Penyanyi M. Nasir dilantik sebagai duta Mercy Malaysia

Dengan penuh kegembiraan, MERCY Malaysia ingin mengumumkan penjenamaan YBhg. Dato’ M.Nasir sebagai Duta Kemanusiaan atau “Goodwill Ambassador,” yang bertujuan untuk memperluas pengenalan nilai-nilai dan praktik kemanusiaan di kalangan masyarakat secara menyeluruh. Majlis pelantikan yang berlangsung di Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur, telah menjadi acara yang membanggakan.

Kerjasama strategik antara MERCY Malaysia dan YBhg. Dato’ M.Nasir ini diharap dapat memberi dorongan kuat kepada sektor kemanusiaan di Malaysia dan rantau ini khususnya melalui usaha pembudayaan kemanusiaan dengan cara pengukuhan falsafah kemanusiaan; advokasi kemanusiaan melalui seni budaya dan muzik; serta menjadikan seni, terutamanya seni muzik sebagai platform komunikasi massa dan strategik bagi penyebaran nilai, prinsip dan maklumat kemanusiaan.

Perlantikan ini mencerminkan komitmen bersama untuk membentuk transformasi yang positif dan memberikan impak berkekalan terhadap usaha misi kemanusiaan kita. Melalui kerjasama ini, diharapkan agar suara dan rasa empati rakyat terhadap sesama manusia dan persekitarannya akan lebih tersebar luas dan mempengaruhi ramai pihak, lalu dapat menjadikan Malaysia sebagai ‘humanitarian capital’ di rantau ini.

MERCRY Malaysia dan YBhg. Dato’ M.Nasir percaya kerjasama ini merupakan sebuah langkah penting dalam usaha mewujudkan masyarakat madani dan berbudi luhur di Malaysia.

 

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k