Tag: #LaguBaru

  • Cinta yang Tak Sampai: Menyelami Penyesalan Anggi Marito dalam Aku Bukan Untukmu

    Cinta yang Tak Sampai: Menyelami Penyesalan Anggi Marito dalam Aku Bukan Untukmu

    Anggi Marito, penyanyi berbakat Indonesia, meluncurkan single terbarunya, *Aku Bukan Untukmu*, di bawah label Universal Music Indonesia. Lagu ini merupakan sebuah remake daripada lagu ikonik yang pertama kali dinyanyikan oleh diva Indonesia, Rossa, pada tahun 2004. Lagu yang diciptakan oleh Aji Mirza Hakim, yang lebih dikenali dengan nama Icha Jikustik, menjadi salah satu hits besar yang turut dimuat dalam album *Kembali*. Dengan sentuhan baru, Anggi Marito ingin menyampaikan emosi penyesalan yang mendalam, sebuah perasaan yang pastinya pernah dirasakan oleh banyak orang ketika terlewat menyedari nilai sebuah cinta.

    Lagu ini menceritakan kisah tentang seseorang yang mengabaikan cinta dari orang yang sangat menyayangi mereka. Pada mulanya, perasaan itu mungkin tidak berbalas, tetapi ketika orang tersebut akhirnya berpaling ke orang lain, penyesalan muncul dan mendorong seseorang itu menyedari bahawa mereka telah kehilangan peluang untuk menjaga hubungan yang sebenarnya penuh makna. Bagi Anggi, *Aku Bukan Untukmu* menggambarkan betapa perpisahan dan penyesalan adalah perasaan yang pasti pernah dialami oleh mereka yang tidak menghargai cinta yang hadir dengan tulus.

    Anggi Marito mengakui bahawa projek ini memberi cabaran besar, terutama kerana lagu ini sudah begitu dikenali dengan suara dan karakter Rossa. “Saya sangat gugup ketika diberitahu tentang projek ini kerana lagu ini sangat melekat dengan gaya dan jiwa Teh Ocha (panggilan mesra Rossa). Namun, saya berusaha memberikan sentuhan baru tanpa menghilangkan keaslian lagu ini, dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya,” kata Anggi. Salah satu cabaran utama dalam penggarapan lagu ini adalah penyesuaian vokal dan improvisasi yang banyak, yang diarahkan oleh pengarah vokal, Kak Barsena Bestandhi. Walaupun banyak elemen baru yang tidak dijangka, Anggi berhasil menghadapinya dan menghasilkan interpretasi yang segar namun tetap emosional.

    Dari segi susunan muzik, versi terbaru lagu ini diberi nafas baru dengan penggunaan beat yang lebih moden, yang menggantikan elemen piano dan string yang mendominasi versi asal. Elemen megah dari Budapest Scoring Orchestra juga ditambahkan untuk memberikan kesan yang lebih mendalam pada beberapa bahagian lagu. Dengan bantuan produser ternama Indonesia, S/EEK, lagu ini berhasil menonjolkan karakter vokal Anggi yang kuat dan penuh emosi, menjadikannya relevan untuk pendengar masa kini.

    Semasa proses rakaman, Anggi berkesempatan bertemu dengan Rossa secara kebetulan, yang memberikan pujian terhadap hasil kerja Anggi. “Saya sangat suka dengan hasilnya. Karakter vokal Anggi membuatkan lagu ini terasa segar, penuh emosi, dan susunan muziknya sangat memukau tanpa menghilangkan nuansa klasiknya,” ujar Rossa. Kedua-duanya berharap agar lagu ini bukan hanya menjadi sebuah kenangan bagi para penggemar setia Rossa yang sudah lama mendengarkan lagu ini, tetapi juga dapat memberi nafas baru bagi generasi muda yang mungkin tidak mengenali versi asalnya.

    Rossa menambah, “Saya sangat gembira lagu ini dilancarkan semula. Bagi mereka yang pernah mendengarnya dahulu, ia akan menjadi kenangan indah. Tetapi bagi generasi baharu, lagu ini mungkin boleh menjadi anthem yang baru.” Anggi juga berharap agar lagu ini diterima dengan baik tanpa perlu dibandingkan dengan versi asal. “Apa pun versinya, lagu ini tetap indah untuk dinikmati,” tambah Anggi dengan penuh keyakinan.

    Bagi anda yang ingin menikmati versi terbaru *Aku Bukan Untukmu*, lagu ini kini sudah tersedia di semua platform muzik digital kesukaan anda. Jangan lupa untuk mendengarkannya dan merasai sendiri emosi yang dibawakan oleh Anggi Marito. Versi terbaru ini memberi dimensi yang segar dan pasti akan menggugah hati setiap pendengarnya.

  • Lagu “Rindu Hatiku Rindu” Yang Melodinya Seakan Zaman 90-an Menarik Minat Orang Ramai

    Lagu “Rindu Hatiku Rindu” yang dinyanyikan oleh penyanyi cilik Tantari nampaknya telah mencuri perhatian banyak orang dengan mencapai kedudukan #1 dalam trend muzik di YouTube selama 17 hari berturut-turut dengan jumlah tontonan sebanyak 1.6 juta dalam hanya 3 minggu setelah dimuat naik ke Youtube.

    Nama Tantari atau nama sebenarnya Naufal Azahel Mohd Alfian yang baru berusia 6 tahun mula mendapat perhatian ramai apabila video persembahan dia menyanyikan  lagu popular 90’an, “Cinta Melankolia” dendangan asal Allahyarham Aan dimuat naik ke akaun TikTok LoyyGoji pada 6 Januari lalu menarik lebih 300,000 tanda suka (likes).

    Siapa sangka berdasarkan lagu rock kapak itu, Tantari dilamar oleh Molek fm dengan kerjasama Nova Music untuk merakam lagu sulung, “Rindu Hatiku Rindu” ciptaan komposer ternama, Eddie Hamid manakala liriknya dihasilkan oleh Jaju dan Hakim Hakimi.

    Dilancarkan pada 15 Februari ’24, lagu “Rindu Hatiku Rindu” yang melodinya seakan lagu era 90-an itu bukan sahaja trending di YouTube tetapi juga di TikTok dengan pencapaian tontonan video muzik lagu ini sebanyak 4 juta di akaun TikTok HafizFeisal.  

    Di waktu yang sama, lagu berentak pop rock itu juga sering diputar di corong radio Molek FM dan Hot FM. 

    Menurut Eddie, pertama kali menonton video tular Tantari menyanyi, beliau terus tertarik dan tahu lenggok lagu yang macam mana penyanyi cilik itu sesuai bawakan sebelum lagu itu ditawarkan kepada Tantari oleh Abang Sham selaku orang kuat radio Molek FM.

    “Rindu Hatiku Rindu” juga merupakan karya pertama Eddie yang dibuat khas untuk penyanyi kanak-kanak seperti Tantari yang lahir pada 23 April 2017.

    “Saya lihat kelebihan Tantari terletak pada suaranya yang unik yang sesuai membawa lenggok lagu era 90-an. Kita juga perlu ketengahkan kanak-kanak yang berbakat sebagai pelapis penyanyi sedia ada. 

    “Walaupun dia masih kanak-kanak tapi saya tak ada masalah sewaktu membuat kerja-kerja rakaman di Studio NAR. Di studio, kami hanya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk siapkan rakaman,” kata Eddie tentang Tantari.

    Tambah Eddie, beliau tak menyangka lagu “Rindu Hatiku Rindu” nyanyian Tantari itu akan menjadi tular dan mendapat sambutan luarbiasa pendengar. Katanya, ini membuktikan bahawa walaupun zaman sudah berubah masih ramai yang meminati irama rock kapak. 

    Tantari akan memulakan alam persekolahannya dalam Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih, Selangor tahun ini. Memandangkan Tantari masih di bawah umur, jadi lirik lagu yang ditampilkan tidak bolehlah keterlaluan sebaliknya perlu sesuai dengan usianya. 

    Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Tantari sebenarnya mula menyanyi lagu-lagu kegemaran penggemar muzik dewasa  sejak berusia dua tahun. 

    Menurut bapanya, Mohd Alfian Bin Othman, bakat nyanyian Tantari dikesan sejak dia berusia dua tahun lagi dan lagu pertama yang dia nyanyikan di hadapan keluarga ialah lagu 60-an iaitu “Oh Fatimah”. 

    “Tantari mula berani menyanyi di hadapan orang ramai sewaktu berumur enam tahun apabila dia menyertai pertandingan nyanyian ‘Idola Kecil’ mula-mulanya di peringkat pra-sekolah, kemudian ke peringkat daerah dan seterusnya mewakili negeri Selangor. Untuk ketiga-tiga peringkat ini, dia mendapat tempat pertama. 

    “Sebagai bapa, saya bersyukur sebab ramai yang suka dengan nyanyian Tantari. Kalau ikutkan, saya ni tak adalah suka menyanyi lagu rock kapak, ada lagu-lagu tertentu saja. Tantari suka menyanyi lagu berjiwa rock disebabkan saya ada bekalkan sound system di rumah orang kahwin. 

    “Jadi bila buat sound check dan latihan menyanyi di rumah, saya selalu aturkan lagu 80-an dan 90-an. Mungkin sebab saya selalu buka lagu-lagu sebegini membuatkan ia masuk ke dalam dirinya,” cerita Mohd Alfian Othman tentang minat anak sulungnya itu. 

    Sejujurnya, kata Mohd Alfian Otman yang juga guru silat itu, beliau tidak fikir panjang apabila mendapat tawaran daripada Eddie Hamid untuk merakan lagu buat anaknya. 

    “Saya terus terima sebab saya berani katakan yang anak saya mampu buat dan alhamdulillah diizin Allah dan sekarang inilah hasilnya. Dari sentuhan terbaik komposer terkenal Eddie Hamid, Alhamdulillah. 

    “Sewaktu dalam studio, Tantari tak mengambil masa lama untuk rakaman kerana pihak Nova Music mahu terbitkan lagu itu dalam had waktu yang diberikan. 

    “Seingat saya pada hari buat rakaman tu kami datang ke studio pada jam 9 malam untuk mula rakaman dan selesai lebih kurang pukul 11.30 ke 12 tengah malam. Alhamdulillah, semua dipermudahkan,” katanya berkongsi pengalaman Tantari sewaktu di dalam studio rakaman. 

    Terus terang katanya, Tantari tidak mengikuti kelas vokal sebelum menjalani proses rakaman kerana semua persediaan dilakukan di rumah sahaja. 

    “Saya tak hantar dia ke kelas vokal sebab kami bukan dari keluarga senang nak hantar ke kelas vokal atau kelas muzik yang menelan belanja besar. Dia hanya kerap buat latihan di rumah dan disamping itu, kita menjaga waktu rehat, pemakanan dan kesihatannya,” ujarnya. 

    Meskipun Tantari meminati bidang seni, sebagai bapa Mohd Alfian Ohman tetap mengutamakan pelajaran anaknya dalam segala hal. 

    “Antara pelajaran dan seni, sejujurnya kami seimbangkan keduanya sebab pelajaran penting termasuk  ilmu agama yang perlu dititikberatkan. Dari segi penglibatan dia dalam aktiviti seni, minat dan bakat perlu ada. 

    “Pada saya, bakat yang ada pada dia adalah anugerah daripada Allah, jadi kita gunalah sebaiknya. Apa yang kita dapat semuanya adalah pemberian daripada Allah dan yang penting kita guna ke arah kebaikan,” tambahnya.

    Mungkin secara kebetulan bakat nyanyian Tantari itu terbit daripada nama panggilannya sendiri. Tantari adalah nama watak yang dilakonkan oleh Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem ‘6 Jahanam’. 

    “Nama panggilannya Tantari disebabkan dia adalah seorang pesilat dan saya adalah penggemar filem Tan Sri P. Ramlee. Dalam filem 6 Jahanam watak Tantari adalah seorang pendekar dan seorang pesilat. Saya ambil nama itu dan berikan kepada anak saya. Sampai sekarang, melekat dia dipanggil Tantari,” katanya lagi. 

    Lagu “Rindu Hatiku Rindu” nyanyian Tantari kini boleh didengar di semua pelantar penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music. Video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos di pautan ini https://youtu.be/LQZeGvclJSU?si=85uEkYd0I4CS9lXm

  • “HANYA TUHAN YANG TAHU” LAGU BARU AWI RAFAEL LAGU KLASIK

    Petaling Jaya, 27 November 2023 – Awi Rafael pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 28, kembali dengan nafas baru lagu klasik yang bertajuk “Hanya Tuhan Yang Tahu”. Sebelum ini lagu klasik di bawa oleh kumpulan UNIC lalu digubah mengikut susunan muzik yang berlainan versi Awi Rafael sendiri. Lagu yang di bawakan ini memang berbeza dengan sebelumnya. Lagu ini juga akan membawa keunikannya tersendiri kepada peminat.

     

    Awi Rafael bukanlah nama yang asing dalam industri muzik tanah air, beliau juga merupakan artis solo yang pertama dari Asia untuk merakamkan lagu di Abbey Road Studios yang merupakan antara studio muzik paling unggul di dunia. Justeru, beliau ingin menggunakan pengalamannya untuk mengharumkan lagi industri muzik tanah air. 

     

    Awi mengatakan yang beliau sangat selesa membawakan lagu ini, “Lagu ini adalah sepenuhnya versi dari saya sendiri. Saya turut sertakan kajian dari versi-versi yang pernah disampaikan oleh artis asal. Saya sangat selesa dalam membawakan lagu ini kerana ia sangat unik. Lagu ini merupakan lagu nasyid yang popular pada zamannya dan saya menganggap ini sebagai cabaran baharu kerana bukan mudah untuk gubah lagu ini dengan susunan muzik yang lebih moden seperti pop rock dan teknik nyanyian yang baharu”. 

     

    “Saya sangat bersyukur mendapat nasihat dari pihak label dan produksi drama kerana ia sangat memudahkan saya untuk mencapai hasil akhir lagu versi baharu ini. Harapan saya untuk lagu ini adalah supaya peminat di Malaysia akan tetap menyokong karya-karya saya, lagu-lagu baharu buat tahun ini dan tahun hadapan. Saya juga berazam untuk terus berkarya supaya generasi muda lebih mengenal lagu ‘evergreen’ seperti ini,” tambahan beliau. 

     

    Lagu yang penuh bermakna ini telah diberi peluang oleh pihak Alternate Records dan TV3 khas untuk runut bunyi drama ‘Di Wadi Safiyyah’ yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Pembikinan lagu ini hanya mengambil masa dua minggu dengan hasil pertolongan dan nasihat daripada pihak label dan produksi drama.

     

    Kepada semua peminat drama TV3, jangan lupa untuk saksikan drama ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi dan dengarkan runut bunyi terbaharu daripada Awi Rafael, ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’. Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah ini bertemakan cinta dan keluarga. Ia mengisahkan tentang hubungan terlarang sehingga menimbulkan ketegangan antara cinta mereka. Antara pelakon yang membintangi watak-watak dalam drama ini adalah adalah Aniq Suhair dan Rita Nadira.

     

    Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’ bermula 28 November 2023 ini di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Alternate Records & Talents, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my_.

     

    Turut disertakan adalah lirik lagu  “HANYA TUHAN YANG TAHU”:

    ‘Ku pendamkan perasaan ini
    ‘Ku rahsiakan rasa hati ini
    Melindungkan kasih yang berputik
    Tersembunyi di dasar hati

    ‘Ku pohonkan petunjuk Ilahi
    Hadirkanlah insan yang sejati
    Menemani kesepian ini
    Mendamaikan sekeping hati

    Oh Tuhanku
    Berikanlah ketenangan abadi
    Untukku menghadapi
    Resahnya hati ini mendambakan kasih
    Insan yang ku sayang

    Di hati ini
    Hanya Tuhan yang tahu
    Di hati ini
    Aku rindu padamu
    Tulus sanubari
    Menantikan hadirmu
    Hanyalah kau  pilihanku

    Oh Tuhanku
    Berikanlah ketenangan abadi
    Untukku menghadapi
    Resahnya hati ini mendambakan kasih
    Insan yang ku sayang

    Di hati ini
    Hanya Tuhan yang tahu
    Di hati ini
    Aku rindu padamu
    Tulus sanubari
    Menantikan hadirmu
    Hanyalah kau pilihanku

    Di hati ini
    Hanya Tuhan yang tahu
    Di hati ini
    Aku rindu padamu
    Tulus sanubari
    Menantikan hadirmu
    Hanyalah kau pilihanku

    Oh Tuhanku…

     

  • DALAM DRAMA ‘ALICE KAMPUNG BARU’ SERRA KAMAL MENYANYIKAN LAGU BARU ‘BILA KAU ADA’

    Petaling Jaya, 17 November 2023 – Lagu terbaru Serra Kamal iaitu Bila Kau Ada akan berkumandang dalam drama “Alice Kampung Baru”. Lagu ini berirama modern dan menjadi lagu runut drama terbaru ini. Drama ini akan ditayangkan di Tv3 sebentar sahaja lagi. Nantikan lagu terbaru Serra dalam drama “Alice Kampung Baru” pasti dapat menarik perhatian penonton drama ini.

     

    Minat Serra Kamal dalam bidang seni amat mendalam dan telah mula menceburkan diri sejak berusia 5 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian sempena Hari Malaysia. Kebolehan Serra Kamal dalam bidang nyanyian telah digilap oleh Hazama selaku mentor menerusi program realiti “Mentor Milenia 2017”. Serra Kamal juga turut menjadi peserta dalam program realiti Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) pada tahun 2021 berpasangan dengan Syafiq. Serra Kamal bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian, malah dia juga aktif berlakon drama, filem dan juga teater. 

     

    Lagu terbaharunya ‘Bila Kau Ada’ mengisahkan tentang nilai persahabatan, kasih sayang, kesetiaan dan kepercayaan dalam persahabatan. Menurut Serra Kamal, “Saya berbesar hati dapat menyanyikan lagu “Bila Kau Ada” dan melodinya sangat sesuai dengan jiwa saya. Liriknya nampak ringkas tetapi membawa seribu makna! Shazee Ishak dan Audi Mok selaku komposer dan penulis lirik, begitu komited menjayakan rakaman lagu ini dan kami telah mengambil masa sebulan untuk menyelesaikan rakaman. Saya berpuas hati dengan lagu rentaknya lebih fresh dan berbeza dengan lagu lain. Saya berharap lagu ini mendapat tempat di hati pendengar dan semoga lagu ini dapat menceriakan hati semua pendengar.”

     

    Kepada peminat Serra Kamal, pastikan tidak ketinggalan mendengar lagi ‘Bila Kau Ada’ berkumandang dalam drama “Alice Kampung Baru” di platform Tonton yang turut dibintangi oleh Serra Kamal. Drama ini mengandungi 20 episod berkisarkan tentang persahabatan, masalah remaja dan juga konflik keluarga. Antara barisan pelakon adalah Amelia Christie, Sharifah Rose, Serra Kamal, Aniq Durar, Alif Muhaimin dan Muntazar Ghufran

     

    Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu Bila Kau Ada di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok. 

    Turut disertakan lirik lagu Bila Kau Ada:

     

    (verse 1) 

    Gaya bergaya

    Denim lusuh

    Siap ku siap

    Sedia

    Masanya kita

    Menentang dunia

    Jalan ku jalan

    Tak sehala

    Lencong melencongnya ada

    Ada kau ada

    Senang atau susah

    (pre chorus)

    Kasut all star

    Gayaku macam superstar

    Bila susah

    Ku koyak

    Kalau hidupku drama

    Kamu heronya

    Kerana

    (chorus)

    Bila bila langit

    Ku nak runtuh

    Kau selamatkan ku

    Semua a-o-k

    Semua a-o-k

    Kau beri kata

    Yang meyakiniku

    Semua a-o-k

    Semua a-o-k

    (post chorus)

    Bila bila bila bila kau

    Ada ada ada ada

    Bila bila bila bila kau

    Ada ada

    (verse 2)

    Sama bersama

    Kasi jadi

    Angan beranganlah kita

    Takde ku takde rasa

    Kekurangan

    Keras oh keras

    Kepalaku

    Masih ku masih

    Mendengar

    Pedasnya pedas

    Setiap teguran

    (verse 2)

    Sama bersama

    Kasi jadi

    Angan beranganlah kita

    Takde ku takde rasa

    Kekurangan

    Keras oh keras

    Kepalaku

    Masih ku masih

    Mendengar

    Pedasnya pedas

    Setiap teguran

    (pre chorus & chorus)

    (bridge)

    Jika awanku mendung

    Kau pelangi

    Warna terindah

    Bmi takkan 

    Semeriah atau megah

    Tanpa kamu

    (chorus)

  • HAZAMA DAN NORANIZA IDRIS MERAWAT HATI LAGU PENAWAR KITA

    Kuala Lumpur, Malaysia — Dua penyanyi terkenal di  Malaysia iaitu  Ratu Pop Etnik Negara  Noraniza Idris dan  penyanyi lelaki popular Malaysia, Hazama. Mereka akan bersatu dalam karya muzik terbaru mereka yang bertajuk Penawar Kita. Lagu baru mereka ini dapat menyembuhkan hati mereka setelah lama tidak berkarya.

     

    Dari segi konsep muzik kali ini, Luca Sickta telah menghasilkan muzik yang menggabungkan elemen tradisional dan moden yang sinonim dengan perwatakan nyanyian dari Noraniza Idris & Hazama. Penggabungan ini mencipta dinamika musik yang membawa perpaduan elemen tradisional dan moden.

     

    Menurut Hazama ‘’ Saya rasa sangat bertuah kerana dapat berpeluang berkolaborasi bersama dengan lagenda Irama Malaysia , Noraniza Idris . Kali pertama dapat panggilan projek ini saya terus setuju dengan tawaran dari Kak Ani. Kebetulan pula saya memang peminat Kak Ani dari kecil lagi. Projek ini merupakan kali pertama saya merakamkan lagu yang bergenre Irama Malaysia. Tanpa tawaran ini , tidak mungkin berpeluang untuk merakamkan lagu yang berunsurkan Irama Malaysia kerana saya sememangnya membawakan genre Rock . ‘’Terima Kasih juga tak terhingga kepada semua yang terlibat dan juga pihak Luncai Emas yang banyak membantu dalam sepanjang proses projek ini dijalankan’’. Tambah Hazama .

     

    “PENAWAR KITA ” adalah terbitan bersama Luncai Emas Sdn Bhd dan NIPV Management Sdn Bhd. Lirik ditulis oleh penerbit muzik , penyanyi & rapper Kmy Kmo, dan dilengkapkan dengan konsep muzik yang mendalam oleh Luca Sickta, bertujuan untuk memikat penonton dengan lirik yang bermakna dan melodi yang meremajakan jiwa. Lagu ini menggabungkan elemen muzik tradisional yang terpilih dengan hikmah pantun nasihat, mencipta perpaduan menawan antara tradisi dan moden.

     

    Walaupun lirik dan lagunya oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta, Noraniza Idris tetap membawa pesanan mendalam melalui persembahan suara yang menggugah hati. Lirik yang ditulis membawa pendengar dalam perjalanan yang menyentuh hati, di mana ujian dan cabaran kehidupan berfungsi sebagai pengajaran praktikal dalam memahami hakikat hubungan manusia.

     

    Kmy Kmo menambah, "Apabila zaman berganti zaman kita semua memerlukan udara-udara baik dan harmoni, menekankan keperluan berkekalan untuk bersatu dan harmoni dalam kehidupan kita’’.     ‘’ Setelah siap rangka susunan muzik , saya cadangkan agar lagu ini diduetkan dengan artis baru atau sedang aktif dan sesuai dengan vocal saya . Ambil masa lama juga meninjau, satu hari saya buat satu program melibatkan Hazama dan saya terus terfikir untuk calonkan Hazama sebagai rakan duet. Usulan itu disambut baik oleh pengurusan Hazama. Bermulalah rakaman single ini’’. Kata Noraniza Idris.

     

    ‘’Penerbitan single ini dipantau sepenuhnya oleh Datuk M.Nasir selaku penasihat single ini. Saya sangat berbesar hati dapat khidmat nasihat dari Datuk sebuah nama besar yang dihormati dalam industri muzik hingga kini’’. Tambah Noraniza Idris lagi.

     

    Sejajar dengan evolusi muzik dalam peredaran masa kini, Noraniza Idris & Hazama berharap semoga lagu duet ini di terima peminat muzik di Malaysia dan mendapat tempat di dalam hati masing – masing .

     

    Penawar Kita diharapkan agar dapat juga merentasi peringkat umur dan memberikan pengalaman bermakna kepada semua pendengar. Dengan semangat kolaboratif, mempersembahkan Penawar Kita sebagai nyanyian bersama yang berkuasa. Single ini meresap secara mendalam dalam hati mereka yang mencari keselesaan dan hubungan dalam bahasa muzik yang universal.

     

    Penawar Kita kini boleh didapati di semua platform muzik utama, seperti Spotify , Apple Music, Itunes dan juga Muzik Video akan mula ditayangkan di saluran Luncai Emas mulai 10 November 2023. Diharap semua dapat mendengar untuk mengalami perpaduan menawan melodi tradisional dan moden yang membawa kedamaian.

     

    Sekian, Terima Kasih

  • Berdansa dengan Nota: Karya ‘Akhir Cerita’ Ungkap Kedewasaan Muzikal Mereka

    Meski hati berat untuk berpisah, sedang masih ada rasa cinta, namun perpisahan jalan terbaiknya.

    Ia merupakan mesej yang tersirat dalam single duet yang menggambarkan kolaborasi unik Dalia Farhana dan Aziz Harun, adik-beradik sulung yang penuh bakat. Lagu bergenre ‘modern ballad’ ini adalah hasil ciptaan mereka bersama Eugene Lai.

    Diterbitkan oleh X.O. House dan Faithful Music, ia memperlihatkan kedewasaan dalam karya muzik Aziz Harun dan Dalia Farhana. Menariknya, ‘Akhir Cerita’ juga merupakan karya ciptaan pertama mereka bersama-sama, memberikan makna yang lebih mendalam pada lagu ini.

    Menariknya, lagu Akhir Cerita ini buat pertama kalinya bakal dipersembahkan secara langsung pada Chapter One: Aziz Harun The Showcase.

    Dalia Farhana, 25, atau nama sebenar Tengku Farhana Dalia Tengku Bahar Iskandar berkata, satu penghormatan apabila dapat bekerjasama dengan Aziz.

    “Projek lagu ini adalah pertama kali saya bekerjasama dengan Aziz dan sebenarnya saya sudah menjadi peminatnya. Jadi, ini adalah satu penghormatan apabila dapat bekerjasama dengan Aziz.

    “Saya tidak sangka pertama kali kami berjumpa sudah boleh tulis lirik lagu bersama-sama. Itu adalah sesi yang sangat menarik kerana pertama kali menulis lagu bersama orang lain, jadi saya banyak belajar daripada Aziz.

    “Selain Aziz, saya berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Eugene Lai dalam lagu ini. Sangat senang bekerja dengan mereka walaupun baru pertama kali, jadi saya sangat berterima kasih kerana mereka juga terbuka untuk menerima idea saya. Mereka juga banyak memberi pendapat dalam perbincangan dan usaha untuk menyiapkan lagu ini. Kami bukan sekadar bekerja tetapi berkarya bersama-sama,” katanya.

    Berkongsi lanjut, Dalia berkata, bekerjasama dengan Aziz sangat mudah dan menyeronokkan.

    “Senang sahaja bekerja dengan Aziz kerana dia seorang yang menyeronokkan. Bekerja dengan dia memang banyak ketawa sebab kami jenis orang yang susah serius. Apabila kami berbincang untuk menyiapkan lagu ini, sebenarnya kami sedang berbual dan daripada itu tercetus idea untuk jalan cerita lagu ini.

    “Alhamdulilah, sepanjang proses rakaman lagu Akhir Cerita ini semuanya berjalan lancar. Untuk rakaman muzik video juga berjalan dengan baik dan ia berjaya disiapkan lebih awal daripada apa yang dirancangkan. Semua orang memberikan kerjasama yang baik,” katanya.

    Sementara itu, Aziz Harun, 25, atau nama sebenar Abdul Aziz Harun mengakui rakan duetnya kali ini, tepat dengan lagu yang dihasilkan.

    “Lagu ini berentak ‘modern ballad’ dan ia sesuai untuk kami yang selalu tulis lagu sedih macam ni. Jadi untuk lagu ini memang kena dengan pasangan duet kali ini.

    “Satu pengalaman yang menarik apabila dapat bekerjasama dengan Dalia. Biarpun ‘range’ vokal kami berbeza, tapi, sebab Dalia pun terbuka, jadi kami cuba dan gembira dan puas hati dengan hasil lagu ini.

    “Ini kali pertama kami bekerjasama selepas dah lama minat Dalia apabila dia ‘cover’ lagu.  Dalam masa sama, dia pun banyak single berentak balada yang menyentuh hati. Saya sangat suka. Memang saya nak buat lagu dengan dia. Alhamdulillah, menerusi projek ini kami nyanyi dan buat lagu bersama,” katanya.

    Menurutnya, penghasilan lagu Akhir Cerita menjadi lebih mudah apabila semua pihak yang terbabit sangat profesional.

    “Cabarannya mungkin ‘key’ kami berbeza. Jadi, kami perlu cari keseimbangan dari segi melodi supaya tidak ada sesiapa yang lebih atau kurang. Dalam masa sama, gubahan muzik juga cabaran besar masa buat lagu ni. Kita nak dapatkan ‘vibes’ sedih sebab ada dua penyanyi. Tak nak dua penyanyi ‘overshadow’ lagu dan mesej lagu ni. Melodi lagu pun tak berat sangat. Tapi sebab dua orang bekerjasama, lagilah kena hati-hati dalam semua aspek pembikinan lagu.

    “Dari segi proses penggambaran video muzik pun mudah. Kami jenis yang ‘easy going’ dan terbuka untuk idea. Sangat mudah bekerjasama dengan semua pasukan kerana masing-masing sudah pernah bekerja dalam MV sebelum ini,” katanya.

    Aziz berharap lagu Akhir Cerita dapat diterima baik pendengar dan pencinta muzik tanah air.

    “Kelebihan lagu ini adalah senang untuk didengar dan boleh dengar di mana-mana dalam pelbagai situasi. Lagu ini menyampaikan mesej untuk kuat dalam membuat keputusan demi kebaikan diri sendiri dan orang tersayang walaupun berat melepaskan.

    “Lagu Akhir Cerita bagi saya adalah mengenai kesedaran untuk melepaskan sesuatu atau seseorang yang kita sayang. Dalam lagu ini ada pesanan untuk melepaskan dengan ikhlas dan tetap mendoakan walaupun pada akhirnya tetap perlu berpisah.

    “Saya berharap lagu ini dapat menemani orang yang berada dalam situasi seperti digambarkan dalam lagu ini. Saya juga berharap lagu ini dapat memeberi semangat kepada mereka yang menjalani fasa kehidupan yang tidak begitu bahagia, sekali gus mampu memberi kekuatan kepada pendengar,” katanya.