Projektor dan Monitor Baharu Acer

Terkini Acer Malaysia memperkenalkan 3 monitor gaming bersaiz antara 32 ke 42.5 inci dan projector gaming Predator yang membolehkan para pemain berkongsi keseronokan pengalaman bersama keluarga dan rakan-rakan selain menikmati paparan yang lebih besar.

Predator GD711 merupakan projector 4K LED untuk fungsi hiburan dengan perincian yang jelas, selain kadar refresh dlam FHD untuk bermain permainan video.

Edmund Hoh, Pengurus Pembangunan Produk & Perniagaan Acer Malaysia, melancarkan projektor permainan pertama di Malaysia – Predator GD711 dan promosi istimewa sempena ‘It Lies Within’

Sesuai dengan jenama Predator, GD711 ialah projector permainan premium yang melancarkan pengalaman permainan, dengan kadar refresh 240Hz dan 120Hz yang pantas untuk PC dan konsol dalam FHD. Menampilkan 125% gamut warna lebar Rec 709, Predator GD711 meliputi ruang warna dalam gamut untuk menawarkan tahap saturasi warna yang mengagumkan. 4,000 lumen LE dan HDR10 memastikan pandangan kandungan lebih terang dengan kontras dinamik yang tinggi.

Monitor gaming Predator CG437K S menampilkan paparan UHD 42.5-inci dengan kadar refresh semula 144Hz dan waktu respons 1ms VRB bagi menyediakan mutu gameplay yang memuaskan.

Bukan sekadar permainan, ia juga dilengkapi dengan jalur pencahayaan RGB yang boleh dipadankan dengan fungsi muzik dan media. Dengan Acer ColorSense, pemain boleh melaraskan suasana manakala Acer LightSense mengesan dan melaraskan tetapan suhu dan kecerahan skrin agar sepadan dengan suasana persekitaran. Acer ProxiSense secara automatic membangunkan monitor apabila gamer berada dalam jarak berdekatan atau menutupnya apabila mereka tiada.

Predator GD711

Monitor gaming 37.5-inci Predator X38 S memastikan paparan yang menakjubkan dengan Delta E<2 dan panel IPS P3 Agile Splendor sehingga 98% DCI.

Menyokong NVIDIA G-SYNC ULTIMATE, ia bercirikan overclockable sehingga 175 Hz kadar refresh dan masa tindak balas serendah 0.3 ms G-to-G membolehkan gamer terus beraksi tanpa perlu risau tentang masalah ghosting. Lapan pra-tetap boleh disesuaikan dalam Mod Permainan Predator yang membolehkan gamer menukar tetapan mengikut genre kandungan yang berbeza. Manakala Mod Esports NVIDIA G-SYNC direka untuk permainan kompetitif yang membolehkan latency serendah mungkin dan meningkatkan pandangan dalam adegan gelap.

Monitor gaming Acer Nitro XZ342CUP merupakan paparan QHD 43-inci dengan kadar refresh 144Hz dan waktu respons 1ms VRB untuk kelancaran gameplay dengan kadar tersekat (lag) yang minimal.

Team produk Acer Malaysia bergambar dengan peranti yang baru dilancarkan

Nitro XZ342CUP didatangkan dengan kaki ergonomic yang membolehkan pemain memusingkan 360⁰ dengan mudah dengan pelarasan ketinggian dan kecondongan untuk kedudukan tontonan yang ideal. Ia juga dilengkapi dengan ciri untuk melindungi mata gamer dan memastikan gamer berada dalam keadaan selesa, antaranya ciri paparan Acer Flicker-less, Acer BlueLightShield dan Acer ComfyView.

Semasa pameran ‘It Lies Within’, produk projector dan monitor akan mendapat diskaun tambahan sehingga RM150.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Predator Gaming Malaysia @PredatorGamingMY atau hubungi talian Infoline Acer Produk di 1800-88-1288 ( 9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emelkan kepada ama.marcom@acer.com

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k