TV9 BAWAKAN SECARA LANGSUNG PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA MANCHESTER UNITED DAN LIVERPOOL

Bagi menghangatkan lagi suasana pra musim Liga Perdana Inggeris, TV9 akan membawakan secara langsung perlawanan persahabatan antara Manchester United dan Liverpool khas buat peminat fanatik kedua-dua pasukan tersohor The Red Devils dan The Reds ini pada 12 Julai 2022, Selasa, pukul 8.30 malam.

Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Rahamangala, Bangkok dan akan menampilkan Hasnida Hanim dan Fariz Zolkarnain selaku hos utama dan ditemani Hanif Miswan sebagai pengulas pada malam perlawanan tersebut. Untuk menyemarakkan lagi perlawanan “panas” ini, TV9 turut menjumput Dato’ Khairul Anwar Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 dan Raf Yaakob, Presiden Kelab Penyokong Manchester United Malaysia.

Saksikan aksi pertembungan menarik di antara 2 kelab gergasi Inggeris yang terdiri daripada pemain berkelas dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Marcus Rashford, David De Gea, Jadon Sancho dan Bruno Fernandes yang mewakili Manchester United serta pemain Liverpool iaitu Allison Becker, Roberto Firmino, Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Luis Diaz.

Pastikan anda bersama kami di TV9 bagi menyaksikan dua pasukan tersohor dunia Manchester United melawan Liverpool  pada 12 Julai 2022, Selasa, pukul 8.30 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k