MOHD AZIZULHASNI, BONNIE BUNYAU ATLET TERBAIK ANUGERAH PERPADUAN 100PLUS SAM 2020/2021
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada majlis Anugerah 100Plus Perpaduan SAM 2020/2021.
Jaguh berbasikal trek berusia 34 tahun itu menewaskan lima calon lain iaitu Lee Zii Jia (badminton), gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Datuk Pandelela Rinong Pamg (terjun) dan Rifdean Masdor (Muay Thai).
Anugerah berkenaan merupakan yang keempat bagi jaguh keirin kelahiran Dungun, Terengganu itu selepas memenangi anugerah yang sama pada 2009, 2017 dan 2019.
Selain pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, Mohd Azizulhasni turut mencipta kejayaan meraih dua pingat gangsa pada Kejohonan Dunia di Berlin 2020, masing-masing dalam acara keirin dan pecut.
Bagaimanapun, Mohd Azizulhasni tidak dapat hadir pada majlis berkenaan kerana masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung susulan disahkan mengalami masalah jantung dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne pada 21 April lepas.
Sementara itu, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan memburu gelaran berganda apabila sekali lagi muncul Atlet para Terbaik pada majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka hari ini.
Atlet powerlifting negara itu mencipta pelbagai kejayaan cemerlang sepanjang tahun 2020 dan 2021 dengan mencipya sensasi tersendiri apabila menyumbang pingat emas pertama kontijen negara di temasya Sukan Paralimpik Tokyo dalam kategori 72 kilogram, dan turut memecahkan rekod Paralimpik dipegang Rasool Mohsin dari Iraq pada Rio 2016 iaitu 227kg, dengan melakukan Angkatan 228kg dalam percubaan ketiganya.
‘Badang kerdil negara’ it uterus mengukir nama Malaysia di mata dunia dengan menampilkan prestasi luar biasa apabila memecahkan rekod dunia pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali gus merangkul pingat emas acara berkenaan.
Kejayaan Bonnie Bunyau melakukan Angkatan bebanan seberat 230 kilogram (kg) dalam kategori lelaki atas 72 kg itu telah memadamkan rekod dipegang atlet Iran Roohallah Rostami yang melakukan Angkatan seberat 229 kg di Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia pada 2018.
Kemunculan Bonnie Bunyau di pentas pertandingan tidak pernah mengecewakan apabila meraih pingat emas di Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia.
Kedua-dua mereka masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Ti Lian Ker serta Pengarah Perhubungan Kerajaan Industri dan Hal Ehwal Halal F&N Holding Berhad, Datuk Raffiq MD Ariff.
Selain Anugerah Atlet Terbaik, SAM juga tidak lupa menghargai jasa dan sumbangan tidak terhingga yang diberikan oleh dua tokoh hebat dalam bidang sukan menerusi Anugerah Khas kepada mendiang Datuk Sieh Kok Chi dan Allahyarham Datuk Zolkples Embong.
Pemergian mendiang Datuk Sieh Kok Chi yang terkenal dengan julukan ‘Wikipedia’ sukan Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong pastinya meninggalkan ruang besar dalam arena sukan negara dan jasa dan sumbangan kedua-dua tokoh sukan negara ini tidak terhingga buat keluarga kewartawanan sukan.
SENARAI PEMENANG 2020
- LAPORAN BERITA TERBAIK (MEDIA CETAK)
Pemenang: Mohamad Zulfaizan bin Mansor
Agensi: BERITA HARIAN
Tajuk: POTONG GAJI
- LAPORAN BERITA TERBAIK (MEDIA ELEKTRONIK)
Pemenang: 1. Al Shaiful Nazib bin Talib
2.Zamri bin Zainon
Agensi: TV3
Tajuk: PSIKOLOGI SUKAN
- ULASAN BERITA TERBAIK (MEDIA CETAK)
Pemenang: Mohd Fauzi bin Mohd
Agensi: HARIAN METRO
Tajuk: AMD SUDAH ADA PENAJA
- ULASAN SUKAN TERBAIK (MEDIA ELEKTRONIK)
Pemenang: 1.Mohd Fauzi bin Mohd Marzauki
2.Abdul Halim bin Mohd Yusoff
Agensi: RTM
Tajuk: SEMANGAT KERAMAT SURESH
- LAPORAN KHAS SUKAN TERBAIK (MEDIA ELEKTRONIK)
Pemenang: 1.Ahmed Shahrazad bin Abdullah Sani
2.Mohd Irsyahdi bin Tumian
Agensi: ASTRO ARENA
Tajuk: TIUPAN ANGIN AHMAR
- FOTOGRAFI SUKAN TERBAIK
Pemenang: Ahmad Izzrafiq Bin Alias
Agensi: THE STAR
SENARAI PEMENANG 2021
- LAPORAN BERITA TERBAIK (MEDIA CETAK)
Pemenang: Amiril Muttaqien Bin Meketar
Agensi: BERNAMA
Tajuk: SAYA HARAP EMAK LIHAT KEJAYAAN SAYA
- LAPORAN BERITA TERBAIK (MEDIA ELEKTRONIK)
Pemenang: 1.Mohd Zulhelmi Bin Zainal Azam
2.Mohammad Hurzaid Bin Mohd Rosli
Agensi: ASTRO ARENA
Tajuk: INSIDEN TEROWONG
- ULASAN BERITA TERBAIK (MEDIA CETAK)
Pemenang: Lim Teik Huat
Agensi: THE STAR
Tajuk: POOR DECISIONS CAN LEAD DIVING
- ULASAN SUKAN TERBAIK (MEDIA ELEKTRONIK)
Pemenang: 1.Muhammad Karl Iskandar Nunis Bin Muhammad Khairy Nunis
2.Mohd Nizam Baharuddin
Agensi: ASTRO ARENA
Tajuk: MAGIS KINESIO
- LAPORAN KHAS SUKAN TERBAIK
Pemenang: Shah Putra Taib Ahmad Bin Taib
Agensi: RTM
TajukL SUKAN NEGARA DI MATA DUNIA
- FOTOGRAFI SUKAN TERBAIK
Pemenang: Mohd Khairol Rizal bin Buhari
Agensi: CSN
ANUGERAH PERPADUAN
- LAPORAN PERPADUAN TERBAIK (TERBUKA)
Pemenang: 1.Sayed Ismail Bin Mohd Marzauki
2.Abdul Rahman Khusaini
Agensi: TV3
Tajuk: DEMI MALAYSIA AZIMAT YANG MERESAPI JIWA ATLET
- FOTOGRAFI PERPADUAN TERBAIK
Pemenang: Luqmanul Arif bin Abdul Karim
Agensi: CSN
ATLET TERBAIK
Pemenang: Datuk Mohd Azizulhasni bin Awang
Sukan: Berbasikal Trek
ATLET PARA TERBAIK
Pemenang: Bonnie Bunyau Gustin
Sukan: Powerlifting
ANUGERAH KHAS
1.Penerima: Mendiang Datuk Sieh Kok Chi
2.Penerima: Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong