MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA DAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ini adalah pemeteraian kedua puluh satu oleh DOSM dengan Institusi Pengajian Tinggi. Melalui MoU ini, DOSM dan UMT bersetuju berkongsi kepakaran profesional dalam bidang berkaitan pengumpulan, tafsiran dan penyebaran statistik rasmi.
Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, dan Naib Canselor UMT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). Pegawai kanan daripada kedua-dua agensi hadir pada majlis menandatangani perjanjian tersebut. Acara ini berlangsung di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Tereggganu, dengan Seminar My Local Stats and Sustainable Development Goals (SDG).