Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Mei 2022
Sebanyak RM228.4 bilion (peningkatan 33.6% tahun ke tahun) dengan nilai eksport RM120.5 bilion (peningkatan 30.5% tahun ke tahun dan import bernilai RM107.9 bilion (peningkatan 37.3% tahun ke tahun adalah jumlah dagangan Malaysia pada bulan Mei 2022. Nilai import gandum belum dikilang ke Malaysia pada Mei 2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 98.5 peratus tahun ke tahun kepada RM227.5 juta. Merujuk STATISTIK EKSPORT IMPORT MENGIKUT NEGERI MEI 2022 pada peringkat negeri, Selangor mencatatkan import tertinggi bagi gandum belum dikilang bernilai RM101.0 juta (44.4%) diikuti Pulau Pinang (RM74.2 juta, 32.6%) dan Sabah (RM19.0 juta, 8.3%).
Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin selaku Ketua Perangkawan Malaysia berkata “Import pada bulan Mei 2022 meningkat RM29.3 bilion (+37.3%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan import dicatatkan di Pulau Pinang (+RM10.7 bilion), Johor (+RM5.2 bilion), Selangor (+RM 3.8 bilion), W.P Kuala Lumpur (+RM10.7 bilion), Kedah (+RM1.8 bilion), Negeri Sembilan (+RM1.2 bilion), Pahang (+RM837.4 juta), Perak (+RM739.9 juta), Sarawak (+RM573.2 juta), Terengganu (+RM258.5 juta) dan Sabah (+RM215.4 juta). Bukan itu sahaja, terdapat beberapa penurunan pada beberapa buah negeri seperti Melaka (-RM137.0 juta), Perlis (-RM14.3 juta), Kelantan (-RM 8.5 juta) dan W. P. Labuan (-RM 1.2 juta)”.
“Eksport juga meningkat sebanyak RM28.2 bilion (+30.5%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM13.3 bilion), Johor (+RM5.2 bilion), Sarawak (+RM3.6 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM2.9 bilion), Selangor (+RM2.2 bilion), W.P. Labuan (+RM1.1 bilion), Kedah (+RM1.1 bilion), Sabah (+RM903.5 juta), Pahang (+RM56.1 juta) dan Perlis (+RM30.1 juta). Walau bagaimanapun, eksport menyusut di Melaka (-RM951.0 juta), Perak (-RM443.8 juta), Terengganu (-RM375.1 juta), Negeri Sembilan (-193.9 juta) dan Kelantan (-RM 25.0 juta).” tambah Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
Di samping itu, terdapat lima negeri merupakan pengimport utama dengan nilai terbesar sebanyak 26.3 peratus oleh Pulau Pinang diikuti oleh Selangor (24.1%), Johor (19.1%), W.P. Kuala Lumpur (8.8%) dan Kedah (5.8%). Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 31.0 peratus diikuti oleh Johor (21.0%), Selangor (16.8%), Sarawak (8.8%) dan W.P. Kuala Lumpur (4.5%)”.
Bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022, Survei Pendapatan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas akan dijalankan manakala Survei Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022) adalah pada 15 April sehingga 30 September 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Kerjasama yang diberikan oleh responden yang terpilih untuk memberikan maklumat kepada DOSM serta menjayakan survei ini amat dihargai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Sila layari www.dosm.gov.my untuk maklumat lanjut.
PocketStats adalah statistik suku tahunan dan tahunan kini boleh diperoleh dari portal DOSM melalui pautan https://bit.ly/PocketStatsS1_2022.