Tag: ErnieZakri

  • Ernie Zakri Dipaparkan di Billboard Times Square dan Lancar Versi Piano ‘Masing Masing

    Ernie Zakri Dipaparkan di Billboard Times Square dan Lancar Versi Piano ‘Masing Masing

    Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri, sekali lagi memukau peminat dan pencinta muzik tanah air dengan pelancaran semula lagu hit beliau berjudul Masing Masing, kali ini dalam versi piano yang penuh emosi dan intim.

    Lagu yang menampilan kolaborasi Ernie Zakri dan Ade Govinda itu berjaya mencuri perhatian ramai dengan susunan muzik yang penuh tenaga kini diberi nafas baru melalui interpretasi yang lebih lembut dan menyentuh hati.

    Versi piano Masing Masing ini menampilkan kerjasama antara Ade Govinda dan Nabila V selaku penulis, komposer Ade Govinda sendiri dan diterbitkan oleh William Chow. Versi ini menonjolkan kelunakan vokal Ernie Zakri yang penuh penghayatan, memancarkan emosi yang mendalam dari setiap bait lirik yang disampaikan. Dengan susunan muzik minimalis yang hanya diiringi oleh piano, pendengar dapat merasai keindahan sebenar vokal beliau serta mesej di sebalik lagu ini.

    Menurut Ernie, Masing Masing versi piano ini adalah hadiah istimewa buat peminat yang selalu menghargai keindahan lirik dan melodi dalam kesederhanaan.

    “Saya mahu menonjolkan rasa asli dan kejujuran lagu ini, tanpa sebarang elemen muzik yang mengganggu. Mempersembahkan lagu ini dalam versi piano, ia memberikan peluang kepada pendengar untuk merasai keindahan tertulis dalam banyak dimensi. “Saya percaya bahawa cara yang paling murni untuk menyampaikan karya seni adalah melalui pengurangan hiasan yang tidak perlu, membiarkan lirik dan melodi berbicara dengan sendirinya.

    “Dalam setiap nota yang dimainkan, ada kenangan dan emosi yang terukir, menjadikan pengalaman mendengar lebih intim dan mendalam. Dengan pendekatan yang minimalis ini, saya berharap dapat membawa pendengar merasai inti pati sesebuah lagu suatu perjalanan perasaan yang tulus dan menyentuh hati,” katanya.

    Sebelumnya, lagu Masing Masing turut dirakam dalam versi tradisional yang mana turut mendapat reaksi positif daripada penggemar muzik.

    Menariknya, lagu Masing Masing yang menjadi single pertama daripada album Aura yang dilancarkan pada November tahun lalu itu berjaya mencetuskan fenomena luar biasa sehingga ke Indonesia.

    Terbaharu, lagu ini berjaya memenangi kategori Lagu Paling Boom Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36) yang lalu. “Sudah pasti saya sangat gembira, bersyukur dan sebenarnya saya bersama dengan Ernienators, kami memang ada satu hubungan yang sangat akrab, jadi ini takkan terjadi tanpa sokongan daripada mereka.

    “Mereka yang berhabisan tenaga, masa dan sebagainya untuk mengundi dan Alhamdulillah lagu ini mendapat tempat di hati semua orang, itu yang paling penting dan terima kasih kepada semua yang suka dengar lagu ini, yang menjadikan Masing Masing dalam ‘playlist’ mereka dan juga sebagai lagu tema dalam ‘live’ mereka. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Pencapaian saya di Spotify juga, ini semua terjadi disebabkan lagu Masing Masing.

    “Saya tidak pernah terfikir untuk menembusi pasaran Indonesia dan duduk di carta-carta di sana. Ia sesuatu yang luar daripada fikiran saya, tapi tentu saja ia adalah impian. Saya ada sasaran. Jadi, kerja-kerja saya, saya menuju ke arah impian dan ‘goal’ saya. Untuk mencapai semua ini dalam tahun ini, ia sangat mengejutkan juga. Apa pun, saya bersyukur sebab ada pendengar dan peminat yang sentiasa menyokong karya saya.

    Ernie Zakri telah mencipta sejarah sebagai artis Malaysia yang dipaparkan dalam senarai main EQUAL Spotify dan telah muncul di carta Billboard sebanyak dua kali. “Pada 17 October ini pula Spotify Billboard di New York City (NYC) juga adalah satu perkara yang sangat besar dalam kerjaya saya. Itu adalah tanda arah baru untuk saya bekerja lebih kuat dan apa yang saya lakukan ini memang khas untuk peminat saya,” katanya.

    Berikut pencapaian lagu Masing Masing di platform Spotify;

     

    • Playlist ‘Lagi Viral’
    • Playlist ‘Equal Singapore & Malaysia’
    • Top Songs – Indonesia
    • Top 50 – Indonesia
    • Top 50 Malaysia
    • Viral 50 – Indonesia
    • Top Songs Indonesia #8
    • Top Songs Medan #47
    • Top Songs Jakarta #54
    • Top Songs Makassar #56
    • Top Songs Bandung #62
    • Top Songs Semarang #78
    • Viral Songs Global #80
    • Top Songs Surabaya #97

    Malah, Ernie Zakri menjadi artis wanita tertinggi Malaysia yang berjaya meraih ‘Spotify Monthly Listeners’ seramai 3.1 juta pendengar. Selain itu, lagu ini berada di kedudukan tangga ke-8 dalam senarai Spotify Top 50 Indonesia. Tambahan itu, Ernie Zakri juga adalah artis wanita yang berada di kedudukan No-1 paling lama di Carta RIM selama 23 minggu.

  • Masing Masing Raih Platinum: Ernie Zakri Terus Unggul!

    Masing Masing Raih Platinum: Ernie Zakri Terus Unggul!

    Lagu hit Ernie Zakri, “Masing Masing”, telah dianugerahkan 1X Platinum Award atau Anugerah Platinum, mengiktiraf kejayaan besar lagu ciptaan Ade Govinda ini dalam mencapai jualan dan penstriman tinggi, serta sambutan hangat daripada peminat muzik di dalam dan luar negara. Anugerah ini juga mengiktiraf Pencapaian Jualan Digital Seluruh Dunia Ernie Zakri.

    Sejak dilancarkan, “Masing Masing” telah menduduki carta muzik tempatan dan kini berada di tangga teratas Carta RIM selama 17 minggu. Lirik yang mendalam dan melodi yang menyentuh hati, menyampaikan mesej mengenai kejujuran dan penerimaan diri dalam hubungan, telah menyentuh hati pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat.

    Ernie Zakri, yang terkenal dengan vokalnya yang mantap, telah menyampaikan lagu ini dengan penuh penghayatan, menjadikannya sebuah karya yang tidak dapat dilupakan. Anugerah ini merupakan pencapaian penting dalam kerjayanya, menunjukkan penerimaan luar biasa daripada peminat muzik, terutamanya dengan penstriman dan jualan digital yang tinggi.

    Ernie melahirkan rasa syukur dan gembira atas kejayaan lagu ini, yang memberikan impak positif dan memori indah dalam kerjayanya. Beliau juga berterima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menjadikan lagu ini sebahagian daripada kehidupan mereka, serta mendedikasikan anugerah ini kepada peminatnya.

    Kesungguhan Ernie dalam membawa muziknya ke peringkat global semakin terbukti melalui pencapaian ini, yang mencerminkan komitmen dan dedikasinya terhadap industri muzik negara. Dengan pengiktirafan ini, beliau semakin termotivasi untuk terus mencipta karya-karya unik dan membawa industri muzik tanah air ke tahap yang lebih tinggi.

    Dalam perkembangan lain, Ernie berkongsi rancangannya untuk mengadakan konsert solo dan akan membuat pengumuman tidak lama lagi. Selain itu, lagu “Masing Masing” juga tercalon dalam Top 20 bagi kategori Lagu Paling Boom Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 36).

  • Ernie Zakri Memeriahkan Suasana Aidilfitri Dengan ‘HAHAHAHAHari Raya’

    Seperti ramai penyanyi lain di Malaysia, bakat vokal yang menonjol Ernie Zakri turut menyertai dalam memeriahkan semangat Aidilfitri yang semakin hampir. Ernie telah menghasilkan sebuah lagu raya baru yang diberi judul ‘HAHAHAHAHari Raya’.

    Lagu ini merupakan ciptaan serta tulisan Ernie Zakri sendiri bersama beberapa orang komposer dan penulis lirik lain iaitu Mage, Glowrush, dan Ajay Amai. Disusun dan diterbitkan oleh Adib Hussin serta Glowrush, lagu ini mempunyai gaya yang tersendiri.

    “Seperti lagu-lagu seniwati Saloma, ia ada nuansa era tahun 1950-an. Unsur ini ditampilkan supaya ada sedikit kelainan dari segi bunyi jika dibandingkan dengan lagu-lagu Raya saya sebelum ini,” ujar Ernie membuka bicara.

    Ernie juga memberitahu bahawa proses rakaman lagu ini sangat mudah. “Pada awalnya sudah ada versi yang pendek sekitar dua minit. Kemudian kami mengambil keputusan untuk memanjangkan sedikit lagu ini. Di situ saya tambahkan melodi, khasnya di rangkap bridge kerana ingin menyerlahkan sedikit gaya baharu pada karya ini. Jadi, ada unsur moden juga dan tidaklah seperti lagu Saloma dari era 50-an sepenuhnya.

    Malah, semasa bekerja dengan rakan-rakan penulis di Faithful Music, saya selalu dapat pengalaman baharu selain mempelajari teknik-teknik lain dalam mencipta lagu baharu. Saya gembira dapat bekerjasama dengan mereka sambil merungkai bunyian baru dalam muzik,” tambah Ernie lagi.

    Lagu ini turut ditampilkan dengan sebuah video muzik yang dirakam semasa bulan puasa. “Jalan cerita video muzik lagu ini sangat mudah. Ia berkisar tiga orang adik-beradik menjelang hari raya dan saya memainkan watak kakak sulung atau Kak Long yang cuba menyatu-padukan dua orang adik saya yang suka bergaduh. Konsepnya seronok, ceria dan sangat santai,” jelasnya lagi.

    Video Muzik HAHAHAHAHari Raya turut menampilkan jenama tudung Ernie sendiri iaitu Ayuwan. Sepanjang bulan Ramadhan ini, tudung Ayuwan miliknya sudah muncul di aneka acara termasuk di Star Vendor, KL Convention Centre pada 30 Mac lalu. Ernie juga sempat mempromosikan tudung Ayuwan pada 31 Mac 2024 di Sogo KL semasa mempersembahkan lagu HAHAHAHAHari Raya di lokasi tersebut. Ini telah diikuti dengan sesi ramah mesra bersama peminat dan media di penghujung acara.

    Saat ditanya tentang harapan, Ernie hanya mahukan yang terbaik untuk lagu raya ini. “Kalau boleh semua orang mahu lagu raya mereka menjadi malar segar dan berkekalan, namun yang paling penting, saya ingin lagu ini membuat pendengar tertawa dan gembira. Saya mahu mereka menikmatinya, sesuai dengan konsep lagu ini sebagai sebuah lagu musim perayaan Aidilfitri. Semoga para pendengar akan mendapat kebahagiaan dan kegembiraan berhari raya saat mendengar lagu ini,” ulas Ernie lagi.

    HAHAHAHAHari Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 22 Mac 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri pada 27 Mac 2024.

  • Ernie Zakri Dan Ade Govinda Mendapat 3 Pencalonan Berbeza Dalam Lagu ‘Masing-Masing’

    Keberkesanan penyanyi Ernie Zakri semakin berkembang di Indonesia ketika beliau menjadi penyanyi tempatan pertama yang disenarai pendek untuk anugerah berprestij dari stesen televisyen terkenal di sana, iaitu SCTV Music Awards. Dalam acara tersebut, Ernie Zakri juga mendapat tiga pencalonan dalam tiga kategori berbeza, bersama dengan rakan duetnya yang terkenal, Ade Govinda, dalam lagu Masing-Masing.

    Kategori itu terdiri daripada Kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop. Lebih membanggakan juga apabila lagu Masing Masing, lagu kolaborasi antara Universal Music Malaysia dan MyMusic Records yang digubah dan ditulis oleh Ade bersama Nabila V menduduki tangga teratas carta stesen radio di kedua-dua negara, iaitu GEN98.7 FM Jakarta di Indonesia serta Best FM dan Era FM di Malaysia. Terima kasih besar kepada stesen radio ini yang berjaya menangkap esensi menarik lagu Masing Masing ini.

    Ernie yang juga pemenang Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2022 berkata, dia bersyukur dan bangga kerana lagu Masing Masing diterima baik peminat di Indonesia. “Saya sangat gembira kerana lagu saya sampai ke Indonesia. Sungguh menggembirakan melihatnya bergema dengan pendengar di sana. Terima kasih Indonesia, kerana menerima Masing-Masing dan menjadikannya melonjak di carta radio anda,” katanya.

    Bagi Ade Govinda, kolaborasi bersama Ernie satu pengalaman yang cukup manis dan hebat. “Saya juga mewakili MyMusic Records sangat gembira mendengar khabar lagu karya saya berjudul Masing Masing yang dinyanyikan indah oleh Ernie Zakri berjaya menduduki tempat pertama di kebanyakan carta radio Indonesia dan Malaysia.

    “Semoga kolaborasi ini boleh membawa penyanyi lain juga untuk bekerjasama antara dua negara dengan hasil yang membanggakan juga. Terima kasih pendengar Indonesia dan Malaysia yang sudah menikmati lagu Masing Masing,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, pihaknya sentiasa memberikan sokongan padu kepada Ernie Zakri. “Universal Music Malaysia turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian dan pengiktirafan yang diperoleh melalui kerjasama ini dengan komposer terkenal Ade Govinda.

    “Saya berasa gembira dan bangga kerana sekali lagi kolaborasi antara kemantapan vokal Ernie Zakri dengan sentuhan emas pencipta lagu terkenal Indonesia Ade Govinda membuahkan hasil yang memberangsangkan bukan sahaja di Malaysia tetapi merentasi sempadan dan sesuai dengan cita rasa pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

    “Karya muzik ini mendaki carta dengan pantas di kedua-dua negara dan berjaya menawan hati pendengar. Kejayaan ini membuka peluang baharu untuk artis Malaysia dalam pasaran nusantara dan membuktikan kepentingan kerjasama rentas negara dalam industri muzik yang sentiasa berkembang,” katanya.

    Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Encik Rosmin Hashim berkata, pihaknya bangga atas pencapaian cemerlang Ernie di sana. “Kami amat berbangga kerana salah seorang artis Malaysia mencapai kejayaan cemerlang di Indonesia. Pencapaian terbaru ini membuktikan sekali lagi bahawa bakat Malaysia mempunyai apa yang diperlukan untuk menembusi pasaran muzik serantau dan global. “RIM akan meneruskan usahanya untuk memupuk kerjasama yang saling
    menguntungkan antara bakat Malaysia dan Indonesia. Tahniah diucapkan kepada Ernie, Ade Govinda dan Universal Music Malaysia atas kejayaan manis ini,” katanya.

    Lagu Masing Masing juga dipilih sebagai pembuka cerita kepada album perdana miliknya, yang juga single pertama memperkenalkan Aura.

  • Ernie Zakri berkolaborasi bersama Ade Govinda dari Indonesia.

    Penyanyi popular Ernie Zakri, yang baru-baru ini melancarkan album terbaharunya, “Aura,” kini dengan penuh semangat mempromosikan albumnya. Single kolaborasi dengan Ade Govinda dari Indonesia, “Masing Masing,” juga dimasukkan ke dalam album. Ernie mengambil masa yang banyak untuk mengembara ke negara jiran untuk membawa lagu yang sangat menyentuh ini kepada peminat muzik.

    Lagu ‘Masing Masing’ membawa tema putus cinta dengan pengubahannya yang terhasil dari kerjasama Ade Govinda dan Nabila V. Kisahnya menyentuh hati, menceritakan tentang pasangan yang terpaksa berpisah demi mencari kebahagiaan masing-masing. Antara tembakan album ini turut mendapat tempat di hati pendengar Malaysia dan muncul di tangga ke-8 Carta ERA 40. MV ‘Masing Masing’ juga mendapat sebanyak 1.4 juta penonton dalam masa dua bulan, terumatanya dari peminat dan rakan-rakan Ernie Zakri yang berada di Malaysia dan Indonesia. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat saya yang menyokong lagu saya, ‘Masing Masing’, dan saya berharap akan dapat melawat Indonesia lagi pada masa yang akan datang untuk membuat persembahan ‘Masing Masing’” jelas Ernie.

    Ernie memulakan lawatan promosi di Jakarta pada 15 Januari 2024 dengan agenda yang padat. Dalam tempoh singkat, Ernie telah muncul dalam pelbagai wawancara media. Ernie ke Kinari Warta Kota Podcast dan iradio Jakarta sebelum membuat penampilan yang mengasyikkan di Sea Today Morning Show dan Pro 2 Jakarta. Momentum yang bersemangat berlanjut saat dia mengambil alih media Indonesia dengan penampilan tamu yang menarik di Detik Pagi, Celebrits Okezone, dan I Talk Insert, menandai kehadirannya di arena media Indonesia.Keesokan harinya, blitz media semakin intens dengan wawancara yang memikat di In Today Media dan pertemuan yang menarik dengan suara terhormat JakFM. Sesi promosi ini ditutup dengan penampilan yang memikat oleh Ernie Zakri dan Ade Govinda dengan lagunya ‘Masing Masing’ di ikonik Anjungan Sarinah Jakarta, meninggalkan kesan yang abadi pada para penggemar dan media.

    “Saya sangat gembira dengan rangka promosi di Jakarta. Malah saya tidak sangka penerimaan pihak media di sana begitu baik terhadap saya. Mereka memberikan kerjasama yang baik. Walaupun penat mengejar masa, saya gembira dengan apa yang telah dirancang oleh pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan MyMusic Records,” jelas Ernie

    Ernie, yang sebelum ini memukau penonton dengan hit ‘Hal Hebat’ dalam kerjasama dengan Govinda, mempunyai harapan tinggi untuk lagu ‘Masing Masing’ di Indonesia “Semestinya saya hendak yang terbaik untuk lagu ini. Saya berharap lagu ini akan diterima oleh pendengar muzik Indonesia kerana harapan saya pada lagu dan album ini sangat besar. Namun, cita-cita harus terletak pada rezeki dan usaha saya. Semoga saya akan menerima khabar yang baik-baik sahaja dari Indonesia,” ulas Ernie tentang harapannya mempromosikan lagu dan albumnya di Indonesia.

    Beliau memberi jaminan untuk memberikan fokus kepada promosi album “Aura” dan turut merancang album seterusnya selepas pulang dari Jakarta. Semangat dan tekadnya semakin berkobar, dan ramai yang menantikan persembahan dan konsert beliau yang bakal datang. Kini, kita sedia untuk menyokong perjalanan menarik seorang penyanyi berbakat ini!

  • Jelmakan Auramu’ Bersama Ernie Zakri dan Zeleb+ NMN

    Rentetan daripada penerbitan album debut Ernie Zakri AURA, di bawah Universal Music Malaysia hujung tahun lalu, bintang bersuara emas ini teruja untuk berkongsi video muzik Aura yang telah mula dipertontonkan di Youtube beliau sejak Jumaat lalu.

    Lagu Aura menceritakan tentang kekuatan serta keyakinan diri seorang wanita. Ia adalah sebuah karya yang mengangkat nilai pemerkasaan dan perjuangan wanita masa kini. Dan, mesej ini diterjemahkan dengan begitu indah dan sempurna dalam video muzik Aura.

    “Lagu ini sebenarnya sudah lama dirancang dan telah siap dirakam sekitar dua ke tiga tahun yang lalu. Namun, kami terpaksa menangguhkan pelancarannya seketika kerana  menanti saat yang tepat untuk memperkenalkannya kepada peminat.

    Kebetulan, perancangan untuk melahirkan album penuh tahun lalu berjaya dilaksanakan tepat pada masanya. Jadi, kami putuskan  untuk menerbitkannya di dalam album pertama saya di bawah naungan Universal Music Malaysia dan menamakan album tersebut sebagai AURA,” jelas Ernie tentang lagu ini.

    “Untuk menjayakan video muzik yang berdurasi empat minit ini, saya telah mengenakan tiga persalinan pakaian, dan video ini banyak bermain dengan kesan khas. Jadi, untuk menyudahkan semua proses itu, ia memakan masa yang agak lama. Ya, saya akui ia agak meletihkan, namun saya anggap setiap detik yang saya lalui untuk menjayakan karya ini sebagai pengalaman berharga dan mengujakan,” tambah Ernie.

    Menariknya tentang video muzik Aura ini, ia turut menampilkan produk kesihatan Ernie yang akan dilancarkannya tidak lama lagi iaitu, Zeleb+ NMN.

    Kata Ernie, “Sebenarnya, lagu ini bukanlah pilihan sebagai single pertama tetapi kebetulan pula penceritaannya sesuai dengan jenama dan imej Zeleb+ NMN.

    Untuk pengetahuan semua, produk Zeleb+ NMN ini direka untuk wanita dan lelaki. Ia diformulasikan dengan bahan yang bertujuan untuk menyediakan tenaga, terutamanya kepada wanita dan mereka yang memasuki peringkat matang usia.

    “Bagi saya sendiri, Zeleb+ NMN adalah teman terbaik untuk saya lalui hari-hari saya yang padat. Dan kenapa saya munculkan ia di video muzik ini? Kerana saya tidak hanya mahu berkongsi muzik saya dengan peminat, tetapi juga gaya hidup saya seperti amalan dan produk yang saya ambil untuk kekal sihat dan bertenaga,” tambah Ernie lagi.

    Menurut Ernie juga, selepas mengamalkan produk ini selama tiga bulan, beliau dapati kulitnya semakin mulus dan membantu meningkatkan kecerdasan otak. Kecemerlangan Zeleb+ NMN yang diiktiraf secara meluas telah menjadikannya produk pilihan personaliti terkenal. Ernie Zakri kini banyak terlibat dalam mempromosikan Zeleb+ NMN. Slogan produk ‘Jelmakan Auramu’ juga diinspirasikan daripada lagu Aura itu sendiri yang melambangkan intipati bercahaya dan bersinar yang boleh didapati menerusi kebaikan NMN.

    Pra pelancaran Zeleb+ NMN akan diadakan pada 2 Februari 2024 dengan pelbagai aktiviti selingan seperti sesi bertemu peminat dan perkongsian ilmu mengenai produk Zeleb+  NMN bersama Ernie Zakri.

    Zeleb+ NMN tetap komited dalam menyampaikan kualiti dan kepercayaan kepada pengguna. Dengan dedikasi untuk kecemerlangan, produk kami memastikan penyelesaian yang boleh dipercayai dan premium untuk kesihatan dan kesejahteraan anda, dengan bangga disahkan sebagai Halal untuk memenuhi keperluan yang pelbagai dari pengguna kami yang dihargai. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di www.zelebnmn.com.my.

     

  • ERNIE ZAKRI TARIK DIRI?

    This image has an empty alt attribute; its file name is ernie14_HMfield_image_socialmedia-1024x538.webp

    Kuala Lumpur: Lagu Astana berasal dari penyanyi Ernie Zakri. Lagu ini kayak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 38. Namun, persoalan terjadi kerana ketiadaan Ernie Zakri dalam acara tersebut.

     

    Susulan itu, nama penyanyi Ernie terheret apabila didakwa menarik diri daripada menyanyikan lagu Astana yang juga ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman.

     

     Malah, untuk rekod lagu itu dicalonkan selepas Ernie menyertai syarikat rakaman Universal Music Malaysia pada Julai lalu.

     

    Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.

     

    Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejak Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan.

     

    “Banyak ahli kami yang terdiri dari syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa tidak mencalonkan rakaman lagu artis mereka dalam program Muzik Muzik tahun ini kerana tidak bersetuju dengan klausa tertentu dalam borang pencalonan lagu program itu.

     

    “Kami sudah mengadakan sesi dialog bersama pihak pengurusan tertinggi Media Prima mengenai perkara ini pada awal Ogos tahun ini dan sudah mengetengahkan klausa bermasalah dalam borang pencalonan tersebut buat perhatian mereka.

     

    “Walaubagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum dapat penyelesaian yang memuaskan sepenuhnya berhubung perkara ini dan berharap dapat mencapainya dengan segera untuk klausa dan isu berkenaan”, katanya.

     

    Sementara itu, Universal Music Malaysia berkata, Ernie selaku artis yang kini di bawah naungan Universal Music Malaysia, cakna mengenai kenyataan RIM dan MPA mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam Muzik-Muzik yang masih dalam perundingan.

     

    “Ernie Zakri menyatakan bahawa beliau sentiasa mematuhi prosedur label antarabangsa Universal Music Malaysia serta menghormati pendirian kedua-dua persatuan iaitu RIM dan MPA yang mewakili syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa serta pemegang hak rakaman bunyi/video dan karya di Malaysia,” katanya.

     

    Universal Music Malaysia juga menjelaskan Ernie tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pencalonan dan penyertaan lagu Astana sepertimana yang dilaporkan dalam beberapa media.

     

    Dalam pada itu, Ernie menafikan dakwaan dia sengaja tidak mahu menyanyikan lagu Astana.

     

    “Saya adalah penyanyi asal dan komposer lagu ini. Sudah tentu saya nak menyanyikan lagu ini. Malah, tidak pernah cakap saya tak nak nyanyi atau tarik diri.”

     

    “Namun, disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak RIM dan MPB, ia menjadi penghalang untuk saya mempersembahkan lagu ini pada Separuh Akhir Muzik Muzik 38,” katanya.

     

    Ernie adalah penyanyi asal serta penulis lagu Astana bersama dengan Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman yang tercalon ke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.

  • Lagu Terbaru Ernie Zakri ‘Aura’: Temui Aura Baharu

    Peminat muzik tempatan pasti gembira dengan berita terkini ini. Ernie Zakri telah mengumumkan pelancaran album solo pertamanya yang berjudul “AURA”. Karya ini, di bawah naungan Universal Music Malaysia, menandakan satu langkah penting dalam perkembangan seni muziknya. Kini, beliau bersedia untuk memukau peminat muzik di seluruh Malaysia.

    AURA merupakan sebuah album yang membawa pesan tentang peneguhan diri dan sikap positif. Ia diolah khas oleh Ernie sendiri untuk memberi keyakinan kepada mereka yang rasa terluka dalam menghadapi kehidupan harian. Album ini mengajak pendengar untuk menghayati aura yang ada pada diri sendiri, sambil mengingatkan bahawa setiap yang berlaku dalam hidup ini adalah takdir yang sudah tersusun, dan bertujuan memberikan kesedaran untuk menerima segala kekurangan tanpa rasa takut.

    Ernie menjelaskan mukadimah tentang mahakarya terbaharunya ini, album AURA ini sangat istimewa kerana ia menceritakan tentang sumber kekuatan seseorang. Semua lagu dalam album ini berkisahkan nasihat, motivasi dan sumber kekuatan untuk insan yang memerlukan semangat. Sebagai pembuka cerita kepada album ini, lagu berjudul Masing-Masing diberi penghormatan menjadi single pertama untuk memperkenalkan AURA.

    Masing-Masing adalah sebuah lagu galau yang bertemakan putus cinta. Digubah dan ditulis oleh Ade dari kumpulan Govinda bersama Nabila V, ia mempunyai jalan cerita tersendiri.

    “Saya dan Mas Ade bersependapat untuk menghasilkan lagu galau dengan kisah putus cinta yang sedikit berbeza. Masing-Masing mengisahkan pasangan yang terpaksa teruskan kehidupan mereka dengan cara berpisah demi mencari kebahagiaan diri sendiri. Tidak semua perpisahan tentang pertengkaran atau pergaduhan. Ada perpisahan yang berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak demi mencapai kebahagiaan sendiri. Saya tahu ramai rakyat Malaysia yang suka lagu galau sebegini,” tambah Ernie lagi.

    Lagu tersebut menjalani proses rakaman di Yogyakarta, Indonesia dengan begitu mudah.

    Ernie Zakri menceritakan bahawa, ia tidak terasa seperti bekerja malah seolah-olah sedang bercuti kerana semuanya lancar dan senang. Kami hanya mengambil masa sehari untuk rakaman. Buat video muzik pula kami hanya perlukan setengah hari sahaja untuk penggambaran.

    Video muzik yang berkonsep penuh kesenian itu menampilkan dua orang penari yang menyampaikan jalan cerita secara simbolik lewat setiap pergerakan yang ditampilkan dalam bentuk seni tari.

    Ernie menceritakan tentang video muzik Masing Masing, terdapat dua orang penari yang bercerita dengan pergerakan. Setiap gerak tari ada maknanya. Sebagai contoh, ada babak mereka jatuh, itu ada maksud simbolik yang tersirat tentang mesej yang disampaikan dalam lagu itu.

    Album AURA yang membabitkan ramai komposer dan penerbit mengambil masa perancangan sekitar setahun kerana Ernie mempunyai beberapa permintaan khas.

    “Saya yang meminta sendiri lagu daripada penulis serta pencipta yang terbabit dalam album ini. Proses rakaman kesemua lagu juga memakan waktu sekitar tiga hingga empat bulan untuk disiapkan. Jadi saya harap para pendengar akan dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan di dalam album ini. Semoga ia menjadi teman buat mereka yang memerlukan semangat serta kekuatan itu,” bingkas Ernie menutup bicara.

    Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, turut menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan dan potensi Ernie Zakri untuk meluncur lebih jauh dalam kareer muziknya di bawah label ini.  “Kami mempunyai perancangan yang rapi untuk memastikan nama Ernie Zakri bukan sahaja terpahat di hati peminat Malaysia, malah di rantau ini terutamanya Indonesia. Selain menghasilkan karya muzik yang berkualiti untuk para peminat, Ernie juga akan berkolaborasi bersama beberapa jenama tempatan sebagai salah satu strategi mengembangkan kareer beliau. Sebagai contoh, hari ini kami melancarkan album AURA Ernie Zakri bersama dengan koleksi tudung jenama tempatan Ayuwan.”

     

    Album ini menampilkan 10 buah lagu dengan pembabitan nama-nama besar industri muzik serantau seperti Aubrey Suwito, Ezra Kong, Faizal Tahir, Amylea Azizan, Rozi Sangdewi, Helen Yap, Firdaus Rahmat, John Jeeves, Ade Govinda dan beberapa orang lagi. Ia turut menampilkan suami Ernie sendiri, Syamel yang menyumbangkan lagu ‘Jangan Hilang Percaya’.

    AURA bakal berada di semua platform digital bermula Jumaat 3 November 2023, dan video muzik lagu Masing-Masing pula akan berada di laman YouTube pada hari yang sama.

     

    SENARAI LAGU DALAM ALBUM AURA:

    Judul: Intro Buat Kamu

    Lirik: Ernie Zakri, John Jeeves

    Komposer: Ernie Zakri, John Jeeves

    Susunan: John Jeeves

    Penerbit: John Jeeves

     

    Judul: Aura

    Lirik: Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat

    Komposer: Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat

    Susunan: John Jeeves

    Penerbit: John Jeeves

     

    Judul: Masing-Masing

    Lirik: Ade Govinda & Nabila V

    Komposer: Ade Govinda

    Penerbit: William Chow

     

    Judul: Terima Seadanya

    Lirik: Mage, Faizal Tahir

    Komposer: Mage, Faizal Tahir

    Penerbit: Adib Hussain

     

    Judul: The Best

    Lirik: Firdaus Rahmat, John Jeeves, Shazriq Azeman

    Komposer: Firdaus Rahmat, John Jeeves, Shazriq Azeman

    Penerbit: Firdaus Rahmat, John Jeeves

     

    Judul: Gelita

    Lirik: Slen Fadzil

    Komposer: Slen Fadzil, Helen Yap

    Penerbit: Helen Yap

     

    Judul: Tercipta Sempurna

    Lirik: Ezra Kong

    Komposer: Ezra Kong

    Penerbit: Ezra Kong

     

    Judul: Jangan Hilang Percaya

    Lirik: Syamel

    Komposer: Syamel, Jiwa

    Penerbit: Aubrey Suwito

     

    Judul: Satu Cinta

    Lirik: Amylea Azizan

    Komposer: Amylea Azizan

    Penerbit: Amylea Azizan

     

    Judul: Persis Katarsis

    Lirik: Rozi Sangdewi

    Komposer: Aubrey Suwito

    Penerbit: Aubrey Suwito

  • ERNIE’S FIRST SOLO ALBUM, ‘AURA,’ IS FINALLY AVAILABLE THROUGH UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA.

    KUALA LUMPUR, November 3rd, 2023 — The tiresome wait is now over for outstanding local sensation Ernie Zakri and her devoted admirers. After recently announcing her shift to Universal Music Malaysia, Ernie also revealed that she will release a full solo album under the label. After months of teasing her fans on social media, Ernie has finally released ‘AURA, her debut solo album under Universal Music Malaysia.

    ‘AURA is an album with a core message centered around self-affirmation and positivity. The album is specifically crafted by Ernie to bring comfort to those who find themselves hurting or wounded in the midst of life’s stormy seas. The album is an inspiration for people to embrace their ‘AURA, reminding them that every twist and turn in life is part of a grand design, and offers a gentle nudge to embrace imperfections without fear. Ernie explained about her latest masterpiece by stating, this album is really special because it speaks of a person’s source of strength. All the songs in this album serve as a form of advice, motivation and strength for those in need of support.

    To mark the introduction of this album, a track called ‘Masing-Masing’ was given the honour to become the album’s first official single in igniting ‘AURA. ‘Masing-Masing’ is a sad love song about breaking-up. Written and composed by Indonesian singer-songwriter Ade of the band Govinda alongside Nabila V, the track has its own tale to tell.

    Ernie added, “Mas Ade and I agreed to produce a sad love song with a twist. It sings of a couple who had to move on for the sake of their own personal happiness. Not all break-ups are born from arguments and misunderstandings. Some are spawned based on mutual understanding from both parties in order to attain personal happiness. I know many Malaysians love songs like this.”

    According to the star, the track was recorded in Yogyakarta, Indonesia with great ease. Ernie stated, “It didn’t feel like work but more like a holiday as everything went smoothly and very well. We only took one day for recording and half a day to shoot the music video.”

    The artistic music video features two dancers who tell the song’s story symbolically through intricate dance moves. Ernie elaborated on the Masing-Masing music video that there are two dancers who tell the tale through movement. Every dance move has a meaning. For instance, there is a scene where they fall down and that has a hidden symbolic message about what the song is trying to convey.

    The AURA album which sees the participation of several composers and producers took about a year of planning to meet Ernie’s specific requests. “I personally requested songs from the songwriters involved in this album. The recording for all the songs took about three to four months for completion. So I hope listeners will be able to comprehend what I am trying to say in this album. Hopefully, it can be a companion for those in need of comfort and strength,” ended Ernie with high hopes.

    Kim Lim, Managing Director of Universal Music Malaysia, also expressed confidence in Ernie Zakri’s ability and potential to go further in her music career under this label. “We have a meticulous plan to ensure that Ernie Zakri’s name is not only engraved in the hearts of Malaysian fans, but also in the region, especially Indonesia. In addition to producing quality music for fans, Ernie will also collaborate with several local brands as one of our strategies to develop her career. For example, today we launched Ernie Zakri’s AURA album together with a local headscarf brand, Ayuwan.”

    The album features 10 tracks involving some of the biggest names in the regional music scene including Aubrey Suwito, Ezra Kong, Faizal Tahir, Amylea Azizan, Rozi Sangdewi, Helen Yap, Firdaus Rahmat, John Jeeves, Ade Govinda and a few others. It also sees the participation of Ernie’s husband, Syamel who contributed the track ‘Jangan Hilang Percaya’. Aura is set for release on all digital platforms commencing Friday, November 3rd 2023, while the music video for ‘Masing-Masing’ will be available on YouTube on the same day.