Seingat saya pada hari buat rakaman tu kami datang ke studio pada jam 9 malam untuk mula rakaman dan selesai lebih kurang pukul 11.30 ke 12 tengah malam. Alhamdulillah, semua dipermudahkan,” katanya berkongsi pengalaman Tantari sewaktu di dalam studio rakaman. 

    Terus terang katanya, Tantari tidak mengikuti kelas vokal sebelum menjalani proses rakaman kerana semua persediaan dilakukan di rumah sahaja. 

    “Saya tak hantar dia ke kelas vokal sebab kami bukan dari keluarga senang nak hantar ke kelas vokal atau kelas muzik yang menelan belanja besar. Dia hanya kerap buat latihan di rumah dan disamping itu, kita menjaga waktu rehat, pemakanan dan kesihatannya,” ujarnya. 

    Meskipun Tantari meminati bidang seni, sebagai bapa Mohd Alfian Ohman tetap mengutamakan pelajaran anaknya dalam segala hal. 

    “Antara pelajaran dan seni, sejujurnya kami seimbangkan keduanya sebab pelajaran penting termasuk  ilmu agama yang perlu dititikberatkan. Dari segi penglibatan dia dalam aktiviti seni, minat dan bakat perlu ada. 

    “Pada saya, bakat yang ada pada dia adalah anugerah daripada Allah, jadi kita gunalah sebaiknya. Apa yang kita dapat semuanya adalah pemberian daripada Allah dan yang penting kita guna ke arah kebaikan,” tambahnya.

    Mungkin secara kebetulan bakat nyanyian Tantari itu terbit daripada nama panggilannya sendiri. Tantari adalah nama watak yang dilakonkan oleh Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem ‘6 Jahanam’. 

    “Nama panggilannya Tantari disebabkan dia adalah seorang pesilat dan saya adalah penggemar filem Tan Sri P. Ramlee. Dalam filem 6 Jahanam watak Tantari adalah seorang pendekar dan seorang pesilat. Saya ambil nama itu dan berikan kepada anak saya. Sampai sekarang, melekat dia dipanggil Tantari,” katanya lagi. 

    Lagu “Rindu Hatiku Rindu” nyanyian Tantari kini boleh didengar di semua pelantar penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music. Video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos di pautan ini https://youtu.be/LQZeGvclJSU?si=85uEkYd0I4CS9lXm

  • Kisah Asma Abu Bakar: Jelajah Single Solo Mateen

    Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.), yang rela mengorbankan segala-galanya untuk menyokong perjuangan Nabi s.a.w. dan Saidina Abu Bakar semasa peristiwa Hijrah, telah menjadi sumber inspirasi bagi penyanyi nasyid baru, Mateen.

    Lagu gubahan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara itu membawa pendengar menghayati kisah  Asma yang sedang sarat mengandung namun sanggup mendaki Jabal Thur bagi  menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk Rasulullah s.a.w dan ayahnya Saidina  Abu Bakar di Gua Thur.

    “Kisah perjuangan Asma ini sangat menyentuh hati saya apatah lagi setelah digubah  dengan susunan lirik yang indah dan melodi yang menyentuh hati. Ia mengingatkan kita  bagaimana seorang wanita juga memainkan peranan penting dalam membantu  perjuangan menegakkan agama Allah” Ujar Mateen.

    Lagu Asma Abu Bakar merupakan single solo kedua Mateen selepas single pertama beliau  Teratas dilancarkan awal tahun yang lalu.

    “Sebelum ini saya mempertaruhkan lagu Teratas yang agak laju dari segi temponya dan kali  ini untuk single kedua saya memilih lagu yang lebih perlahan dan memerlukan  penghayatan serta memasukkan elemen sirah nabawiyah” Tambah Mateen lagi.

    Pembikinan muzik video lagu Asma Abu Bakar turut memaparkan simbolik dari sirah yang  berlaku lebih 1400 tahun lalu. Lokasi penggambaran telah dilaksanakan di kawasan bukit  berbatu bagi menggambarkan keadaan bentuk muka bumi di Jabal Thur.

    “Saya harap lagu ini akan mendapat maklum balas yang baik dari pendengar semua serta  dapat dihayati dan diambil iktibar dari kisah sirah yang cuba disampaikan” ujar Mateen

    Lagu Asma Abu Bakar baru sahaja dilancarkan pada 16 Februari 2024 yang lalu dan kini  telah berada di semua platform digital termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.

  • Festival Aku,Muzik&Kamu 2.0 : Mencapai Ketinggian sebagai Acara Terbesar di Wilayah Selatan Semenanjung

    KUALA LUMPUR, 5 MAC 2024 – Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK) yang mencetuskan kegemparan di Selatan Semenanjung pada tahun sebelumnya, kini beraksi kembali dengan para artis baru yang telah membuat sejarah dan mendominasi panggung muzik Nusantara.

    Festival AMK yang memasuki tahun kedua penganjuran kini bernama AMK 2.0 menjanjikan satu festival muzik yang tidak akan dapat dilupakan di mata pemegang-pemegang tiket. 

    CoAction Events Sdn Bhd, penganjur AMK 2.0, dengan bangganya mengumumkan sembilan (9) pemuzik Nusantara yang akan menghangatkan pesta 10 jam tanpa henti tersebut pada 8 Jun 2024 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru, Johor. 

    Barisan pesohor muzik tersebut termasuklah kumpulan Masdo, IAMNEETA, Saixse, Feel Koplo, Imran Ajmain dan Ratu Rock Negara, Ella.

    Selain itu, Afgan akan diterbangkan khas dari Indonesia untuk ‘mencairkan’ pengunjung-pengunjung dengan lagu hit-nya seperti Bukan Cinta Biasa dan Jodoh Pasti Bertemu.

    Turut mewakili keghairahan muzik Indonesia, AMK 2.0 akan menampilkan Kumpulan Nidji yang tidak pernah mengecewakan dalam persembahan-persembahan penuh tenaga mereka. 

    Dan mewakili kebanggaan seluruh Bangsa Johor, kumpulan Exists turut akan mencipta sejarah baharu dalam AMK 2.0 yang akan bermula dari pukul 3 petang sehingga 12 malam.

    “Seramai 12,000 orang hadir di Aku.Muzik&Kamu yang julung kali diadakan tahun lepas. Festival ini begitu berjaya sehingga dicalonkan sebagai Acara Dalam Negeri Terbaik Johor untuk 2023. Tahun ini, kami menjangka kehadiran dalam 15,000 pengunjung dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak. 

    “Festival muzik kali ini akan terus menampilkan sembilan pesohor seni muzik bakat tempatan dan Indonesia.  Mereka mewakili genre muzik yang berlainan untuk menepati citara pengunjung kami nanti.

    “Ini adalah landasan kami untuk menyemarakkan industri seni, dengan menyatukan bakat-bakat muzik Nusantara, sekaligus memberi kepuasan maksima kepada semua pembeli tiket,” ujar Pengarah Eksekutif CoAction, David Emir Baring.

     Beliau juga berterima kasih kepada rakan kongi strategik festival tersebut, seperti pihak Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Visit Johor dan juga rakan kongsi media, Astro Malaysia Holdings kerana turut bersama menjayakan festival tersebut.  

     Untuk Exists, menyertai Festival AMK 2.0 adalah seperti ‘menunaikan kewajipan’ kembali ke negeri kelahiran, Johor lalu menghiburkan peminat mereka yang bukan hanya dari Malaysia tetapi Indonesia dan Singapura.

     “Bersedialah untuk berpesta dengan lagu-lagu yang akan membawa kalian pulang ke zaman nostalgia. Jumpa di Festival AMK 2.0,” ujar Ajai, mewakili Exists.

    Selain daripada persembahan yang hangat, festival ini juga akan menampilkan festival makanan dari MaQan Space untuk memuaskan pelbagai citarasa pengunjung, menawarkan pengalaman gastronomi yang melengkapi suasana festival ini.

    Harga tiket adalah RM229 (CHILL ZONE FREE SEATING), RM229 (GALAU ZONE FREE STANDING), RM369 (ROCK ZONE FREE STANDING) dan RM569 (ROCK ZONE + VIP LOUNGE ACCESS) dan boleh dibeli menerusi platform www.ticket2u.com.my

    Jadi, jangan sampai terlepas peluang bersama-sama mencatat sejarah baharu dan menikmati keghairahan dalam Festival Aku. Muzik & Kamu 2.0 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru pada 8 Jun 2024 ini!

  • SALMA ASIS TERUS MAJU DENGAN ‘ATAS NAMA CINTA’

    Salma dengan penuh keyakinan menyatakan harapan besar beliau dalam setiap karya yang dihasilkan, bahawa usaha yang dikerjakan dengan sepenuh jiwa akan mendapatkan tempat istimewa di hati khalayak. Single terbarunya, Atas Nama Cinta, yang diperkenalkan pada 23 Februari lalu, adalah bukti dari keyakinan tersebut.

    Salma Asis, 33, berharap Atas Nama Cinta hasil ciptaan bersama Knight Cydeen dan Syaf Ramli dapat memacu kembali nama, seterusnya memahat posisi selesa pada perjalanan karier seninya selepas hampir 13 tahun berjuang. Diterbitkan bersama Awal Muzik Entertainment dan CQ Music Malaysia, Salma berkata, dia tidak pernah lelah berusaha, malah percaya Atas Nama Cinta mampu memberikan kepuasan buat peminat yang tidak jemu menanti karya terbarunya.

    “Sebelum Atas Nama Cinta, ada beberapa single yang Salma hasilkan cuma kurang mendapat sambutan. Namun, Salma sentiasa percaya dengan rezeki yang tertulis dan berusaha mencari lagu baharu yang memenuhi kehendak Salma serta peminat.

    “Sebaik mendengar lagu ini, terdetik di hati Salma untuk merakamkannya sebagai single terbaharu. Salma tertarik dengan komposisi dan lirik lagu ini yang sangat puitis.

    “Kali pertama mendengar demo dan menghayati bait liriknya, Salma seperti mahu menangis. Serius, ia sangat menyentuh hati dan perasaan membuatkan Salma tidak mampu menolaknya,” kata anak kelahiran Tawau, Sabah itu.

    Bakat yang dicungkil menerusi program Mentor musim kelima dan 3 Juara itu mengakui, pengalaman lalu banyak membantunya sepanjang menyiapkan proses rakaman Atas Nama Cinta. Mengambil masa dua jam untuk melengkapkan kerja rakaman, Salma berkata, dia memanfaatkan semua pengalaman selama 13 tahun berada dalam industri muzik dan dicurahkan sepanjang merakamkan Atas Nama Cinta.

    “Salma membuat persediaan lebih rapi, terutama dalam memahami melodi dan lirik supaya dapat memberikan penghayatan yang terbaik ketika proses rakaman. Salma tahu ramai yang menaruh harapan tinggi untuk melihat Salma terus mencipta kejayaan.

    “Alhamdulillah, pengalaman lalu banyak membantu Salma ketika menyiapkan single ini. Mungkin dulu Salma lebih memikirkan bagaimana untuk mencapai nota-nota tinggi ketika menyanyi, tetapi sekarang itu bukan lagi keutamaan.

    “Salma kini lebih memberikan fokus kepada penghayatan kerana mahu pendengar benar-benar merasai nyanyian Salma. Itu lebih penting kerana Salma mahu nyanyian Salma lebih seimbang, pada masa sama menyentuh hati ramai,” katanya.

    Atas Nama Cinta, akui Salma, sedikit istimewa kerana lagu itu pernah cuba dirakamkan oleh beberapa penyanyi, tetapi tidak diterbitkan atas beberapa faktor.

    “Mungkin ini yang dikatakan rezeki. Alhamdulilah, apabila lagu ini sampai ke tangan Salma, semua proses berjalan dengan begitu baik sekali. Cuma dari sudut susunan muzik, Salma minta diubah sedikit untuk disesuaikan dengan cara penyampaian Salma.

    “Secara peribadi, Salma tiada masalah untuk bekerja dengan komposer senior atau baharu. Salma tidak pernah meletakkan sebarang syarat kerana apa yang penting, Salma mahu terus melangkah, berusaha dan bekerja keras untuk memastikan karya Salma diterima.

    “Salma yakin pada rezeki dan siapa tahu lagu ini dapat membawa Salma untuk kembali beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu selepas kali terakhir membolosi dengan Akhirnya Cinta pada AJL 32,” katanya.

    Mengulas mengenai cabaran dan persaingan dalam industri muzik, Salma tidak menafikan ada ketika dia terkesan apabila peminat sering membandingkan kemampuannya dengan penyanyi lain. Bagi Salma, seperti insan lain, dia juga mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Justeru, dia berharap peminat lebih terbuka dan menerima kekurangan serta kelebihannya kerana itu yang membentuk identitinya sebagai Salma.

     “Salma berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi kata perangsang dan semangat untuk Salma terus berkarya. Cuma, Salma berharap mereka menerima Salma dengan segala kelebihan dan kekurangan yang Salma ada.

    “Pada era media sosial, perjalanan seseorang anak seni itu lebih mencabar tetapi Salma sentiasa positif. Salma peka dengan komen yang diberikan dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

    Atas Nama Cinta sangat bermakna buat Salma kerana ia menjadi pembakar semangat untuk Salma terus bertahan dalam industri muzik. Pastinya Salma ingin membawa bakat ini pergi lebih jauh,” katanya.

    Menyifatkan kelahiran Atas Nama Cinta sebagai permulaan yang baik untuk 2024, Salma menyimpan impian untuk mencipta nama lebih besar di rantau Nusantara, termasuk menembusi pasaran Indonesia.

    “Itu antara impian besar Salma dan semua itu tidak mustahil jika kita bekerja keras. Namun, Salma akur, semua itu berbalik kepada rezeki. Salma sangat berharap Atas Nama Cinta menjadi pilihan untuk dimainkan di stesen radio dan dapat dicalonkan dalam carta Muzik Muzik.

    “Doakan semoga usaha terbaharu Salma ini membuahkan hasil kerana Salma juga memasang impian untuk melakar kejayaan besar dalam karier yang Salma cintai ini,” katanya.

    *****************************************

    INFO RAKAMAN:

    ATAS NAMA CINTAArtis: Salma Asis

    Komposer: Knight Cydeen & Syaf Ramli

    Lirik: Knight Cydeen & Syaf Ramli

    Susunan Muzik: Shoga Tan

    Terbitan: Awal Muzik Entertainment/CQ Music Malaysia

  • ‘Hasrat’ Amir Jahari Juara AJL 38

    Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) menjadi momen yang sangat ikonik bagi Malaysia dengan kemenangan lagu “Hasrat” yang menciptakan gelombang emosi di seluruh negara. Karya yang penuh dengan emosi dan mampu menyentuh hati penonton ini diciptakan sepenuhnya oleh Amir Jahari, yang juga menjadi penyanyi utama dalam lagu tersebut.

    Anugerah berprestij ini telah berjaya mencapai 6.4 juta tontonan TV yang menunjukkan peningkatan sebanyak 13% berbanding dengan AJL 37 sepanjang siaran langsungnya di TV3 pada 3 Mac 2024 bermula pukul 9.00 malam. Capaian tontonan TV tersebut juga merupakan rekod yang tertinggi sejak 2021. Jumlah tontonan menerusi strim langsung secara eksklusif di www.tonton.com.my mahupun aplikasi Tonton pada 3 Mac 2024 juga telah mencatat peningkatan sebanyak 153% jumlah jam tontonan di Tonton. Capaian menerusi platform media sosial turut menunjukkan peningkatan sebanyak 39.3% dengan catatan jumlah 3.2 billion dan sohor di media sosial  selama 3 hari.  (sumber: Nielsen, Tonton & Meltwater).

    Menurut Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, “AJL 38 berjaya mencapai matlamat sebagai AJL paling ikonik dalam penganjurannya untuk memartabatkan lagu terbaik. Persembahan pembukaan yang memukau dan tema MUZIKAVERSE juga mencetuskan ilham dan kreativiti yang luar biasa daripada semua pihak seperti pihak station, produksi  dan barisan finalis AJL 38 dan turut menyumbangkan konsep persembahan dan rekaan pentas yang sangat unik. Bagi pihak TV3, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada lebih 200 warga kerja Media Prima yang terlibat dalam menjayakan AJL 38. Teruskan berkarya dan memberikan kandungan yang segar, menarik, menghiburkan dan menjadi sumber inspirasi kepada semua. Terima kasih juga kepada pihak penaja yang bersama-sama merealisasikan pentas AJL paling ikonik ini.”

    Sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bermatlamat untuk memartabatkan lagu terbaik pada setiap tahun. Anugerah Juara Lagu merupakan platform penting dalam industri muzik Malaysia yang menyatukan pelbagai genre muzik hasil para karyawan muzik tanah air dan peluang untuk mereka menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka. Selain itu, program ini juga menjadi perantara yang menghubungkan peminat dengan penyanyi kesukaan mereka dan menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun diterbitkan. 

    AJL 38 menyaksikan 12 buah lagu berentap untuk merangkul gelaran Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. Malam anugerah menggandingkan dua ikon pengacara yang berkarisma iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar. Karpet Merah dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy yang disiarkan di TV9 pada pukul 8.30 malam. 

    AJL 38 membuka tirai dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan konsep ‘girl band’ yang menggandingkan dua vokalis iaitu Shila Amzah dan Vanessa Reynauld, dan julung kalinya persembahan pembukaan dengan lagu medley antarabangsa dan tempatan. Sissy Iman sebagai pemain keyboard dengan 3 pemain muzik muda yang berbakat besar iaitu Naimi Daini (drum), Tasneem Bolhasan (bass) dan Anis Kalisa (gitar). Interlude AJL38 pula dijayakan oleh 3 penyanyi hebat iaitu Datuk Zainal Abidin, Ella dan Dayang Nurfaizah.

    AJL 38  dibawakan khas oleh Alha Alfa sebagai penaja utama Tampil berbeza bersama Alha Alfa, Perbezaan itu Keunikan Kita.” “Digayakan oleh Applecrumby, Kayangan Yang Mampu.”Rakan Penaja Panadol, Diserap 2 kali Lebih Cepat.”Kolaborasi bersama Anker, Teknologi Terkini, Menjana Generasi Bijak Malaysia.”Hot FM sebagai rakan radio. OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital.

    Barisan pemenang AJL 38: 

    Kategori Hadiah Pemenang
    Juara Lagu RM 100,000 dengan trofi Hasrat

    Komposer/Penulis Lirik/Penyanyi: 

    Amir Jahari

    Tempat Kedua RM 50,000 dengan trofi Sutera

    Komposer: Aisha Retno & MFMF

    Penulis Lirik / Penyanyi: Aisha Retno                                                                                        

    Tempat Ketiga RM 30,000 dengan trofi Jangan Mati Rasa Itu

    Komposer/Penulis Lirik/Penyanyi: 

    Aina Abdul

    Vokal Terbaik  RM 12,000 dan trofi Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
    Persembahan Terbaik  RM 12,000 dan trofi Sutera – Aisha Retno
    Penyanyi Pilihan Alha Alfa RM12,000 dan trofi Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul

    Sidang produksi AJL 38 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues, Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Shazreena Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalli sebagai penerbit.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL38  #muzikaverse untuk menghangatkan lagi perbualan di platform media sosial.