Tag: #KLBikeSHow

  • SYM Tuscany 150 Skuter yang Berkonsepkan Evergreen Dilancarkan Oleh SYM Malaysia

    KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2023 – Dalam rangka KL Bike Show 2023 yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur dari 24 Ogos hingga 27 Ogos 2023, SYM Malaysia telah mengambil peluang emas untuk memperkenalkan SYM Tuscany 150 kepada umum. Model terbaru ini telah lama dinantikan oleh pencinta skuter klasik. Tuscany 150 merupakan satu lagi ciptaan yang memukau dengan paduan keanggunan dan prestasi yang hebat. Reka bentuknya memukau dengan penggabungan yang jelas antara elemen-elemen klasik dan moden. Spesifikasinya yang mencengangkan memberikan gambaran yang jelas tentang kemampuannya. Dengan gabungan elegan dan canggih yang tidak dapat disangkal, Tuscany dijangka akan memberikan pengalaman yang ditunggu-tunggu oleh peminat skuter.

    Tuscany 150 ialah skuter yang menawan dan menyerlah dengan gabungan gaya dan prestasinya. Reka bentuknya sangat menarik dan jelas terlihat gabungan di antara klasik dan moden. Manakala spesifikasinya yang mengagumkan turut menjelaskan banyak tentang keupayaannya. Dengan gabungan elegan dan canggih, Tuscany semestinya menjanjikan pengalaman yang ditunggu-tunggu oleh para peminat skuter.

    Dikuasakan oleh enjin jenis satu silinder 4-lejang, model Tuscany 150 memberi ketekalan dan prestasi yang luar biasa. Dengan sesaran 149.6cc, enjin ini menawarkan keseimbangan harmoni antara kuasa dan kecekapan bahan api. Prestasi ini dijelaskan lagi dengan kuasa maksimumnya sebanyak 8.5Kw pada 8000rpm, dan tork maksimum 11.4Nm pada 5,500rpm. SYM Tuscany 150 menawarkan pecutan yang seimbang dan prestasi tahan lama. Ia sesuai untuk penggunaan harian dalam bandar atau perjalanan jauh, menjadikannya pilihan serba boleh bagi pelbagai keadaan.

    Kelebihan Tuscany 150 diperlihatkan lagi dengan menggunakan system kunci pintar pintar ataupun Smart Key System dengan penggera anti-kecurian. Sistem kunci pintar ini mudah digunakan untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda yang pastinya lebih memudahkan.

    Menunggang dengan SYM Tuscany 150 adalah lebih menyeronokkan dan selamat apabila skuter ini mempunyai lampu hadapan dan belakang yang menggunakan LED penuh untuk memberikan penglihatan yang lebih jelas. Selain itu juga, dengan paparan LCD digital penuh, ia dapat memberikan segala informasi tunggangan yang diperlukan oleh anda. Untuk kemudahan para penunggang juga, SYM Tuscany 150 dilengkapi dengan penyambung USB pengecasan pantas dimana anda boleh mengecas gajet anda tanpa gangguan.

    Model terbaharu ini hadir dengan tiga warna pilihan iaitu Merah, Kelabu dan Putih dengan harga permulaan RM8,888.00 tidak termasuk insuran dan cukai jalan. Pembeli boleh mendapatkan model cilik ini di mana-mana pengedar sah SYM di seluruh Malaysia.

    Dengan setiap pembelian mana-mana model Tuscany 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

  • WMOTO SX2-300 dan MOTOMORINI X-CAPE 650X akan Menunjukkan Prestasinya di Rimba Raid Taman Negara 2023!

    KUALA LUMPUR (24 OGOS 2023) – KL Bike Show 2023 telah menjadi saksi kepada satu sidang media khas yang berprestij, yang mengungkapkan penyertaan berapi-berapi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce) dalam edisi tahun ini Rimba Raid Taman Negara 2023. Dalam acara bersejarah ini, Mforce dengan bangga mengumumkan bahawa mereka akan menampilkan dua model motosikal terunggul mereka, iaitu WMOTO SX2-300 dan Moto Morini X-Cape 650X, dalam cabaran yang bakal memukau peminat motosikal Malaysia.

    Sebagai sorakan penuh semangat, tahun ini Moto Morini X-Cape 650X akan kembali diuji oleh pelumba terkenal, Muhamad Nazmee bin Ramlee, sementara WMOTO SX2-300 akan dipacu oleh Muhamad Amirul bin Ramlee, membawa elemen saudara kembar ke dalam acara ini. Rimba Raid Taman Negara 2023 akan menjadi medan ujian sebenar, bermula dari 31 Ogos hingga 3 September 2023. Kita semua menantikan persembahan cemerlang daripada pasukan Mforce dan semoga mereka mencapai kejayaan di dalam perlumbaan yang bergengsi ini.

    Tahun lepas, WMOTO SX2-300 berjaya meraih tempat ketujuh keseluruhan bagi kategori C manakala Moto Morini X-Cape 650X menamatkan perlumbaan dengan kedudukan yang mengagumkan, iaitu tempat ke-15 keseluruhan atau pelumba Malaysia yang ketiga untuk kategori B. Kejayaan ini membuktikan bahawa Moto Morini dan WMOTO adalah antara jenama yang perlu digeruni oleh pelumba yang lain kerana kemampuan jenama ini menamatkan perlumbaan. Pencapaian ini bukan sahaja menonjolkan keupayaan teknikal motosikal, tetapi juga menunjukkan kecekapan dan ketahanan para pelumba mengharungi segala cabaran yang disediakan oleh pihak penganjur.

    Walaupun mendapat keputusan yang memberangsangkan, Mforce tidak akan terus selesa malah bakal menggunakan strategi baharu untuk memastikan kedua-dua model yang dipertandingkan ini bakal meraih tempat di podium. Tambahan pula, para pelumba ini dijangka bakal menghadapi laluan perlumbaan yang lebih mencabar dan panjang iaitu lebih kurang 250km berbanding tahun lepas yang cuma 150km sahaja. Oleh itu, perancangan yang lebih teliti perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan berada di pihak Mforce.

    Sidang media pada hari ini jugak menyaksikan termeterainya perjanjian di antara dua pihak di mana pelumba WMOTO SX2-300, Muhamad Amirul bin Ramli menandatangi perjanjian tersebut dan ditandatangani oleh Encik Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Mforce. Manakala untuk Moto Morini,pelumba Muhamad Nazmee bin Amirul menandatangi perjanjian bersama dengan Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa Moto Morini iaitu Ethan.

    Keadaan geografi laluan yang begitu mencabar dan jarak perlumbaan sepanjang 200km, tidak dapat dinafikan bahawa ia menguji kecekapan, mentaliti, dan ketahanan pelumba, serta menuntut jentera perlumbaan yang terbaik untuk melengkapkan perlumbaan tersebut. Langkah Mforce untuk terus mengkaji dan mempertingkatkan strategi yang digunakan dalam acara Rimba Raid ini adalah wajar. Pengalaman dari perlumbaan lepas akan memberi adalah sangat berharga untuk pihak Mforce menilai semula tentang kekuatan dan kelemahan, serta membantu dalam penyempurnaan prestasi motosikal- motosikal tersebut semasa perlumbaan. Pihak Mforce mengucapkan semoga berjaya kepada Muhamad Nazmee bin Ramli dan Muhamad Amirul bin Ramli.

  • QJMotor Malaysia Menggegarkan Pasaran Tempatan dengan SRK600RC yang Memukau!

    KUALA LUMPUR (24 OGOS 2023) – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., pengedar eksklusif jenama QJMOTOR di Malaysia, telah menggegarkan pasaran dengan pengenalan model 600cc terbaru, SRK600RC. Dengan prestasi yang ditingkatkan dan rekaan yang memukau, model ini merupakan pilihan terbaik untuk para pencinta motosikal di seluruh negara. QJMOTOR Malaysia menawarkan model terkini ini dengan harga permulaan RM39,888.00, tanpa insurans dan cukai jalan, serta hadir dalam dua pilihan warna menarik; Hitam atau Biru.

    Bagi model SRK600RC, ia dipadankan dengan enjin empat silinder, dengan 16 injap dan sistem DOHC. Sifat penyejukan cecair enjin memastikan pengurusan haba optimum untuk prestasi yang konsisten dan cekap merentasi pelbagai keadaan. Menunjukkan kehebatannya, kuasa maksimum SRK 600 RC mencapai 60.0kW pada 11,000rpm adalah bukti keupayaannya untuk melancarkan pecutan yang menakjubkan. Tork maksimum untuk model ini adalah 51.0Nm pada 10,500rpm, memastikan kekuatan yang memuaskan, menjadikan setiap lilitan pendikit pengalaman yang dinamik bagi model ini.

    Sistem klacnya ialah Klac Basah Berbilang Plat Manual (ASC), memberikan kawalan yang tepat ke atas penglibatan dan pengasingan gear. QJMOTOR SRK600RC ini memiliki transmisi 6-kelajuan secara manual. Dengan berat 225kg, reka bentuk SRK600RC mengimbangi ketangkasan dengan kestabilan yang menyumbang kepada kecekapannya di jalan raya sesuai dengan berat model itu sendiri. Bagisistem brek pula, model bertubuh gah ini dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-kunci (ABS) yang menghalang roda daripada terkunci semasa brek keras atau mengejut. Ciri ini membantu meningkatkan prestasi brek keseluruhan dan kestabilan semasa brek.

    Model ini mempunyai ciri dan keunikannya yang tersendiri yang sudah pasti memberi pilihan luar biasa kepada peminat motosikal dunia. Mengikut kesesuaian model dan reka bentuknya, model ini dilengkapi dengan spesifikasi enjin yang mengagumkan, pengendalian responsif dan reka bentuk yang direka dengan baik serta menjanjikan perjalanan yang menggembirakan bagi penggemar motosikal dengan penampilannya yang mengagumkan. Model yang dilancarkan ini boleh didapatkan di mana-mana pengedar sah QJMOTOR di Malaysia.

  • MFORCE Memperkuat Kedudukannya Sebagai Pengedar Eksklusif MBP Moto

    KUALA LUMPUR (24 OGOS 2023) – Selain mengeluarkan model-model terkini daripada jenama-jenama lain, MForce telah mempersembahkan jenama terbaru iaitu Moto Bologna Passione atau lebih dikenali sebagai MBP Moto semasa KL Bike Show 2023. Dengan penampilan yang menggemparkan, MForce turut mengumumkan bahawa mereka akan menjadi pengedar eksklusif bagi jenama mewah dari Itali ini kepada semua peminat motosikal.

    MBP atau dikenali sebagai Moto Bologna Passione (MBP) adalah sebuah brand revolusi dalam dunia motosikal, dikenali dengan inovasi, kecemerlangan rekaan, dan teknologi terkini. MBP Moto tiba sebagai bukti nyata kepada inovasi dan kreativiti. Dengan aplikasi canggih dan sistem terkini, MBP Moto membolehkan peminat merasai pengalaman pemanduan yang lebih selamat, selesa, dan interaktif. Dari sisi kecekapan bahan api hingga sistem navigasi yang padu, setiap motosikal MBP Moto membawa bersamanya ciri-ciri berteknologi tinggi untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada para penunggang.

    Di KL Bike Show 2023 yang berlangsung di PWTC hari ini sehingga 27 Ogos 2023, Mforce mempamerkan beberapa model dari MBP yang dirancang bakal memasuki pasaran seperti C1002V, SC150RE, M502N dan SC150. Tiada lagi sebarang kata putus mengenai harga dan ciri-ciri akhir bagi setiap model tersebut kerana ianya masih dalam pertimbangan memandangkan perlu selari dengan misi utama Mforce iaitu menawarkan harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.

    Dante Bustos, Ketua Pegawai Pemasaran MBP Moto turut membuat sedikit pengenalan jenama di booth dan menceritakan sedikit sebanyak mengenai kekuatan dan kelebihan jenama ini. Dengan pengenalan jenama ini, ianya sedikit sebanyak dapat menarik perhatian ramai pengunjung dan juga memberikan keyakinan pihak umum terhadap jenama baru ini.

  • 800NK JENAMA CFMOTO BERJAYA DIPERKENALKAN DI KL BIKE SHOW 2023

    KUALA LUMPUR (24 OGOS 2023) – CFMOTO Malaysia terus mengembangkan pasarnya dengan memperkenalkan model terbaru, 800NK Advanced, yang dilengkapi dengan enjin bertenaga 800cc. Majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (PWTC) telah mengumumkan kemunculan model terkini ini dengan tawaran harga menarik bermula dari RM 38,888, tidak termasuk kos insurans dan cukai jalan.

    Motosikal ini menggunakan enjin silinder berkembar dengan sistem DOHC yang menjadi paduan teknologi terkini. Gabungan tenaga dan kecekapan dalam satu jentera yang padu terhasil daripada kuasa maksimum iaitu 74kW pada 9,500rpm dan tork maksimum 81Nm pada 8,000rpm.

                               Nebula White
                                 Zicron Black

    Pengenalan model 800NK Advanced dengan dua pilihan warna yang elegan, Zircon Black dan Nebula White, adalah suatu langkah yang memukau dari CFMOTO. Dengan ciri-ciri dan prestasi yang dijanjikan oleh model ini, ia pastinya akan menarik minat peminat kenderaan di Malaysia dan memperkukuhkan lagi reputasi CFMOTO sebagai pilihan utama dalam dunia automotif.

    CFMOTO 800NK menampilkan klac slipper yang membantu mengelakkan ketidakstabilan roda belakang semasa anjakan ke bawah secara agresif, terutamanya apabila memasuki selekoh pada kelajuan tinggi. Dalam memastikan keseimbangan yang baik antara pengendalian, cengkaman dan kestabilan menunggang, jentera ini mengenakan penggunaan tayar hadapan bersaiz 120/60-17 dan tayar belakang dengan 180/55-17 sesuai dengan penampilannya yang lebih terkini. Bagi suspensi hadapan, model ini menggunakan suspensi terbalik yang boleh dilaras daripada jenama KYB. Suspensi terbalik KYB memberikan prestasi yang lebih baik dalam menangani beban dinamik semasa menunggang dengan kelajuan tinggi. Ini menjadikan model 800NK lebih sesuai untuk pemanduan yang dinamik dan penuh dengan cabaran. Suspensi belakang pula menggunakan suspensi tunggal dan juga boleh dilaras memberikan kestabilan, terutama ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi memandangkan tidak wujudnya daya kilas.

    Model CFMOTO 800NK dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Teknologi ini meningkatkan kawalan dan kestabilan dengan memodulasi tekanan brek pada roda individu, mengelakkan tergelincir dan membenarkan penunggang mengekalkan kawalan. Dengan ABS pada CFMOTO 800NK, penunggang boleh brek dengan lebih yakin, walaupun pada permukaan licin atau semasa berhenti mengejut. Teknologi ini mengurangkan risiko kemalangan yang disebabkan oleh tergelincir dan kehilangan kawalan akibat daya brek yang berlebihan.

    Yang paling penting, CFMOTO 800NK turut menggunakan system kunci pintar pintar ataupun Smart Key System. Sistem kunci pintar ini mudah digunakan untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda. Ianya lebih mudah dan selamat dengan teknologi pintar ini.

    Model terbaharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai sistem elektronik dan ciri untuk meningkatkan prestasi, keselamatan dan pengalaman penunggangnya. Dengan unjuran skrin TFT tanpa wayar bersaiz 8 inci, ia dapat menyambungkan navigasi teknologi seperti main semula muzik dan pemberitahuan telefon pintar secara terus pada skrin motosikal ini. Selain itu, sistem kemas kini OTA (Over-The-Air), membolehkan pengeluar mengemas kini perisian. Ciri-ciri canggih ini menunjukkan bahawa CFMOTO menggabungkan teknologi moden dan kemudahan ke dalam model 800NK, meningkatkan pengalaman menunggang keseluruhan dengan penglihatan yang lebih baik, paparan maklumat, ketersambungan dan kemas kini perisian. Model 800NK Advanced ini boleh didapatkan di mana-mana pengedar sah di Malaysia dalam masa yang terdekat ini.

  • CROSSFIRE 150 XS MEMUKAU PENGUNJUNG KL BIKE SHOW 2023!

    Kuala Lumpur (24 OGOS 2023) – Pada jun yang lalu, Brixton telah berjaya melancarkan model Cromwell 1200. Kini mereka tampil aktif  dengan model baharu iaitu Crossfire 150 XS. Model ini menawarkan tiga warna yang memukau para peminat motorsikal, Backstage Black, Clockwork Orange dan Cargo Green. Harga permulaan bagi model Crossfire 150 XS bersaiz mini ini bermula dari RM8,788.00, tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

    Model Crossfire 150 XS dilengkapi dengan enjin berkuasa dan cekap yang menampilkan satu silinder, konfigurasi 4 lejang dan sistem penyejukan udara. Model Crossfire 150 XS mempersembahkan pelbagai spesifikasi yang mengagumkan yang menjanjikan pengalaman menunggang yang luar biasa. Dengan sesaran 150cc, ia menawarkan kuasa yang mencukupi untuk pelbagai senario tunggangan. Keupayaan enjin menyerlah, menawarkan output kuasa maksimum 10kW pada 9,500rpm, memastikan pecutan mendebarkan dan keupayaan pelayaran yang lancar. Penyampaian tork pula dapat mencapai kemuncak pada 10.5Nm di 3,100rpm yang menjamin prestasi optimum.

                               Backstage Black

    Direka dengan ketepatan, Crossfire 150 XS menawarkan dimensi yang menyumbang kepada ketangkasan dan kebolehgerakannya secara keseluruhan. Berdiri pada 1,690mm panjang, 755mm lebar, dan 1,210mm tinggi, ia mencapai keseimbangan sempurna antara kekompakan dan kehadiran di jalan raya. Ketinggian tempat duduk yang selesa iaitu 770mm menawarkan penunggang pendirian yang yakin sambil mengekalkan kawalan.

                                  Cargo Green

    Dengan berat 111kg, ia mempunyai binaan ringan yang meningkatkan kebolehgerakan dan memudahkan pengendalian. Bagi sistem brek hadapan, model ini menggunakan brek cakera tunggal jenis hidraulik bersaiz 220mm, memastikan kuasa dan kawalan berhenti yang berkesan. Brek belakang turut menggunakan brek cakera tunggal hidraulik dengan saiz 190mm, meningkatkan keupayaan brek keseluruhan jentera mini ini. Untuk tunggangan yang lancar dan terkawal, Crossfire 150 XS dilengkapidengan sistem suspensi hadapan jenis teleskopik terbalik. Persediaan suspensi ini menyumbang kepada pengendalian yang lebih baik dan menyerap hentakan dengan cekap. Bagi kapasiti bahan api pula, Crossfire 150 XS menawarkan isipadu tangki yang mencukupi iaitu 11 liter, memberi peluang kepada para penunggang untuk menikmati perjalanan yang lebih jauh.

                            Clockwork Orange

    Dengan enjin yang direka dengan baik, kuasa yang mengagumkan, dan dimensi yang direka dengan teliti, ia menjanjikan tunggangan yang menggembirakan yang dinamik dan selesa, menjadikannya pilihan ideal untuk penunggang yang mencari perjalanan yang mendebarkan dan menyeronokkan menggunakan dua roda.

    Dengan setiap pembelian model Brixton Crossfire 150 XS, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.