Tag: PendekarAwang

  • Agong Berangkat Ke Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah

    2 Januari 2024, telah berlangsung tayangan perdana filem terbaru daripada Studio Kembara yang bertajuk “Pendekar Awang Darah Indera Gajah.” Filem ini bakal memukau penonton bermula 11 Januari 2024 di pawagam-pawagam seluruh negara. Jangan lepaskan peluang menyaksikan pengembaraan epik ini!

    Sukacita juga dimaklumkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang telah sudi mencemar duli untuk menyaksikan tayangan perdana ini di GSC IOI Citi Mall, Putrajaya pada hari ini. Atas kesudian DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ini kami merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ke Bawah Duli Tuanku.

    Filem ini merupakan sekuel kepada filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan atau prekuel kepada filem Mat Kilau 2 yang akan dibikin pada masa hadapan kelak. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon terkenal dan yang sedang meningkat naik. Dengan barisan pelakon yang mantap serta kandungan cerita yang menarik ini Studio Kembara berharap ia dapat menghiburkan para penonton.

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini konsep hiburan Studio Kembara adalah menyajikan hiburan bermanfaat untuk seisi keluarga. Sambil berhibur diharap filem ini mampu meningkatkan kepada rasa cinta kepada tanahair, menghargai pengorbanan pejuang-pejuang tanah air dahulu kala serta meningkatkan semangat positif lagi terpuji di kalangan anak muda. Filem kali ini juga turut mengangkat peranan wanita dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan tanahair.

    Mengesyorkan seluruh rakyat Malaysia untuk datang menonton beramai-ramai bersama keluarga. Filem ini mempunyai kualiti tersendiri yang mampu menghibur sambil menyuntik inspirasi kepada seluruh lapisan penonton lelaki dan wanita. InshaALLAH.

     

  • PENDEKAR AWANG : DARAH INDERA GAJAH.

    Dirasmikan oleh STUDIO KEMBARA sendiri, pelancaran treler, OST dan barangan eksklusif filem arahan STUDIO KEMBARA SDN. BHD. yang kedua, Pendekar Awang Darah Indera Gajah, telah diadakan pada 12 Disember 2023. Menurut pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan filem ini, filem ini akan ditayangkan pada 11 Januari 2024, sehingga Finas mengesahkannya.

    Pihak yang terlibat di dalam proses pembikinan filem ini juga ada memberitahu, kami benar-benar mengharapkan filem ini akan mendapat sambutan yang hangat serta dapat menghiburkan para penonton kelak. Sebagaimana yang tuan-tuan telah maklum konsep hiburan yang dibawa oleh Studio Kembara ialah Hiburan Bermanfaat. Kami percaya filem ini ada mutu yang tersendiri dan bukan itu sahaja ia juga membawa mesej-mesej yang bermanfaat, bagus dan yang boleh menyuntik semangat cinta akan tanah air serta inspirasi yang diperlukan pada waktu ini.

    Justeru, musim ini kami menambah nilai sajian kami dan sukacita memperkenalkan tagline baru iaitu Hiburan Bermanfaat Seisi Keluarga. Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat sebagaimana tagline.

    Pihak pengurusan studio kembara juga bersama-sama mengajak sidang penonton dan rakyat Malaysia amnya untuk beramai-ramai seisi keluarga menonton filem ini. Sukacita kami mencadangkan untuk jadikan filem ini sebagai 1 acara santai keluarga atau acara hari bersama keluarga, beramai-ramai mengukuhkan silaturahim dan ukhwah persaudaraan keluarga dengan datang dan berhibur menonton filem ini.

    Kami percaya filem ini sangat berbaloi untuk ditonton, jelas mereka.

    TRELER RASMI

    Treler PENDEKAR AWANG membawa perasaan dan kandungan atmosfer filem kehidupan melalui sebuah lagu yang penuh dengan maksud tersirat selari dengan konten filem PENDEKAR AWANG.

    MERCHANDISE EKSKLUSIF UNTUK PEMINAT SETIA

    Kami juga ingin memperkenalkan rangkaian merchandise rasmi PENDEKAR AWANG untuk peminat setia kami dengan kerjasama strategik bersama KUMPULAN MALAKAT. Dari pakaian hingga barangan koleksi, setiap item direka khas untuk filem ini. Merchandise boleh didapati di kedai dalam talian kami di platform malakat.com selepas pelancaran dengan membuat pembelian secara Preorder.