Program “Jom Tengok Bola” – Uniti Bersama Harimau Muda anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro Awani

Program yang julung kali dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bertempat di Restoran Hakim, Shah Alam semalam (19 Mei 2022) dihadiri oleh YB Datuk Halimah Mohamed Sadique bersama lebih 300 orang pengunjung.

Pengunjung yang hadir dalam Program “Jom Tengok Bola” di Restoran Hakim, Shah Alam

Program “Jom Tengok Bola” – Uniti Bersama Harimau Muda ini anjuran bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro Awani. Matlamat program ini adalah untuk memberi sokongan kepada Pasukan Harimau Muda dalam aksi separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA menentang Vietnam.

Ianya juga merupakan usaha untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia melalui sukan, iaitu salah satu tapak integrasi nasional dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bergambar bersama pengunjung di Restoran Hakim semalam (19 Mei 2022)

Kehadiran pengunjung daripada pelbagai kaum yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan bola sepak negara menggambarkan semangat kenegaraan dan kesepaduan yang tinggi. YB Datuk Halimah Mohamed Sadique berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dengan kerjasama lebih banyak pihak bagi menyemarakkan semangat perpaduan melalui sukan yang merupakan satu wadah dalam merapatkan hubungan Keluarga Malaysia.

Restoren Hakim turut menerima plak penghargaan #FoodUnites oleh Menteri Perpaduan diatas usaha menyemarakkan perpaduan menerusi kepelbagai makanan di restoren popular berkenaan.

Anugerah berkenaan diperkenalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan disampaikan kepada restoran, cafe, kopitiam atau foodtrak yang menjadi tapak integrasi yang dikunjungi oleh masyarakat pelbagai kaum.

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k