Terpaling Juara: Shaz Rasa Tertekan

 

Pada minggu pertama Terpaling Juara, Rahmad Mega telah membuktikan beliau masih berbisa, apabila Berjaya memenangi Persembahan Terpaling Padu menerusi lagu Merisik Khabar (Juara Lagu 1987, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman).

Pada minggu kedua dan ketiga pula, Shaz mendapat kemenangan besar apabila Berjaya membolot gelaran Persembahan Terpaling Padu untuk dua minggu berturut-turut. Kemenangan ini tidak membuatkan Shaz leka dan duduk selesa.

Sudah tentunya memberi tekanan kepada Shaz kerana perlu kekalkan stamina, vokal dan memberikan persembahan terbaik untuk minggu keempat serta bersaing dengan lima peserta yang mana, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Minggu ini, tanggungjawab yang dipikul lebih berat apabila peserta perlu menyanyikan lagu ciptaan kapten sendiri. Shaz tidak terkecuali, apabila diberi tugasan untuk membawakan lagu Canggung bergenre irama tradisional moden (SFMM 35, nyanyian asal Wany Hasrita).

 

Dua genre telah dinyanyikan oleh Shaz iaitu balada dan dangdut menerusi lagu Cinta (AJL36, nyanyian asal Marsha Milan), Selamat Jalan Romeo (AJL 19, nyanyian asal Ramlah Ram) dan Purnama Merindu bergenre balada (AJL14- nyanyian asal oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza).

Rata-rata komen daripada netizen juga mengatakan Hael dan Shaz sama-sama on-track! Malahan, juri tetap juga turut berpuas hati dengan persembahan Shaz sejak dari minggu kedua. Bagaimana pula komen untuk minggu ini? Boleh atau tidak Shaz mengekalkan kedudukannya sebagai ratu persembahan Terpaling Padu? Semuanya terjawab dalam TERPALING JUARA pada Ahad ini, 11 September 2022, jam 9.00 malam yang dibawakan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Hael dan Shaz kerap dirujuk sebagai bersetuju oleh pengguna internet. Realitinya, sejak Isnin lalu, perbuatan Shaz semakin menggusarkan Juris. Apa lagi yang perlu dikatakan untuk minggu ini? Adakah Shaz berhak untuk menggelarkan ini antara persembahan terbaik yang pernah ada? Pada 11 September 2022, jam 9:00 pagi, semua orang akan berada di TERPALING JUARA. Zon masa. Ia akan disiarkan dalam HD secara langsung di tonton.com.my. Untuk mempromosikannya di media sosial, gunakan hashtag #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL.

 

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k