Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

HARGA BAHARU RUNCIT MINYAK SAWIT TULEN BOTOL TURUN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kerajaan akan terus mengehadkan harga minyak masak sawit tulen dalam botol, seperti yang telah dilakukan sejak 8 Ogos 2022. Kawalan harga ini dilakukan menggunakan moving pendekatan harga siling, yang berdasarkan harga purata global minyak sawit mentah.

Kerajaan menerusi KPDNHEP telah menetapkan Harga Runcit Maksimum terkini bagi minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2022.Perintah ini akan berkuat kuasa pada 8 November 2022 sehingga 7 Disember 2022.

Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam botol bagi tempoh tersebut adalah seperti berikut:

Harga Runcit Maksimum Bagi Minyak Masak (Botol)

Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

  • Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan;
  • Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.

Akhir sekali, KPDNHEP turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang membabitkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran berikut:

  • Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000
  • Portal e-aduan.kpdnhep
  • Call Centre 1-800-886-800 iv.
  • Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my v.
  • Ez ADU KPDNHEP vi.Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245
CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k