Marsha Milan lancar single penuh emosi melalui ‘Dulu, Kini, dan Akhirnya’
Marsha Milan Londoh telah muncul dengan single terbaru beliau yang berjudul ‘Dulu, Kini, dan Akhirnya’. Lagu yang dipenuhi dengan emosi ini juga telah dipilih sebagai runut lagu untuk drama Samarinda ‘Lelaki Itu’, yang akan ditayangkan di TV3 sepanjang bulan Ramadan ini.
‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ merupakan hasil ciptaan dan penulis lirik Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K. Walaupun ini kali pertama Marsha bekerjasama dengan Hanis Rafi, namun, ini bukan penghalang buat Marsha yang hanya mengambil masa 2 jam ketika rakaman di dalam studio.
Menurut Omar K, lagu ini mengisahkan tentang semangat seseorang dalam meneruskan kehidupan walaupun telah dilukai berkali-kali oleh orang tersayang dan dilihat amat seusai untuk dijadikan runut lagu bagi drama ‘Lelaki Itu’. “Marsha memang seorang penyanyi yang bijak untuk kawal emosi dan menjiwai lagu. Tambahan dengan lontaran suara yang jelas dan juga vokal yang mantap, saya pasti lagu ini akan menjadi hit di kalangan pendengar.”
Menurut Marsha, sewaktu lagu ini pertama kali dimainkan kepadanya, beliau terus berminat untuk menyanyikan lagu ini kerana olahan melodi dan liriknya yang unik dan menusuk kalbu. “Apabila saya baca lirik yang diberi dan dengar melodi lagu ini, saya terus jatuh cinta. Lirik lagu ini bagi saya sangat unik dan membawa makna yang sangat mendalam. Mencabar juga menyanyikan lagu ini kerana apabila saya bawakan lagu ini, emosi menyelubungi diri dan membuatkan saya perlu melawan emosi ini dan membawakan lagu ‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ dengan baik.”
“Saya lebih teruja apabila mendapat tahu lagu ini dijadikan runut lagu bagi drama Samarinda ‘Lelaki Itu’ yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Nadia Brian, Hannah Delisha dan Sophia Al-Barakbah,” tambah Marsha lagi.
‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ telah mula berkumandang di pelbagai platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak dan boleh dilayari di pelbagai platform musik bermula 6 Mac 2024 lalu. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.
Turut disertakan lirik lagu ‘Dulu, Kini dan Akhirnya’.
Lagu : Dulu, Kini Dan Akhirnya
Penyanyi : Marsha Milan
Komposer & Penulis Lirik : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Omar K
Verse 1
Kau meragut bayang-bayang harapan Kau menutup pintu-pintu peluang Tiada yang lebih pilu yang ku rasa dari kamu
Chorus 1 Walau berjurai air mata Walau terurai benang cinta Takkan biar hatiku diusik Takkan pernah Dahulu, kini Dan sehingga ke akhirnya
Verse 2 Selembut sutera alunan kasih Tak semudah hati dicarik-carik Akan ku terus berjalan pergi Jauh dari kamu |
Chorus 2
Walau berjurai air mata Walau terurai benang cinta Takkan biar hatiku diusik Takkan mampu kau menghancurkan Ikatan jiwaku
Jatuh berderai kasih kita Putus terlerai kisah cinta Takkan biar diriku diherdik Takkan pernah Dahulu, kini Dan sehingga ke akhirnya
Bridge Akhir, akhirnya
Repeat Chorus 2
|
Mengenai Alternate Records & Talents
Alternate Records & Talents merupakan sebuah agensi mencungkil bakat muzik dan lakonan bakat yang mantap dan serba boleh. Ditubuhkan pada tahun 2006, Alternate Records and Talents (dahulunya dikenali sebagai Monkeybone) telah meningkatkan industri hiburan dan artis berasaskan muzik di Malaysia dengan mempamerkan portfolio luar biasa dengan bakat bakat memenangi anugerah, muzik yang menduduki carta teratas, Pemilikan IP dan banyak pengedaran. Artis mereka berjaya secara komersial telah menjadi trend di YouTube, Twitter dan Tiktok dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records Sdn Bhd, lawati YouTube rasmi kami dan Instagram @alternate.my_