‘Jejak 3’ Merungkai Realiti Duka Komuniti Pasca Bencana

Melalui musim ketiganya di Astro Prima, “JEJAK 3” menunjukkan perbuatan dermawan dan melayan mereka yang memerlukan dengan penuh kasih sayang, tanpa mengira latar belakang, warna kulit atau agama mereka.

Setiap episod musim ketiga, yang bertemakan “Kita Jejak Kita Bantu,” menunjukkan kerja amal di sebalik tabir yang dijalankan oleh pelbagai selebriti dengan kerjasama pertubuhan kerajaan (NGO). Selebriti ini melawat golongan yang memerlukan semasa siaran musim ketiga dan memberi bantuan asas dan sumbangan kepada individu yang tidak mampu menyara keluarga mereka.

Program menyayat hati ini meneroka pengalaman pahit rakyat miskin masyarakat kita, yang berjuang untuk hidup setiap hari kerana keterbatasan kewangan.

Mulai 27 Jun 2022 hingga 19 September 2022, siri realiti “Jejak 3” akan disiarkan hanya di saluran Astro Prima (105) dalam 13 episod. Untuk pilihan tontonan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh dilihat atas permintaan di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Untuk menonton drama ini di Astro, dapatkan Pek Utama Astro dalam talian di astro.com.my pada harga serendah RM59.99 sebulan.

Pengurus Saluran Astro Prima Norzeha Mohd Salleh berkata “Astro sentiasa bersedia menggalas tugas untuk membawa paparan realiti masyarakat kita yang terhimpit dengan kesukaran serta kedaifan kehidupan.

Sesungguhnya realiti perit ini tidak seharusnya diselindungi, malah patut dijadikan paparan untuk membantu mereka yang memerlukan serta membawa kesedaran di kalangan masyarakat kita, apatah lagi ramai dalam komuniti di negara kita terkesan dengan bencana alam.

‘Jejak 3’ menyelami kisah-kisah mereka diselubungi kesempitan kehidupan termasuk kehilangan harta benda, keupayaan serta kesihatan. Malah, mereka yang terkesan bukan sahaja golongan dewasa tetapi jua kanak-kanak.

Di sebalik kesedihan yang dikongsikan, semangat mereka dalam meneruskan perjuangan amatlah luar biasa terutamanya di kalangan anak-anak yang kecil.

Adik Suki, Adik Iman dan Adik Raisya antara mereka yang menunjukkan kegigihan berjuang, tidak kira kekangan kewangan atau fizikal yang dihadapi. Semangat waja seperti ini menjadi nadi mengapa kami meneruskan program Jejak.

Penglibatan rakan-rakan selebriti mewarnai hari-hari mereka yang terbabit. Barisan artis yang bersama turut menyumbangkan bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk kewangan serta barangan keperluan. Mereka juga merasai impak daripada apa yang mereka lihat, yakni kesusahan dan keperitan yang dihadapi sehinggakan ada sesetengah mereka berlinangan air mata mahupun berada dalam tangisan ketika penggambaran dijalankan. Program ini juga menyingkap sisi-sisi barisan selebriti tanah air yang tidak pernah dipertontonkan untuk dijadikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kerjasama dengan badan bukan kerajaan atau NGO amatlah kami hargai sepanjang produksi ‘Jejak 3’. Kesungguhan dan kecekalan mereka membantu kami membolehkan segala bantuan yang dihulur dilakukan dengan lancar. Badan bukan kerajaan ini merupakan refleksi keprihatinan masyarakat kita yang mahu membantu tanpa mengharapkan apa jua balasan.

Kami berharap apa yang kami telah saksikan secara nyata bakal terjemah di skrin untuk penonton-penonton Astro. Sudah semestinya sesiapa sahaja yang menonton epsiod-episod ‘Jejak 3’ bakal tersentuh lantas tergerak hati untuk membantu mereka yang dipaparkan mahupun golongan kurang bernasib baik yang lain.

‘Jejak 3’ pasti akan membuka mata, minda dan hati semua.”

Pengurus saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh

Johan Shahputra Johny Anwar  Pengarah rancangan realiti “Jejak 3,” tambah “Antara cabaran penerbitan Jejak musim ketiga ini adalah untuk mencari kes-kes yang sesuai untuk kita berikan bantuan dan dipertontonkan kepada orang ramai. Justeru, kami bekerjasama dengan pelbagai pihak NGO untuk membantu kami dalam memilih kes-kes yang kita ingin melakukan penggambaran memandangkan pihak NGO ini rapat dengan mereka dan lebih mengetahui kisah-kisah mereka.

Sudah semestinya mereka adalah kumpulan-kumpulan NGO yang kami berbesar hati untuk bekerjasama kerana mereka dipilih berdasarkan portfolio mereka serta penceritaan kes-kes yang mereka cadangkan kepada kami. Saya sangat berbangga dengan usaha dan semangat mereka dalam mengendalikan misi ini kerana

mereka lebih berpengalaman, lebih-lebih lagi dalam pengurusan golongan yang kurang bernasib baik.

Program ‘Jejak 3’ kali ini membawa sedikit kelainan di mana kami menampilkan selebriti-selebriti yang berbeza untuk setiap episod. Perbezaan ini dapat menyerlahkan sisi-sisi mereka yang tidak pernah dilihat oleh peminat-peminat sekaligus memberi pengalaman baharu kepada selebriti yang terlibat terutamanya dalam menziarahi mereka yang dalam kesusahan. Kami juga bekerjasama dengan pelbagai NGO yang berlainan pada setiap episod untuk memberikan sumbangan dan bantuan kepada yang memerlukan.

Program ini diharap dapat membuka mata penonton serta memberi pendedahan kepada mereka bahawa di luar sana masih ramai yang memerlukan pertolongan kita, tidak kira tua atau muda. Kami juga berharap penonton akan dapat sama-sama memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang mereka agar kita dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.”

CATEGORIES
Share This