Filem “Adoiii Jiwaku” arahan Steve Yap bakal ditayang di pawagam pada 7 September 2023
Kembali lagi, Lomo Pictures Sdn Bhd bekerjasama dengan rakan pengedar MM2 Entertainment untuk menggegarkan pawagam dengan Filem terbaru arahan Steve Yap yang berjudul “Adoiii Jiwaku“. Dengan genre komedi dan tayangan selama 98 minit, filem ini memaparkan kepelbagaian masyarakat Malaysia melalui penggunaan 3 bahasa iaitu Melayu, English, dan Mandarin.
Ramai di antara kita yang mengakui diri sebagai warga Malaysia, tetapi masih berjuang untuk merangkul kepelbagaian etnik. Ada yang bangga dengan semangat patriotik, namun lebih suka berada dalam kelompok Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina, dan India dengan India. Seandainya soal makanan, kita bersedia untuk merasai nikmatnya makanan seperti Tosai, Nasi Lemak, atau Char Koay Teow tanpa berbelah bahagi. Namun, mengapa tidak begitu juga dalam aspek lain? Kan lagi best kalau boleh makan sama-sama, main bola sama-sama dan menonton Filem sama-sama tanpa mengira latar belakang etnik.
Jadi semua rakyat malaysia mesti dan wajib tonton Adoiii Jiwaku, cerita ini dapat mengubah persepsi anda semua supaya buang semua sikap perkauman yang masih bertapak. Kita satu bangsa, Kita kan satu negara. Sebab tu Adoiii Jiwaku hadir, untuk memberikan anda pengalaman luar biasa, sekiranya anda berdepan situasi serupa. Bangun pagi je, alamak kenapa dalam badan orang lain ni. Tonton jangan tak tonton!!! Dan betul ke mereka kata orang islam boleh je pegang-pegang anjing, jawapan tu ada dalam Filem Adoiii Jiwaku .
Satu-satunya filem dibuat untuk semua rakyat Malaysia, dari Malaysia untuk Malaysia. Walau berbeza budaya tapi kita masih banyak persamaan yang boleh menjadikan kita berbangga sebagai rakyat yang memiliki keunikan dan masyarakat majmuk.
Filem bertemakan persahabatan ini dipenuhi pelbagai emosi yang pasti dapat membuatkan penonton sentiasa tak kering gusi dan pasti ada babak yang menyentuh hati serta elemen suspensnya yang penuh debar bakal menemui penonton seluruh negara pada 7 September ini.
Ia dibintangi oleh ramai pelakon handalan Tanah air seperti Steve Yap, Ali Arami ,E. Ramana Mohan, Amber Chia, Daniel Sher, Anuar Abd, Hamid Adibah, Noor dan ramai lagi.
Filem berkisarkan 3 rakan sekerja iaitu Sia, Ayis dan Malesh yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja di sebuah hotel. Oleh kerana personaliti dan perspektif mereka yang berbeza tentang kerja, mereka sering bertelagah sesama sendiri. Dalam satu peristiwa yang bermula dengan satu gurauan di pejabat, berlaku renjatan elektrik sehingga menyebabkan Sia dan Ayis bertukar badan antara satu sama lain.
Yang pasti mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan ini memandangkan roh (jiwa) mereka berada di dalam badan orang lain.
Mereka mula mencari jalan dan mencuba pelbagai cara untuk kembali mendapatkan badan mereka sendiri.
Namun, lama kelamaan mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan tubuh yang bukan milik mereka. Antaranya Sia yang mula mempelajari lebih lanjut tentang Melayu dan Islam dengan perbezaan budaya setiap hari.
Dia belajar untuk melihat melalui perspektif Ayis, sehingga akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan.
Sebaliknya, Ayis yang berada dalam badan Sia berpindah ke rumah keluarga Sia. Dia mula mengetahui hubungan kekeluargaan yang lemah dalam keluarga itu disebabkan masing-masing yang berahsia dan tidak pernah meluahkan perasaan sebenar mereka. Ayis bagaimanapun berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan anak Sia melalui minat mereka terhadap muzik.
Apa agaknya peristiwa yang berlaku sehingga 3 rakan ini di timpa musibah?
Dan bagaimana mereka bertiga mengatasinya?
Adakah mereka akhirnya bersahabat baik?
Dan adakah mereka akan mendapat semula badan sendiri di akhir cerita?
JANGAN LUPA saksikan FILEM ADOIII JIWAKU di pawagam berhampiran anda bermula 7 September 2023.