PELANCONGAN DOMESTIK MALAYSIA 2021
Perbelanjaan pelancongan domestik menurun54.5 peratus untuk merekodkan RM18.4 bilion (2020: RM40.4 bilion), terendah sejak survei ini dijalankan pada 2008. Laporan SURVEI PELANCONGANDALAMNEGERI (DTS) 2021 yang dikeluarkan secara rasmi hari ini, menyediakan statistik ketibaanpelawat, perbelanjaan pelancongan, corak perjalanan dan profil sosial &demografi pelawat domestik. Sekatan sempadan, peraturan standard prosedur dan lockdownyangberterusan kesan daripada kemunculan varian baharu COVID-19, seperti OmicrondanDelta terus memberi impak kepada pelancongan domestik pada 2021. Bencana banjir yang berlaku pada akhir tahun 2021 di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia menyebabkan perjalanan domestik menjadi lebih teruk.
Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menambah, “Jumlahketibaan pelawat domestik mencatatkan 66.0 juta pelawat berbanding 131.7jutapelawat tahun sebelumnya, menurun 49.9 peratus. Jika dibandingkan dengan2019(sebelum pandemik COVID-19), jumlah ketibaan domestik menurun sebanyak-72.4 peratus. Begitu juga, perbelanjaan turun 82.2 peratus berbanding 2019.
Mengulas lanjut mengenai prestasi pelancongan domestik Malaysia pada2021, prestasi rendah tersebut disebabkan oleh perbelanjaan pelawat pelancong domestik yang jatuh -68.0 peratus, manakala pelawat harian turun -36.3 peratus. Ini selari dengan pertumbuhan negatif dalam jumlah pelancong domestik dan pelawat harianyang masing-masing mencatatkan -67.8 peratus, dan -40.2 peratus. Dalam tempoh ini, bilangan perjalanan domestik turun -50.7 peratus untuk merekodkan72.4juta perjalanan berbanding 147.0 juta perjalanan pada 2020. Perjalanan bermalamturun-67.8 peratus (15.5 juta perjalanan), manakala perjalanan harian menurun -42.4peratus(56.9 juta perjalanan).
Disebabkan oleh penutupan sempadan antarabangsa Malaysia di mana orang ramai tidak dapat melancong ke luar negara, dapat dilihat bahawa pelawat domestik mengikut pendapatan isi rumah RM5,001 hingga RM10,000 menunjukkan peningkatanketaradengan merekodkan sumbangan tertinggi sebanyak 30.4 peratus berbandingtahunsebelum pandemik (2019: 23.3%). Sementara itu, perjalanan pelawat domestikmengikut pendapatan isi rumah antara RM1,001 hingga RM3,000 menurun 6.4peratusdaripada 2019 kepada 29.3 peratus.