RM1.7 JUTA UNTUK PENDIGITALAN USAHAWAN DESA DI BAWAH EKOSISTEM KEUSAHAWANAN KKDW
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.7 juta bagi mempergiatkan program e-dagang dan pendigitalan kepada usahawan luar bandar di bawah bimbingannya.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) ini menyasarkan penyertaan 1,000 usahawan pada tahun ini.
Katanya PPU diperkenalkan bagi memberi kursus atau latihan secara praktikal untuk membolehkan usahawan desa mendigitalkan perniagaan mereka melalui pemasaran perniagaan dalam talian yang secara tidak langsung akan membantu memperkembangkan perusahaan yang dilaksanakan.
Selain melengkapkan kemahiran usahawan desa untuk mendigitalkan perniagaan bagi memudahkan mengadaptasi dan menceburi perniagaan secara atas talian.
Tambahnya, pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan di bawah sepuluh modul dengan kerjasama rakan-rakan strategik kementerian ini merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan.
“Impak jangka panjang program adalah kecekapan dan produktiviti yang ditambah baik yang dapat mengurangkan masa dan kos, memudahkan pengurusan data dan dokumen, proses ketelusan dan kebolehlihatan KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH RM1.7 JUTA UNTUK PENDIGITALAN USAHAWAN DESA DI BAWAH EKOSISTEM KEUSAHAWANAN KKDW (visibility) perniagaan dapat ditingkatkan dan mematuhi pemiawaian (standardization) proses dan peraturan semasa”
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 4/2023 di Shah Alam siang tadi.
Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti KKDW, Mohd Sabri Ramly dan Pengarah Urusan Syarikat eLokal dan Pentadbir Desamall, Ahmad Shah Wahid.
Selain agensi KKDW, rakan strategik Program Desamall seperti Rural Capital Berhad, CELCOMDIGI, Shopee, Maybank Sama-sama Lokal, Halal Development Corporation (HDC), BoostBiz, Bank Simpanan Nasional (BSN), Lazada, Maxis, Mesinkira, Fasspay, Bank Islam PETRON dan Foodpanda.
Program ini turut dibantu dengan penyertaan TikTok Malaysia, Troopers, Peasy, dan IPvolusi.
Untuk rekod lebih 60,000 usahawan desa berada di bawah ekosistem keusahawanan KKDW.
Inisiatif melalui platform Desamall ini adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluaskan Pasaran Termasuk Perniagaan Dalam Talian (E-Commerce).
PPU (2022)
Putrajaya, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu – 706 usahawan
Sasaran tahun 2022 – 500 usahawan
PPU (2023)
- Siri 1 : Putrajaya – 185 usahawan
- Siri 2: Kuching – 369 usahawan
- Siri 3: Kuala Terengganu – 404 usahawan
- Siri 4: Shah alam – 289 usahawan
- Siri 5: Johor Bahru – 250 usahawan ( sasaran)
- Siri 6: Alor Setar – 250 usahawan ( sasaran)
Tahun 2023 ( sehingga 14 Ogos 2023) : 1,247 usahawan.
Tahun 2023 – 1,953 usahawan
Sasaran tahun 2023 – 1,000 usahawan