Upin & Ipin: Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Bertemakan mesra keluarga, HYdeout mula bertapak di Grand Hyatt Kuala Lumpur sejak Disember 2020. Tahun ini berkolaborasi dengan siri animasi Upin & Ipin pastinya akan menarik lebih ramai pelanggan untuk menjamu selera di sana. ‘Dinotopia’ merupakan tema yang pihak hotel teruja untuk dedahkan kepada tetamu.
“Bagi kami mengekalkan momentum secara berterusan, idea-idea menarik akan menjadi satu keperluan bagi kami untuk menegakkan objektif HYdeout yang sangat menyerlahkan keseronokan keluarga. Kami menganggap bahawa kepentingan bertemakan ‘Kampung In The City’ akan memberi kesan yang baik kepada tetamu tempatan dan antarabangsa, seperti yang berlaku kepada kami. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Les’ Copaque Production, syarikat penerbitan animasi perintis Malaysia, juga pencipta Upin & Ipin, untuk memastikan visi ini melayari apa yang kami percaya akan memerlukan rasa perhubungan yang hebat untuk keluarga untuk kembali kepada pengembaraan ‘kampung’,” luah Olivier Lenoir, Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Haji Buhanuddin Md Radzi, Pengasas, Pengarah Urusan dan Penerbit Les’ Copaque Production, berkongsi, “Adalah kebanggaan dan keistimewaan kami untuk bekerjasama dengan Grand Hyatt Kuala Lumpur untuk tema baharu HYdeout kerana kami mampu membawa elemen Upin & Ipin hidup di luar skrin. Kami berhasrat untuk orang lain memupuk budaya rumah tangga dan hiburan tradisional kami, yang dipentaskan daripada pengembaraan Upin & Ipin, sebagai cara untuk kami menghargai akar umbi kami dan menghidupkan semula nostalgia zaman kanak-kanak di tengah-tengah zaman moden ini. Terima kasih kepada HYdeout, kami berharap pengalaman uniknya akan memupuk rasa akrab yang sama dalam kalangan peminat Upin & Ipin, malah memupuk yang baharu.”
Selain menawarkan bufet bertemakan “Kampung In The City” yang serba baharu kepada tetamu, HYdeout juga menyediakan hiburan untuk pelanggan dengan adanya permainan “messy play”, permainan tradisional , lukisan ‘wau’, sudut bacaan, gerai karnival, dinding 3D, tayangan filem dan banyak lagi. Tetamu juga berpeluang untuk bertemu dengan Upin & Ipin.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh layari website Grand Hyatt Kuala Lumpur, ataupun hubungi hydeout.kuagh@hyatt.com / +60 32182 1234