Tag: #ErnieZakriMusic

  • Jelmakan Auramu’ Bersama Ernie Zakri dan Zeleb+ NMN

    Rentetan daripada penerbitan album debut Ernie Zakri AURA, di bawah Universal Music Malaysia hujung tahun lalu, bintang bersuara emas ini teruja untuk berkongsi video muzik Aura yang telah mula dipertontonkan di Youtube beliau sejak Jumaat lalu.

    Lagu Aura menceritakan tentang kekuatan serta keyakinan diri seorang wanita. Ia adalah sebuah karya yang mengangkat nilai pemerkasaan dan perjuangan wanita masa kini. Dan, mesej ini diterjemahkan dengan begitu indah dan sempurna dalam video muzik Aura.

    “Lagu ini sebenarnya sudah lama dirancang dan telah siap dirakam sekitar dua ke tiga tahun yang lalu. Namun, kami terpaksa menangguhkan pelancarannya seketika kerana  menanti saat yang tepat untuk memperkenalkannya kepada peminat.

    Kebetulan, perancangan untuk melahirkan album penuh tahun lalu berjaya dilaksanakan tepat pada masanya. Jadi, kami putuskan  untuk menerbitkannya di dalam album pertama saya di bawah naungan Universal Music Malaysia dan menamakan album tersebut sebagai AURA,” jelas Ernie tentang lagu ini.

    “Untuk menjayakan video muzik yang berdurasi empat minit ini, saya telah mengenakan tiga persalinan pakaian, dan video ini banyak bermain dengan kesan khas. Jadi, untuk menyudahkan semua proses itu, ia memakan masa yang agak lama. Ya, saya akui ia agak meletihkan, namun saya anggap setiap detik yang saya lalui untuk menjayakan karya ini sebagai pengalaman berharga dan mengujakan,” tambah Ernie.

    Menariknya tentang video muzik Aura ini, ia turut menampilkan produk kesihatan Ernie yang akan dilancarkannya tidak lama lagi iaitu, Zeleb+ NMN.

    Kata Ernie, “Sebenarnya, lagu ini bukanlah pilihan sebagai single pertama tetapi kebetulan pula penceritaannya sesuai dengan jenama dan imej Zeleb+ NMN.

    Untuk pengetahuan semua, produk Zeleb+ NMN ini direka untuk wanita dan lelaki. Ia diformulasikan dengan bahan yang bertujuan untuk menyediakan tenaga, terutamanya kepada wanita dan mereka yang memasuki peringkat matang usia.

    “Bagi saya sendiri, Zeleb+ NMN adalah teman terbaik untuk saya lalui hari-hari saya yang padat. Dan kenapa saya munculkan ia di video muzik ini? Kerana saya tidak hanya mahu berkongsi muzik saya dengan peminat, tetapi juga gaya hidup saya seperti amalan dan produk yang saya ambil untuk kekal sihat dan bertenaga,” tambah Ernie lagi.

    Menurut Ernie juga, selepas mengamalkan produk ini selama tiga bulan, beliau dapati kulitnya semakin mulus dan membantu meningkatkan kecerdasan otak. Kecemerlangan Zeleb+ NMN yang diiktiraf secara meluas telah menjadikannya produk pilihan personaliti terkenal. Ernie Zakri kini banyak terlibat dalam mempromosikan Zeleb+ NMN. Slogan produk ‘Jelmakan Auramu’ juga diinspirasikan daripada lagu Aura itu sendiri yang melambangkan intipati bercahaya dan bersinar yang boleh didapati menerusi kebaikan NMN.

    Pra pelancaran Zeleb+ NMN akan diadakan pada 2 Februari 2024 dengan pelbagai aktiviti selingan seperti sesi bertemu peminat dan perkongsian ilmu mengenai produk Zeleb+  NMN bersama Ernie Zakri.

    Zeleb+ NMN tetap komited dalam menyampaikan kualiti dan kepercayaan kepada pengguna. Dengan dedikasi untuk kecemerlangan, produk kami memastikan penyelesaian yang boleh dipercayai dan premium untuk kesihatan dan kesejahteraan anda, dengan bangga disahkan sebagai Halal untuk memenuhi keperluan yang pelbagai dari pengguna kami yang dihargai. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di www.zelebnmn.com.my.

     

  • Lagu ‘Astana’ Dinyanyikan oleh Ernie Zakri

    Kehebatan bakat vokal Ernie Zakri akan beraksi pada Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38, di mana penyanyi ini akan menghidupkan lagu “Astana” dalam satu persembahan solo yang dinanti-nanti.

    Syarikat rakaman Universal Music Malaysia yang mewakili Ernie berkata, perkara itu diputuskan selepas pihak Rocketfeul menghubungi mereka, semalam.

    “Rocketfuel ada menghubungi kami untuk berbincang perkara ini. Selepas mengambil kira banyak perkara selain tidak mahu membiarkan isu ini berlanjutan, jadi Universal Music Malaysia bersetuju dan membenarkan Ernie selaku penyanyi asal dan komposer lagu Astana untuk membuat persembahan.

    “Berhubung terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dengan Media Prima Berhad, pihak RIM menyerahkan perkara ini kepada kami di Universal Music Malaysia untuk membuat keputusan.

    Ditambah lagu ini sudah pun dicalonkan sejak Februari.

    “Pada masa sama, kami tidak mahu isu ini terus berpanjangan dan diperdebatkan. Diharap pihak terbabit segera mencari solusi terbaik,” katanya.

     

     

    Sementara itu, Erni berkata, dia lega apabila dapat menyanyikan lagu Astana.

    “Seperti yang diperkatakan sebelum ini, saya selaku penyanyi asal dan komposer lagu ini sudah tentu mahu menyanyikan lagu ini. Mana mungkin tidak. Malah, tidak pernah sekali saya berkata atau mengeluarkan kenyataan tidak mahu dan tarik diri.

     

    “Jadi, selepas melalui proses perbincangan yang panjang antara semua pihak dan pihak Universal Music Malaysia pun tidak pernah menghalang saya untuk menyanyikan lagu ini, saya dengan penuh gembira akan menggalas sendiri tanggungjawab untuk mempersembahkan lagu Astana.

    “Terima kasih sekali lagi kepada pihak Universal Music Malaysia yang sentiasa memahami dan percaya akan bakat saya. Kepada peminat dan semua pihak yang sentiasa ambil berat, saya hargai sokongan anda,” katanya.

    Terdahulu, RIM dan MPA dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.

    Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejak Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan.

    Malah, Universal Music Malaysia juga berkata, Ernie selaku artis yang kini di bawah naungan mereka cakna mengenai kenyataan RIM dan MPA mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam Muzik- Muzik yang masih dalam perundingan.

    Lagu Astana adalah ciptaan bersama Ernie dengan Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman yang tercalon ke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.