Peluang untuk usahawan Bumiputa dan Pelancaran Chiking Fried Chicken cawangan pertama di Malaysia dari UAE

Bagi mereka yang sering ke luar negara khususnya ke Dubai, Emiriah Arab Bersatuima, nama ChiKing tentu tidak asing lagi. Jenama ini ditubuhkan pada 2000 di negara Arab itu oleh pengasasnya, A.K. Mansoor.

Jika disebut jenama makanan seperti KFC, Nandos, Texas Chicken atau McD dan Marrybrown sekali pun, sudah tentu ramai yang maklum mengenai rangkaian restoran ayam goreng terkenal itu.

Bagaimana pula dengan ChiKing? Pernah makan tak di restoran berjenama itu?

Sejak penubuhan itu, jenama tersebut telah berkembang menjadi sangat popular di lebih 35 buah negara dengan lebih daripada 265 cawangan dibangunkan.

Dengan pembukaan kedai pertama ini mereka menawarkan pelabur berpotensi untuk menjadi Francais  ChicKing,” ujar Datuk Mohd Ridzuan Abdullah selaku Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia atau ringkasnya IKHLAS merangkap Penasihat Korporat  Malabar Junction Global Resources (MJGR – syarikat pemegang francais ChiKing di Malaysia),  pada pelancaran restoran ChiKing di Jalan Bukit Bintang.

Turut hadir Pengerusi dan pengasas ChiKing, Encik A.K MansoorEncik Ajman Mohamad, Pengarah Urusan  MJGR; Encik Mujib Rahman, Pengarah Operasi MJGR; Encik Abdul Kader Syed Mohamed,  Pengarah Pemasaran MJGR serta ahli-ahli Lembaga Pengarahnya, Encik Abdul Nasser,  Encik Mohammad Badushah dan Encik Mujib Rahman.

Mohd Ridzuan memberitahu, permohonan untuk menjadi pelabur ChiKing dengan bantuan modal permulaan dan latihan diberikan kepada sesiapa yang berminat di mana ChiKing sasar membuka 10 cawangan di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini namun tumpuan akan terlebih dahulu diberikan kepada kawasan Lembah Klang.

Untuk cawangan yang dibuka di Bukit Bintang ini menelan pelaburan sebanyak RM600,000 namun  kos ini tidak sama kerana ia bergantung pada lokasi ChiKing itu beroperasi. Pada keseluruhannya ChiKing mensasarkan pembukaan 100 cawangan di  seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Kelainannya ChiKing berbanding ayam goreng yang sedia ada, Abdul Kader memberitahu, resepi yang diterapkan pada masakan diperbuat khas menggunakan herba dan rempah ratus berkualiti terbaik. Ia satu resepi ‘fusion’ yang menggabungkan rasa Arab dan Oriental sesuai dengan selera masyarakat setempat.

Sementara itu, sebagai pengasasnya, A.K. Mansoor berharap ‘ChiKing’ mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejajar dengan objektifnya menjadi jenama restoran perkhidmatan pantas antarabangsa Halal (QSR) sepenuhnya yang pertama.

Menu ChiKing menampilkan pelbagai jenis seperti ‘signature dish’ nya iaitu  Ayam Original (tidak pedas), Ayam Goreng (Pedas) dan  Ayam Bakar.

Selain itu, disempurnakan dengan Nasi Briyani, Chicken Strips.  Mexita, Crunchy Supreme Burgers, Royal Wraps, Taco Wrap dan Chicken Bites termasuk Fries berperisa  Tandoori, Pinoy BBQ, Hot Wings, Double Crunchy, Soho Rice dan Chiking Peri-peri dihidangkan Separuh/Penuh dengan 4 Sos istimewa antaranya sos bawang putih yang memang lazat Kak Fas rasa.

Walaupun rangkaian itu menyediakan pelbagai produk selain daripada ayam goreng, termasuk ayam panggang, ayam peri-peri, burger, bungkus, piza, pencuci mulut dan banyak lagi, Chiking memastikan pematuhan kepada pelbagai garis panduan halal setiap wilayah di mana ia beroperasi.

Dengan pembukaan cawangan pertamanya di Malaysia, Chiking kini berada dalam peringkat pengembangan global dengan harapan lebih banyak negara dan benua dapat diterokai.

 

CATEGORIES
Share This