MRC JAYAKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFIRTRI, RIA ANAK-ANAK YATIM BERSAMA RAKAN-RAKAN INDUSTRI DAN MEDIA

Majlis Getah Malaysia (MRC) telah menjayakan Majlis Rumah Terbuka buat pertama kalinya memandangkan sambutan aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh keterujaan oleh umat islam di seluruh negara setelah dua tahun menyambutnya dalam kesederhanaan.

Bertemakan “JOM RAYA” objektif utama majlis ini adalah untuk mengeratkan ukhwah antara pihak berkepentingan MRC bersama dengan rakan-rakan industri getah, sekali gus mengetengahkan tradisi sambutan perayaan aidilfirtri agar masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya dapat bersama-sama berkongsi keceriaan perayaan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nor Hizwan Ahmad dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Sambutan hari raya pada hari ini amat bermakna kepada kita semua kerana kita memahami dan bertolak ansur terutama di kalangan warga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). Agensi dan majlis di bawah KPPK, serta wakil industri getah yang banyak membantu dalam menjana pendapatan ekonomi.”

MRC juga turut menyalurkan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM 6000 kepada 60 orang penerima daripada Rumah Anak-Anak Yatin dan Asnaf Qaseh Ibu dengan harapan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan menambahkan lagi makna dalam sambutan Aidilfitri mereka untuk tahun ini.

Majlis rumah terbuka MRC pada tahun ini turut dimeriahkan i dengan persembahan-persembahan artis veteran daripada kumpulan Nostalgia Klasik yang mendendangkan lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri Zaman 80-an yang popular sepanjang zaman. Rakan-rakan media turut dijemput sebagai tanda penghargaan atas Kerjasama dan sokongan yang selama ini diberikan tahap MRC dan industry getah negara.

CATEGORIES
Share This